Saturday, November 7, 2009

Tak Daya Kau Ku Lupa.


*Ini interlude untuk cerpen “Di Langit Aku Terlihat Kamu”

Takdir Allah, Nurin.

Kau pergi dari sisiku kerana takdir-Nya. Bila pengebumianmu Subuh waktu Malaysia itu, hujan turun lebat. Habis lencun baju Melayuku yang putih, jadi coklat kemerahan akibat tanah pusaramu bergantungan di kaki seluar dan hujung lengan baju. Pergimu wangi, Nurin Amirah. Buat aku tau kau selamat di sisi-Nya. Tak sia kau ku bimbing sedaya tenaga yang aku ada.

Kau isteriku ketika nafasmu masih terhela, kau masih isteriku.

Takdir Allah, sayang.

Aizad menyiram pusara Nurin dengan hati-hati. Air Yasin bercampur kelopak bunga kemboja taat melurut menimpa tanah merah yang masih segar. Turut ikut, air di mata Aizad. Degil, tapi akur jatuh satu persatu.

“Sabar, Zad. Tak elok menangis kat kubur.”

Aizad memandang lesu teman sebilik senegaranya. Selesai menyiram pusara, Aizad menyeka air mata yang semakin rajin muncul diri.

“Wan, kau balik dulu. Aku nak baca Yasin sikit lagi.”

Wan menepuk belakang Aizad dan mengangguk. Lebih tujuh tapak sudah Wan meninggalkan pusara itu, dan Aizad. Aizad sendirian sayangi Nurin sepenuh hati. Sedang bapa Nurin pun tak tinggal di kubur se-lama dia. Bapa Nurin betul sayangi Nurin, tapi Aizad lebih lagi.

Bacaan Yasin nan suci terbit merdu dari bibir Aizad. Amat tenang, tak berkocak perasaannya. Hujan yang lebat tadi perlahan-lahan berhenti. Seiring dengan ayat terakhir dari Yasin yang Aizad bacakan buat Nurin.

“Nurin, abang pergi dulu ya. Esok abang datang lagi, insya-Allah.”

Aizad berat untuk beri tujuh tapak pada Nurin. Tapi itu kehendak agama. Nurin perlu menjawab Mungkar dan Nakir, maka Aizad bingkas bangun dan beredar dari situ.

“Zad, takpe ke kita kebumi Nurin kat US?”

Aizad menyapu wajah. Hatinya masih tak enak.

“Erm, takpe. Lagipun bapak Nurin kan tinggal kat sini.”

Wan mengangguk-angguk.

“Tapi, macam bahayalah Zad. Kau bukan tak tau US ni, pandang Islam semuanya pengganas.”

Aizad tersengih lemah.

“Tak ada apalah, kau ni banyak sangat fikir. Kan tanah perkuburan tu memang untuk orang Islam kat US. Lagipun aku tengok tempat tu selamat, jauh dari New York, kota jahiliyah tu.”

“Erm, mak Nurin tinggal kat sini jugak ke?”

“Tak, kat Malaysia.”

“Habis, kenapa tak bawak balik dia kat Malaysia je?”

“Permintaan bapak dia. Diorang dah divorced. Tak pelah, kalau mak dia nak melawat boleh datang sini.”

“Kau ni ustaz...aku tengok macam kau pulak yang nak mati.”

“Astaghfirullah Wan,”

“Iya! Bibir pucat, mata kuyu semacam..”

“Maybe aku tak sihat kut..main hujan tadi..”

“Kau tunggu sini aku bawakkan – eh, Zad?!”

Hitam pandangan Aizad.

Aizad sedar di hospital. Wayar IV di tangannya, dan Wan di sisinya tertidur.

“Azwan?”

Wan terjaga.

“Ha Zad, alhamdulillah kau dah sedar. Terkejut aku.”

“Kenapa aku?”

“Kau pengsan tadi. Doktor kata kau demam. Kena hujan tadi kut.”

Aizad ingin bangun dan duduk, tapi kepalanya terasa berat.

“Takpe Zad, kau nak apa? Aku ambikkan.”

“Aku nak Nurin,”

Wan terkelu. Terbeliak besar matanya memandang Aizad.

“Nurin mana? Call dia Wan. Cakap aku tak apa-apa. Mesti dia risau.”

Perlahan Wan mendekati Aizad dan meletakkan telapak di dahinya.

“Ustaz Aizad, kau demam teruk ni.”

Aizad meraba dahi sendiri. Betul panas. Lama kemudian baru dia teringat.

“Astaghfirullahal’azim...aku lupa Wan. Aku lupa Nurin dah...dah..”

“Takpe, takpe..bawak bersabar Zad...aku ambikkan kau air.”

Aizad tak dapat tahan air mata sebaik Wan beredar keluar dari wad. Baru semalam Nurin pergi, masih terasa hangat nafas Nurin ketawa di sisinya, genggaman tangan Nurin sewaktu bersalam batal wuduk dengannya, suam-suam kuku dahi Nurin yang bersih licin dari sebarang rambut tika dia kucup sambil air mata laju turun ke pipi. Semuanya baru semalam. 2 tahun bina cinta, 2 jam cuma dia menjadi isteri, 2 saat Aizad lupa sebentar yang Nurin dah pergi.

“Aizad?”

Aizad mengangkat muka. Kakaknya masuk meluru.

“Akak..”

Kakak Aizad, Azyan, memeluknya erat. Erat seakan Aizad masih anak-anak, walau dia sudah 26, dan sudah menjadi arkitek ternama di US.

“Shh...jangan nangis lagi..”

“Kak, Aizad boleh terlupa kak..”

“Shh....dah dah..”

Lama Aizad dalam pelukan Azyan. Setelah Wan masuk semula ke dalam wad, barulah Azyan melepaskan pelukan adiknya.

“Kak Yan, bila sampai?”

“Baru je. Akak terus ke sini dari airport.”

“Mana akak tau Zad masuk hospital?” Aizad menyeka mata, sambil menyambut huluran air dari Wan.

“Akak tak tau, kebetulan akak nak melawat Zad, pastu Wan call akak. Cakap Zad pengsan. Lepas akak landing, terus akak pecut ke sini.”

Suasana senyap sebentar.

“Akak...kenal Nurin?”

Azyan mengusap rambut adiknya.

“Kenal, kan dulu Zad pernah bagi akak cakap dengan dia kat phone?”

“Oh..”

“Takziah Zad. Banyak-banyak bersabar.”

Aizad mengangguk-angguk.

“Bila akak balik Malaysia?”

“Em...lusa?”

“Zad nak ikut?”