Aku lebih sukakan lelaki macam Farhah. In control, baik, murah senyuman, peramah, cemerlang, gentleman, dan paling penting, hormat pada semua orang. Tak macam Ilham! Bengis, baran, pemberontak, mata keranjang, kuat mengayat perempuan, dan jarang senyum. Hadoih. Kenapalah adik beradik kembar macam diorang tu boleh jauuuhhh sangat bezanya. Seolah Farhah tu putih, Ilham tu hitam. Farhah tu angel, Ilham tu devil. Farhah tu cinta, Ilham tu benci. Farhah tu yin, Ilham tu yang. Wahh~ *gigit roti coklat*
Aku senyum, dia pun senyum. Tapi hati aku tak melompat. Kenapa ya?
**************************************************************************************
Di kelas Sejarah lepas rehat tu, aku tak senang duduk. Sekejap-sekejap aku mengerling Ilham. Sekejap-sekejap menyalin nota. Sekejap menjeling Ilham lagi. Teragak-agak macam mana nak bagitau dia tetang permintaan Farhah tadi. Ilham rilek je menopang dagu, sambil tangannya laju menyalin nota di papan hitam. Aku beranikan diri memandang wajahnya. Ilham ni not bad sebenarnya. Muka tekunnya sangat kacak! Aku paling suka bahagian mata dan bibir dia. Well, kan muka dia sama dengan Farhah, so aku suka mata dan bibir Farhah sebenarnya. Tapi aku tak boleh nafikan yang Ilham pun tak kalah dengan kekacakan abangnya tu.
“You miss me that much huh?”
Aku terkejut bila Ilham tiba-tiba bersuara, tapi tanpa pandang aku. Adeh, aku terpandang muka dia lama-lama pulak!
“Er..ap..apa kau cakap..? Ak..aku..aku tak faham.” Terkial-kial suara aku nak keluar dari kerongkong. Ilham tersenyum pada buku notanya. Sama manis dengan senyuman Farhah, tapi berjaya buat hati aku melompat.
“Aku cakap, kau rindukan aku sangat ke?”
Dia memandang muka aku akhirnya. Matanya tak garang macam semalam. Kali ni redup, beri aku teduhan yang paling rendang. Aku leka sebentar menikmati teduhan dari matanya tu.
“Er..er..” Aku cepat-cepat larikan anak mata bila dah tersedar. “Tak..taklah. Mana ada!”
Aku dan dia diam lagi. Cikgu Arbaiyah bercakap seorang diri di depan. Semua budak kelas macam tak beri perhatian je pada ajaran dia. Lebih-lebih lagi aku. Kambing tol la korang ni. Aku menoleh kembali pada ilham. ERK!!
Dia merenung aku habis-habisan. Peluh dingin mula muncul di muka aku. Merah padam tak ingat. Mak aiih. Ilmu playboy dia ni memang tahap tertinggi!
“Ke..kenapa kau tengok aku macam tu?”
Ilham tersenyum lagi. Aduihh..boleh mati lemas aku camni!
“Macam tu lah aku rasa, bila kau asyik tengok aku tadi, Bell.”
Aku tergamam sekejap. Dia rasa lemas jugak ke? Hati dia pun melompat jugak ke?
Ilham teruskan menyalin nota. Biarkan aku terkebil seorang diri. Macam mana aku nak mulakan ni? Demi Farhah, aku sanggup renangi lautan api!
“Ilham, Sabtu ni...kau free tak?”
Ilham berhenti menulis. Kemudian pandang serius muka aku.
“Kenapa?”
“Aku...nak..datang rumah kau. Buat kerja Sains. Boleh?”
Dia mengerutkan dahi.
“Kerja Sains?”
Alasan, alasan, cepat reka alasan!
“Ha’ah..report untuk bedah katak hari tu kan tak siap lagi. Kumpulan kita je yang tak hantar lagi. Cikgu nak minggu depan, hari Isnin.”
Ilham menarik dan menghembus nafas.
“Aku ada date sebenarnya.”
“Huh? Dengan siapa? Aku ingatkan kau dah bersara?”
Ilham menjeling tajam.
“Bersara apa..?”
“Hehe...playboy..kau masih jadi playboy lagi ke?”
Ilham menghela nafas.
“Ya, ya. Aku masih playboy. So what?”
“Eh, rilek lah. Jangan lah marah. Boleh tak kau cancel date tu..?”
“Kau nak aku cancel date..sebab nak buat kerja Sains?”
Aku mengangguk laju.
“Ada ke playboy yang sanggup buat macam tu?”
“Er..”
“Kau kenal aku ke tak ni, Bell?”
“Ala, Ilham please? Please?”
“Kau nak jumpa Farhah sebenarnya kan?”
“Eh, taklah!” aku telan liur. “Betul, aku nak buat homework dengan kau..”
“Nabella! Ilham! Berbisik-bisik apa dalam kelas saya?! Kamu berdua, berdiri kat luar!”
Aku dan Ilham memandang Cikgu Arbaiyah di depan.
Tiba-tiba, aku teringat kenangan setahun lalu.
“Bangun! Assalammualaikum cikgu!”
Terdengarkan suara Marzuwin, aku ikut bangun. Hari ni, hari pertama aku di kelas tingkatan 4. Tahun lepas, disebabkan keputusan PMR aku yang tak membanggakan, aku ditempatkan dalam kelas ni. Kelas F. Kelas paling corot di sekolah ni. Tak kisah pun, sebab dari form 1 aku dah masuk kelas-kelas macam ni. Kalau tak E. F. Tak F, E. Kelas ni kelas Seni dan Sastera. Hampir semua budak kelas ni aku dah kenal.
“Wa’alaikumussalam. Kelas, saya Cikgu Arbaiyah. Guru kelas kamu untuk tahun ni. Saya mengajar mata pelajaran Sejarah, BM, dan Matematik. Saya paling tak suka orang lambat, berbual dalam kelas, dan tak siap kerja rumah. Jadi kamu semua jaga-jaga-”
Belum sempat Cikgu Arbaiyah yang garang tu habiskan ucapannya, ada seorang pelajar lelaki tiba-tiba masuk. Selamba. Tapi segak bergaya. Separuh budak perempuan kelas aku menjerit. Aku juga hampir ikut menjerit. Farhah?! Farhah masuk kelas F?? Takkanlah?!
“Semekom, cikgu. Sorry lambat. Saya..sesat.”
Dia selamba menegur Cikgu Arbaiyah. Tapi dia tak sesopan selalu. Farhah kan terkenal dengan sifat sopan santun dan mengikut peraturan? Apsal tiba-tiba hari ni, hari pertama, dia lambat? Dan tambah-tambah, kenapa dia masuk kelas F?!
“Awak, Farhah Faruqi ke?”
Dia terdiam kejap, lepas tu ketawa kecil.
“Bukan cikgu. Saya Ilham Faruqi. Adik kembar dia.”
Semua terkejut. Farhah ada adik kembar? Tak pernah dengar pun selama ni?
“Aw..awak ke pelajar baru yang kena tukar sekolah tu?”
“Yep. Sayalah tu.”
Selamba! Tapi segak! Tersangat mirip dengan wajah lelaki yang satu sekolah puja, Farhah Faruqi.
“Ehem. Dengar ni, Ilham Faruqi. Saya tak suka orang lambat. Lainkali kangan buat lagi, faham?”
“Yep.”
Adik kembar Farhah ni memerhati sekeliling. Kemudian matanya berhenti tepat pada...aku? Dia berjalan menuju aku. Dada aku, berdentum-dentam bukan main. Ke..kenapa dia datang kat aku ni??
“Kosongkan, sebelah tu?”
Aku menoleh ke kiri. Adeh, patutlah! Sebelah aku tempat kosong!
“Er..ha’ah.”
Dia terus melempar beg ke atas meja. Semua budak kelas memerhatikan dia.
“Kelas, kelas! Dah tu, tumpukan perhatian! Bukak buku teks Sejarah kamu, muka surat 1.”
Aku keluarkan buku teks. Hati aku tak tenang. Kenapa aku, selaku peminat setia Farhah tak pernah tau yang dia ada adik kembar?!
“Ehm..betul ke...awak..adik..”
“Yep.”
Walaupun suara aku berbisik, tapi dia dengar dan jawab dengan pantas.
“Tapi kenapa...”
“Aku lain?”
‘Aku’? Baru kenal dah bahasakan diri dia macam tu?
“Aku, akulah. Dia, dia. Tu pun tak reti bezakan ke?”
Adoih. Kasarnya mamat ni. Sungguh lain dengan abang dia!
“Er..saya..em, aku..Bell.”
Dia senyum tapi pahit. Seolah tak rela masuk sekolah ni.
“Abang kau..apa khabar?”
“Entah.”
“Dia..masuk kelas apa? A lah kan?”
“Entah.”
“Aik? Takkan kau tak tau? Dia kan abang kau?”
“Kau ni bisinglah!”
“Nabella! Ilham! Kan saya kata saya tak suka orang bercakap dalam kelas! Kamu berdua, berdiri kat luar!”
Aku ketawa kecil. Terkenang kali pertama aku kenal Ilham, memang kelakar. Hari pertama dah kena denda. Hari-hari seterusnya juga dipenuhi dengan banyak lagi denda-denda lain yang kitorang terpaksa buat. Berlari keliling padang, dah pernah. Cuci tandas, dah pernah. Tapi dia cuci tandas lelaki la. Berdiri kat luar kelas, selalu sangat. Melukis kat tengah panas, hari tu dah kena. Berdiri atas kerusi, lagilah biasa.
“Apa yang kelakar sangat?”
Aku mendongak pandang Ilham yang tinggi. Wah. Aku jarang berdiri sedekat ni dengan dia. Selalu kitorang duduk, ataupun berdiri jauh-jauh. Hari dia menangis pun aku tak perasan dia setinggi dan setegap ni. Bila dah sedekat ni, barulah aku perasan yang Ilham sangat tinggi. Aku cuma di paras bahunya.
“Kau ingat tak, masa kau first masuk sekolah ni?”
Ilham mula tersenyum. Ketawa kecil juga terbit dari bibirnya.
“Ya. Masa tu aku fikir, siapa budak annoying ni? Tanya aku macam-macam sampai kena denda.”
“Apa kau cakap..?”
“Then, aku dapat tau namanya Nabella. What a beautiful name.”
Dia merenung redup mata aku lagi. Aku jadi malu sendiri. Beautiful? Dia kata nama aku cantik?
“Nabella Erwani.”
Aku terkujat. Dia menyebut nama penuh aku. Dia tak pernah sebut nama penuh aku. Dada aku, semakin kuat diketuk. Rasa macam nak pecah. Mata aku bertemu matanya. Mukanya tiba-tiba mendekati. Tapi matanya masih di mata aku. Dekat. Semakin dekat. Dug dag. Dug dag. Dug dag. Semakin dekat. Semakin laju jantung aku mengetuk. Dia sudah hampir capai hanya seinci dari muka aku. Apa dia nak buat ni?? Nak cium ke??
“Kalau aku ada anak, aku nak bagi nama tu kat anak aku, boleh?” dia berbisik dekat di telinga aku tiba-tiba.
Aku - mati kutu. Terbeliak dengan skill playboy dia yang berani tu. Dia tergelak kecil lihat reaksi aku. Siapa-siapa pun kalau lelaki buat macam tu boleh mati kutu kau tau tak!! Tambah-tambah lelaki sekacak kau..
“Apsal muka kau macam tu? Kau ingat aku nak buat apa?”
Jantung aku hampir gugur, dia boleh tanya lagi?? Setan. Memang betul kau setan...!
“Ilham..kalau kau buat kat aku macam tu lagi...”
“Apsal? Kau nak buat apa?”
Aku mati kutu lagi. Terlalu malu dengan Ilham sekarang. Malu nak pandang mukanya. Malu dengan diri sendiri yang boleh berfikiran kuning kejap tadi. Adeh~
“Sabtu ni, pukul 6. Jangan lambat.”
Aku tergamam. Betul ke ni? Betul ke dia nak aku datang rumah dia Sabtu ni? Yay! Farhah, stage pertama saya berjaya!
*************************************************************************************
Petang Sabtu tu, aku rajin menunggang basikal buruk aku menuju rumah agam Ilham dan Farhah. Buku Sains dan pencilbox terletak kemas dalam raga basikal, untuk alasan sebenarnya. Sebaik sampai di pintu depan rumah diorang, pintu terbuka secara automatik.
“Aik? Macam tau-tau je aku dah sampai?”
Aku turun dari basikal dan menyorongnya masuk ke laman.
TIN! TIN!
Aku terlompat. Sebuah kereta Mercedes yang sedang menunggu di belakang aku untuk masuk. Aku cepat-cepat ke tepi dan biarkan kereta itu masuk. Aku tak dapat tengok siapa yang duduk di tempat penumpang, sebab cerminnya gelap sangat.
“Ingatkan bukak untuk aku..rupanya..”
Ada seorang lelaki, mungkin sebaya ayah aku turun dari tempat penumpang. Dia tak perasan pun aku tercegat di tepi air pancut ni. Dia terus masuk ke dalam. Mungkin tu ayah Ilham dan Farhah kut?
Tiba-tiba lagu Undisclosed Desire oleh Muse berkumandang. Handphone aku rupanya.
“Hello?”
“Kau dah sampai ke? Kan aku kata pukul 6?”
“Dah. Aku kat air pancut ni.”
“Ok. Tunggu kejap. Aku bukak pintu.”
“Eh, Ilham. Tadi aku nampak ayah kau balik. Dia..tak marah ke?”
Ilham diam.
“Ilham?”
“Tunggu situ.”
Lepas tu Ilham matikan talian. Aku ambik keputusan untuk tunggu dia di air pancut ni. Takut kalau-kalau ayah dia nampak aku, yang berpakaian buruk ni. Aduih. “Bell.”
Aku menoleh. Wahh! Ilham ke ni? Serius? Dia sangat kacak bergaya dengan sut serba hitam dan rambut macam tu! Aku terpaku, sumpah!
“Weh. Tengok apa lagi? Jom masuk.”
Ilham menarik lengan aku tiba-tiba.
“Kau..Ilham ke?”
“Yelah. Kau ingat aku Farhah?”
“Eh, tak. Tak.”
Apsal dia pakai smart-smart ni? Dia dah tau ke yang hari ni ada photoshoot Farhah?
Sebaik aku masuk ke dalam rumah Ilham, ada ramai orang gaji dan pembantu sedang buat kerja. Menyusun itu ini. Wahh, nak sambut wartawan, macam ni sekali?
Ilham terus menarik lengan aku, dan bawa aku ke tingkat atas.
“Ilham..kau nak bawak aku pergi mana ni?”
Ilham berhenti sebentar di hadapan sebuah bilik.
“Macam ni, malam ni, family aku ada buat party. Formal party sebenarnya. Nak sambut kepulangan adik aku yang baru balik dari oversea. So-”
“Wo..woo..kau ada adik?”
“Ha’ah. Adik perempuan.”
“What? Kenapa aku tak tau?”
“Kau tak tanya.”
Aku diam dan tersengih.
“Anyway, bagus jugak bila kau kata nak datang. Sebab aku betul-betul perlukan seseorang untuk menyamar kejap jadi awek aku.”
“Hah?!”
“Syhh..suara tu!”
Aku menekup mulut.
“Apa maksud kau, ‘menyamar jadi awek’?”
Ilham menggaru kepala.
“Well, ayah aku..dia asyik pasang-pasangkan aku dengan anak kawan dia. Aku tak nak. Please, Bell? Malam ni je!”
Bukan ke....hari ni ada photoshoot Farhah?
“Tapi..kau tengoklah aku pakai apa!”
Ilham tersenyum. “Itu kau jangan risau. Kau tunggu jap.”
Ilham mengetuk pintu bilik itu tiba-tiba. Sebaik dibuka, ada seorang gadis, mungkin umur 15 tahun, membukanya.
“Abang Ilham!”
“Tia, please, not now. Ni, girlfriend abang. Tia tolong dia eh?”
Wait, aku rase bulu roma aku berdiri tegak bila Ilham gelarkan aku ‘girlfriend dia’. Adik Ilham pulak merenung aku ke atas ke bawah.
“Hai..”
“Oh, hai. Saya Tia. Awak?”
“Bell.”
“Masuklah. Tia ada baaanyak baju untuk akak!”
Ilham tersenyum sebentar pada aku, dan berlalu pergi. Aku..masih rasa ting-tong lagi. SementaraTia beriya-iya memilih baju untuk aku, aku kebingungan. Apa maksud Farhah suruh aku ke sini? Sedangkan dia dah tau ada party kat rumahnya, dia still suruh aku pujuk Ilham? Diorang sebenarnya tak perlukan aku pun kan kat sini? Dan Ilham pulak, apa maksud dia ‘menyamar sebagai girlfriend’? Aku ni memang senang kena arah-arah ke? Adoihh.
“Dah siap!”
K..kenapa...aku perlu pakai macam ni??
“Akak, cantiknya! Jom turun, mesti abang Ilham suka!”
“Ehh..Tia! Kejap, kejap. Akak..akak malulah.”
“Ala..nak malu apa? Akak nampak cantiklah!”
“Akak..tak biasa pakai macam ni!”
“Ala..sekali sekala la kak..jom!”
Nak tak nak. Aku terpaksa turun. Rasa geli pun ada pakai macam ni. Mekap macam ni. Tapi terpaksa.
Perlahan-lahan aku menuruni anak tangga yang berpusing menuju ke ruang tamu. Harap-harap tak ada orang tengok aku. Tolonglah jangan tengok aku.
****************************************************************************************
Mana dia ni? Lambat pulak turun. Aduh risau pulak aku.
“Ilham, mana Bell?”
Aku tersentak. Farhah di belakang aku.
“Macam mana kau tau dia nak datang?”
Farhah meneguk air.
“Tolong jangan malukan abang kat sini, Ilham.”
“Abang? Kau tua 5 minit je dari aku.”
“Ilham..”
“Don’t talk to me.”
“Nanti. Kenapa yang kau marah sangat ni? Benda yang dah lepas tu, dahlah.”
Aku menahan diri dari menaikkan penumbuk ke mukanya.
“Kau tau kenapa aku masih marah lagi.”
“Ilham, please. Dia pun nak datang hari ni. Maybe we can sort this all out?”
Aku tertunduk. Senang dia cakap. Yang merasanya, aku! Aku terus blah dari poolside itu dan menuju ruang tamu. Mencari kelibat Bell. Bell, mana kau?
“Wahh..”
Aku tertoleh bila dengarkan suara orang ramai yang menghadap tangga tiba-tiba. Dari tingkat atas, turun seorang gadis yang sangat aku kenali. Tapi lain wajahnya malam ni.
Nabella.
Aku sendiri terpegun dengan magik yang Tia taburkan pada dia. Mungkin hanya dengan sedikit mekap dan pakaian indah, tapi dah mengubah dia jadi sampai begini. Tanpa sedar, aku terlopong. Gadis yang selalu buat aku resah, malam ini buat aku lebih resah lagi bila dia berjalan perlahan menuju aku. Senyumannya, tak dapat tenangkan perasaan aku yang sejak tadi berkocak. Semakin dia dekat, semakin sukar aku nak bernafas.
“Nabella.”
Itu yang keluar dari bibir aku sebaik dia sampai. Dia ketawa kecil. Aku makin berdebar.
“Jangan gelakkan aku.”
“Tak mungkin.”
Dia menggigit bibirnya. Sumpah, aku boleh gila setiapkali dia buat macam tu!
“So, kau dah fikir masak-masak? Masih nak aku menyamar?”
Dia berbisik. Aku tersenyum kecil padanya. Mata aku mencari matanya lagi. Mukanya merah jambu. Aku tau, setiapkali aku tenung mata dia, mesti muka dia jadi pink. Cute.
“Takkan ubah fikiran.”
Dia menjegil.
“Jom aku nak kenalkan kau dengan family aku.”
“Eh, Ilham. Kenapa? Aku menyamar je kan?”
“Yelah, kalau diorang tak tau kau ni awek aku, tak guna jugak.”
Aku beranikan diri untuk genggam tangannya. Halus. God knows how am I going to face her later in school!
“Ini Pak Ngah aku, ni Mak Ngah aku. Pak Ngah, Mak Ngah, ni girl Ilham.”
Bell menyalam mereka. Ok, approved.
“Bell, ni sepupu-sepupu aku.”
Diorang salam dan senyum pada Bell. Ok, approved jugak.
“Wow, Ilham! Tak sangka you akhirnya ada steady girl yang boleh kenalkan dengan kitorang.”
“Yeah, akhirnya!”
Aku ketawa dengan usikan sepupu-sepupu aku ni.
“Well, dah tiba masanya kot?”
“Tolonglah, you tu baru 17 ok! Lainlah dah 40 tahun! Tu dah too old to become a playboy.”
“Haha. Eh, you guys nampak my father tak?”
“Eh, dia ada kat poolside tadi.”
“Jom, Bell. Jumpa ayah aku.”
“Ilham, tak..tak payahlah sampai jumpa ayah kau..aku..aku takut..” dia berbisik lagi di telinga aku.
“Aku kan ada?”
“Tapi-”
“IL!!!”
Mata aku tiba-tiba ditekup dari belakang dan semuanya jadi gelap seketika. Siapa? Aku melepaskan pegangan di mata aku dan menoleh ke belakang.
“ZURIN??”
*****************************************************************************************
Zurin? Siapa tu?
Ilham nampak sangat terkejut bila berhadapan dengan wanita ini. Terkaku dia seketika.
“Il, don’t you wanna hug me?”
Ilham masih membatu. Wanita cantik ini mengambil inisiatif untuk memeluk Ilham dulu.
“I missed you sooo much.”
Ilham menolak tubuh perempuan itu tiba-tiba.
“Bell, jom.”
“Ehh?”
Dia menarik aku pula dan beredar dari situ. Tapi wanita tadi menghalang jalan.
“Ilham, how can you be like this? And who’s this..this..girl?”
“Dia girlfriend aku sekarang, and it has nothing to do with you!”
Aku bingung la. Diorang ni ex-couple ke?
“Ilham, I don’t believe you. You don’t want her. You want me, remember?”
Bijak jugak perempuan ni. Dia dapat agak aku menyamar!
“Go..away.”
Suara Ilham keras. Sekeras genggaman dia di pergelangan tangan aku.
“Il..hear me out please..”
“GO..AWAY!”
Semakin tinggi nada suaranya, semakin erat dia genggam tangan aku. Sakit memang sakit, tapi tahan je lah. Ilham bawa aku lari dari situ. Keluar dari rumah akhirnya. Aku terpaksa akur ikut dia berlari walaupun dalam gaun panjang yang tak selesa ni. Dia berhenti berlari sebaik sampai di air pancut depan rumah.
“Ilham, kejap. Kejap..penatt..”
Ilham melepaskan tangan aku akhirnya. Merah, bukan main.
“Apa kena tadi tu?”
Ilham duduk di pinggir air pancut dan menekup wajah.
“Ilham, aku tanya ni.”
“LEAVE ME ALONE!!”
Aku terkaku, terbeliak dengan jerkahan baran Ilham tiba-tiba. Aku pulak jadi mangsa? Apa salah aku?? Tak dapat tahan air mata yang tiba-tiba ingin turun, aku berlari pergi dari situ. Aku nak balik. Buang masa datang sini. Nak tolong orang yang aku suka, alih-alih jadi macam ni.
“Bella?”
Aku menoleh. Farhah! Cepat-cepat aku seka air mata.
“Awak..awak okey ke ni?”
Aku kumpul kekuatan.
“Kenapa awak tipu saya??”
Farhah tercengang.
“Awak suruh saya pujuk Ilham kan?? Awak cakap awak ada photoshoot hari ni kan??”
Farhah tertunduk.
“Apa semua ni, Farhah?!”
“Bella, Bella, relax. Dengar penjelasan saya betul-betul.”
Aku tak nak dengar apa-apa. Takut lebih menyakitkan hati. Tapi aku terlalu suka pada Farhah. Aku tak dapat elak dari terus berdiri di situ mendengar penjelasan dia.
“Saya minta maaf banyak-banyak. Sebenarnya saya buat ni untuk Ilham jugak. Saya tau dia dan awak sangat rapat. Jadi kalau awak ada masa ex-girlfriend dia datang, dia dapat kekuatan.”
“Ap..apa?”
“Saya tau saya dah gunakan awak. Saya minta maaf sangat-sangat, Bella.”
Aku menggigil. Marah membuak-buak.
“Saya tau, awak sukakan Ilham kan? Jadi, kalau awak ada disisi Ilham malam ni, mungkin dia boleh bertenang sikit. Kalau tidak nanti dia mengamuk.”
Aku – sukakan Ilham..?
“Saya minta maaf sebab dah pergunakan awak. Saya tak patut-”
“AWAK NI BODOH! AWAK TAK NAMPAK KE SAYA SUKAKAN SIAPA SEBENARNYA?? SAYA SUKAKAN AWAKLAH FARHAH!!”
Farhah terbeliak. Aku tercungap selepas melepaskan marah aku begitu. Eh kejap, aku baru buat pengakuan ke tadi? Alamak. Alamak. Alamak. Malunya akuuu!!!
Aku cepat-cepat naik ke atas, tukar ke baju asal dan turun senyap-senyap ke arah dapur. Basikal yang aku sandarkan di dinding luar dapur cepat-cepat aku bawa lari. Kenapa benda ni jadi malam ni?!!
**************************************************************************************
Sejak hari bersejarah tu, aku terlalu malu nak jumpa Farhah. Walaupun dah ramai yang buat pengakuan macam tu kat dia, tapi entahlah, aku still rasa malu. Ilham pulak, semakin moody dan semakin moody. Aku masih terasa dengan suara tinggi dia hari tu, tapi aku buat-buat macam tak rasa apa-apa. Tuhan je tau macam mana bengangnya aku bila dia buat tak layan apa yang aku cakap.
“Wei, belikan aku roti coklat.”
Aku menoleh. Kali pertama setelah 3 minggu dari hari kejadian, Ilham cakap dengan aku. Aku yang baru nak keluar dari kelas, tak jadi keluar.
“Pandai pun cakap! Huh, pandai pun bercakap!” aku tampar-tampar bahunya, geram.
“Eh, eh, apa ni??”
“Bongoklah kau ni. Kenapa tak layan aku, hah? Kau marah?? Sepatutnya aku yang marah! Aku yang kena paksa datang sana, buat macam-macam benda yang kau suruh, lepas tu kena halau! Kau berani nak marah dengan aku?!”
Ilham terkejut tengok aku naik angin tiba-tiba. Tubuhnya sedikit ke belakang, tanda kecut perut. Baru kau tau!
“B..Bell..”
“Apa! Apa?!”
Ilham telan liur. Dia mengangkat kedua tangannya perlahan-lahan.
“Sorry. I’m sorry.”
“Jangan cakap omputeh dengan aku!”
“Er..aku..minta maaf..”
“Pasal apa?!!”
“Minta maaf pasal..marah kau hari tu..”
“Tu je?!”
“Er..lagi, sebab paksa kau menyamar...”
Aku memeluk tubuh. Tau pun takut! Kau ingat aku tak pandai marah ke?
“Hmmh. Abis tu kirim roti guna air liur je??”
Ilham tersengih. Dia mencapat wallet di belakang poket seluarnya dan menghulur not RM5 pada aku.
“Oi, roti tu 60 sen je lah!”
“Er..saya takde duit kecik...puan.”
“Hmmh. Takde duit kecik baik takyah idup! Tunggu sini.”
“B..Baik puan..”
Aku beredar pergi dalam senyuman puas. Geram aku selama 3 minggu ni lepas jugak akhirnya.
Tapi di kantin, lain pulak masalah yang datang. Seperti biasa, aku ingat Farhah tak turun rehat. Tapi hari tu, bila dengarkan suara perempuan jerit-jerit panggil namanya, aku rasa tak sedap hati. Mesti dia turun hari ni. Alamak. Aku kena elak dia ni.
“Makcik, ban coklat dua. Cepatt..”
Makcik kantin ni asal boleh nak buat kerja slow-motion. Suara jeritan tu makin dekat dengan aku. Jantung aku pun makin berdebar-debar.
“Mak cikk...cepatt..”
“Nah. RM1.20”
Aku cepat-cepat bayar dan nak blah dari situ. Tapi;
“Bella!”
Erk. Kenapa dia panggil pulak nii..perlahan-lahan aku menoleh. Farhah di belakang aku, masih kacak seperti selalu, masih dikehendaki oleh perempuan-perempuan di belakangnya.
“Bella. Boleh saya cakap sekejap dengan awak?”
Aku menggaru kepala yang tak gatal.
“Er..tak boleh. Saya..kena hantar ni.”
“Bella. Please?”
Sumpah. Aku terlalu-lalu sukakan dia. Sebab tu aku akur je bila dia bawak aku masuk bilik pengawas ni. Aku dan dia, berdua je. Adoih, kalau kena tangkap khalwat ni..aku rela kahwin dengan kau, Farhah.
Dia duduk di tempatnya. Tempat seorang Ketua Pengawas. Aku berdiri, menunduk. Tak mampu menghadap muka dia pun.
“You did a good job avoiding me.”
Aku berkerut. BI aku walaupun teruk, tapi aku faham sikit-sikit ayat tu.
“But not today, I guess.”
“Aw..awak sengaja ke cakap BI dengan saya?”
“Er..awak..tak faham ya? Em, tadi saya cakap, pandai awak elakkan saya. Tapi rasanya hari ni awak tak dapat lari.”
Adoihh. Tu ke maksud dia? Aku ingat lain. Aku ingat dia puji aku betul-betul.
“Memang saya tak faham pun. Saya kelas bodoh. Awak kelas pandai.”
Farhah berkerut dahi merenung aku.
“Dalam sekolah ni, tak ada kelas bodoh kelas pandai, Bella.”
Dia bangun, menyeluk poket dan mendekati aku yang berdiri.
“Semua sama bagi saya.”
Aku tertunduk semula. Rasa macam dah buat salah.
“Sehinggalah saya bertemu awak.”
Aku mengangkat muka. Wajah Farhah tenang. Tak berkocak senyum ataupun masam. Apa maksud dia ni? Dia nak cakap aku bodoh la tu?
“Sejak jumpa awak, saya selalu terfikir, adakah saya ni dah cukup pandai? Banyak perkara dalam dunia ni yang saya tak tau. Macam mana orang sekeras adik saya dapat dilembutkan awak? Dan macam mana perempuan seperti awak dapat buat saya nampak sesuatu yang lain? Yang saya tak nampak pada perempuan lain.”
“Huh?”
Farhah pula tertunduk.
“Saya tak dapat berhenti dari fikirkan tentang awak. Sejak malam tu.”
Jantung aku, jatuh. Masa terhenti, Dunia macam tak bergerak waktu itu. Apa yang Farhah cuba sampaikan ni??
“Saya tak sangka, pengakuan awak buat saya rasa lain. Rasa sesuatu yang tak pernah saya rasa sebelum ni.”
“Err..”
“Saya..nak awak jadi girlfriend saya, Bella.”
*pengsan*
Betul-betul nih.
******************************************************************************************
Gelapnya. Aku kat mana ni?
TAP!
Lampu tiba-tiba dibuka. Siling putih yang asing menerkam mata aku dulu. Kemudian barulah langsir hijau, beberapa buah katil besi, dan Farhah.
Farhah?!
Kepala aku sakit. Apa dah berlaku? Aku kat mana ni? Tadi..betul ke Farhah mintak aku jadi girlfriend dia? Atau aku mimpi je??
“Awak dah sedar?”
Aku mengerling Farhah yang berdiri di tepi aku.
“Sa..saya kat mana ni?”
“Kat klinik sekolah.”
Aku bingkas duduk. Apa aku buat kat sini?
“Awak pengsan tadi. Awak tak makan lagi ke?”
Pengsan? Biar betul!
Farhah duduk atas kerusi yang disediakan.
“Rasanya awak pengsan sebab terkejut kot, sebab doktor kata darah awak OK.”
Aku menoleh memandang Farhah perlahan-lahan. Telan air liur bulat-bulat. Semua tadi tu bukan mimpi ke?
“Saya..minta maaf kalau dah terkejutkan awak.” Dia tersenyum. Sedikit sebanyak itu dah beri ubat pada aku.
“K..Kenapa?”
“Awak tak ingat ke? Saya cakap..saya...nak awak jadi girlfriend saya.”
“H..hahh?”
Aku betul ingin pengsan lagi. Tapi tak berjaya!
“Tapi kalau awak nak fikirkan dulu, saya tak kisah. Saya sanggup tunggu.”
Biar betul! Farhah Faruqi, lelaki paling dikehendaki kat sekolah sanggup tunggu aku?? Dunia..dah nak kiamat ke??
“Buat sementara waktu ni, awak rehat dulu. Saya dah cakap dengan cikgu kelas awak yang awak tak sihat.”
Aku macam berada di atas awan. Terbang~terbang.
Farhah senyum sambil mengusap rambut aku. Kemudian dia bangun dan nak beredar.
“Farhah!”
Farhah berhenti di muka pintu dan menoleh.
“Saya sudi!”
Betapa merahnya pipi aku waktu tu, Tuhan je tau. Wajah aku panas dengan kata-kata aku sendiri. Farhah mendekati aku, bergegas.
“Be..betul ke ni?”
Aku mencari matanya, mengangguk sekali.
Senyum Farhah melebar. Lesung pipit manisnya jelas terjerlung dan tiba-tiba meraih tangan aku.
“Terima kasih, Bella.”
Aku masih tersipu-sipu malu. Dia juga, lepas tersedar yang dia sedang menggenggam tangan aku, dia cepat-cepat melepaskan.
“Em, awak berehat dulu. Nanti saya datang jenguk awak lagi.”
“Eh, saya dah OK ni. Saya nak balik kelas.”
Aku cuba untuk turun dari katil, tapi Farhah cepat-cepat jalankan tugas sebagai seorang boyfriend, papah aku untuk turun dan ikatkan kasut di kaki aku. Mak aiih..sweet gila mamat nih!
Aku dan dia berpegangan tangan keluar dari klinik, sehingga ke kelas aku. SEMUA orang yang melepasi kitorang berhenti dan tengok dua kali. Aku tak mampu tahan rasa bahagia dan bangga. Akhirnya aku dapat miliki Farhah! Aku kena puasa sebulan ni!
**************************************************************************************
Jadi perempuan pujaan Farhah ada pro dan kontra nya. Aku bahagia sebab Farhah tersaangat baik terhadap aku. Hampir setiap hari dia dan aku akan adakan study group sama-sama. Eloklah tu, sebab aku pun lemah dalam pelajaran. Bila waktu rehat, aku akan buat bekal untuk dia dari rumah. Untuk elakkan dia diserbu bila turun rehat nanti. Waktu balik, dia temankan aku jalan kaki sampai ke rumah, barulah dia balik. Dia seorang yang sangat gentleman, ibu pun berkenan dengan dia. Dia adalah semua yang aku bayangkan. Yang kontranya, para peminat dia akan buat macam-macam supaya kitorang berpisah. Surat berantai, aku kena tarik rambut dan kena ugut banyak kali. Tapi aku diamkan dari Farhah. Dan orang yang menyelamatkan aku dari semua kontra tu adalah Ilham. Pertama kali aku beritahu Ilham yang aku dah berpasangan dengan abangnya;
“Ilham, aku nak beritahu kau sesuatu.”
Ilham yang sedang duduk di birai tingkap memandang aku.
“Apa?”
“Aku..dah couple dengan Farhah. Kyaa!”
Ilham diam. Dia membatu di situ.
“Kau tak caya eh?”
Dia tak menjawab.
“Tak caya, meh aku bawak kau jumpa dia.”
“Tak payah. Aku percaya. Congratulations. Akhirnya kau dapat apa yang kau nak.”
Mulanya reaksi dia macam tak suka, tapi dia selalu ada waktu aku dibuli. Dan aku larang dia dari beritahu Farhah. Aku tak nak Farhah risau perkara yang bukan-bukan. Dia ada banyak lagi kerja lain, tanbah-tambah SPM dah nak dekat ni.
Tapi sejak akhir-akhir ni, aku tengok Ilham kembali pada perangai lamanya. Kaki perempuan. Sewaktu aku mula-mula jumpa dia, seorang yang moody, baran, dan playboy. Semakin banyak hati perempuan dipatahkannya. Baru-baru ni aku dengar budak junior kelas 3D hampir nak bunuh diri sebab putus cinta dengan Ilham. Biar betul kau Ilham? Farhah pun tak boleh nak cakap apa dah dengan adiknya tu. Aku tau dia risau, tapi takkan sebab Ilham salahkan dirinya sendiri, dia tak nak bercakap dengan orang lain, kan?
*************************************************************************************
Minggu ni, minggu SPM. Farhah kelas A, jadi dia ambik exam di bangunan utama. Aku, dan Ilham yang masih sejuk ambil exam di bangunan ni. Paper pertama, paper Bahasa Inggeris. Tuhan je tau betapa susahnya. Walaupun Farhah banyak ajar aku, tapi aku masih rasa BI tu susah. Adoihh.
“Macam mana? Boleh buat?”
Ilham masih dingin, tak menjawab soalan aku selepas tamat paper 1 BI tersebut.
“Aku tak dapat buatlah Ilham. Tak ada..ilham.”
Ilham terhenti dari memasukkan pencilbox ke dalam beg.
“Hah, macam mana? Cair tak hati beku kau tu?”
Dia membisu lagi. Tapi tangannya ligat bekerja. Ish..apa aku patut buat eh?
“Ilham, jom aku belanja kau McD?”
“Tak payah. Aku nak balik.”
Betapa sejuk-kerasnya aku terasa waktu tu. Dia pulak, blah macam tu je!
“Apa kena dengan dia ni?”
“Awak, boleh buat?”
Aku menoleh.
“Farhah! Em..bolehlah. Dia cakap sikit je dengan saya tadi.”
“Huh? Siapa?”
“Ilham.”
“Oh, saya tanya pasal paper awaklah.”
“Oh, em..K.O kut. Saya tak pandai BI lah.”
“Kan saya dah ajar?”
“Hehe. Tak masuk kut. Asyik tengok muka awak je.”
Farhah ketawa kecil.
“Jom saya belanja McD.”
Masuk minggu ni dah 2 minggu aku dan Farhah menjadi couple. Sekalipun Farhah tak pernah tunjukkan skill-skill yang boleh buatkan jantung aku melompat, macam yang Ilham buat. Kan best kalau sekali-sekala jantung aku boleh melompat kerana Farhah? Ah, aku ni. Dah dapat apa yang aku nak kan?
**************************************************************************************
“Ilham, abang nak cakap sikit.”
Aku yang sedang baca suratkhabar di meja sarapan terganggu sedikit dengan teguran Farhah.
“Abang dengan-”
“ILHAM HONEYYY!!!”
Aku mengangkat muka. Zurin? Apa dia buat kat rumah aku pagi-pagi buta ni?
“Il, you mesti rindu kat I kan?”
“Hi Zurin.”
“Oh, hi, Farhah. Sorry, I tak nampak you tadi.”
Aku menjeling mereka berdua. Depan aku, masih lagi boleh buat macam ni?
“Apa you buat kat sini?”
“Abang jemput dia.”
Aku menjeling tajam muka Farhah.
“Abang nak kita clearkan situasi. Please, co-operate Ilham.”
Aku melipat akhbar.
“Ok. Let’s hear your ‘big clearing situation’ plan.”
Zurin mengambil tempat duduk di depan Farhah. Aku rasa benci tengok diorang ni. Masih lagi nak berpura-pura ke?
“First of all, abang dengan Zurin tak ada apa-apa. 2 years ago, what you’ve seen was not what you think!”
“Betul tu, Il. That time, I datang nak console you. Tapi I ingat Farhah tu you. I’m soo sorry honey.”
Aku. Confuse kejap. Terimbas cerita yang dah genap berusia 2 tahun itu.
Waktu tu, hujan tersangat lebat. Kenduri tahlil ibu di masjid mulai surut dengan orang. Hari kedua ibu pergi, aku masih rasa bersalah. Salah aku sebab tak nampak kereta yang merempuh bahagian belakang superbike aku. Ibu hilang sebab aku. Aku menangis tanpa henti sejak semalam. Lelaki pun, aku tak punya kuasa dan kudrat untuk tahan air mata aku dari jatuh.
“You, janganlah macam ni..okey? I tau you sedih...you jangan sampai tak makan..okey?”
Aku yang baru menyeka mata dan menyarung selipar terhenti sebentar bila dengarkan suara yang aku sangat kenal itu.
“I buatkan you kuih ni. You suka kan?”
Aku beranikan diri mengintai. Zurin. Girlfriend aku waktu itu, sedang memujuk seseorang. Siapa?
“Thanks.”
Farhah?!
Aku berdiri di belakang mereka tanpa sedar. Bila Farhah menoleh dan nampak aku ternganga dan terbeliak, barulah dia bingkas, dan Zurin juga turut bingkas.
“Il..Ilham!”
Aku sakit hati tengok mereka berdua. Sakit kehilangan ibu tak sembuh lagi, dapat sakit baru pulak.
“Keji.”
Farhah dan Zurin tercengang.
“Korang ingat aku bodoh ke?”
“Tenang, Ilham. Abang tak tipu kau, dik.”
“Stop calling yourself abang when you’re not even worth of being one!”
Aku tak dapat tahan marah. Meluat tengok muka mereka, aku beredar pergi.
***************************************************************************************
Hari ni hari last paper SPM. Alhamdulillah, aku dah buat sedaya upaya. Keputusan tu, aku tawakkal je lah. Malam ni, Farhah jemput aku ke rumah. Ada party meraikan selepas SPM. Kuat berparty betul family diorang ni kan? Aku mulanya enggan datang, tapi Farhah mendesak. Dia tak ada date katanya. Malu betul bila lepas habis paper Sains, dia meluru datang kat aku dan ajak aku ke majlis tu. Semua orang tengok.
“Wah, beruntungnya kau..Farhah macam propose pulak!”
Aku tersenyum pada Ain. Kemudian aku mencari kelibat Ilham. Adakah Ilham akan ada di majlis tu nanti?
****************************************************************************************
Kali ni, aku beli dress sendiri. Well, dress bundle yang aku beli kat uptown. Murah je. Tak ada yang istimewanya kalau nak dibandingkan dengan gaun Tia dulu. Bila aku dah tiba ke majlis tu, Tia orang pertama yang nampak aku.
“Kak Bell! Wow, cantik kak Bell malam ni.”
“Hi Tia, lama tak jumpa.”
“Well, rasanya akak tak perlu dress Tia malam ni ye?”
Aku ketawa kecil. Tapi mata melilau cari si kembar.
“Mana abang-abang Tia?”
“Em, abang Farhah kat dapur, abang Ilham kat poolside kut?”
Lepas tu Tia beredar, layan temannya. Aku berkira-kira. Nak ke dapur atau poolside dulu? Kaki aku, tanpa disuruh, menuju ke poolside dulu.
Ilham seorangan di situ. Melayan perasaan mungkin. Aku mendekatinya,
“Hah!!”
Ilham menoleh. Dah lama aku tak perhatikan dia. Dia masih lagi kacak seperti selalu. Lama dia memandang aku.
“Ala..tak terkejut ke? Terkejut la..”
“Apa kau buat kat sini?”
Aku terkedu. Dia masih dingin.
“Er..Farhah yang jemput aku..”
“No, maksud aku, apa kau buat kat luar ni? Nanti Farhah cari kau.”
Aku menggenggam tangan sendiri.
“Kenapa kau ni ha, Ilham? Apa salah aku dah buat kat kau?”
Ilham mengalihkan muka.
“Kenapa kau marah-marah aku? Sebab aku nasihatkan kau ke hari tu? Aku minta maaf okey. Aku takkan buat lagi.”
“You’ve done everything wrong, Bell.”
Aku terdiam. Dia mulalah tu, cakap omputeh.
“From the start, when you approached him. You’ve done everything wrong.”
Er..?
“When you’re being with him. You’ve done evrything wrong to me.”
Isk! Macam soalan paper BI lah pulak..
“Ilham..boleh..terjemah tak..”
“I don’t know why the hell my heart leaped everytime I see you. But you broke it from the moment you said you’re going to be with him.”
Er..dia ni tengah hafal skrip ke?
“Bell. I’m sorry..I ever fell for you.”
Sorry? Aik? Dia mintak maaf? Kenapa?
“Masuklah. Nanti Farhah cari.”
“Kau ni kan..sengaja guna BI tau. Saja nak main-mian kan aku.”
Ilham tersenyum. Akhirnya aku dapat lihat senyuman dia!
“I never play with my own heart.”
“Tengok tu!”
“Dahlah. Pergi masuk.”
Aku terpaksa akur, walau berat hati nak tinggalkan dia. Kata-kata dia tadi, sepatutnya membawa makna pada aku kan? Aku dapat rasakan, tapi aku tak faham! Menyesal tak belajar betul-betul!
Sebaik aku masuk, seorang perempuan tiba-tiba menarik aku. Eh, aku kenal perempuan ni. Ex-girlfriend Ilham kan?
“Hi, you girlfriend Farhah kan?”
“Ah, ya.”
“Come, I nak you meet kawan-kawan Farhah.”
Dia menarik aku menuju ke satu ruang. Sepanjang jalan dia berbisik;
“I know hari tu Ilham lied. You tak mungkin girlfriend dia kan?”
Erk! Kantoi? Sorry Ilham!
“Ni kawan-kawan Farhah. You mingle la eh.”
Kemudian dia tinggalkan aku di situ dengan...sekumpulan orang putih??
“Hi, how are you doing?”
Aku cemas tiba-tiba. Peluh dingin mula terbit dari semua tempat.
“Er..I’m fine thank you.”
“I heard you’re Farhah’s girl. Tell us how you guys first met.”
“Er..”
“Oh my God! Look at her! How can she be Farhah’s girl? She’s so...well..absurd.”
“Er..oh thank you, thank you.” Walaupun sepatah haram apa aku tak faham diorang cakap, tapi aku berjaya buat diorang diam.
“HAHAHAHAHAHAH!!!!” Diorang tiba-tiba gelak besar. Terbahak-bahak.
“You’re a funy girl. Where did Farhah found a girl like this?”
“Er..oh...how do you do?”
“HAHAHAHAHAH!!!”
Aku tak pasti apa yang diorang ketawakan. Yang pastinya sangat memalukan aku. Aku tak dapat tahan air mata, dan muka aku pun dah panas kerana malu. Aku tak dapat tahan diri untuk lari dari situ. Ketawa mereka masih terngiang-ngiang dalam kepala aku. Ibu~tolong Bell!!
Tangis aku pecah bila aku dah sampai ke muka pintu depan. Hina sangat ke aku kalau tak dapat bertutur bahasa asing tu? Entah apa yang diorang kutuk aku agaknya, aku iye kan aje tadi. Ya Allah...malunya aku bukan main..
“You sure about this Farhah?”
Aku terhenti menangis bila terdengarkan suara perbualan yang dekat dengan aku. Farhah?
“Yeah. Dia boleh tundukkan Ilham. Sebab tu I dengan dia sekarang.”
“Kalau macam tu, kenapa you tak biar je dia stay jadi girlfriend Ilham hari tu? Walaupun menyamar?”
“Dan tengok you jealous? I tak sanggup.”
“I tau you sayang I, you sanggup buat apa aje untuk I kan?”
“Don’t get me wrong. I sayangkan adik I jugak. Sebab tu I terpaksa buat macam ni.”
“Okay. As long as dia stick dengan you, it shouldn’t be a problem right?”
“Yep. Sekarang pun Ilham dah banyak bercakap dengan I. Sebab dia lah.”
“Oh please, he only says harsh words to you.”
“At least, he said it. Daripada tak bercakap dengan I langsung.”
Apa semua ni??! Farhah..di balik muka manis kau tu, kau sebenarnya setan?
Penuh. Jantung aku tiba-tiba penuh. Nafas kesesakan. Guruh berdentam dentum di luar, seiring dengan hati aku yang sabung menyabung. Air mata yang hampir kering sekarang basah semula. Hati aku, pecah. Berderai. Kabur. Aku tercekik. Nafas tersekat di kerongkong. Sedu sedan mula datang.
Farhah Faruqi...AKU BENCI KAU!!!!