Monday, December 26, 2011

I'm Still Here


Alex bersandar di kerusi kulit empuk bertemankan sepuntung rokok di tangan. Rokok itu hampir habis, tapi kelibat teman wanitanya masih tak nampak. Sekejap-sekejap dia melihat jam di lengan kiri. Sekejap-sekejap dia mengeluh. Sudah hampir sejam. Biasalah kalau dah supermodel tu, tentu bersiapnya makan masa.

Aku selesai mengemas meja 7. Meja yang agak tak jauh dari meja Alex. Sedari tadi, bukan aku tak perasan, mata gadis-gadis di kafe itu yang meliar memerhatikan Alex. Orang kalau dah popular, mesti akan jadi perhatian orang. Alex pula, hanya buat selamba dan sekala dia mengusutkan rambut panjangnya yang sedia kusut itu dengan sengaja. Itu habit dia. Aku tau. 

Ah, macam mana pulak aku tau ya?

“Helo, Kate.”
Aku menoleh. Alex berdiri selamba di belakang aku.
“Helo, Alex.”
“Thanks for the coffee. Aku kena chow dulu ni.”
“Tak tunggu Alexa ke?”
Alex menjungkit bahu. “Aku suruh dia straight pergi MTV la. Aku ada recording jap lagi.”
“Oh, okay.”
“Jangan lupa tengok tau nanti!”
“Alah, macam kau tak biasa keluar TV!”
Alex senyum. Dengan senyuman itu dia berlalu keluar dari kafe, tinggalkan aku dan renungan tajam gadis-gadis di situ.
Bagaimana aku boleh kenal Alex Turner, vokalis band rock Arctic Monkeys ini?
                                    *                    *                    *                    *
                         
Band Arctic Monkeys sudah lali meniti bibir masyarakat di Sheffield ini. Band yang awalnya bertapak cuma di underground, berbantukan gig-gig kecil yang tak semua orang tau. Kini nama mereka se-gah nama-nama seperti MUSE, Radiohead, Snow Patrol dan banyak lagi band-band britrock yang lain.

Apalah yang aku tau tentang muzik. Terutama muzik rock. Aku cuma pelayan kafe, yang berkenalan dengan Alex sejak umur kami 11 tahun. Kini umur kami berdua sudah cecah 26 tahun, dan aku masih seperti dulu. Masih menaruh hati pada Alex.

Aku jatuh hati pada Alex kerana dia tak prejudis dan tak memilih. Dia layan aku seperti seorang sahabat baiknya. Mungkin terlalu sahabat hingga dia tak perasankan aku yang berdebar-debar tiapkali dia mulakan kata-kata. Tak perasankan aku yang cair tiapkali dengar dia memetik gitar, terkadang menulis lagu dan lirik di sisi aku.

Aku hampir percaya yang Alex mungkin punya perasaan yang sama pada aku. Sehingga hadirnya Alexa Chung.

Alex dan Alexa. Pasangan merpati dua sejoli, yang sampaikan nama mereka pun dah melambangkan betapa sesuai dan bahagianya mereka. Alex bertemu Alexa bila Alexa menemuramah band Arctic Monkeys 3 tahun lepas. Alexa, selain seorang supermodel, dia juga seorang personaliti TV yang popular di London. Mereka sudah bercinta hampir 3 tahun. 

Aku disini cuma mampu tersenyum, bila satu malam ketika aku hampir menutup kafe, Alex datang menemui aku.

“Kate! Kate!”
Tercungap-cungap Alex mendapatkan aku.
“Woah, rilek, rilek. Tarik nafas dalam-dalam..”
Alex akur. Setelah nafasnya kembali normal, dia memulakan.
“Aku dah jatuh cinta, Kate!”
Aku terlopong. Mungkin terlalu lama, sehingga Alex meneruskan kata-katanya.
“She was...amazing Kate. The most beautiful woman I’ve ever met.”
Aku perlahan-lahan lihat ke sisi kiri. Ada cermin di situ. Imej aku di cermin bagai menampar aku kembali ke realiti. Nganga aku bertukar jadi senyum. Walaupun pahit, aku paksakan.
“Wow. Good..good for you Alex!”
“Thanks. I just wanted to tell you that. I want you to be the first person to know that..I’m in love! Aku dah jatuh cinta!”
Aku ketawa dalam menangis. Entah macam mana perasaan aku boleh bercampur gaul sebegitu aku pun tak pasti.
“Who is she?”
Alex meraup wajah. Jelas nampak dia gembira.
“Em...her name is Alexa. Macam dah takdir! Mungkin ni lah yang orang kata jodoh, kan?”
Aku mengangguk lemah. Kaki masih kaku untuk bergerak. Alex terlalu gembira sampaikan dia tak mahu duduk.
“Kau dah beritahu dia perasaan kau?”
Alex menoleh laju ke arah aku.
“Oh, about that. Here’s the thing. Aku mungkin perlukan pertolongan kau.”

Tak ada yang lebih sakit dari ini. Aku, memang perempuan bodoh. Demi Alex cari bahagianya, aku biarkan hati aku parah sendiri. Tak besar pun pertolongan aku hari itu. Cuma Alex dan Alexa bertemujanji pertama di kafe tempat aku bekerja. Aku yang sediakan semuanya. Lilin, ros, coklat, wain dan semua benda romantik yang aku sendiri ingin lalui bersama Alex.

Aku tak sanggup lagi berdiri di tepi kaunter macam orang dungu sementara Alex dan Alexa sudah pun kurang seinci dari wajah masing-masing. Aku ke pintu belakang kafe dan menangis seorangan. 

Telah tiga tahun, aku masih lagi disini. Masih lagi seorang pelayan dan masih lagi menangis bila terlihat Alex bersama Alexa.

“Hai, Kate!”
Aku terkujat sebentar. Air mata yang hampir turun aku seka laju-laju dan menoleh.
“Alexa?”
“Mana Alex?”
“Er..dia dah pergi MTV. Dia kata nak suruh awak straight pergi sana.”
“Oh ye ke? Okay. Bye.”
“Bye.” Lambaian aku tak didengari Alexa. Tak apa, sebab aku dan Alexa bukannya kawan. Cuma beberapa kali saja kami berjumpa. Itupun sebab Alex dah jadi regular customer di sini.

Aku lihat lagi cermin di sisi kiri aku. Masih sehodoh dulu. Masih hanya Alex seorang yang sudi berkawan dengan aku. Di sekolah dulu;

“Budak hodoh! Budak hodoh!”
Aku nak menangis, tapi ego aku degil tak mau biarkan air mata aku turun.
“Wei, aku rasa baik kau pindah sekolah la. Buat sakit mata je tengok muka kau ada kat sini!”
Gelak tawa mereka akhirnya mengundang setitis air mata aku untuk jatuh.
POK! POK! POK!
“Wei, apa ni?!”
Aku mengangkat muka. Ada seorang budak lelaki di depan aku, sedang melontar batu ke arah mereka. 
“Wei budak pelik! Apsal kau bela budak hodoh ni?!”
Budak lelaki di depan aku tu terdiam. Kemudian batu di tangannya dilontar ke dahi budak yang bertanya tadi. Bertelur jugalah. Meraung dia memanggil cikgu cikgi di dalam bangunan sekolah. Budak lelaki pelontar batu tadi menoleh ke arah aku dan tersenyum.
“Saya Alex.”
Aku senyum kembali. Terima kasih, Alex. “Kate.”


Dari situ aku belajar mengenali Alex, seorang peminat muzik dan puisi. Dia pun seorang penyendiri di sekolah menengah, seperti aku. Di mana ada aku, adanya dia. Sehingga dia berjumpa dengan 3 orang lelaki yang kini merupakan sahabat baiknya, dan juga anggota band Arctic Monkeys. Aku selalu sendiri, kerana tak ada siapa yang berani ambil risiko berkawan dengan manusia sehodoh aku. Aku tak pasti dari mana Alex dapatkan keberanian untuk berkawan dengan aku dulu.
Pernah aku tanya padanya tentang ini. Dia cuma jawab;
“Aku bengang dengan budak-budak tu memang dah lama dah. Rasa nak sepak terajang je muka sekor-sekor.”
Kadang aku berharap sangat supaya aku tak pernah bertemu Alex. Sakit yang aku rasa kini lebih pedih dari sakit diejek ketika di sekolah dulu.

Pukul 5 petang, aku habis kerja, meluru terus ke subway untuk pulang ke rumah. Di rumah pun, tak ada siapa yang nantikan aku. Cuma katil sejuk, Tv murah dan jiran jiran bising. 
“Psst!”
Aku tersentak kecil dengan bunyi sebegitu di telinga aku.
“Ikut saya.”
“Huh?”
“Follow me. I can read your fortune.”
“Oh, shove off!”
“No seriously. Nasib awak! Masa depan awak...”
“I said shove-”
“Free of charge!”

                                          *                       *                     *                       *

Bukannya aku percaya benda-benda karut begini. Tapi dah free of charge, takkan aku nak tolak. Aku mengekorinya sehinga sampai ke sebuah apartment di tingkat satu, yang biliknya dihias dengan pelbagai benda-benda karut seperti bola kristal, tengkorak palsu dan macam-macam.
“Awak memang tarik pelanggan macam tu ke?”
“No. Usually pelanggan yang datang pada saya. Tapi awak...aura awak kuat. Saya tak dapat halang. Sila duduk.”
Biar betul perempuan ni. Tapi aku duduk juga.
“Pilih tiga kad,”
Perempuan gipsi ini menyuakan sebaris kad tarot di depan aku. Aku menarik secara rawak 3 keping kad.
“Ahah!” dia membaca kad yang aku pilih.
“Masa lampau awak, kera sumbang. Tak pernah ada kawan. Betul?”
Woah..
“Masa kini awak, si kembar. Awak dan dia tak dapat dipisahkan. Hati awak ada pada dia. Am I right?”
“Woah. Lagi?”
“Masa depan. Tsk..tsk..tsk...Matahari. Awak akan berada jauh dari dia. Sejauh mungkin. Sampaikan dia tak mampu kejar awak.”
Aku melopong. Aku, lari dari Alex? Pfft. Alex satu-satunya kawan aku. Aku nak lari ke mana?
“Semua sekali £150.”
“Fuck.”
                                          *                        *                        *                      *
Aku betul perempuan bodoh. Dah lah kena tipu dengan perempuan gipsi tu. Habis gaji aku separuh bayar dia. Apa maksud dia aku akan tinggalkan Alex? Bullshit semua tu.
Alex satu-satunya orang yang boleh terima aku seadanya. Aku takkan pergi selagi dia nak berkawan dengan aku. Selagi dia perlukan aku.
“Hi Kate. Awal awak hari ni?”
Aku mengangkat muka dari menunduk sedari tadi, kerana sedang mengelap lantai kafe.
“Oh, Mrs Tompson. Saya tak ada buat apa kat rumah, so saya datang awal la.”

Mrs Tompson adalah majikan aku. Pemilik Kafe Tom & Tom ni. Aku bekerja dengannya sejak tamat sekolah. Sebenarnya, aku dan Alex pernah bekerja di sini. Alex di bahagian bar, dan aku dibahagian kafe. Tapi sejak band Alex mula melonjak nama, dia berhenti kerja dan tumpu perhatian pada kariernya. 

“Well, if you work hard enough, you might get that employee of the month prize.”
“Employee of the month prize? What is it?”
“A trip to Japan. Exciting isn’t it?”

Aku mengangguk. Memang aku berminat. Jepun, negara teknologi. Siapa yang tak berminat? Tambahan aku memang gilakan anime. Walaupun anime di Sheffield tak punya banyak pilihan tapi aku sukakan kesemuanya!

Petang itu, Alex datang lagi. Kafe ini sudah menjadi tarikan ramai kerana Alex rajin berkunjung ke sini. Siap masuk internet lagi info tentang kafe ini.
“Hai Kate.”
Aku senyum manis. Hari-hari aku selalu ceria bila lihat wajah Alex. Aku sudah merangka-rangka apakah topik yang ingin aku bualkan dengan Alex sebentar lagi, tapi semuanya mati bila Alexa masuk dengan langkah elegan dan senyuman manis buat Alex. Aku terkaku sebentar di kaunter dengan jag kopi dan mug kegemaran Alex di tangan.
“Make it two ya Kate.” Alexa memesan pada aku. Aku angguk dan akur. Bagai robot hamba mereka berdua. Bila aku menuang kopi ke mug, mereka berbual mesra. Sesuatu yang takkan dapat aku buat dengan Alex.
“How’s your injury dear? Is it better now?”
Aku menoleh ke arah Alex bila Alexa berkata begitu. Tangan kirinya berbalut. 
“It’s ok now. Don’t worry about it baby.”
Hati aku yang sedia luka tika itu tertusuk duri baru tiba-tiba.
“I didn’t know you were injured.” Aku menegur setelah selesai menuang kopi ke dalam mug.
“It’s nothing, really.” Alex senyum pada aku. Kemudian dia kembali menatap wajah Alexa. Entah kenapa, aku rasa ingin lari. Aku meletakkan jag kopi di atas meja dan berlalu ke kaunter. 
“Kate! You forgot the jug.”
Aku terhenti. Kembali semula ke meja mereka setelah menerima arahan dari Alexa.
“I left it there. So you guys can have a refill-”
“Oh, nevermind. You can take it with you.”
Kali ini Alex yang bersuara. Aku, masih lagi bagaikan robot, tapi hampir menangis, ambil juga jag tersebut dan beredar.
Aku rasa tertinggal. Kalau dulu, sedikit luka yang Alex alami, malah luka papercut sekalipun akan dia adukan pada aku. Ini luka seserius itu, tambah di tangan gitarnya, dia tak beritahu aku? Dia tak mahu aku bimbang ke? Ya, mungkin itu sebabnya.
Mungkin.
Aku kembali ke kaunter setelah puas berperang dengan diri sendiri di pintu belakang kafe. Alexa sudah tiada. Hanya tinggal Alex seorang. Melihatkan aku sudah kembali, dia segera bangun menuju aku.
“Kate, guess what.”
“What?”
“Sabtu ni Arctic Monkeys ada konsert kat sini.”
Sedih aku tadi hilang tiba-tiba. Aku sukakan muzik Alex!
“Serius?”
“Haah. Nah, ni tiket VIP untuk kau.”
Aku menyambutnya. Terasa istimewa sekali lagi. “Thanks!”
“And..em..aku ada good news nak bagitau kau.”
Aku mengangkat wajah, memandang tepat ke muka Alex yang kini sudah rapat ke wajah aku. DUB DUB! DUB DUB!
Jantung aku mengetuk kuat. Alex cuma ingin beribisik, aku pula yang melebih-lebih.
“Malam konsert tu, aku nak melamar dia.”
Aku tergamam tanpa kata. Terkaku, kelu di situ.
“Kau jangan beritahu dia tau. Suprise.”
Aku tak angguk, tak juga geleng.
“Oklah, aku chow dulu. Ada rehearsal hari ni. Bye!”
Alex berlalu pergi. Dia bakal pergi selama-lamanya dari hidup aku. Bakal menjadi milik Alexa secara rasminya. Alex aku, hilang di situ.
                                         *                       *                       *                      *


Memamg aku tau dari awal aku tak layak buat Alex. Aku bukan taste dia. Malah aku bukan taste siapa-siapa pun. Tapi aku masih setia di sisi Alex, setia memanggung muka sebagai sahabat, dan kerana aku sudah jatuh cinta padanya. Satu pinta aku pada Tuhan, biar aku lupakan Alex. Buatkan aku tak teringat langsung memori yang dibina sejak kecil hingga dewasa. Buat aku amnesia, lebih baik.

Aku merenung kembali tiket kapal terbang business class ke Jepun di tangan aku. Employee of The Month dapat aku menang mudah sebab memang aku yang selalu menang. 

Aku ke Jepun untuk lupakan Alex. Aku mungkin takkan kembali dalam masa terdekat, dan aku harap Alex sedar yang aku bukan lagi masih disitu. 

Aku juga pilih Sabtu sebagai hari pemergian aku. Biar Alex tak tahu sedang dia sibuk menyediakan lamarannya untuk Alexa. Biar aku sendiri pergi. Selamat tinggal, Alex Turner, cintaku.

Wednesday, December 7, 2011

hai.

idea banyak. masa yg tak cukup. writer's block selalu datang. tapi memang ada, betul. tak tipu.

hai semua. tunggu ya. kbai.