Entah apa dah jadi pada aku. Terjerumus ke jurang sahabat yang bahaya. Meracun diri aku sendiri.
Entah kenapa aku jadi begini. Aku tak mampu lawan perasaan yang sedang membina diam-diam.
Entah bila aku mula jatuh. Aku mula lihat dia dari sudut lain. Hati aku mula berdebar bila dia dekat.
Setiap hari aku ingatkan diri, realiti bak langit dan bumi.
Cermin buatkan aku terjaga. Tapi aku tak selalu melihat cermin. Sedar yang aku tak mampu dibaiki, cermin tak banyak gunanya pada aku.
Mimpi-mimpi aku kini punyai wajah dia. Jadi putera, raksasa, alien, orang asing, pekedai runcit, guru, polis, semua watak. Aku bangkit tak pernah tak fikirkan dia. Kadang aku beristighfar panjang. Kenapa dia yang ada di fikiran aku,sedang pada dia aku cuma seorang kawan biasa.
Hopelessly, I only can love him from afar.
Because I’m such a pathetic fuck.
Aku sedih dengan aku yang tak pernah akan dapat keluar dari jurang ini.
“Erin, cerulean blue aku dah habis. Aku nak pergi Master Art kejap lagi. Kau nak ikut tak?”
Berus di tangan aku turunkan perlahan. Lukisan yang separuh siap aku tatap sebentar sebelum menoleh. Dia tersenyum, tak tahu yang lukisan ini terkandung emosi untuknya.
“Boleh jugak.” Aku balas senyumannya dengan bodoh. Walau beribu kali dia sudah tikam hati aku, tapi senyum aku tetap manis untuknya.
“Ok, aku tunggu kau kat bawah. Kau kemas-kemas la. Cepat sikit.”
Aku mengangguk. Emosi tadi masih melimpah, aku tak mampu berkata banyak. Dengan hati yang masih berdetak laju, aku kemas barang-barang aku.
Aku pandang sekilas studio yang kini cuma tinggal 3 orang, tekun mencurah emosi atas kanvas masing-masing.
Dia menunggu di atas motosikal dengan kepala yang siap bertopi keledar. Aku lajukan langkah tapi perlahan berhenti di hadapannya.
“Naik motor? Serius ke ni?”
“Lor, apsal? Tak boleh ke?”
“Girlfriend kau tak marah ke nanti?”
Dia tersenyum, lalu hulurkan topi keledar pada aku. Aku akur akhirnya. Aku bingung. Kenapa dia cuma tersenyum bila aku timbulkan hal tentang ‘girlfriend’? Dah berpunya ke dia? Atau belum?
Aku menepuk dahi sendiri. Kalau dia masih belum berpunya pun, aku ni siapa untuk simpan harapan?
“Kau tolong aku pilihkan. Mata kau tajam sikit kalau bab-bab warna ni.”
“Kau nak lukis apa?”
“Emosi aku.”
Matanya dalam menikam mata aku. Buat jantung aku melompat lagi. Di kala ini, aku tersungkur sebentar ke alam berangan. Mungkin dia punya perasaan yang sama seperti aku. Mungkin aku tak bertepuk sebelah tangan. Mungkin dia pun..
“RM12.50.”
“Mak oi, mahalnya dik.”
Juruwang Master Art tersenyum padanya. Cantik orangnya, rambut panjang mengurai, hitam lebat. Tak macam aku, rambut kerinting macam mi segera. Dia selesai membayar dan berbalas senyum dengan juruwang itu.
Apa kau ni! Dengan cashier pun kau nak cemburu?
Sumpah aku tak cemburu. Sumpah. Aku cuma harap aku dapat lepaskan dia secepat mungkin. Berharap aku dapat jumpa satu sebab untuk aku tak menaruh harapan palsu lagi. Cashier pun cashier lah.
LOL. Tapi dia tak berminat! Kau tengok tu. Dia blah macam tu je!
Aku menoleh, dia sudah keluar dari kedai. Aku juga selesai berperang dengan diri.
“Lawa gak kan cashier tu.” Celaka kau mulut kenapa kau tiba-tiba menduga dia pulak!?
Dia ketawa kecil.
“Erin, kalau aku tak kenal kau, aku ingat kau lesbian kau tau tak.”
Aku dan semua yang tadi berperang dalam diri ternganga kaku.
“Dah tu, asal jumpa perempuan kau mesti tanya aku, lawa ke tak diorang tu.”
Aku tertunduk. Ketawakan diri sendiri dalam diam.
“Dah la jom balik.”
Aku tak minat kaum sejenis, sumpah! Tujuan aku tanya tu untuk aku dapatkan kepastian, cantik itu bagaimana di mata dia. Dia selalu jawab, bolehlah..ataupun, tak sangat lah..aku bingung. Perempuan cantik macam mana lagi yang dia nak?
Sampai di studio dia terus ke kanvasnya. Aku juga ke kanvas aku. Emosi tadi masih ada, tapi berbaur dengan perang dunia ketiga di minda aku. Nafasku sesak,tambah bila dia lihat aku dan tersenyum.
“Kau lukis apa, beb?” Seorang dari mereka bertanya. Aku pun nak tau juga.
“Perempuan.”
Aku tertunduk sendiri. Tak mungkin aku. Tapi harapan palsu masih terapung-apung dalam diri aku. Entah kenapa, aku tak anggap diri aku ‘perempuan’ di matanya.
“Kau nak pergi mana, Erin?”
DIa memanggil.
“Sambung..kat rumah.”
Aku tak pandang dia. Laju aku tinggalkan studio dengan dia dan lukisan perempuannya.
Babak sebegini aku dah banyak kali lihat dalam filem. Heroin bodoh yang sanggup buat apa saja untuk hero yang mencintai perempuan lain. Kuch Kuch Hota Hai. Bezanya, heroin bodoh dalam filem tu akhirnya akan bersama dengan hero. Aku? Masih lagi bodoh.
Aku betul nak lari dari semua ini. Aku nak ke tempat yang aku takkan jatuh cinta lagi. Hati aku dah luka teruk ditikam dia. Dia selalu buat aku fikir, mungkin dia berperasaan sama dengan aku, kemudian tinggalkan aku tergantung seorangan dengan perasaan bodoh ni seorang diri.
Luahkan perasaan? Tak semudah tu. Bayangkan betapa janggalnya persahabatan kami nanti. Dia mungkin akan berhenti kelas, dan pindah jauh-jauh kerana aku dah takutkan dia. Perkara macam ni dah selalu terjadi pada aku. Aku dah kering air mata hadapi benda begini. Terkadang aku sendiri takut nak berangan-angan kerana dalam angan-angan pun aku tak layak untuknya.
Esok. Lukisan aku siap akhirnya. Dengan perang emosi, aku calitkan warna-warna kecewa luka aku pada kanvas itu. Biar buruk seburuk aku, ia tetap artwork.
“Ok class, today is the TELL DAY. Show us what emotion you’ve been experiencing this past week and the paintings that you’ve put your whole heart into.”
Aku jeling dia. Dia sedang membetul-betulkan rambutnya yang semulajadi kusut, tapi masih buatkan dia nampak menarik.
“We’ll start with Effan.”
“Er, sir. It’s Ir-fan. I’m Irfan.”
“Oh, sorry Effan. Did that come out alright?”
Guru seni yang punya loghat British itu buatkan dia ketawa, dan kami juga ketawa. Aku saja masih terdiam. Bakal terpukul dengan lukisan dia. Bersiap sedia untuk luka.
Dia berdiri di hadapan kami berenam, dan tunjukkan kanvas birunya. Seorang gadis terlukis di situ. Indah sekali. Rambutnya sekeriting rambut aku. Tersenyum tanpa pandang ke arah kami.
“This is love.”
Kelas bertepuk. Aku juga. Tapi lebih tergamam, kerana...aku kah itu??
Dia memandang ke arah aku.
“Thanks to Erin, I managed to finish this project.”
Aku berbunga tiba-tiba. Jantung yang sedari tadi bersiap sedia untuk luka parah kini berdetak laju. Dia punya perasaan yang sama dengan aku?
“She helped me find an amazing cerulean blue yesterday, so I can paint this.”
“Wow, Effan. It’s beautiful.”
Aku ikut bangun, seperti yang lain untuk mengamati karya dia. Tapi aku paling belakang, kerana malu kalau-kalau mata aku bertembung matanya. Aku tak dapat gambarkan gembiranya aku bila Irfan lukis wajah aku!
“It’s my girlfriend, back in kampung sir.”
Semua hilang. Aku tak sedia untuk ini. Air mata tiba-tiba menitik, menimpa kanvas aku. Terduduk, aku rasa akulah yang paling teruk. Terbang tinggi untuk jatuh. Senyum untuk menangis nanti. Berbunga untuk berdarah kemudiannya. Laju airmata aku turun, tanpa mereka sedar, hinggalah guru seni memanggil aku.
“I want to hear from Erin, since she still feels the emotion right now. Erin, dear. Come out front.”
Aku seka air mata. Bawa kanvas aku yang basah dengan air mata ke depan.
“This is the story of my broken heart.” Aku mula bicara.
“This is the point where I let you go. Where I never want to see you again, where I never want to be your friend, where I can finally admit that I have loved you all these times. I will try not to think about you again. So please just let me be.”
Dengan kanvas basah itu, aku berlari keluar dari studio. Berlari asalkan dia takkan temui aku.
Aku betul nak akhiri cerita ini dengan happy ending. Tapi, realiti tak semudah itu.
Music Playlist at
MixPod.com