Thursday, May 17, 2012

Train Ride


It was sudden. Macam kilat. Mata kita bertembung.

Kita bertemu di stesen tren. Strangers, no more than that. Kita tak bertegur sapa, tak bertukar senyum, tak ada apa. Awak di luar, mungkin baru saja turun dari tren. Saya di dalam, meneruskan perjalanan. Berdebar hati ni, hanya Tuhan yang tahu. Tren bergerak perlahan tinggalkan awak yang kaku di luar, masih merenung saya, dan tren juga bawakan saya yang tiba-tiba berdiri, seolah terlupa sesuatu.

Sejak itu, awak terhilang. Biarpun sekejap tapi saya cepat teringat kembali renungan awak tiapkali saya di stesen itu. Kadang saya tertanya, adakah awak juga seperti saya? Sengaja menyewa tren hingga destinasi akhir semata nak bertemu awak semula?

Saya putus asa hari ini, sebulan setelah itu. Mungkin awak memang bukan ditakdirkan buat saya. Pertemuan mata yang cuma 5 saat itu tak janjikan seumur hidup saya dengan awak. Saya janji dengan diri saya sendiri. Ini kali akhir saya pijak lantai tren ni, dan ini kali akhir saya mencari awak.

And there you were, standing before me.


I’ve never seen a pair of eyes so blue. So blue, yet so weary. Like you’re carrying the weight of the world.

Saya tak tahu kenapa kaki saya tiba-tiba kelu, sekelu lidah saya ketika bertembung mata dengan awak. Beg galas berat di bahu saya rasa seperti ringan. Bila tren bergerak awak bangun. Tapi awak cuma bangun, dan tinggalkan saya bersama tren itu. Saya menyesal sebab turun. Tapi saya sedang kejar masa. Bila tren yang bawa awak dari hilang dari pandangan saya, barulah saya kembali ke realiti.

Hari yang sama itu juga saya terbang ke kota LA. Saya betul tiada masa untuk terfikirkan awak. Saya dah lupa pada sepasang mata biru itu. Saya selalu mengembara, dan jumpa bermacam-macam ragam. Sudah berpuluh gadis saya temui, tapi belum ada yang mampu buatkan kaki saya beku di tanah, hanya kerana renungan dari mata.

12 Disember, kota new York mulai sejuk. Ada sesuatu yang mendorong saya untuk ke sini. Ke stesen tren ini.

There it was. My favorite eyes.

Tapi hari ni bukan hari saya kejarkan masa. I have all the time in the world right now. And you were there, finally cracked a smile.

“Hi.”
“Hi.” sambut awak, dengan senyuman.
“I’m Declan.”
“I’m Julia.”


TBC.