Sunday, May 24, 2009

Remember.Forgotten.

Masihkah kau ingat pada waktu itu

Sekuntum bunga mekar kuselit ke rambutmu
Masihkah kau ingat?
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat?
Masihkah kau ingat kita berlari-lari
Di kaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat?
Masihkah kau ingat?
Masihkah kau ingat?
Sekuntum bunga itu di tapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugenggam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat?
Masihkah kau ingat?

“Maaf, saya lambat. Saya..saya lupa.”
Diam.
“Maaf, saya takkan lupa lagi!”
Melihat Kamilia yang memasang wajah suci, kemarahan segera reda. Namun hati gatal mahu menggiat, wajah dimasamkan.
“Kalau awak lupa lagi macam ni, saya akan tinggalkan awak jela.”
“Jangan! Tolonglah jangan. Kalau saya lupa, kalau saya tak ingat…awak ingatkan saya ye?”
Aku tergelak kecil mendengar rayuannya. Tangannya aku genggam dan bunga kamelia ku selit ke telinganya.
Kamilia, gadis ini seharum bunga kamelia. Dan dia cinta pertamaku. Dan aku cinta pandang pertamanya. Masih lagi segar di ingatan bunga-bunga perkenalan kami.

*
Pagi itu, pagi penuh rahmat. Hujan telah berhenti dan pelangi datang menyebar warna-warna cinta. Menunggu Syafiq yang semalam janjinya pukul sembilan dan aku sudah tercegat lima minit lewat, aku mencuri bau bunga mawar yang kembang mekar dalam pasu sebelah longkang. Harum tapi banyak-banyak bunga aku paling suka bau camellia. Membuang bau mawar yang sudah terpenjara dalam hidung, aku menghembus nafas dan menarik nafas panjang.

Dan ketika itulah, ketika malaikat cinta datang memeluk cinta kami, bau camellia terapung di udara dan menyelinap cepat pada rongga bau. Mataku liar mencari dan sesusuk tubuh genit dengan rambut ikal di tiup angin perlahan mengatur langkah. Bau itu darinya dan aku cuba mencuri pandang wajahnya namun dia terlalu sibuk memandang lantai dan berjalan bagai berkhayal ke arah bertentangan denganku.

“Woi mat bunga!”
Aku senyum saja kerana Syafiq menggelar aku 'begitu' bukan kerana aku mat jiwang tetapi kerana aku si penanam bunga. Sampai pun mamat ni!
“Sorry saya panggil dia” Syafiq menggaru kepala. Aku menoleh pelik.
Eh? 

Muka si gadis merona merah. Dia menoleh pada 'bunga' sebenar yang dipanggil tadi dan matanya terpaku. Terpaku pada aku.

“Saya..saya Bunga.” Wajah semakin merah.
Kenapa pulak aku kenalkan diri ni?
Senyum. “Kamil.”
Tak pernah-pernah menyapa perempuan, sekarang pandai pulak aku kenalkan diri sendiri.
Kamil? Eh sama dengan nama aku! “Ya, boleh panggil saya Kamilia juga. Bunga Kamilia..nama penuh saya.”Bunga..Kamilia? Bunga camelia?

*

Dan kerana peristiwa itu, kami bersama. Dah enam tahun.

Aku semakin kenal dia dan dia semakin kenal aku.
“Kau makan ubat pelupa boleh tak? Semua benda kau nak ingat lepas tu siap boleh cerita balik sejibik-jibik pulak tu...dahsyat kau ni betul-betul kau patut jadi peguam lepas habis belajar..jangan tanam bunga dah!”

Itulah kata-kata setiap teman dan ibuku tentang diri aku. Dan sekarang, aku berpasangan dengan gadis yang pelupa.
Lupa harijadi sendiri.
Lupa pukul berapa janji nak dating.
Lupa pakai eyeliner sebelah mata lagi.
Selalu lupa dan kadang-kadang mencabar kesabaran.
Tapi cinta membutakan semua mata yang bercinta. Aku cintakan dia. Dan dia cintakan aku.

***
“Bun, kan kita dah janji nak lunch sama?”
Siapa nama dia ni? Kacaknya!
“Lupa lagilah tu. Kan saya dah kata lain kali set reminder. Taklah saya tunggu lama sampai nipis perut ni.” Senyum. Kenapa blur je makwe aku ni?
Oh! Reminder..reminder! Cepat Kamilia melihat handphonenya. Kamil my bunny.
“Kamil my bunny!” Senyum. Betul ke ni?
“Nak pujuklah tu. Dah jom kita makan sekarang. Saya tau awak mesti tak makan lagi kan? Sebab...awak lupa.” Ketawa dan tangan meraih tangannya. Kamilia melepas nafas lega dan berjalan seiringan.
“Kamil, setiap kali nampak awak saya mesti jatuh cinta dan jatuh cinta!”
Kamil ketawa kuat. “Macam tu bila saya tua dan muka kedut-kedut awak dah tak jatuh cinta dengan saya lagi lah?”
“Tak. Kan saya dah kata tiap kali nampak awak saya akan jatuh cinta!”
“Yelah, awak menang.”
“Bunny sayang, kita ambil gambar banyak-banyak tau lepas ni. Perasan tak kita tak ada pun gambar berdua.”

***

Semakin lama aku asyik lupa. Kenapa aku ni? Dah set reminder tapi aku lupa mana aku letak handphone. Ah malas nak fikir balik rumah lah! Eh? Macamana nak balik rumah? Aku..mana rumah aku?

***

Air mata Kamilia mengalir deras.
Tak boleh! Aku tak boleh lupa! Aku tak boleh lupakan dia!
Tangannya pantas menekan simbol print. Dia terlompat-lompat agar air matanya berhenti tapi air matanya semakin laju. Gambar-gambar dia dan Kamil yang siap di print di ambil, air mata diseka cepat. Gambar tadi di tampal pada dinding, pada cermin dan seluruh biliknya. Air mata mengalir lagi. Dia mengambil telefon bimbit dan set gambarnya dan Kamil sebagai wallpaper dan skrinsaver pula. Aku tak boleh lupa dia!

***
“Kamil sayang, saya ada rahsia nak cakap pada awak.”
“Bun sayang, dengar rahsia saya dulu boleh?”
“Rahsia apa?” Muka Kamilia berubah. Jangan lupakan aku, tolong.
Kamil membalasnya dengan senyuman dan bangun ke depan. Biarlah satu dunia mengejeknya jiwang. Kerana dia memang mahu satu dunia tahu siapa yang dia cintakan.
telah kusiapkan satu daerah paling sunyi
dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
untuk kau berilti dengan kelembutan
untuk kau hargai dengan kasih sayang
ku ingin kau jadi wanita yang mulia
yang tahu harga budi dan hati
seorang lelaki bernama suami
kerana engkau isteri ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
tak semudah yang kita janjikan
yang kita janjikan
kerana kau isteriku

Tepukan bergema-gema. Air mata terpecah-pecah, wajah Kamilia basah.
“Kita kahwin ye?”
“Saya akan menjadi isteri awak”. Kamil senyum bahagia dan lembut menyapu air mata Kamilia.
“Saya akan ingatkan awak selalu tu, Kamil.”
“So..apa rahsia sayang pulak?”
“Hahh?”
“Lupalah tu!”

***

“Ada apa? Sampai datang rumah saya ni? Tak boleh bincang dengan pekerja je?”
“Oh, ini bukan pasal bekalan bunga tapi..”
“Tapi apa? Saya sibuk ni”
“Pasal Bunga-”
“Kata tadi bukan pasal bunga? Bincang terus dengan pekerja saya jelah”
“Ini pasal Bunga Kamilia”
“Kenapa? Awak tak ada stok bunga camellia?”
“Bunga Kamilia..anak Datuk.”
“Kenapa dengan dia? Awak nak kahwin dengan dia? Kalau betul, lupakan jelah. Saya patut halang je hubungan awak dengan Bunga dari awal lagi. Kenapalah saya terlalu sibuk sebelum ni? Sudah awak keluar!”
“Tapi Datuk-”
“Awak dengar, saya pemilik syarikat minyak wangi antarabangsa dan awak hanya ada kebun bunga kecil tu. Bunga Kamilia masih muda, memang senang kena tipu dengan kata-kata manis awak. Dan bila dah kahwin nanti, awak nak bagi dia makan rumput? Atau makan bunga sebab nama dia Bunga?”
“Benda ni mudah, awak cuma kena sedar diri. Dan saya boleh cari pembekal lain kalau awak masih degil biar emak awak merempat sama sebab kebodohan cinta awak ni!”
“Mama!”
Kamil dan Datuk Orked menoleh. Wajah Datuk Orked berubah. Dia tahu perangai Bunga Kamilia. Kalau dia dengar kata-katanya pada pembekal bunga syarikat minyak wanginya itu pasti dia mengamuk. Dan paling dia takut jika anaknya itu merajuk, anak itu anak manja yang ditatang bagai minyak yang penuh.

Tapi sebaliknya yang berlaku. Bunga Kamilia berlari dan memeluknya erat bagai setahun tidak bersua.

“Siapa ni mama?” Senyum pada Kamil.
Cukuplah kata hinaan ini. Tak perlu lagi ditambah apa-apa. Wajah selamba Bunga Kamilia di tatapnya untuk terakhir kali.
Cukuplah cinta ini.

***

Hujan seakan menangis sama. Luka terlalu dalam. Penipuan ini...
Apa yang aku nak lupakan?
Nama kau?
Bau kau?
Atau kenangan enam tahun kita?
Loceng pintu berbunyi mematikan lamunan pilu. Menjengkelkan tanpa siapa sudi menyahutnya. Mana Ibu ni?Dia melangkah malas.
“Sayangggg bunny!”
Kamilia?!
Kamilia tegak di depan pintunya dengan payung masih terbuka, dengan senyuman dan nafas putus-putus.
Macamana aku nak lupakan senyuman ini? Walaupun kau senyum hanya untuk mengejek kebodohan aku menyintai kau selama ini!

“Sayang dah jumpa mama? Apa mama cakap? Bila kita boleh kahwin?”
Hujan mungkin dah reda sayang. Tapi bukan darah pada luka ini. Bukan pada ingatan semalam.
“Kamil! Awak nak pergi mana sayang? Tak jawab soalan saya lagi..”
Suara lembut Kamilia sering meluluhkan hatinya. Selalu memendam kemarahannya. Selalu memaafkan kelupaannya. Cuma lupa kali ini keterlaluan. Dan dia benci gurauan keterlaluan macam ni.
“Awak tak nak kahwin dengan saya?”
“Saya pergi kedai kejap.”
“Tak nak saya ikut?”
Diam.
“Ok, saya faham awak tak nak saya ikut. Tak pe, saya tunggu kat bilik awak jelah.”
Dan Kamil menutup pintu. Kamilia merenung pintu. Entah kenapa hatinya rasa pedih. Rasa kehilangan.

***
Betul ke semalam kau betul lupa sayang?

Kalau betul lupa, kau betul lupa macam selalu..aku akan tetap maafkan kau..seperti selalu.

Kelajuan motorsikalnya di tambah dengan jalan licin tidak membantu dia cepat sampai pada cintanya. Pada Bunga Kamilia.

Dumm!!! Dentuman kuat diikuti dengan tubuh tercampak dan darah merah terpercik sana sini bagaikan lukisan merah di dada kanvas lukisan.

“Maafkan saya, dia koma. Dan kemungkinan besar dia akan kehilangan ingatannya.”

***

Bunga Kamilia tersedar cepat bangun.
Kat mana ni? Buat apa aku dekat sini?
Bilik kecil penuh baju kemeja tersangkut, cd-cd Kopratasa, buku tebal akta-akta dan jenayah dan gunting besar dahan itu direnungnya takut.

Dan dia terlepas pandang kertas kecil atas meja, tulisan tangannya sebelum tertidur tadi menyebabkan dia buru-buru lari.

“Bunga? Bunga!!”

Jeritan perempuan separuh umur itu tak dihiraukan. Dia terus lari merentasi taman yang penuh bunga dan pulang ke rumah agam dan masuk cepat ke dalam biliknya.

Ini yang paling dia takut. Lupa. Dia lupa lagi. Dan tanpa disedarinya, bilik tidurnya kini bersih dari foto-foto dirinya dan Kamil. Sungguh dia tak sedar kerana dia lupa.

***



“Bunga, aunty nasihat bunga baliklah. Tak ada apa lagi dekat sini untuk bunga”
“Aunty tak suka Bunga lagi? Tu..tu tak penting tapi sekarang aunty kena dengar apa Bunga nak cakap. Bunga takut nanti Bunga lupa lagi.”
“Dah tiga tahun Bunga. Dah cukup untuk aunty faham yang Bunga memang dah lupa. Semua.”
“Bunga..bunga..”
“Baliklah. Baliklah..Bunga dan keluarga kami amat berbeza. Dan Kamil sendiri dah lupakan Bunga. Tengok taman ni..tak ada lagi bunga camellia bukan?”
“Kamil tak lupakan Bunga. Dia bukan lupakan Bunga. Dia terlupa! Sebab..sebab dia hilang ingatan! Kan aunty?” Selama ni aku takut aku lupakan kau. Tapi kau yang dulu lupakan aku!
Datuk Orked tiba-tiba muncul. Matanya dan mata Puan Kaira saling bertentangan.
“Maafkan saya.” Datuk Orked membuka mulut akhirnya. Dan memeluk Bunga Kamilia yang tidak keruan.
“Tiada lagi bunga camellia di rumah ini..dan Bunga juga tak perlu ada.”
Kamilia diam. Dan Puan Kaira tunduk seakan bersalah menuturkan kata-kata itu.
“Bunga tak bersalah. Dan kalau yang bersalah pun, orang tu saya!” Datuk Orked bersuara keras dan tersekat-sekat. Dia menoleh pada Kamilia dan mengeluh.
“Sayang, kenapa kencing tak bagitahu mama?” Air mata Datuk Orked mengalir cepat. Dia mendakap Kamilia yang tiba-tiba bagai tiada perasaan.
“Mama, kita kat mana ni? Jomlah balik! Panasss!” Kamilia merengek-rengek bagai anak-anak.
“Maafkan saya Kaira. Maafkan saya Dia ada alzheimer disease.”
Kamilia yang tadinya merengek tiba-tiba bersenandung, perlahan dan di bawa angin menghiris hati yang mendengar.


Kau umpama sang pelangi indah
Mencorakkan jiwa sukma
Kau umpama langit senja merah
Yang membuat jiwa resah setelah hujan turun mencurah
Kau pergi jua
Aku jadi hamba lara
Kau pergi jua
Aku jadi hamba lara
Tinggal aku di sini
bersendiri lagi
digenggam sepi
menggenggam bara yang tak menyala
dipeluk duka

“Tapi mungkin betul, dia tak perlu ada lagi dalam hidup Kamil. Dia tak layak.”
Puan Kaira turut menangis sebaik saja kereta mewah itu berlalu meninggalkan rumahnya.

Kamil terjaga dari lenanya. Dia terbau bau itu lagi. Banyak kali dia bertanya ibunya tentang bau apakah itu tapi ibunya tidak pernah menjawab tetapi hanya menangis. Dia menjenguk wajah ke luar tingkap. Ibunya di bawah serentak menoleh sambil mengesat air mata.

Semakin lama, bau itu hilang dan Kamil duduk kembali ke katil. Setiap kali bauan itu singgah dia akan merasa sakit di dada. Bagai ada yang tertinggal. Perlahan matanya menangkap sebuah kertas berwarna kuning di bawah meja. Dia cepat menariknya perlahan dan tulisan tangan itu di bacanya berkali kali dengan kemampuan membaca yang sudah semakin baik.

Jangan lupakan saya. Saya akan cintakan awak selagi awak tak lupakan saya -Camelliamu

2 comments:

Rye said...

wuu~
a moment to remember?

Nurul Harun said...

omg.
sangat bagus!