Monday, December 28, 2009

I hear you, Chopin.


(please click at your leisure)

Saturday, November 7, 2009

Tak Daya Kau Ku Lupa.


*Ini interlude untuk cerpen “Di Langit Aku Terlihat Kamu”

Takdir Allah, Nurin.

Kau pergi dari sisiku kerana takdir-Nya. Bila pengebumianmu Subuh waktu Malaysia itu, hujan turun lebat. Habis lencun baju Melayuku yang putih, jadi coklat kemerahan akibat tanah pusaramu bergantungan di kaki seluar dan hujung lengan baju. Pergimu wangi, Nurin Amirah. Buat aku tau kau selamat di sisi-Nya. Tak sia kau ku bimbing sedaya tenaga yang aku ada.

Kau isteriku ketika nafasmu masih terhela, kau masih isteriku.

Takdir Allah, sayang.

Aizad menyiram pusara Nurin dengan hati-hati. Air Yasin bercampur kelopak bunga kemboja taat melurut menimpa tanah merah yang masih segar. Turut ikut, air di mata Aizad. Degil, tapi akur jatuh satu persatu.

“Sabar, Zad. Tak elok menangis kat kubur.”

Aizad memandang lesu teman sebilik senegaranya. Selesai menyiram pusara, Aizad menyeka air mata yang semakin rajin muncul diri.

“Wan, kau balik dulu. Aku nak baca Yasin sikit lagi.”

Wan menepuk belakang Aizad dan mengangguk. Lebih tujuh tapak sudah Wan meninggalkan pusara itu, dan Aizad. Aizad sendirian sayangi Nurin sepenuh hati. Sedang bapa Nurin pun tak tinggal di kubur se-lama dia. Bapa Nurin betul sayangi Nurin, tapi Aizad lebih lagi.

Bacaan Yasin nan suci terbit merdu dari bibir Aizad. Amat tenang, tak berkocak perasaannya. Hujan yang lebat tadi perlahan-lahan berhenti. Seiring dengan ayat terakhir dari Yasin yang Aizad bacakan buat Nurin.

“Nurin, abang pergi dulu ya. Esok abang datang lagi, insya-Allah.”

Aizad berat untuk beri tujuh tapak pada Nurin. Tapi itu kehendak agama. Nurin perlu menjawab Mungkar dan Nakir, maka Aizad bingkas bangun dan beredar dari situ.

“Zad, takpe ke kita kebumi Nurin kat US?”

Aizad menyapu wajah. Hatinya masih tak enak.

“Erm, takpe. Lagipun bapak Nurin kan tinggal kat sini.”

Wan mengangguk-angguk.

“Tapi, macam bahayalah Zad. Kau bukan tak tau US ni, pandang Islam semuanya pengganas.”

Aizad tersengih lemah.

“Tak ada apalah, kau ni banyak sangat fikir. Kan tanah perkuburan tu memang untuk orang Islam kat US. Lagipun aku tengok tempat tu selamat, jauh dari New York, kota jahiliyah tu.”

“Erm, mak Nurin tinggal kat sini jugak ke?”

“Tak, kat Malaysia.”

“Habis, kenapa tak bawak balik dia kat Malaysia je?”

“Permintaan bapak dia. Diorang dah divorced. Tak pelah, kalau mak dia nak melawat boleh datang sini.”

“Kau ni ustaz...aku tengok macam kau pulak yang nak mati.”

“Astaghfirullah Wan,”

“Iya! Bibir pucat, mata kuyu semacam..”

“Maybe aku tak sihat kut..main hujan tadi..”

“Kau tunggu sini aku bawakkan – eh, Zad?!”

Hitam pandangan Aizad.

Aizad sedar di hospital. Wayar IV di tangannya, dan Wan di sisinya tertidur.

“Azwan?”

Wan terjaga.

“Ha Zad, alhamdulillah kau dah sedar. Terkejut aku.”

“Kenapa aku?”

“Kau pengsan tadi. Doktor kata kau demam. Kena hujan tadi kut.”

Aizad ingin bangun dan duduk, tapi kepalanya terasa berat.

“Takpe Zad, kau nak apa? Aku ambikkan.”

“Aku nak Nurin,”

Wan terkelu. Terbeliak besar matanya memandang Aizad.

“Nurin mana? Call dia Wan. Cakap aku tak apa-apa. Mesti dia risau.”

Perlahan Wan mendekati Aizad dan meletakkan telapak di dahinya.

“Ustaz Aizad, kau demam teruk ni.”

Aizad meraba dahi sendiri. Betul panas. Lama kemudian baru dia teringat.

“Astaghfirullahal’azim...aku lupa Wan. Aku lupa Nurin dah...dah..”

“Takpe, takpe..bawak bersabar Zad...aku ambikkan kau air.”

Aizad tak dapat tahan air mata sebaik Wan beredar keluar dari wad. Baru semalam Nurin pergi, masih terasa hangat nafas Nurin ketawa di sisinya, genggaman tangan Nurin sewaktu bersalam batal wuduk dengannya, suam-suam kuku dahi Nurin yang bersih licin dari sebarang rambut tika dia kucup sambil air mata laju turun ke pipi. Semuanya baru semalam. 2 tahun bina cinta, 2 jam cuma dia menjadi isteri, 2 saat Aizad lupa sebentar yang Nurin dah pergi.

“Aizad?”

Aizad mengangkat muka. Kakaknya masuk meluru.

“Akak..”

Kakak Aizad, Azyan, memeluknya erat. Erat seakan Aizad masih anak-anak, walau dia sudah 26, dan sudah menjadi arkitek ternama di US.

“Shh...jangan nangis lagi..”

“Kak, Aizad boleh terlupa kak..”

“Shh....dah dah..”

Lama Aizad dalam pelukan Azyan. Setelah Wan masuk semula ke dalam wad, barulah Azyan melepaskan pelukan adiknya.

“Kak Yan, bila sampai?”

“Baru je. Akak terus ke sini dari airport.”

“Mana akak tau Zad masuk hospital?” Aizad menyeka mata, sambil menyambut huluran air dari Wan.

“Akak tak tau, kebetulan akak nak melawat Zad, pastu Wan call akak. Cakap Zad pengsan. Lepas akak landing, terus akak pecut ke sini.”

Suasana senyap sebentar.

“Akak...kenal Nurin?”

Azyan mengusap rambut adiknya.

“Kenal, kan dulu Zad pernah bagi akak cakap dengan dia kat phone?”

“Oh..”

“Takziah Zad. Banyak-banyak bersabar.”

Aizad mengangguk-angguk.

“Bila akak balik Malaysia?”

“Em...lusa?”

“Zad nak ikut?”


Sunday, August 23, 2009

Di Langit Aku Terlihat Kamu.


Perlahan dan satu demi satu Aizad menghela nafas helai-helai buku di depan mata. Pena di tangan kirinya kaku. Malu menyentuh permukaan putih kertas bertekstur yang sedia terbentang di depan mata. Aizad pun tak pasti apa yang menghalangnya dari mula menulis, seperti dulu. Ilham datang meribut, tapi reda bila belakang pen mula di tekan.

Keluhan berat terlepas, serentak matanya mengerling ke arah jam empat segi yang terpasak di dinding. “Pukul dua pagi,” fikirnya.

Bangun dari kerusi nyaman biru yang sejak Isyak tadi setia menahan hangat dari panas punggungnya, Aizad cuba-cuba untuk bersenam. Tangannya di depa-hasta berulangkali, gaya sorang polis trafik di tengah-tengah simpang empat. Cuma yang tiada, wisel di bibirnya saja.

Aizad mendekati balkoni kosong yang tempatkan rumahnya jauh meninggi di tingkat 25. Penthouse. Angin pagi menyerbu masuk, buru-buru menyapu wajah kacaknya yang memejam mata. Langit pagi itu tak secerah pukul tujuh, dan walaupun pagi, ada bintang.
Serta merta Aizad tersenyum. Memandang bintang pagi yang mengingatkan dia pada seseorang.




“You know where to find me if one day I won’t be there.” 
Leka Aizad memerhati bibir mungil gadis kecintaannya berkata-kata.
“Nurin, please jangan cakap macam tu.”
“Oh come on...you kena terima fact la Zad...”
“Nurin, I hate it when you talk about these things...”
Nurin tersengih. Sengih manja, yang akhirnya mengumpan senyum Aizad.
“Okay lah, where would I find you then?”
Aizad mengaku kalah. Tak guna menafi, kalau akhirnya benda itu pasti berlaku.
“I adalah bintang pagi. You just have to look for me.”
“Bintang pagi?”
“Yep. Bintang yang ada kat langit pada waktu pagi.”
“Nonsenselah. Waktu pagi mana ada bintang!”
“Sebab tulah you kena cari I, Aizad Arman...”

Sekarang bintang pagi bertaburan. Sampai Aizad sendiri tak pasti mana satu Nurin, kekasihnya yang sudah genap setahun pergi. Tapi senyum Aizad tak mati di situ. Aizat bawa senyumnya ke dalam dan duduk lagi di atas kerusi biru, tangannya menggapai pena. Sekali lagi, dia cuba menulis.

Jarum pendek-panjang di jam empat segi kini sudah tujuh pusingan lengkap. Aizad Arman rupa-rupanya tidak jadi menulis abjad-abjad indah yang sangkanya terilham kerana Nurin. Aizad tertidur. Tubuhnya tersandar lena, tapi kepala terdongak ke belakang. Kalau terjaga dia, tentu sakit.

DING! DING! DING!

Aizad terjaga. Denting bising dari jam menunjal dahinya kembali ke realiti. Oleh kerana jaganya terperanjat, Aizad bingkas bangun tiba-tiba.
“Ya Allah! Subuh aku terlepas lagi..”
Sesaat dua setelah dia menyesali lajak tidurnya tadi, Aizad menyapu muka dengan kedua belah tapak tangannya.

TING TONG! TING TONG!

Aizad terjaga lagi. Kali ni bukan dari tidur, dan bukan kerana denting jam yang bising. Ada seseorang di pintu. Aizad tergesa menuju pintu depan.
“Ya, cari sia...-”
“Assalammualaikum,”
Aizad terlopong sebentar. Salam yang wajib dijawab itu bagai angin lalu di telinganya.
“Assalammualaikum,” salam diberi lagi. Aizad masih terlopong.
“Err...encik? Assalammualaikum...?”
Aizad tersedar.
“Wa..Wa’alaikumussalam..wa’alaikumussalam...”
“Saya baru pindah kat tingkat bawah ni. Saya tengok jiran saya yang lain semuanya bukan Islam, jadi saya naiklah ke atas ni. Alhamdulillah, jumpa juga saya saudara seislam.”
“Wa’alaikumussalam..”
Aizad terpukul dengan kehadiran manusia itu di depan pintu rumahnya. Sampaikan ‘wa’alaikumussalam’ saja yang terbit dari mulutnya kini. Gadis ini! Wajah, gerak-geri, suara, mata, hidung, bibir, senyuman, semuanya mirip Nurin Amirah. Nurin Amirah! Patah tak tumbuh, hilang takkan berganti.

“Encik..?”
“Huh?”
“Encik tak apa-apa?”
Aizad menyapu muka. Beristighfar seketika.
“Tak. Tadi awak cakap apa?”
“Saya tengah cari saudara seislam kat apartment ni. Campur dengan encik saya baru jumpa lima orang.”
“Oh. Ada apa cari saya?”
“Macam ni, malam ni saya buat kenduri doa selamat sikit. Doa masuk rumah. Saya datang ni nak jemput encik dan keluarga untuk meramaikan lagi majlis tu.”
Aizad menghela nafas.
“Insya Allah.”
Di saat Aizad mahu menutup pintu, gadis itu bersuara lagi;
“Saya Nurul.”
Aizad memandang tepat anak mata Nurul, sehingga gadis itu malu sendiri dan meminta diri.

Nurul. Tak mungkin dia pengganti Nurin. Nurin dulu tak bertudung litup seperti Nurul. Rambut Nurin panjang mengurai, berwarna perang sekali-sekala, tepat dengan gaya hidup mereka ketika di US dulu. Nurin dan Aizad bertemu di benua jahiliyah, di mana budaya pop mula hidup. Waktu itu, separuh diri Aizad masih seorang penulis bebas. Penulis cerpen, sajak, novel, dan macam-macam lagi. Separuh lagi dirinya diabadikan pada architecture, yang dia sendiri tidak sudi.

Itu satu ketika dulu, sekarang, dunia penulisannya ditinggalkan hanya kerana Nurin. Nurin mahu dia jadi arkitek berjaya satu hari nanti. Nurin mahu Aizad mereka bentuk rumah idamannya. Aizad dah berjaya pun, sudah lima belas pencakar langit di seluruh dunia direka bentuk oleh Aizad. Tapi tak satu cerita pun yang terbit dari penanya terilham kerana Nurin. Sayangnya pada Nurin tak terbatas dengan hanya pandangan mata turun ke hati, percayalah. Tapi Aizad tidak berani menyentuh pena, untuk menulis tentang Nurin. Takut-takut kalau kata-kata sedih terluah, atau kata-kata menyumpah Tuhan akan terbit. Aizad selalu beristighfar bila dia marahkan Tuhan kerana ambil nyawa Nurin terlalu awal.

Yalah, Nurin masih di umur 25 ketika nafas terakhirnya dihembus di San Francisco Hospital. Nurin menderita penyakit leukemia. Habis gugur rambut panjangnya demi kemoterapi, tapi itu tak memudarkan cinta Aizad padanya. Aizad tak pernah lekang dari berada di sisinya. Doa Aizad sehari-hari, biarkan Nurin pergi dalam iman. Untuk itu, Aizad sendiri mendalami agama yang selalu dia abaikan. Sampai dia digelar ustaz oleh kawan-kawan di US.

Pemergian Nurin pada tujuh Julai tahun lepas, Aizad iringi dengan surah Yasin lengkap dan dialah juga yang mengajar dua kalimah syahadah, tak kira walau berapa kali pun Nurin gagal menyebutnya. Aizad bersyukur, kerana Nurin akhirnya pergi dalam Islam. Seperti mana lahirnya dia.
Begitu cinta Aizad pada Nurin. Dunia akhirat Aizad harap Nurin bahagia.

Hadir Nurul yang seiras tetapi bertudung litup mengingatkan Aizad pada satu memori, sehari sebelum Nurin pergi.

“Zad, what are you thinking about..?”
Aizad terbangun dari lamunan.
“Huh? Oh..tak ada apa, I just teringatkan macam mana kita mula-mula jumpa.”
Nurin ketawa kecil. Kepalanya botak, tapi tak melunturkan kecantikan wajahnya.
“I remember, kita jumpa kat hospital kan? Ironik sungguh. Masa tu you datang buat medical check up under papa I. I pulak datang nak jumpa papa.”
Aizad tersenyum dengar kata-kata Nurin, tapi getar senyumnya cuba disembunyikan. Matanya dah beribu kali bergenang air tapi Aizad tahankan.
“Ironik kan, Zad? We met at a hospital, then we have to part at a hospital too..”
Aizad mengalihkan pandangan. Pelupuk matanya pecah, tak dapat tanggung lagi air mata yang asyik turun.
“How I wish we would meet somewhere else. Then I wouldn’t have to leave you this way.”
Nurin berkata-kata lagi. Aizad menekup mulutnya. Matanya bak air terjun, mencurah-curah menuruni pipi.
“Zad, I want to show you something.”
Aizad menyeka air matanya dan berpaling semula menghadap Nurin.
“Apa?”
Nurin menyeluk poket sweaternya dan mengeluarkan sehelai kain selendang.
“Tengok, cantik tak? Ini arwah mummy I punya, papa yang bawak semalam.”
Aizad menggigit bibir. Melihat Nurin menyarungkan selendang itu di kepala sendiri yang tak berambut, hati Aizad sebak. Bagai ditusuk pisau berkali-kali.
“Cantik tak kalau I bertudung?”
Aizad angguk perlahan. Sedikit demi sedikit air mata Aizad jatuh lagi.
“I nak ucapkan terima kasih pada you.”
Lambat Aizad membiarkan ayat itu diserap oleh telinganya.
“Why..?” suara Aizad terbit jadi serak.
“Sebab you dah tunjukkan I cahaya. Cahaya yang lagi terang dari bintang pagi. Terima kasih, Aizad.”
Aizad ingin sekali cium dahi Nurin ketika ini, tapi Aizad tak mampu. Batas bukan muhrim menghalangnya, tambah Nurin akan bertemu Tuhan tak lama lagi. Aizad tak mahu menambah dosanya.

Dalam tak sedar, Aizad menangis. Airmatanya tetap jatuh bila teringatkan memori itu. Sudah sepuluh minit Nurul beredar dari muka pintunya tapi Aizad tetap berdiri di situ. Deringan telefon di meja akhirnya membuat dia menutup daun pintu dan kembali ke realiti.

“Hello.”
“Hello, Zad. Kau kat mana?”
“Rumah.”
“Petang ni kau datang tak?”
“Datang mana?”
“Aii takkan lupa kot? Kan aku buat birthday party Nisha. You’re her favourite uncle, man. Kau kena datang.”
Aizad menggaru kepala.
“Tapi malam ni ada..”
Aizad terhenti di situ. Nurul – mengingatkannya pada Nurin. Parti hari jadi Nisha – buat dia lupa Nurin. Mana satu agaknya yang patut dia pilih?

BMW Kompensator hitam berkilat milik Aizad tenang membelah lebuh raya menuju Damansara, tempat parti harijadi berada. Nisha, anak kepada kakaknya. Hati Aizad tak sedap. Wajah lembut dan mata bundar milik Nurul terbang masuk dalam imaginasinya. Mengapa Kau ciptakan gadis seiras Nurin dan pertemukan dengan aku? Apa rancangan Kau untuk aku, Tuhan?

Hati Aizad berlawan pedang, serentak dengan satu demi satu memori Nurin terimbas. Sampai Aizad tak sedar, dia sudahpun berhenti di hadapan rumah kakaknya.

“Aizad? Lahh...dah lama sampai kenapa tak keluar kereta?”
Aizad tersedar. Airmata yang mengalir sedikit diseka. Seminit kemudian dia mematikan enjin dan keluar. Tangan kakaknya dicapai dan dicium.
“Nisha dah tunggu lama. Jom, nanti tak bertiup pulak lilin dia.”

Anisha lahir mewah. Di umur 17 tahun, dia punya segalanya. Paras rupa, harta, dan berduyun lelaki maukan dia. Tapi hati Anisha hanya pada Aizad Arman, pakciknya sendiri. Anisha tau dia tak patut simpan perasaan itu, tapi dia tak peduli. Sebaik Aizad menjejak masuk ke dalam rumah, Nisha meluru memeluknya.
“Acu!! Nisha rindu kat Acu!”
Aizad melepaskan pelukan perlahan. Sengihnya juga timbul bila melihatkan semua tetamu di situ memandangnya.
“Hey, apa ni peluk-peluk Acu depan orang. Tak malu ke, awak tu dah 17 tahun?”
Nisha tersengih.
“Nisha tak kisah! Asalkan dapat jumpa Acu.”
Aizad menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Dah, dah, Nisha ni kalau Aizad datang terus tak ingat orang lain eh? Meh sini cepat, kita nyanyi. Tiup lilin.”

Tangan Aizad ditarik ke meja utama, yang meletakkan kek petak selebar dua buah buku digabungkan. Aizad di tengah kelompok manusia yang menyanyikan lagu ‘Happy Birthday To You’ dan bukannya membaca doa selamat kerana umur bertambah. Dia terasa seperti dunia berputar terlalu perlahan saat ini. Terlalu-lalu perlahan. Berpeluh dingin Aizad di situ, bukan kerana klaustrophobi.
“Kak, I have to go. Nisha, selamat hari lahir. Semoga panjang umur and murah rezeki.”
“Eh, Aizad!”
“Acu!”
“Zad!”

Aizad tak peduli lagi panggilan dari belakang tubunhnya yang sudah berpaling dan berjalan laju menuju kereta. Sekali lagi Aizad terperangkap dalam memori Nurin.

“Happy Birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Nurin...happy birthday to you!”
Nurin tertawa, botol champagne di depan mata dibuka hingga keluar melata buih-buih air kencing syaitan. Aizad pun tertawa. Masa itu, Nurin baru saja mencecah umur 25. Belum tahu pun yang dia tak lama lagi di dunia ini.
“How sweet of you to plan a party like this, Aizad..”
“I’m sorry I couldn’t buy you a better cake. You tau kan I baru kerja bulan ni..”
“Yeah, it’s okay..it’s perfect. Tapi mana you dapat champagne ni?”
“Dave bagi, free.”
“Oh how sweet...”
“Only for you, my dear..”
“I love you.”
“I love you even more, Nurin.”
Tidak besar pun sambutan hari jadi yang Aizad beri tahun itu, cuma mereka berdua di San Fransisco Bridge, berhadapan sungai yang merentas jambatan itu, cuma sebotol champagne dan sebiji muffin.

Begitu jahil dia tika itu. Kalau dia tahu Nurin tak lama lagi, tidak dia beri Nurin minum air syaitan itu. Kalaulah dia tahu. Aizad mematikan enjin di hadapan bangunan kondominiumnya dan keluar. Dia menekan butang 24 dan menuju rumah Nurul tanpa disedari. Tetamu sudah ramai, dan surah Yasin sudah dimulakan. Aizad mengambil tempat paling dekat dengan pintu dan mencapai buku Yasin di dalam bakul yang tersedia. Dia berniat dua, moga-moga Nurin aman di sana, dan moga Nurul selamat di sini.

Kenduri selesai, Nurul bersalam dengan semua tetamu perempuan dan berterima kasih pada tetamu lelaki. Ada dua lagi perempuan yang turut menjadi tuan rumah malam itu. Aizad tidak kenal siapa, tapi hatinya kini bergetar melihat Nurul berbaju kurung putih dan bertudung putih, seiras benar dengan wajah Nurin satu ketika dulu.

“Nurin, wake up honey. I nak bawak you ke satu tempat.”
Nurin terjaga dari tidurnya. Dalam mamai-mamai painkiller tika itu, dia benarkan Aizad menanggalkan wayar IV yang tercucuk di tangan, dan dengan akur menyarung baju kurung yang Aizad bekalkan.
“Kita nak pergi mana? Kenapa kita pakai putih ni?”
Aizad cuma senyum dan tak menjawab. Bila tiba di destinasi, iaitu masjid berdekatan hospital, Aizad sarungkan Nurin dengan selendang putih.
“Kenapa ni, Zad?”
“Nurin Amirah, will you marry me, now?”
Kata-kata itu buat Nurin terlopong, luas.
“Nurin, em..tok kadi tengah tunggu tu..”
Jantung Nurin berdegup laju. Lebih laju dari bullet train.
“I..Yes, Aizad.”
Aizad tersenyum lega. Disuruh Nurin berwuduk, duduk dan dia sendiri bersila di hadapan tok kadi mat saleh itu. Aizad dapat melafazkan akad dalam sekali hela nafas saja walaupun akad itu dalam bahasa Inggeris. Nurin Amirah sah menjadi isterinya. Gadis itu hujan airmata di belakang Aizad. Tatkala Aizad berpaling, Nurin sudah teresak-esak. Pembatalan air wuduk Aizad lakukan dengan penuh kasih sayang. Dahi Nurin yang licin tak berambut itu dicium lama. Kedua-dua mereka menangis. Cuma tok kadi dan Allah yang menjadi saksi pernikahan itu.

Kurang lima minit selepas pembatalan air wuduk, Nurin jatuh pengsan. Aizad panik. Laju-laju dia mengendong Nurin dan membawa Nurin kembali ke hospital. 2 jam Nurin dalam ER. 2 jam terakhir Nurin di dunia. Dan Aizad tak bersamanya. Aizad cuma di luar ER dengan buku Yasin ditangan dan bacaan surah itu di bibir. Saat Nurin hampir dengan sakaratulmaut, barulah Aizad dibenarkan masuk dan ketika itulah Aizad berulangkali mengajar Nurin mengucap. Sehingga Nurin boleh menyebutnya, nyawanya terbang pergi. Jauh-jauh dan takkan kembali lagi.

“Encik dah kahwin?”
Aizad tesedar. Memori pernikahan itu hilang serta merta. Nurul pula menepuk dahi kerana bertanya soalan itu dengan tiba-tiba.
“Maksud saya, encik dah berkeluarga? Kenapa tak bawa isteri sekali?”
Aizad perhati sekeliling rumah. Telah lengang. Cuma dia lelaki di situ.
“Er, saya balik dululah. Terima kasih.”
“Eh, terima kasih sebab datang, encik.”
Aizad berpaling utnuk pergi, tapi terhenti sebentar.
“Nama saya Aizad. Panggil saya Aizad.”
Nurul terdiam, kemudian mengangguk.

Nurul Atirah meneliti wajahnya di cermin. Dia tak lain dari kakak. Kenapa Aizad tak cam dia? Dia tak mampu jadi pengganti kakak ke? Rambutnya juga mengurai seperti kakak. Cuma dia bertudung, dan itu pilihannya. Mungkin itu saja bedanya dia dengan kakak. Aizad Arman. Satu demi satu pengakuan cinta Nurul tepis demi lelaki ini. Nurul jatuh cinta pandang pertama pada Aizad. Aizad tak tahu itu, Nurul berani kerat jari. Aizad juga tak tahu yang Nurul pernah seperut, seair ketuban, sekatil, sebantal dengan Nurin Amirah. Gadis yang dia cintakan. Gadis yang mencintai dia.

Sewaktu Nurin menge-mailkan gambar teman lelakinya pada Nurul, berderau darah Nurul bukan kepalang. Dia tahu Aizad tinggal di sini, saja dia mengajak pakcik dan makciknya turut berpindah di sini. Biarlah, sebab dia yang bayar. Dia mahu dekat dengan Aizad. Yang dia lebih selesa memanggilnya Arman.

Nurul terkulat-kulat di samping mesin fotostet. Perpustakaan lengang. Tak siapa pun nak bantu dia. Nurul masih baru, masih freshie, jadi dia tak pandai menggunakan mesin fotostet, tentulah! Baru seminggu lalu dia bergelar siswi di UM, minggu ini dia dicabar dengan ujian mesin fotostet ini?
“Adik lama lagi ke?”
Nurul berpaling. Seorang jejaka lampai, bermata bundar, rupa paras mirip benar James McAvoy tersenyum sambil sebuah buku ditangan.
“Er, saya..awak gunalah dulu.”
“Adik tak pandai guna ya..kenapa tak tanya?”
Nurul tersipu-sipu malu. Jejaka itu mengajar Nurul cara-cara menggunakan mesin kompleks itu dan Nurul terpesona. Kelembutan suara, panahan mata, senyuman manis, semuanya buat Nurul berdebar-debar. Bila jejaka itu nak beredar, Nurul memanggil.
“Terima kasih abang...?”
“Aizad. Nama abang Aizad.”
“Terima kasih sekali lagi.”
“Sama-sama.”
Aizad tersenyum. Manis. Tapi dia tak sedar perasaan gadis ini mula berbunga. Nurul terusan mencari info tentang Aizad selepas tahu namanya Aizad.

Aizad sudah tahun akhir degree Architecture, dan selepas memegang segulung ijazah, Aizad menyambung masters di US. Senegara dengan kakak kembar Nurul yang memang tinggal di situ dengan papa sejak umur lima. Di situ Nurul menyesal. Kenapa dia tidak sambar Aizad dulu sebelum Aizad ke US?

Tapi ini takdir Allah.
p/s: to be continued when i'm not busy. ;)



Sunday, May 24, 2009

Remember.Forgotten.

Masihkah kau ingat pada waktu itu

Sekuntum bunga mekar kuselit ke rambutmu
Masihkah kau ingat?
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat?
Masihkah kau ingat kita berlari-lari
Di kaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat?
Masihkah kau ingat?
Masihkah kau ingat?
Sekuntum bunga itu di tapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugenggam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat?
Masihkah kau ingat?

“Maaf, saya lambat. Saya..saya lupa.”
Diam.
“Maaf, saya takkan lupa lagi!”
Melihat Kamilia yang memasang wajah suci, kemarahan segera reda. Namun hati gatal mahu menggiat, wajah dimasamkan.
“Kalau awak lupa lagi macam ni, saya akan tinggalkan awak jela.”
“Jangan! Tolonglah jangan. Kalau saya lupa, kalau saya tak ingat…awak ingatkan saya ye?”
Aku tergelak kecil mendengar rayuannya. Tangannya aku genggam dan bunga kamelia ku selit ke telinganya.
Kamilia, gadis ini seharum bunga kamelia. Dan dia cinta pertamaku. Dan aku cinta pandang pertamanya. Masih lagi segar di ingatan bunga-bunga perkenalan kami.

*
Pagi itu, pagi penuh rahmat. Hujan telah berhenti dan pelangi datang menyebar warna-warna cinta. Menunggu Syafiq yang semalam janjinya pukul sembilan dan aku sudah tercegat lima minit lewat, aku mencuri bau bunga mawar yang kembang mekar dalam pasu sebelah longkang. Harum tapi banyak-banyak bunga aku paling suka bau camellia. Membuang bau mawar yang sudah terpenjara dalam hidung, aku menghembus nafas dan menarik nafas panjang.

Dan ketika itulah, ketika malaikat cinta datang memeluk cinta kami, bau camellia terapung di udara dan menyelinap cepat pada rongga bau. Mataku liar mencari dan sesusuk tubuh genit dengan rambut ikal di tiup angin perlahan mengatur langkah. Bau itu darinya dan aku cuba mencuri pandang wajahnya namun dia terlalu sibuk memandang lantai dan berjalan bagai berkhayal ke arah bertentangan denganku.

“Woi mat bunga!”
Aku senyum saja kerana Syafiq menggelar aku 'begitu' bukan kerana aku mat jiwang tetapi kerana aku si penanam bunga. Sampai pun mamat ni!
“Sorry saya panggil dia” Syafiq menggaru kepala. Aku menoleh pelik.
Eh? 

Muka si gadis merona merah. Dia menoleh pada 'bunga' sebenar yang dipanggil tadi dan matanya terpaku. Terpaku pada aku.

“Saya..saya Bunga.” Wajah semakin merah.
Kenapa pulak aku kenalkan diri ni?
Senyum. “Kamil.”
Tak pernah-pernah menyapa perempuan, sekarang pandai pulak aku kenalkan diri sendiri.
Kamil? Eh sama dengan nama aku! “Ya, boleh panggil saya Kamilia juga. Bunga Kamilia..nama penuh saya.”Bunga..Kamilia? Bunga camelia?

*

Dan kerana peristiwa itu, kami bersama. Dah enam tahun.

Aku semakin kenal dia dan dia semakin kenal aku.
“Kau makan ubat pelupa boleh tak? Semua benda kau nak ingat lepas tu siap boleh cerita balik sejibik-jibik pulak tu...dahsyat kau ni betul-betul kau patut jadi peguam lepas habis belajar..jangan tanam bunga dah!”

Itulah kata-kata setiap teman dan ibuku tentang diri aku. Dan sekarang, aku berpasangan dengan gadis yang pelupa.
Lupa harijadi sendiri.
Lupa pukul berapa janji nak dating.
Lupa pakai eyeliner sebelah mata lagi.
Selalu lupa dan kadang-kadang mencabar kesabaran.
Tapi cinta membutakan semua mata yang bercinta. Aku cintakan dia. Dan dia cintakan aku.

***
“Bun, kan kita dah janji nak lunch sama?”
Siapa nama dia ni? Kacaknya!
“Lupa lagilah tu. Kan saya dah kata lain kali set reminder. Taklah saya tunggu lama sampai nipis perut ni.” Senyum. Kenapa blur je makwe aku ni?
Oh! Reminder..reminder! Cepat Kamilia melihat handphonenya. Kamil my bunny.
“Kamil my bunny!” Senyum. Betul ke ni?
“Nak pujuklah tu. Dah jom kita makan sekarang. Saya tau awak mesti tak makan lagi kan? Sebab...awak lupa.” Ketawa dan tangan meraih tangannya. Kamilia melepas nafas lega dan berjalan seiringan.
“Kamil, setiap kali nampak awak saya mesti jatuh cinta dan jatuh cinta!”
Kamil ketawa kuat. “Macam tu bila saya tua dan muka kedut-kedut awak dah tak jatuh cinta dengan saya lagi lah?”
“Tak. Kan saya dah kata tiap kali nampak awak saya akan jatuh cinta!”
“Yelah, awak menang.”
“Bunny sayang, kita ambil gambar banyak-banyak tau lepas ni. Perasan tak kita tak ada pun gambar berdua.”

***

Semakin lama aku asyik lupa. Kenapa aku ni? Dah set reminder tapi aku lupa mana aku letak handphone. Ah malas nak fikir balik rumah lah! Eh? Macamana nak balik rumah? Aku..mana rumah aku?

***

Air mata Kamilia mengalir deras.
Tak boleh! Aku tak boleh lupa! Aku tak boleh lupakan dia!
Tangannya pantas menekan simbol print. Dia terlompat-lompat agar air matanya berhenti tapi air matanya semakin laju. Gambar-gambar dia dan Kamil yang siap di print di ambil, air mata diseka cepat. Gambar tadi di tampal pada dinding, pada cermin dan seluruh biliknya. Air mata mengalir lagi. Dia mengambil telefon bimbit dan set gambarnya dan Kamil sebagai wallpaper dan skrinsaver pula. Aku tak boleh lupa dia!

***
“Kamil sayang, saya ada rahsia nak cakap pada awak.”
“Bun sayang, dengar rahsia saya dulu boleh?”
“Rahsia apa?” Muka Kamilia berubah. Jangan lupakan aku, tolong.
Kamil membalasnya dengan senyuman dan bangun ke depan. Biarlah satu dunia mengejeknya jiwang. Kerana dia memang mahu satu dunia tahu siapa yang dia cintakan.
telah kusiapkan satu daerah paling sunyi
dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
untuk kau berilti dengan kelembutan
untuk kau hargai dengan kasih sayang
ku ingin kau jadi wanita yang mulia
yang tahu harga budi dan hati
seorang lelaki bernama suami
kerana engkau isteri ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
tak semudah yang kita janjikan
yang kita janjikan
kerana kau isteriku

Tepukan bergema-gema. Air mata terpecah-pecah, wajah Kamilia basah.
“Kita kahwin ye?”
“Saya akan menjadi isteri awak”. Kamil senyum bahagia dan lembut menyapu air mata Kamilia.
“Saya akan ingatkan awak selalu tu, Kamil.”
“So..apa rahsia sayang pulak?”
“Hahh?”
“Lupalah tu!”

***

“Ada apa? Sampai datang rumah saya ni? Tak boleh bincang dengan pekerja je?”
“Oh, ini bukan pasal bekalan bunga tapi..”
“Tapi apa? Saya sibuk ni”
“Pasal Bunga-”
“Kata tadi bukan pasal bunga? Bincang terus dengan pekerja saya jelah”
“Ini pasal Bunga Kamilia”
“Kenapa? Awak tak ada stok bunga camellia?”
“Bunga Kamilia..anak Datuk.”
“Kenapa dengan dia? Awak nak kahwin dengan dia? Kalau betul, lupakan jelah. Saya patut halang je hubungan awak dengan Bunga dari awal lagi. Kenapalah saya terlalu sibuk sebelum ni? Sudah awak keluar!”
“Tapi Datuk-”
“Awak dengar, saya pemilik syarikat minyak wangi antarabangsa dan awak hanya ada kebun bunga kecil tu. Bunga Kamilia masih muda, memang senang kena tipu dengan kata-kata manis awak. Dan bila dah kahwin nanti, awak nak bagi dia makan rumput? Atau makan bunga sebab nama dia Bunga?”
“Benda ni mudah, awak cuma kena sedar diri. Dan saya boleh cari pembekal lain kalau awak masih degil biar emak awak merempat sama sebab kebodohan cinta awak ni!”
“Mama!”
Kamil dan Datuk Orked menoleh. Wajah Datuk Orked berubah. Dia tahu perangai Bunga Kamilia. Kalau dia dengar kata-katanya pada pembekal bunga syarikat minyak wanginya itu pasti dia mengamuk. Dan paling dia takut jika anaknya itu merajuk, anak itu anak manja yang ditatang bagai minyak yang penuh.

Tapi sebaliknya yang berlaku. Bunga Kamilia berlari dan memeluknya erat bagai setahun tidak bersua.

“Siapa ni mama?” Senyum pada Kamil.
Cukuplah kata hinaan ini. Tak perlu lagi ditambah apa-apa. Wajah selamba Bunga Kamilia di tatapnya untuk terakhir kali.
Cukuplah cinta ini.

***

Hujan seakan menangis sama. Luka terlalu dalam. Penipuan ini...
Apa yang aku nak lupakan?
Nama kau?
Bau kau?
Atau kenangan enam tahun kita?
Loceng pintu berbunyi mematikan lamunan pilu. Menjengkelkan tanpa siapa sudi menyahutnya. Mana Ibu ni?Dia melangkah malas.
“Sayangggg bunny!”
Kamilia?!
Kamilia tegak di depan pintunya dengan payung masih terbuka, dengan senyuman dan nafas putus-putus.
Macamana aku nak lupakan senyuman ini? Walaupun kau senyum hanya untuk mengejek kebodohan aku menyintai kau selama ini!

“Sayang dah jumpa mama? Apa mama cakap? Bila kita boleh kahwin?”
Hujan mungkin dah reda sayang. Tapi bukan darah pada luka ini. Bukan pada ingatan semalam.
“Kamil! Awak nak pergi mana sayang? Tak jawab soalan saya lagi..”
Suara lembut Kamilia sering meluluhkan hatinya. Selalu memendam kemarahannya. Selalu memaafkan kelupaannya. Cuma lupa kali ini keterlaluan. Dan dia benci gurauan keterlaluan macam ni.
“Awak tak nak kahwin dengan saya?”
“Saya pergi kedai kejap.”
“Tak nak saya ikut?”
Diam.
“Ok, saya faham awak tak nak saya ikut. Tak pe, saya tunggu kat bilik awak jelah.”
Dan Kamil menutup pintu. Kamilia merenung pintu. Entah kenapa hatinya rasa pedih. Rasa kehilangan.

***
Betul ke semalam kau betul lupa sayang?

Kalau betul lupa, kau betul lupa macam selalu..aku akan tetap maafkan kau..seperti selalu.

Kelajuan motorsikalnya di tambah dengan jalan licin tidak membantu dia cepat sampai pada cintanya. Pada Bunga Kamilia.

Dumm!!! Dentuman kuat diikuti dengan tubuh tercampak dan darah merah terpercik sana sini bagaikan lukisan merah di dada kanvas lukisan.

“Maafkan saya, dia koma. Dan kemungkinan besar dia akan kehilangan ingatannya.”

***

Bunga Kamilia tersedar cepat bangun.
Kat mana ni? Buat apa aku dekat sini?
Bilik kecil penuh baju kemeja tersangkut, cd-cd Kopratasa, buku tebal akta-akta dan jenayah dan gunting besar dahan itu direnungnya takut.

Dan dia terlepas pandang kertas kecil atas meja, tulisan tangannya sebelum tertidur tadi menyebabkan dia buru-buru lari.

“Bunga? Bunga!!”

Jeritan perempuan separuh umur itu tak dihiraukan. Dia terus lari merentasi taman yang penuh bunga dan pulang ke rumah agam dan masuk cepat ke dalam biliknya.

Ini yang paling dia takut. Lupa. Dia lupa lagi. Dan tanpa disedarinya, bilik tidurnya kini bersih dari foto-foto dirinya dan Kamil. Sungguh dia tak sedar kerana dia lupa.

***



“Bunga, aunty nasihat bunga baliklah. Tak ada apa lagi dekat sini untuk bunga”
“Aunty tak suka Bunga lagi? Tu..tu tak penting tapi sekarang aunty kena dengar apa Bunga nak cakap. Bunga takut nanti Bunga lupa lagi.”
“Dah tiga tahun Bunga. Dah cukup untuk aunty faham yang Bunga memang dah lupa. Semua.”
“Bunga..bunga..”
“Baliklah. Baliklah..Bunga dan keluarga kami amat berbeza. Dan Kamil sendiri dah lupakan Bunga. Tengok taman ni..tak ada lagi bunga camellia bukan?”
“Kamil tak lupakan Bunga. Dia bukan lupakan Bunga. Dia terlupa! Sebab..sebab dia hilang ingatan! Kan aunty?” Selama ni aku takut aku lupakan kau. Tapi kau yang dulu lupakan aku!
Datuk Orked tiba-tiba muncul. Matanya dan mata Puan Kaira saling bertentangan.
“Maafkan saya.” Datuk Orked membuka mulut akhirnya. Dan memeluk Bunga Kamilia yang tidak keruan.
“Tiada lagi bunga camellia di rumah ini..dan Bunga juga tak perlu ada.”
Kamilia diam. Dan Puan Kaira tunduk seakan bersalah menuturkan kata-kata itu.
“Bunga tak bersalah. Dan kalau yang bersalah pun, orang tu saya!” Datuk Orked bersuara keras dan tersekat-sekat. Dia menoleh pada Kamilia dan mengeluh.
“Sayang, kenapa kencing tak bagitahu mama?” Air mata Datuk Orked mengalir cepat. Dia mendakap Kamilia yang tiba-tiba bagai tiada perasaan.
“Mama, kita kat mana ni? Jomlah balik! Panasss!” Kamilia merengek-rengek bagai anak-anak.
“Maafkan saya Kaira. Maafkan saya Dia ada alzheimer disease.”
Kamilia yang tadinya merengek tiba-tiba bersenandung, perlahan dan di bawa angin menghiris hati yang mendengar.


Kau umpama sang pelangi indah
Mencorakkan jiwa sukma
Kau umpama langit senja merah
Yang membuat jiwa resah setelah hujan turun mencurah
Kau pergi jua
Aku jadi hamba lara
Kau pergi jua
Aku jadi hamba lara
Tinggal aku di sini
bersendiri lagi
digenggam sepi
menggenggam bara yang tak menyala
dipeluk duka

“Tapi mungkin betul, dia tak perlu ada lagi dalam hidup Kamil. Dia tak layak.”
Puan Kaira turut menangis sebaik saja kereta mewah itu berlalu meninggalkan rumahnya.

Kamil terjaga dari lenanya. Dia terbau bau itu lagi. Banyak kali dia bertanya ibunya tentang bau apakah itu tapi ibunya tidak pernah menjawab tetapi hanya menangis. Dia menjenguk wajah ke luar tingkap. Ibunya di bawah serentak menoleh sambil mengesat air mata.

Semakin lama, bau itu hilang dan Kamil duduk kembali ke katil. Setiap kali bauan itu singgah dia akan merasa sakit di dada. Bagai ada yang tertinggal. Perlahan matanya menangkap sebuah kertas berwarna kuning di bawah meja. Dia cepat menariknya perlahan dan tulisan tangan itu di bacanya berkali kali dengan kemampuan membaca yang sudah semakin baik.

Jangan lupakan saya. Saya akan cintakan awak selagi awak tak lupakan saya -Camelliamu