Friday, December 12, 2008

auf Wiedersehen, Erika

Hari Ahad. Biru langit tadi jadi hitam. Belum lagi janji air jernih akan turun, tapi ia tetap hitam. Erika mendongak tapi beku kakinya di tanah, tak berganjak sejak setengah jam yang tadi. Satu demi satu awan di langit hitam itu Erika kira, tapi masih tak mencapai jumlah tiga.

Hobinya, mendongak ke langit.

Lama kemudian barulah dia menghadap realiti. Betul langit tak menjanjikan hujan pun, tapi hujan di matanya dah turun melaju. Tak baik menangis di perkuburan, lalu Erika kesat air itu dengan hujung lengan baju hitamnya.

Erika belum boleh. Sejambak bunga di kubur salib itu, dan itu saja. Tak mampu bercerita itu ini tentang perkembangan hidupnya. Tak berkembang pun sebenarnya. Sebab tanpa manusia ini, Erika kosong. Telah tiga bulan.

Halo. Erika selalu tercari cari itu. Perlahan lahan dia mempercayai kehidupan selepas mati.
Jam loceng di kiri katil Erika bunyi tepat pukul 5.30 pagi. Adrian yang selalu mengunci jam di kala kala ini. Sekarang ia jadi waktu bangun Erika, mesti pun dia kerja pukul 3 petang.

Mandi Erika tanpa bauan tuala Adrian bagai tak lengkap! Masih kuat bau tubuh Adrian di sekeliling rumah, terutamanya bilik tidur. Dan Erika masih terindu rindu sumber utama bau itu. Kadang kadang Erika sengaja menyapu after shave yang panas di mukanya, hanya untuk mendapat bau Adrian.

Bercakap seorang diri di dapur bagai rutin Erika hari hari. Seolah olah Adrian ada di situ, jadi pendengar setia. Menonton chanel sukan yang dia benci, seolah Adrian yang minta dibiarkan chanel itu terbuka. Menghantar email ke adrianlewis@yahoo.com tiaptiap kali menemukan talian internet, bagai Adrian akan membacanya dan membalas segera.

Erika tak sanggup hadapi realiti.

Dia benci hari Ahad. Kerana Ahad buat dia berpijak di bumi nyata.
**************************************************
Ahad itu, langit cerah.
“Are you ready, my dear?”
Erika mengangguk. Busananya dres putih kali ini.
“It’s good to see you in something other than black.”
Sekadar senyum pada ibunya, Erika masuk ke perut kereta. Cepatlah lawatan ke kubur ni berlalu!
Erika cakap dalam hati, tak berani cakap kuat.
“So, how are you my dear?”
Erika melepas pandang ke luar tingkap.
“Fine.”
Ibunya senyum.
“I have someone to introduce to you. Stop by the house tomorrow, okay dear?”
Erika senyum pahit. Cepatlah masa berlalu! Adrian menanti di rumah, tunggu aku buatkan kek coklat kesukaan dia!
“Mom, drop me off at Wal-Mart please?”
“After the visiting, Erika dear.”
“But I have to go right now.”
Ibu Erika hilang tumpuan memandu. Apa yang penting sangat sampai tak mahu melawat kubur suami sendiri?

Adrian wants me to make him his favourite. Chocolate cake.”
Tumpah air mata tua ibu Erika saat anaknya menyebut ayat itu dalam kereta semalam. Sebab itulah Erika di bawa pulang rumah, hari ini. Menangis-nya macam Adrian baru saja mati. Ibu Erika terpaksa pisahkan anaknya dari apa saja yang boleh mengingatkan dia pada Adrian,
menantunya. Bukan sehari dua lelaki itu baru pergi. Sudah genap tiga bulan! Erika sepatutnya sudah boleh menerima kenyataan. Tapi tidak. Erika masih hidup diselubungi bayang bayang Adrian lagi.
“Mom, please! Don’t do this, please!”
Kata kata dari Erika itu menyayat hati tuanya, tapi dia memang terpaksa. Demi kebaikan Erika.

Psikatrik mula datang memenuhi ruang rumah ibu Erika ini. Erika kosong semula. Betul betul macam Adrian baru pergi. Kata psikiatrik itu, Erika berhalusinasi untuk mengelakkan dia dalam kemurungan. Langkah terbaik, hantarnya jauh dari bandar yang boleh ingatkan dia pada Adrian.


Jauh.


********************************************
Aku tumpah darah di Vienna, Austria. Tapi tak pernah sekalipun aku jejak kaki ke situ bila dah besar besar begini. Kejamnya ibu, sekarang hantar aku ke sini. Salah ke aku pura pura macam Adrian ada? Salah ke aku mengaku aku rindu dia? Dan salah ke aku buatkan kek kesukaannya sedang dia tak mampu makan?

Vienna satu benda yang asing bagi aku. Betul betul jauh dari Adrian. Jasad dan roh. Aku mendekati public phone di lapangan terbang Vienna dan mula mendail nombor. Peti suara. Ah, aku rindu benar nak dengar suaranya!
“Hey, you’ve reached Adrian’s phone. I can’t answer right now. So do what you gotta do.”
BEEP!
Pendeknya ucapan dia. Aku harap dia bercakap panjang lebar lagi. Betul.
“Baby. I’m in Vienna right now. You know where to find me. I’ll be staying at Rose Houses, Weschester Road. Please contact me, darling. I’ll be wait - ”
BEEP!
Berjejeran air mata aku ke pipi tanpa sedar. Adrian, maafkan aku. Peti mesej hanya boleh selama 30 saat. Sedang aku nak cakap macam macam benda dengan kau.


*************************************************
Rose Houses, rumah tinggalan mendiang ayah Erika yang berasal dari Austria. Banyak yang perlu diperbaiki, memandangkan sudah 27 tahun ia tinggal kosong begitu.

Erika tak minta seorang diri begini, dengan kebocoran siling merata rata rumah. Tapi dia terpaksa. Kalau diberi pilihan, dia lebih rela duduk hanya di Manhattan, teman bayang bayang Adrian yang masih belum pergi.
“If you need anything, call me. I live just across the street.”
Erika menoleh memandang butler tua yang setia memanggung wajah dengan usungan bagasi dari lapangan terbang tadi.
“Thank you, Frank. Er wait, Frank. Is there anyone can help me with this leaking thing?”
Frank diam sebentar.
“I’ll see what I can do.”
Erika tersenyum dan mengangguk angguk. Lelaki tua bergelar Frank itu berlalu pergi, tinggalkan Erika di tengah rumah dan bagasi bagasi serta air yang menitik nitik ke lantai.

“Miss Erika Watson?”
Erika terlepa sebentar di atas kerusi rehat di tengah laman. Teguran itu menunjal dahinya kembali. Dia mendongak. Cahaya matahari di laman rumah menghalangnya dari melihat wajah penegur ini dengan jelas.
“Yes?”
“I’m the plum..ber.” penegur lelaki ini tergagap, sambil tangan dihulur. Betul fizikalnya tinggi, menghalang cahaya matahari, dan membuatkan mata Erika tersepet sepet cuba memerhati.
“Hi. Yes, I called you earlier right?”
Erika bangun dari kerusi duduknya dan menyambut huluran salam. Oh, kini dia berhadapan dengan lelaki itu. Tuhan saja tahu mengapa hatinya berdebar, jantungnya berdegup laju. Lelaki ini mirip Adrian! Sangat mirip.

Dan klon Adrian itu tersenyum pula!
“I don’t usually say this to a client, but God, you’re beautiful.”
Erika tertawa kecil dengan pujian itu. Tapi air mata dah bergenang di matanya. Seluruh fizikal di muka lelaki ini sama dengan Adrian! Kening yang tebal, siapa yang mampu lupakan hidung mancung sebegitu? Dan senyuman yang selari dengan anak mata redup milik Adrian ini yang selalu buatkan Erika kalah.
“Are you okay, miss?”
Lelaki klon Adrian cuak lihat air jernih bergenang dalam mata bundar perempuan ini.
“Oh, I’m sorry. It’s the sun..I’m..allergic to it. Let’s go inside, shall we?”
Erika menyeka air yang baru nak mula menangis. Betul dia rindu sangat dengan wajah itu. Dan sekarang ia konkrit di depan mata!
“I’m Adrien by the way.”
Klon hulurkan salam di belakang Erika. Erika terhenti bergerak. Kaku dia menghadap pintu rumah yang masih belum terbuka. Seluruh jasadnya bagai beku dengar sepatah ayat dari klon itu.
“Miss?”
Erika laju laju menoleh. Adrian! Kau dah hidup kembali!! Ingin betul dia cakap ayat itu, tapi tak kesampaian di bibirnya. Kesampaian atau tidak, tetap tak dapat halang air matanya kali ni dari turun. Tangisnya pecah.

Adrien si tukang paip tergaru garu kepala. Cuba cari jalan selesaikan tangisan Erika yang teresak esak di hujung tangga rumah ini.
“I’m sorry, maybe I’ll come back later.”
Adrien berpaling untuk pergi.
“Adrian!” panggil Erika.
Adrien terhenti.
“Please, don’t go.”


Erika cuba berlagak ‘normal’ di depan Adrien dengan menjadikan dirinya ‘waras’. Dia separuh separuh yakin Adrien adalah jelmaan suaminya yang sudah tiga bulan lebih mati. Separuh lagi dirinya cuba untuk terima yang Adrien mungkin cuma pelanduk dua serupa dengan suaminya.
“Miss Watson, you need more than just plumbing here. You need to rebuild the whole house.”
Erika yang sedang leka melihat Adrien bekerja tanpa baju itu tersedar tiba tiba.
“Uh. Okay...but where am i gonna live?”
“A New Yorker like you would survive anywhere, right?”
Adrien sudah berjalan menuju ke arahnya, dengan tubuh bahagian atas yang tak berbaju dan basah.
Erika tertawa, dengan debaran.
“I’m from Manhattan.”
Adrien mengangkat kening.
“Pardon me, Miss. I’ve never been there.”
Erika tersenyum kecil.
“Stop calling me that.”
“So what should I adress you then?”
Suaranya perlahan, seolah berbisik. Mata redup merenung mata Erika yang lebih rendah darinya.
“Just Erika.”

Adrien, seorang tukang paip yang juga kontraktor dan arkitek merelakan diri menjadi ketua projek membina semula Rose Houses. Erika dipelawa tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Mulanya Erika menolak. Kerana Adrien terlalu mirip dengan Adrian. Tapi sudah tidak ada lagi tempat untuk Erika bergantung di Vienna yang asing ini, maka akhirnya dia setuju.

Hari pertama Erika tinggal serumah dengan lelaki asing ini, Erika sangka buruk macam macam. Takut bukan main. Tapi bayangan Adrian, suaminya selalu timbul dan hilangkan rasa takut itu.
“You sleep in my room. I’ll just crash here.” Adrien menyapa pada kerusi panjang di ruang tamu dengan melempar sebiji bantal. Erika memeluk bantal dan selimut yang dihulurkan baru sebentar tadi.
“You sound like a New Yorker.”
Adrien yang sedang minum terhenti, dan pecah tawa.
“Look, don’t be afraid. I’m not like any other man.”
Erika mengangkat keningnya.
“What do you mean?”
“I don’t like to take advantage of you, or of any other woman. If I want to do anything, I’ll just.. ask.”
Selamba wajah redup itu bercakap cakap. Betul buatkan hati Erika semakin berdebar.
“Oh, I’m not afraid. Of you.” Erika senyum. Adrien membalas senyumnya. Diam datang. Tersangat sangat janggal.

Erika mundar mandir di bilik asing ini kerana gagal tidur. Mundar mandirnya sambil memerhati sekeliling bilik lelaki ini. Kurang sentuhan perempuan, fikir Erika. Ada sebalang air berisi dua ekor ikan emas di kiri katil. Tiada jam loceng. Tiada teknologi komputer. Tidak ada telefon di bilik, mahupun di kamar mandi. Lain benar dengan rumahnya di Manhattan. Almari pakaian hanya satu, tidak bercermin. Dinding warna susu, dan ada sedikit ukiran di tiap penjuru siling. Menunjukkan rumah di Austria memang begitu. Tidak ada langsung gambar potret keluarga, mahupun diri sendiri. Satu satu benda yang tergantung di dinding susu ini adalah salib.

Cadar juga tak berwarna. Pendek kata semuanya putih susu. Cumanya salib saja berwarna coklat kekayuan.
“My wife bought it.”
Erika terkejut, dan serentak menoleh. Adrien di muka pintu dengan hanya bersinglet putih dan seluar pendek paras bawah lutut. Erika jadi panik kerana baju tidurnya yang sutera dan seksi.
“I’m so sorry, miss. I just want to brush..my..teeth.”
Adrien berpaling ke arah lain sambil terus berjalan menuju kamar mandinya yang turut ada dalam bilik itu. Sebaik Adrien menutup pintu kaca kamar mandi itu, Erika menyarung sweater segera.

Dia mundar mandir lagi menunggu Adrien selesai memberus gigi.

“Adrien, just now you said about your..wife. You’re married?”
Adrien yang baru usai membersih gigi menyapu muka dengan tuala sambil mengangguk.
“Where’s...she?”
Adrien menyangkut tualanya di bahu.
“Died. Two years ago.”
Erika bungkam. Dia dan Adrien senasib!
“Oh, sorry.”
Adrien senyum dan berlalu.

Adrien pernah berkahwin dahulu. Tapi bercerai mati kerana isterinya sakit leukimia dua tahun lalu. Selain menjadi arkitek + kontraktor + plumber, Adrien juga pandai memasak. Sedikit demi sedikit dia sedarkan Erika dari mimpi, kerana satu pun antara sifat Adrien tak sama dengan Adrian, mendiang suaminya. Cuma fizikal saja. Itupun, barulah Erika perasan yang mata Adrian warna burgundy, manakala Adrien hitam pekat. Sukar bezakan mereka kerana fizikal dan nama yang hampir sama, kan? Tapi Erika kini dapat bezakannya!

Astana milik Adrien tidaklah agam seperti yang Erika miliki di Manhattan, tapi Adrien punya sungai sendiri di laman belakang rumah. Lengkap pula dengan bot kayu yang boleh diguna untuk menyeberang.

Rumah pusaka Erika juga hampir siap diperbaiki oleh Adrien. Hari hari Erika duduk sendiri di rumah Adrien sementara lelaki itu bekerja di Rose Houses. Kadang kadang dia cuba memasak untuk Adrien walaupun tak pandai. Dan lelaki itu akan cuba makan walaupun tak sedap. Sikit, oh demi sikit Erika mula lenyapkan Adrian dari fikirannya dan munculkan Adrien yang baru. Semakin lama semakin tak ada nama Adrian Lewis di hatinya.

Hari ni percubaan memasaknya adalah udang galah bakar. Tuhan saja tahu bila agaknya Erika sempat ke pasar membeli bahan mentah dan rempah rempah. Betul kelam-kelibut dia seorang diri di dapur, sambil lihat jam yang tunjuk waktu tengahari hampir tiba. Erika benar benar ingin cuba untuk Adrien. Hatinya rasa desah jika tak lihat Adrien senyum ketawa, rasa sakit jika Adrien pulang penat dan lapar. Satu rasa yang tak pernah dia rasa ketika kahwin dengan Adrian si doktor gigi dulu.
“You don’t have to do this. Don’t have to cook for me.”
Satu hari dulu, pernah Adrien cakap begitu.
“No, I really want to. It’s the least I could do.”
Adrien senyum. Dan tiba tiba cium dahinya!

Erika ingin babak itu berlaku lagi! Nah, sekarang dia bertungkus lumus di dapur demi ciuman dahi dari Adrien itu.
BIP! BIP! BIP!
Erika panik. Bunyi apa tu?
Sebaik menoleh, api sedang marak di atas dapur. Puas dia menjerit, tapi api tetap tak padam. Secara tenang Erika berfikir, tapi perlakuannya masih cemas. Segera dia menuju ke bilik air berdekatan dan mengisi air ke dalam baldi. Api perlu di padam segera!

Baldi berat berisi air di bawa ke dapur, tapi api dah padam! Erika nampak sangat bodoh dan naif di mata Adrien sekarang yang kacak bergaya memegang fire extinguisher kelas A itu. Adrien tergelak. Tak jadi marah.
“Adrien, I..I’m sorry! I..I didn’t...” anak mata Erika bergenang air.
“Hey, hey...no. It’s not your fault, baby. Shh..”
Adrien menarik Erika yang cuma separas dadanya ke dalam pelukan, tak sengaja menggelarnya ‘baby’. Erika membulat mata mendengar panggilan itu keluar dari mulut Adrien.
“I told you not to cook for me.”
Erika melepaskan pelukan dan mendongak tatap mata Adrien. Adrien bau peluh, tapi wangi!
“I thought...you’d be hungry...”
Adrien tersenyum. Jari jemarinya secara refleks menyelak anak rambut Erika yang jatuh berjurai di dahi. Nafas turun naik. Kedua dua mereka. Senyap janggal datang, tapi kali ni kelihatan tepat. Hanya berjarak satu inci bibir mereka, Erika dapat rasa nafas panas dari Adrien menghembus di situ. Bila Adrien benar benar sentuh bibir menggeletar Erika dengan bibir tenang miliknya, barulah air mata Erika jatuh.

“Can I ask you something?”
Erika memandang ke atas bila Adrien bersuara, berhenti bermain main jari di dada Adrien.
“When we first met, you cried. Why?”
Erika bingkas duduk. Selimut yang dari tadi menutup tubuh bogelnya terlurut. Imej imej Adrian satu demi satu datang menimpa kepalanya.
“I was...you were..uh.”
Adrien juga bingkas duduk. Mengusap usap belakang tubuh Erika nan halus itu. Mengucupnya sekali sekala.
“What is it, baby?”
Erika memandang tepat anak mata Adrien di sebalik rambutnya yang melindung-kusut.
“You look a lot like my late husband.”
Adrien diam. Lama, hingga Erika menarik kedua tangannya dan genggam erat.
“You and him...like twins. I can’t even tell you apart. Even your name sounded just like his.”
“His name was Adrien?”
“Adrian.”
Adrien melepaskan genggaman tangan. Erika mula rasa bersalah.
“You’re not a rebound guy. I don’t love you because you look like him, Adrien.”
“You love me?”

**********************************************


Aku buka mata. Ya, aku cintakan kau. Lebih dari semuanya.
“But you’re not for me.” Katanya.
Entah tiba tiba, aku ada di ruang putih kosong, sekeliling kabur. Aku berdiri, berdres putih. Menghadap Adrien berkemeja putih, dan tali leher hitam.
“What do you mean??”
Adrien mendekati aku.
“Don’t love me. I’m leaving.”
“Adrien please, don’t leave me. I don’t want to lose you, again!”
Ini Adrien atau Adrian, aku pun tak pasti lagi. Kedua duanya seakan sama sekarang. Dua dua pun aku cinta.
“Don’t find me.”
“What?! But how can I forget all these things we’ve been through? The house, the fire, the river, the kiss...?”
Adrien/Adrian tersenyum. Hatinya berat untuk pergi, aku tahu.
There’s really no way to reach me.”

Aku terjaga tiba-tiba! Muka Adrien yang sedang lihat aku menangis hilang. Senang senang dia
suruh aku jangan cari dia. Aku menangis tadi, dalam mimpi, sekarang pun aku menangis bila terjaga. Aku sedang berbaring menghadap siling, tapi blur. Siling tak lagi berukir di penjuru. Hanya siling kosong dengan lampu pendarfluor yang berkelip kelip seakan tak mahu hidup. Dinding masih putih, tapi bukan putih susu. Putih betul.

Aku cuba bingkas duduk, tapi tak boleh. Mana Adrien??
“Adrien!!”
Aku pandang kiri kanan yang kosong.

Kaki aku terikat. Tangan aku terlekat. Tubuh aku terlirat wayar wayar aneh.
“Adrien!!” makin kuat aku jerit-pekik panggil namanya. Aku tak mahu berpisah lagi kali ni! Aku hilang Adrian, tapi tidak Adrien! Tolonglah!!

“Adrien!!! Where the hell are you?!!”
Tiba tiba berduyun manusia masuk membanjiri ruang kosong bilik. Semuanya berpakaian putih, bercahayakan lampu picit kuning terang untuk melihat lihat anak mata aku. Kasarnya mereka! Adrien tak begitu bila tenung anak mata aku, kan?

“Erika, dear. It’s me, mom. Remember me?”
Aku menoleh ke kiri.
“Mom....” panggilku perlahan. Dia terhambur tangis.

****************************************************

Ibu Erika, Mrs Watson menangis tanpa henti bila nampak anak sendiri terpasung begitu. Bukan dia mahu anaknya di masukkan ke tempat ini. Tapi terpaksa. Terpaksa. Perkataan yang selalu ada dalam kamus hidupnya sekarang. Kalau dulu dia terpaksa hantar Erika jauh jauh untuk buat dia lupakan mendiang suaminya, Adrian Lewis. Tapi tak berjaya, kerana Erika sorang diri duduk di rumah rosak. Hampir banjir rumah itu pun dia tak sedar, hampir runtuh dapur pun Erika seperti mayat hidup di dalamnya. Yang paling Mrs Watson terluka apabila anaknya ini ditemui dalam kebakaran, dengan keadaan berbogel dan...menyebut nama tak lain. Adrian.

Dalam hati tuanya, dia menyumpah pemergian Adrian. Sangat sangat berkesan di hati Erika. Sampai hilang warasnya. Berhalusinasi hingga tidak ada penamatnya. Mrs Watson cuma harap Adrian tak menjadi manusia di kehidupan akan datang. Cintanya betul menghilangkan kewarasan.

Erika tak berani lagi sebut nama Adrien depan ibunya. Dia cuma bisu dan terpasung di wad psikiatrik ini. Cuma yang dia pasti, bila pejam mata, Adrien akan muncul memberi ciuman dan kata kata ini; “Auf Wiedersehen(Selamat tinggal), Erika.”

Dan untuk itu, Erika tersenyum suka.

Tuesday, December 9, 2008

Sempurna.

Bergegasnya dia, setiapkali ke kelas. Apalah yang agaknya dia kejar hari-hari. Dah tu, setiap hari berdres putih paras lutut dengan kasut Converse putih tali pelangi, sambil payung putih jernih dia kepit kat bawah lengan. Beg silang warna hitam yang penuh dengan badge-badge kecil menampakkan dia seorang peminat muzik punk rock. Yelah, badge Sex Pistols, The Ramones, Green Day, Nirvana dan macam-macam band rock lagi tertampal kat situ. Rambutnya, emm..comel, sesuai dengan mukanya. Fringe menutup dahi dan diserta dengan rambut hitam yang panjang separas leher membuatkan mukanya lagi tampak comel. Tambah-tambah kalau dia tersenyum. Mukanya seiras Horikita Maki, aktres drama Jepun.
Ah, aku tak suka ah layan cerita Jepun. Tapi Horikita Maki tu cantik. Sempurna macam dia yang aku sedang perhatikan sekarang. Melihatkan yang dia dah berlari anak kejarkan apa entah, aku terus capai beg galas, sketch book dan buku Once Upon A Fucker Time karya Michael Ruscell yang bersepah atas meja, dan terus mengekori dia.

Dia berhenti tiba-tiba. Di depan noticeboard yang penuh bertampal notis-notis bermacam warna. Aku jugak ikut terhenti, tapi jauh dari dia. Aku belum sedia nak dekat dengannya. Erm, kenapa eh? Aku bukanlah pemalu kat perempuan pun.

“Hoi, Reza! Apa kau buat kat sini?”
Mak aihh..sikit lagi nak tercabut jantung aku kena sergah tiba-tiba.
“Syhh! Bodoh, bisinglah kau ni!”
Gadis bersepatu putih tali pelangi tu masih leka membaca noticeboard. Tak sedarkan suara Ashraf yang kuat tadi.
“Eh, apsal? Oh..kau ngendap awek ek..”
“Kau diamlah..”
Adeh~ Ashraf dapat meneka tujuan kehadiran aku di noticeboard hall ni.
“Bro, perempuan yang sama jugak kau ikut. Dah dua bulan beb. Bila nak mula langkah? Tak gentleman langsung la kau ni.”
Aku menjeling muka Ashraf.
“Bukan aku tak gentleman, aku susun strategi dulu.”
“Banyak kau punya strategi! Kau pergi kat dia sekarang!”
“Jangan la tolak-tolak weih!”

Tapi gadis itu menghilang. Entah kat mana dia, tapi payungnya tertinggal di bawah noticeboard tempat dia berhenti tadi. Mesti dia berlari anak lagi. Apalah yang dia nak kejar sangat tu.

Dia hilang setiapkali aku nak mendekatinya. Satu-satu peluang yang aku ada sekarang bergantung pada payung ni. Payung jernih. Kat Lim Kok Wing ni bukannya selalu hujan pun, tapi dia hari-hari usung payung.

Aku tak tau namanya. Semua orang pun tak perasankan dia. Cuma aku dan Ashraf aje yang perhatikan dia. Itupun sebab Ashraf housemate aku. Kalau tak, haram. Jam Swatch kat lengan kiri aku dah tunjukkan pukul 2. Aku ada kelas drawing! Leka sangat ikut perempuan tu, sampai lupa.

“Ash, aku blah dulu lah. Dah pukul 2.”

Dengan menjinjing sekali payung putih misteri tu, aku tiba di Wing A. Semua budak kelas aku pelik bila aku tiba-tiba bawak payung datang kelas.
“Oi, Reza. Hujan lebat ke hari ni?”
Aku senyum. Malas nak jawab.
“Reza, payung siapa tu? Comelnya.”
Aku senyum lagi. Macam-macam tanya keluar dari mulut orang yang berlainan.


Ni aku nak cerita sikit pasal diri dia. Namanya Reza. Nama penuhnya Muhammad Faizal Reza bin Faris. Dah selalu aku tengok dia asyik bergegas. Mula-mula lepak kat cafe Open-Air dengan sketch book, buku Michael Ruscell dan beg galas hitam-merah dia tu. Lepas tu terkejar-kejar. Nak kata dia sibuk, tak jugak. Jarang dia join aktiviti kelab. Apa ntah lagi aktiviti kolej. Tapi dia selalu lari anak. Dia kejarkan sesuatu ke?

Reza anak orang kaya. Tapi tak nampak macam tu pun. Dengan hanya bert-shirt biasa yang selalu tertulis kata-kata pelik macam “This is Not A Free T-shirt” dan favorite aku, “I Love To Love What I Love. You.”, dia nampak sempoi gila. Reza ambik jurusan Fine Art kat Lim Kok Wing ni. Oleh kerana aku dah lama simpan perasaan kat dia, jadi aku tau serba-serbi tentang dia.

Okey, dari mana nak mula?
Dari sekaki payung putih yang Reza bawak ke kelas drawing hari tu.
Sabar jelah kelas ni. Tak habis-habis ejek aku. Apa salahnya lelaki bawak payung? Sampai ke lecturer aku pun ejek. Gadis misteri, you owe me one!

Aku bertekad nak cari gadis tu lepas kelas. Bertekad nak dekati dia, dan bersuara. Aku pun tak faham dengan diri aku. Kalau perempuan lain, aku boleh aje bercakap. Dengan Eva, Luna, Wani, Katrina, Laila, Isha, Erin, Baiti, Daphne, bla.bla.bla. Tapi dengan perempuan yang satu ni? Yang asyik berlari ni?

Sebaik aku tiba kat noticeboard hall, aku hampa seribu kali hampa sebab dia tak ada. Mana dia bila aku nak nampak?

Tiba-tiba, bahu aku dicuit orang dari belakang. Aku menoleh.

“Erp!”
Dia tersenyum. Tapi tak bercakap apa-apa. Cuma jari telunjuknya dihala ke payung yang aku sedang kepit.
“Oh, maaf. Saya jumpa kat bawah ni tadi. Awak tertinggal - ”
Elok aku hulur je payung tu kat dia, dia blah. Dia berlari lagi.
“Eh tunggu! Awak!” aku panggil.
Dia pusingkan badannya sambil berlari. Dengan hanya mengangkat tangan - tanda terima kasih aku rasa - dia terus pergi. Buat aku tercegat dan peluang terhilang.

Aku mundar-mandir dalam bilik. Aku tak hensem ke, sampai dia lari macam tu? Tapi nak kata tak hensem, ramai pulak awek nak kat aku. Member lelaki pun ada yang jatuh hati ngan aku. Erm. Aku selekeh ke? Beb, ni kan trend sekarang~? Indie!

Selesai aku mundar mandir sampai nak melecet tapak kaki, aku capai gitar elektrik yang sentiasa tersandar kat dinding bilik. Beberapa kord aku main, aku teringatkan dia.
Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu


Adeh. Lagu Andra and The Backbone mula terngiang-ngiang dalam kepala otak aku. Isk~

“Reza!”
Ketukan pintu bertalu-talu menimpa pintu bilik aku.
“Oi, bukaklah pintu ni...”
“Apa kau nak?”
“Bukak la dulu kok ye pun.”
Dengan penuh vitamin M aku bangkit menuju pintu dan Ashraf meluru masuk.
“Babun...apsal kau tinggalkan aku lepas kau habis kelas tadi?”
Aku kembali mencapai gitar dan buat tak peduli dengan Ashraf.
“Siaplah cepat,”
“Nak ke mana?”
“La...kata nak ikut aku keluar. Ada dua tiga orang awek nak kenal dengan kau ni. Jomlah.”
Aku menggaru kepala. Yang memang gatal pun.
“Ash, aku malaslah. Kau kirim salam ajelah kat diorang tu.”
“Banyaklah kau punya kirim salam. Kau yang setuju hari tu nak jumpa diorang, kan?”
Alamak. Bila pulak aku setuju ni?

Oleh kerana aku dah ‘ter’ setuju nak jumpa awek yang Ashraf nak kenalkan ni, aku terpaksalah ikut. Tapi agaknya nasib menyebelahi aku, sebab malam tu hujan lebat gila. So, awek-awek tu tak muncul langsung depan kitorang. Ashraf dah tak senang duduk. Sebab apa entah. Sambil menyedut sebatang rokok, aku ketawakan dia.

“Bodoh. Apsal kau gelakkan aku?”
“Tulah kau, dah tau nak hujan tadi, kau pilih kedai mamak camni.”
“Mana aku tau nak hujanlah.”
“Dahla, Ash. Lupakan jelah diorang tu. Kita order jela dulu.”

Saat aku memetik jari memanggil ‘ane’ di kedai mamak tersebut, ada seorang gadis berapron dengan logo kedai mendekati. Rambut panjangnya menutupi wajah. Tapi pen dan kertas tersedia kat tangannya.
“Bagi saya tosei satu,” Ashraf mengorder, sedang aku cuba nak melihat wajah gadis di sebalik rambut panjang ni. Tak ternampak. Dia terlalu menunduk sambil menulis. Mata aku terarah ke kasutnya. Tali pelangi~!

“Sempurna!”
Dia mengangkat wajah. Ashraf juga melongo memandang aku yang tiba-tiba terpekik. Tapi yang penting aku dapat lihat wajahnya lebih dekat kali ni. Matanya membulat comel - tapi memanah anak mata aku. Bibirnya mengulum - tapi tidak tersenyum.
“Er..awak, ingat tak saya?”
Dia mengerutkan dahi.
“Payung awak tertinggal, tadi saya yang pulangkan..”
Dia laju-laju mengangguk, sambil tersenyum.
“Saya Reza.” Aku menghulurkan tangan. Lantaklah dia ni jenis salam lelaki ke tak. At least aku dah perkenalkan diri. Tak adalah pengecut sangat.
Dia menyambut huluran tangan aku - tapi dengan sebatang pen yang dia pegang. Senyumnya tak lekang lagi. Manisnya dia!
“Nama awak?”
Dia membuka mulut, tapi ada pulak ‘ane’ yang kacau daun!
“Alia!” gadis itu menoleh ke belakang, ke arah ane yang memanggilnya. So, nama dia Alia rupanya...
Mengangguk sedikit pada aku dan Ashraf, Alia pergi - lagi. Aku pulak, tersandar beb! Tengah berdebar-debar nak dengar suara dia, terbantut pulak~!

“Kacau daunlah mamak tu tadi!”
Ashraf diam. Mukanya masih memasam, dek kerana tak dapat jumpa awek-awek cun yang dijanjikan.
“Rilekla, Ash. Tak lari gunung dikejar. Esok lusa diorang contact kaulah tu..”
“Kau tau tak, Reza. Tadi aku cakap dengan diorang yang aku tak sure kau nak pergi ke tak. Aku rasa diorang tak datang sebab ingat kau tak pergi.”
Aku mengangkat kening.
“Serius, Reza. Aku dah mula jeles dengan kehenseman kau ni.”
Aku terbahak tiba-tiba.
“Hantu kau! Aku punya selekeh camni, dengan rambut panjangnya, kau kata hensem?”
“Mana aku tau taste perempuan! Orang selekeh cam kau la yang diorang nak kau tau?”
Aku ketawa lagi, terkekeh-kekeh. Tapi terselit sikit bahagia sebab dapat jumpa Alia dengan lebih dekat.
“Tapi kau, awek kedai mamak gak yang kau nak.”
Aku terhenti ketawa.
Sempurna. Gadis bertuah yang memiliki cinta Reza. Bukan dia tak tahu Reza tu eligible bachelor kat Lim Kok Wing ni. Dia satusatunya calon Melayu yang tersenarai. Siapa yang reka senarai tu? Entahlah. Yang aku tahu, Reza tempat kedua selepas Steven Young, pelajar jurusan Design yang ditransfer dari Australia.
Ok, back to Alia. Dia ni budak art seramik. Aku mengaku Alia memang comel. Memang patut pun Reza jatuh hati pada dia. Tapi bukan itu sebabnya Reza terkejarkejarkan dia. Reza bukan seorang yang pandang paras rupa. Tambah, aku tak pernah pun tengok dia mengorat-mengayat perempuan. Padahal semua perempuan nakkan dia. Bukan perempuan Melayu aje.

Selain Reza menjadi rebutan sebab dia still single, Reza juga ada sebuah band indie yang diberi nama Jarum. Selalu jugak perform kalau ada MPG or apaapa parti kat LKW ni. Selalu jugak jadi cover untuk ROTTW. Oleh kerana Jarum teramatlah famous di sini, maka itu turut menjadikan Reza, vokalis/gitarisnya famous.

Tapi Alia...macam tak ambil endah.






“Bro, dah sebulan aku tengok kau macam ni. Bila nak tegur perempuan tu?”
Aku mendongak memandang Ashraf yang baru masuk ke dalam bilik. Buku Michael Ruscell di tangan aku tutup sebentar.
“Entah. Aku caricari dia jugak. Tak ada pun.”
“Kau ada try cari kat Syed Bistro hari tu?”
Aku bingkas duduk dan membuat sit-up. Selama beberapa minit aku biarkan soalan dari Ashraf berlalu.
“Bro?”
“Ada. Tapi tak ada pun dia.”
Ashraf ketawa.
“Cari jelah perempuan lain, Reza. Muka hensem. Takkan tak boleh kut?”
“Ahhh. Weh, jamming ngan Jarum tak malam ni?”
“Kepala hangguk mu, bro. Aku ada exam lah esok.”
“Ala..rilek la..paper senang kot.”
“Senang kata kau? Kau bolehla..dah bertahun cakap bahasa Perancis tu. Aku ni tak pandaipandai lagi ni.”
“Senang je nak cakap Perancis tu, kau makanlah roti Perancis selalu!”
“Bodo.”
Tertawa kecil, aku bangun dan menyarung baju t hijau yang tadi tersangkut di hujung katil. Sejuklah tak berbaju.
“Lepas jamming ada gig kat Ampang. Takkan nak miss?”
“Alahh. Janganlah goda aku.”
“Hahaha. Okeylah. Aku chow dulu.”

Malam ni, ada RANtai kat Ampang. Dengardengarnya indie newcomer. Yuna. Entah. Aku macam tak nak pergi, sebab Ashraf tak ada. Radio di MyVi biru langit aku ni pun dah berkalikali pusingkan lagu Sempurna. Kejap dari Andra, kejap dari Gita Gutawa. Ah, semua ni mengingatkan aku pada Alia. Di mana dia eh??

Sebenarnya tadi aku tipu Ashraf. Aku tak cari pun Alia di Syed Bistro. Aku sebenarnya belum berani lihat dia bertungkus lumus bekerja, dengan mamakmamak yang aku tau memang gatal tu. Aku nak aje selamatkan dia dari situ. Tapi aku apa? Aku ni siapa?

Eh, tanpa sedar, MyVi biru aku dah pun terparkir depan Syed Bistro. Dan Alia sedang mengelap meja. Perlahanlahan aku matikan enjin dan keluar. Ada beberapa customer lelaki cuba mengacau ngacau dia. Alia menepisnepis tapi customer yang terdiri dari mat mat Bangla jadi makin berani. Aku naik angin, tibatiba. Kaki aku laju menuju ke arah Alia.

“Hey! Sehari tak kacau perempuan tak boleh ke hah?!”
Alia terpaku. Aku juga terpaku. Seorang lelaki lain yang lebih tinggi dari aku sedang merenggut baju salah seorang dari mat Bangla tadi. Aku lihat Alia berusaha menarik tangan lelaki itu supaya melepaskan renggutan. Tapi Alia tak bersuara, langsung.

Selesai mereka beredar dari meja customer mat bangla tadi, Alia dan lelaki tadi menoleh ke arah aku dengan tidak sengaja. Aku - mengangkat tangan tanda ‘hi’ ajelah.

Meja bulat, tiga orang yang duduk. Pelik pulak kenapa aku nak bercakap dengan Alia, lelaki ni perlu ada. Alamak, dia boyfren Alia ke?
“Ada apa awak nak jumpa adik saya ni?”
Adik...lega aku.
“Er..saya..nak ajak dia keluar.” Amboi. Beraninya aku. Mata Alia membulat pandang aku.
“Dah berapa lama awak kenal dia?”
Aku mengalih pandangan ke muka abangnya.
“Dalam...sebulan.” padahal tak penuh sebulan pun aku dan dia bercakap. Actually aku je yang bercakap. Aku still tak dapat dengar suara Alia ni sebab dia asyik diam setiapkali berjumpa. Diam dan senyum. Eh, baru bersemuka dua kali kot!
“Alia?” Abangnya bertanya pada Alia.
Alia mengangkat tangan kanan, dan kiri. Dan bergerak gerak...seakan berkata kata..tapi tanpa suara. Sekejap di dahi. Sekejap di bahu.

“Alia..pekak??”
Shit. Damn. Mulut aku yang tak reti nak jaga insuran ni tibatiba membuka.
Abangnya dan Alia memandang aku serentak.
“Kau..!! Cakap baik baik - ”
Alia menenangkan abangnya. Nasib baik. Kalau tak lebam aku. Aku tak patut sebut dua perkataan tu tadi!! Tapi Alia masih tersenyum!
“Bukan pekak. Dia bisu.” Tenang sikit suara abangnya kali ni.
Aku mengerutkan dahi. Tak sama ke pekak dan bisu?
“Tak samalah, bodoh.” Eh, abang dia macam dapat baca fikiran aku!
“Selalu aku dapat orang macam kau nak mengorat adik aku. Pandang rupa cantik, lepas dapat tau adik aku bisu, dia ingat pekak. Tinggalkan adik aku macam sampah sebab tak tahan kena cakap kuat tiapkali jumpa. Kau tu samalah dengan diorang! 2x5.”
Adeh. Tertusuk jugak hati aku. Aku manalah reti beza pekak dan bisu! Tapi sekarang macam dah tau sket.

Senyap yang janggal tibatiba datang. Aku pusing, tak tahu nak fikir apa. Nak tinggalkan kerana Alia OKU? Atau nak teruskan sebab aku tak kisah semua tu? Aku tak kisah ke? Ke aku sebenarnya kisah?
“So, still nak bawak adik aku keluar?”
Si Abang bersuara tibatiba. Aku pandang Alia yang sudah bangun untuk mengelap meja di bahagian dalam premis.
“Aku rasa tak payahlah. Daripada adik aku menangis kemudian hari, baik kau batalkan niat kau sekarang.”
Si Abang bangun dan beredar. Aku kelu. Macam aku pulak yang bisu. Tak berkata apaapa sampailah aku tibatiba sedar yang aku dah lambat untuk ke RANtai.


Alia seorang bisu. Macam tak percaya. Sesempurna gadis itu di mata Reza, ada satu kekurangan pada dia. Sejak hari tu, aku tengok Reza tak senang duduk. Dalam kelas asyik termenung, taraf drawing pun asyik menurun. Kalau disuruh jadi model, memang dia boleh jadi kaku dengan lama sebab dia asyik termenung!
Satu yang Alia tak tahu, Reza sedang berusaha sekarang untuk menerima keadaan Alia seadanya. Sebab ada satu hari tu;

“Reza! Tunggu kejap!”
Reza yang sedang melangkah cepat terhenti dan toleh pandang aku.
“Luna, nak apa?”
“Erm, malam ni ada parti dekat rumah Raoul. Kau pergi tak?”
Reza berkirakira. Sekejap menyeluk poket, sekejap meramas rambut.
“Aku..busylah Luna.”
“Ala, sekejap aje. Band aku perform tau kat parti tu.”
Reza diam lagi. Dah lama sebenarnya dia nak tengok band aku-Wonder Sisters perform. Tapi tak berkesempatan.
“Tengoklah nan-”
BUKK!
Tibatiba ada seorang lelaki yang sukasuka hati memakai roller blade terlanggar bahu Reza. Bukubuku di tangan Reza jatuh.

Saat itu, aku nampak keikhlasan Reza pada Alia. Sebab aku ternampak buku ini;
Sign Language for Beginner.”



Parti di rumah Raoul membosankan! Muzik kuat terbahakbahak lalu corong speaker, dengan beberapa anak dara yang aku yakin Melayu sedang syiok menarinari di tengah ruang dansa sambil berpakaian...masya Allah! Macam tak berpakaian! Aku cuma duduk di kerusi pinggir kolam mandi dengan hanya bertemankan topang dagu. Aku jelingjeling cari jugak mana band Wonder Sisters yang dikatakan macam anak didik Jarum tu?
“Buat apa kat sini?”
Aku menoleh laju. Erk!
“Erm..erm..”
Adeh! Macam mana aku boleh terserempak dengan abang Alia kat sini??
“Orang lain syok berparti kat dalam, kau boleh tercongok sorangsorang kat sini.”
Aku tersengih.
“Saya..ambik angin.”
Abang Alia duduk di sebelah aku.
“Alia...apa khabar?”
Dia jeling. Adeh.
“Baik. Dia dah berhenti kerja.”
“Eh, kenapa?”
“Tu aku rasa kau tak perlu tau.”
Aku terbungkam.
“Kau orang pertama yang nak ajak adik aku keluar, depan mata aku.”
Suasana senyap-janggal timbul sebentar.
“Aku Akhmal, by the way.”
Dia menghulur tangan. Mungkin tanda berdamai? Aku sambut, tanda minta izin dapatkan adiknya?

Akhmal beredar selepas itu. Aku tak pasti macam mana dia boleh ada kat parti rumah Raoul ni, tapi lepas dia tinggalkan aku dengan jabat tangan yang ikhlas tu, aku rasa yakin. Aku menghidupkan enjin MyVi dan blah dari perkarangan rumah Raoul yang bising macam disko tu.

Saat aku dah masuk ke simpang Syed Bistro, baru aku teringat. Alia kan dah berhenti kerja? Habis tu kat mana aku nak cari dia?

Enjin aku perlahanlahan mati di depan Syed Bistro yang hampir malap. Sepuluh minit aku diam diri dalam kereta, akhirnya aku keluar menuju 7Eleven di sebelah restoran mamak itu.
“Dunhill satu.”
Aku mengorder kat cashier 7Eleven ni, dia pulak bergegas membuka sebuah bungkusan kotak di lantai sebab Dunhill di rak dah habis.

Tibatiba bahu aku dicuit. Aku menoleh.
“Alia!”
Alia tersenyum. Jari telunjuknya menghala ke aku, ke dahi dan ke dada. Aku berkerut. Aku pernah baca bahasa isyarat itu di buku dulu. ‘Aku ingat dia.’
“Teringatkan awak? Ya!” Cepatcepat aku mengangguk. Dia terketawa menggelenggeleng. Eh, salah ke? Aku nak berkata sesuatu, tapi dia tibatiba mengeluarkan tisu dari poket dan menyauk pen milik cashier tersebut.

Awk sihat?”
Dia tulis itu di atas permukaan tisu. Aku tergelak besar. Ceh. Lain dia tanya, lain aku jawab.
“Sihat.” Kali ni aku jawab betul.
Suasana janggal muncul. Tibatiba cashier 7Eleven itu berdehem, menyedarkan aku rokok yang masih belum berbayar. Setelah aku membayar harga rokok, aku lihat Alia sudah berada di pintu untuk keluar.
“Alia, tunggu!”
Dia berhenti dan menoleh. Aku menyauk kembali pen yang Alia guna tadi.
“Dik, pinjam ni.”

Mengenggam pergelangan tangan Alia, aku bawa dia keluar dari 7E. Aku berlari anak, tanpa sedar. Disebabkan excited sangat agaknya.
“Eh, sorry Alia. Saya tak sedar saya tengah berlari.”
Alia termengahmengah, tapi tersenyum.
Dia berbahasa isyarat lagi. Tapi aku tak faham. Aku terlalu baru untuk memahami bahasa itu!
Yang aku tahu ‘saya cintakan awak’ je dalam bahasa isyarat. Hehe.
Alia mencapai pen di tangan aku dan menulis di tisu tadi.
Awk nk bawa sy ke mana?”
Aku tersengih dan bertukar senyum.

Tak pernah seumur hidup aku, berduaduaan dengan gadis macam ni dalam keadaan senyap. Selalunya si gadis yang akan membebel cerita itu ini pada aku. Tapi dengan Alia, senyap.
“Cantik kan bintang tu?”
Alia mendongak ke langit yang betulbetul berada di atas kepala kami. Kami yang hanya duduk beralaskan cermin hadapan dan hood enjin kereta aku. Dia mengangguk angguk. Kemudian menulis di atas buku nota aku yang sejak lepas kelas tadi ada dalam kereta.
Yg mana 1 awk?”
Aku pandang anak matanya lepas membaca. Soalan yang sangat tak sama dengan gadis lain. Dulu masa aku bawa Dora (ex girl) aku tengok langit kat KL Tower, dia just cakap;
“Reza, kalau I suruh you petik bintang kat langit, you petikkan tak?”

Aku terleka sebentar membaca mata Alia.
Hello?”
Aku tersedar bila tibatiba nota bertulis begitu muncul depan mata aku. Alia tertawa. Aku jugak ikut sama.

Tiba tiba senyap janggal datang lagi.Ahh.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
“Alia, saya...”
Alia membulatkan mata - menanti katakata dari aku.
“Saya..”
Aku tergagap gagap. Ada katakata tersusun di kepala, tapi seakan tak nak keluar! Alia tibatiba menulis sesuatu.
Sape yang bisu ni? Sy ke awk?”
Aku tertawa. Tapi ada airmata bergenang di mata aku. Alia juga ketawa, tapi tawanya tak berbaur sedih.

Sedang aku, ya. Aku cinta gadis ini! Tapi kenapa Tuhan ujinya dengan dugaan sebegini?

Aku mencapai tangan halus Alia. Dah lama aku belajar ayat ini dalam bahasa isyarat. Malam ni aku nak beritahu dia.

Mulanya, aku letak tangan Alia di dada aku. Menggenggam erat kemudiannya, dan meletakkan kembali tangannya di dada dia pula.
“Saya, cinta, awak.” Aku bersuara seiring pergerakan.

Alia tibatiba merenggut tangannya kembali. Bulat matanya terbeliak. Lajulaju dia turun dari kereta aku dan berlari - pergi.
“Alia! Tunggu!”
Aku cuba kejar dia, tapi dia terlalu laju. Macam harihari di kolej. Aku selalu terlepaskannya!


Minggu ni minggu exam. Aku naik risau tengok Reza macam tu. Dah hilang semangat untuk bersuara. Belajar apatah lagi. Semuanya macam angin lalu bagi dia. Jarum pun dah 2 bulan tak perform mana mana.
“Beb, paper thesis writing esok. Kau tak membaca ke?”
Aku diam tak menjawab pertanyaan Ashraf sambil meniun gitar di tangan.
“Beb...”
Aku diam lagi. Menyeksa Ashraf sebentar.
“Kau dah tak nak cakap dengan aku ke?”
Aku menoleh pandang dia.
“Nanti aku bacalah.”
Lepas jawab soalannya, aku ingat dia nak blah. Rupanya tarik kerusi dan duduk di depan aku pulak!
“Kau ni ada masalah apa Reza? Cuba cakap dengan aku sikit. Mama dengan papa kau buat hal ke?”
Aku mengerling Ashraf, tapi mulut masih berat.
“Aku dah kata, jangan bagi papa kau kahwin dua. Hari tu kau jugak yang setuju. Ha, kan kau jugak yang tertekan..”
“Bukanlah bodo!!”
Ashraf terhenti bercakap.
“Habis tu?”
“Tak ada apalah. Aku nak baca buku ni. Jangan kacau aku.”


























Betul, hari ni exam thesis writing. Semua fakulti di LKW semester akhir akan ambik paper ni serentak. Aku dahlah tak baca apa apa langsung! Lepas Ashraf keluar dair bilik aku semalam, aku terus tidur.
“Beb, tu awek yang kau suka dulu tu kan?”
Aku menoleh ke arah yang ditunjukkan Ashraf.

Alia! Dia semester akhir!
Aku berlari anak menuju dia tanpa sedar. Dia membelakangi aku sebab sedang keluarkan alat tulis dari dalam beg yang punya badge badge kecil tu. Hari ni dia tak berdres putih tapi masih bersepatu tali pelangi. Dia berbaju kurung ungu! Warna faveret aku.

Dia nampak betul betul terkejut bila jumpa muka aku saat dia menoleh. Aku kaku. Nak aje aku tarik wajahnya dan em...
“Alia. Kenapa awak lari dari saya?”
Dia menundukkan wajah. Sesaat dua kemudian, dia cuba lari lagi.

Adrenalin aku melompat, kudrat lelaki aku juga begitu. Tanpa sedar aku dah tarik wajahnya dekat dengan aku, dan buat apa yang sejak tadi aku tahan. Rindu.


Semua student semester akhir di LKW termasuklah pensyarah pensyarah sekali jadi saksi cinta Reza dan Alia. Kontorversi makin membuas, meliar selepas peristiwa ‘Reza cium Alia’ berlaku. Aku? Aku dah mengaku kalah. Aku rasa Eva, Wani, Luna, dan Erin pun dah angkat bendera putih masing masing lepas peristiwa tu. Pertaruhan batal. Hati jejaka idaman kami kini dah dicuri. Oleh si gadis bisu. Ah, kalau Alia sertai pertaruhan kami ni awalawal dulu, tentu dia yang menang!
Aku tersenyum kecil. Bukan Alia tak bagi penampar sulung dia kat aku lepas aku cium bibir dia hari tu. Sampai merah pipi, beb! Tapi disebabkan dia bisu, maka dia tak dapat bersuara untuk marah marahkan aku. Dia cuma lari, dan percayalah. Kedua dua kami repeat paper thesis semester depan! Aku genggam result exam yang baru sampai ke rumah pagi semalam. Saya akan jumpa awak lagi sem depan, Alia! Awak tak boleh lari~!
“Bro, buat apa tu?”
Aku menoleh. Ashraf tercegat di muka pintu bilik aku.
“Tengok result je.”
“Oh..dah siap ke belum?”
“Dah.”
“Kau ni gilalah! Nak buat kontroversi macam Ashraf Sinclair lah tu!”
“Haha. At least aku hensem macam dia.”
Ashraf ketawa.
“Tak beb. Kau lagi hensem. Dah lah, jom pergi. Nanti Akhmal belasah kau kalau kau lambat.”

Hari ni, aku takkan lepaskan Alia lagi. Biar dia lari, asalkan aku dapat tangkap dia.

Friday, September 26, 2008

Hujan Yang Cinta Bintang.

Apalah yang dia suka sangat main bola sepak ni. Aku tak faham betul. Bola yang sebiji tu, sampai berbelas-belas orang rebut. Hujan dahlah makin lebat. Dia ni tak nak balik ke?
“Abu! Kau tak nak balik ke? Hujan dah lebat ni!”
Abu cekak pinggang tengok aku. Muka merah tahan marah. Baju lencun dimakan hujan. Rambut berserabai, basah.
“Aku tengah lawanlah, bodoh! Kau nak balik, baliklah dulu!”
Cengkaman tangan aku di payung jadi erat tiba-tiba. Geram, dia cakap aku bodoh. Depan ramai orang. Yelah, aku panggil dia balik sebab nanti ibu dia jugak yang risau. Nanti aku jugak yang kena. Dah lah dia main bola ni pun senyap-senyap. Malas aku nak tunggu dia lagi. Tak kuasa.
“Athirah, jomlah kita balik. Diorang tu budak-budak laki. Tak apa balik lepas maghrib.”
Aku menoleh pandang Intan di sebelah aku. Intan dan Abu adalah kawan aku yang paling akrab dengan aku sekarang. Aku tak ada kawan lain dah. Aku dah kawan dengan Abu dari kecil, dari umur aku setahun. Intan pulak, aku baru aje kawan bila aku naik darjah lima ni.

Aku akur dengan pelawaan Intan. Tak peduli dengan Abu yang masih lagi ligat menendang bola, aku teruskan perjalanan ke rumah. Biar padan dengan muka dia~

Athirah Karmila, masuk!!”
Terkejut sekejap aku dengar suara ibu terpekik tiba-tiba di pintu utama rumah. Laju-laju kaki aku berlari anak menuju dia.
“Anak dara hapa ni, maghrib-maghrib baru nak ingat rumah?!”
Aku tutupkan payung hijau yang sedari tadi mengembang menadah air dan tunduk masuk ke dalam rumah. Ada aku dengar ibu membebel sebut nama Abu, tapi, ah biarlah! Dia yang kata aku bodoh tadi kan.

Malam-malam Jumaat macam ni, kelas mengaji Tok Husin selalunya mula lebih awal. Jadi aku pun bersiap awal. Dari ekor mata aku waktu aku sedang sarungkan tudung, aku nampak kelibat Abu berdiri kat muka pintu bilik aku.

“Eh, Athirah! Kenapa kau tak tunggu aku tadi?”
Aku berhenti menyarung tudung dan menghadap dia. Telinga Abu merah. Mesti kena pulas dengan ibu.
“Kau yang suruh aku balik dulu kan?”

Abu mendekati aku. Dengan jersi biru basah kuyupnya. Dengan rambut serabai-masainya. Dengan muka marahnya, berlumpur.
“Aku main-main ajelah. Itupun kau percaya?”
“Mestilah aku percaya. Dah kau halau aku. Lepas tu kau cakap aku bodoh pulak tu!”
“Tirah, mana ada aku pernah cakap kau bodoh. Itu aku main-main. Sorry yek?”

Alah. Muka kesian dia tu. Mata redup dia tu. Lesung pipit dia tu. Selalu buat aku memaafkan.

Walaupun aku masih lagi sebelas tahun, belumpun cecah akil baligh, tapi aku tau hubungan aku dengan Abu ada batasnya. Ibu selalu larang Abu masuk bilik aku, dan aku pun sama, tak boleh masuk bilik Abu. Ya, kami serumah, sebab ibu Abu dan ibu aku tu adik beradik angkat. Rapat tersangat. Ayah kami dah lama tak ada.

“Abu, baik kau keluar. Nanti ibu marah lagi. Merah lagi telinga kau nanti.”
Abu tersenyum. Lesung pipitnya nampak di pipi kanan.
“Betul kau dah maafkan aku?”
“Betul..tapi kalau kau cakap bodoh dengan aku lagi, goodbye!”
“Eleh, goodbye konon. Kalau matematik tak boleh buat, cari aku jugak..”
ABU FARHAH!”
Melompat sama aku dan Abu dengarkan suara ibu yang bercekak pinggang di muka pintu.
“Kan ibu suruh mandi tadi..eee...degilnya budak ni..!!”

Merah lagi telinga Abu malam tu. Macam merahnya mata aku hari ni, lima tahun kemudian. Puas aku menangis.

Semenjak awal Subuh tadi, sebelum aku sarung telekung untuk sembahyang Subuh, ibu dah gamit-gamit telapak tangan memanggil aku.
“Athirah, meh kejap, ibu nak cakap sikit.”
Aku mendekati ibu yang baru sudah mengambil wuduk. Ibu bawa lengan aku untuk duduk atas katilnya.
“Kenapa, bu?”

Ibu menarik nafas dalam-dalam. Terkumat-kamit mulutnya menyusun kata-kata. Wajah diraup. Sekali. Dua kali. Tiga kali.
“Kenapa ni, bu?”
Ibu menoleh pandang mata aku. Dalam. Berenang. Lemas.
“Ibu rasa, dah sampai masanya kita berpindah rumah.”

Aku ternganga. Terbiar kosong. Bila suara imam mengaji terdengar dari corong masjid, barulah aku tersedar. Barulah ibu bersuara balik.

“Dahlah tu, pergi Subuh. Jangan fikirkan sangat. Nanti ibu uruskan hal pindah-randah ni.”

Siang itu, pukul tujuh setengah, aku ke sekolah dengan mata merah. Menangis. Bengkak-bengkak sampai setiap orang yang pandang muka aku, berbisik-bisik.

“Athirah!”
Aku tersentak sekejap bila bahu aku ditepuk kuat. Muka Abu setia tersenyum di sebelah kanan aku. Abu sekarang dah lebih tinggi dari aku, Rambut dia pun semakin panjang tapi dia peduli apa.
“Oh, pergi sekolah dah tak ajak aku sekarang...” tangan Abu mula naik ke bahu kiri aku.
“Abu, tangan tu turun! Nanti cikgu nampak karang. Ini bukan rumah.”
Abu menurut, tapi menjeling.
“Alah, kau ni. Kenapa pagi-pagi dah garang tak tentu pasal?”
Aku serba-salah nak beritahu Abu. Kalau aku beritahu dia yang aku nak pindah, dia boleh terima ke?
“Tak ada apalah.”
“Tipu ni...ada apa-apa ni.....”
“Tak adalah!!”
Aku berlari anak. Pergi dari dia, tuju ke tandas. Cari sinki dan menangis lagi. Bukan Abu yang tak boleh terima kalau aku pindah. Aku yang tak boleh. Aku. Aku dan Abu tak boleh dipisahkan. Macam aku dengan Intan yang entah mana sekarang. Aku kemana-mana mesti Abu ada. Hidup aku dah sebati dengan nama Abu Farhah Faruqi. Kalau dia tak ada, aku nak teruskan hidup macam mana?

Aku dan dia bukannya cinta. Aku hujan, dan dia bintang. Tak mungkin boleh berdiri di langit yang sama, kan? Abu kacak, pemain bola sepak daerah, yang bencikan hujan sebab buatkan permainannya lambat. Abu punya ramai peminat. Abu, lelaki enam belas tahun yang selalu dapat gadis umur lebih tua. Atau muda. Mana-manalah.

Aku bagai adik dia, walau kami sebaya. Aku serumah dengannya dari umur satu. Aku kenal dia siapa. Perangai dia, setiap kerutan dahinya, setiap kerisauannya, setiap masalah hatinya. Terlalu kenal sampai aku tak kenal siapa dia di hati aku. Cuma yang aku tahu hidup aku bergelumang dengan namanya.

Dan sekarang ibu nak rampas kebiasaan tu dari aku? Macam mana mata aku tak bengkak-bengkak tahan tangis!
“Athirah, awak okey ke?”
Aku tersejat dari dunia khayal tadi. Ada Sharifah dari kelas 4 Rahmah tegur aku.
“Okey, okey.”
Telapak tangan yang penuh air, aku sapukan ke muka. Biar rambut aku basah, biar baju kurung putih kapas aku lencun.

Abu kelas lain, dia kelas pandai. 4 Rahmah, sama dengan Sharifah. Sharifah tu pulak gadis yang paling popular kat sekolah. Hah, padanlah tu! Tapi Sharifah tu sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan Abu. Aku sebut sebab tadi aku terserempak dengan dia. Herm.

Aku kelas corot. 4 Tawadhuk. Dalam kelas tu, aku seorang je perempuan yang tak pakai tudung. Alah, bukannya wajib pemakaian sekolah. Aku belum sampai seru lagi~! Dulu Abu pernah suruh aku pergi sekolah pakai tudung, sampai dia dah belikan kain tudung untuk aku. Tapi aku masih tak nak. Tak ada hati. Last-last dia yang sarung tudung tu kat kepala dia, nak buat aku ketawa, hiburkan aku.

Sesudah aku duduk kat meja aku, ada contengan kat atasnya, dari Abu.

Rehat nanti tempat biasa.”

Masa terbaik untuk aku beritahu Abu. Aku perlu beritahu hari ni, sebab kata ibu, minggu depan kami pindah keluar dari rumah Abu tu. Lagipun, ibu Abu - Mak Leh, dah kahwin lain, mesti tak nak diganggu.
Aku kira setiap saat untuk sampai waktu rehat. Sampaikan apa Cikgu Habibah ajar pun aku tak concentrate langsung! Bila loceng bunyi pulak, aku orang pertama yang bangun~! Tak malu.

Aku cari Abu di bawah pokok cermai depan kantin. Dalam pada tu, aku cari jugak kekuatan untuk beritahu dia. Aku mesti. Lambat laun kena jugak kan?

“Athirah!”
Tepukan hebat dari belakang buat aku terbangun dari kerusi batu.
“Wei! Kau ni suka terkejutkan akulah!”
Abu ketawa. Eh, ada perempuan di sebelahnya. Aku kenal. Namanya -
“Lisa, awak duduk kejap dengan Athirah ni, saya ambikkan awak air eh?”
Lisa tersenyum manja.

Gugur hati aku. Tertoreh-toreh macam pisau tumpul potong daging lembu korban.

Lisa jugak seperti aku, tak bertudung. Belum sampai seru lagi~! Tapi itu aje persamaan kami. Yang lain, jauh panggang dari api. Lisa cantik, aku - tak. Lisa tak bertepuk sebelah dengan cintanya, aku - selalu. Lisa dapat Abu, aku - dapat habuk!

“Kau betul-betul sayangkan Abu?”
Lisa terbeliak dengarkan soalan dari aku tu. Tapi dia mengangguk.
“Kau janji takkan kecewakan dia?”
Mengangguk lagi.
“Kau dengan Abu dah berapa lama?”
“Em, dari form 2.”
Aku pulak ternganga. Abu tak pernah cerita pasal dia pun! Cilanat.
“Maknanya, kau boleh pegang rahsia ni. Tolong simpankan rahsia ni dari pengetahuan Abu, boleh?”
Lisa merenung aku dengan mata bersalut maskaranya.
“Boleh, rahsia apa?”

Aku tunduk, cari kekuatan lain. Untuk beritahu perempuan yang Abu sayang bahawa aku akan berpisah dengan Abu, lain maksudnya dengan memberitahu Abu sendiri.

“Aku...nak pindah. Pegi jauh dari Abu.”
Lisa tergamam. Ada bunyi gelas jatuh di belakang aku. Serentak aku dan Lisa menoleh.
“Abu!”
Abu tegak tercegat. Dua gelas di tangannya tadi dah makan tanah. Anak matanya pandang tepat aku. Mana aku nak lari~
“Kau...kau nak tinggalkan aku..?”
Aku pandang kasut sekolahnya. Lisa dah jalankan tugas seorang girlfriend. Aku cuma melihat, sebagai kawan. Tapi Abu tetap tak alihkan pandangan dari mata aku.
“Aku nak pindah, Bu. Jauh.”
“Tapi kenapa?!”
Aku terkejut bila Abu tiba-tiba tinggikan suara. Macam sekolah ni bapak dia punya!
“Shh...diamlah. Nanti orang dengar!”
“Kenapa, Tirah?”

Aku tak mampu jawab yang itu. Sebenarnya, permintaan ibu. Tapi aku tau, ibu dapat baca aku yang takkan mampu memiliki Abu. Sebab tu kot ibu ajak pindah? Or sebab -
“Kita dah besar, Bu. Dah akil. Takkan kau tak boleh fikir kenapa?”
Abu cekak pinggang dan raup muka.
“Jangan la pindah jauh sangat kalau ye pun.”
“Kena. Ibu dapat kerja kat KL.”
“KL? ?Kenapalah jauh sangat...?”
Aku jungkit bahu. Tapi sedikit lega sebab dah lepas beban aku dari pagi tadi. Abu pun macam dapat terima dengan baik.
“Tak pelah. Kau tak ada pun, aku boleh hidup, Tirah.”

Tiba-tiba dia cakap macam tu. Dan pergi macam tu je dengan Lisa. Aku ternganga di antara dua gelas yang tumpah tadi.

“Athirah, dah kemas barang semua, nak?”
Aku mengangkat muka. Ibu di muka pintu bilik.
“Dah, bu. Lagi sikit aje. Buku sekolah Tirah.”
“Hah, ni. Nanti kat KL, kita duduk dengan Mak Andak tau. Boleh kau sekolah dekat tempat dia mengajar tu.”
Aku senyum resah, kerana satu - Abu dah mula tak pedulikan aku. Mungkin itu cara dia terima perpindahan aku ni. Dan dua - Mak Andak seorang yang sangat strict. Garang. Kecut perut jugak aku dengar bila ibu kata macam tu tadi.

Tentang Abu tak pedulikan aku, biarlah. Aku pun sibuk mengemas. Cuma yang aku terkilan, hari ini. Hari terakhir aku di Teluk Pahang.

“Abu, kau ada kat dalam tak?”
Tak ada jawapan.
“Abu, bukaklah pintu ni. Aku nak jumpa!”
“Abu tak ada, Tirah. Dia ke padang ibu rasa.”
“Oh, terima kasih Mak Leh.”

Aku cepat-cepat sarung selipar lepas cakap terima kasih dekat ibu Abu. Hujan dah rintik-rintik bila aku sampai kat padang. Alamak, Abu benci hujan. Aku pulak tak bawak payung. Aku nampak Abu di depan tiang gol, dengan 5 biji bola tersusun atur. Lepas satu-satu bola dia tendang. Eh, dia ada game ke hari ni? Tapi kenapa dia pakai seluar panjang, dan tak berjersi pun? Seluar panjang Abu hanya dilipat sampai paras betis saja.
“Abu!!”
Abu buat bodoh. Buat-buat tak dengar. Padahal aku tau dia dengar.
“ABU FARHAH FARUQI!!!”
Abu menendang lagi. Aku mendekati dia. Hujan melebat.
“Abu, hujan ni!”
“Kau peduli apa?!”
Mukanya tak menghadap aku. Tapi aku dan dia sama basahnya.
“Abu, hari ni hari last aku. Tolong jangan macam ni..”
Suara aku tenggelam dek hujan. Aku pencinta hujan, yang tak takut demam. Tapi kenapa hari ni Abu pun macam tu?
“Abu, kau kan tak suka hujan?”
Abu memandang wajah aku. Mendekati. Menjerit.
“Memang aku benci hujan! Benci! Bawak sakit! Buat lambat! Menyusahkan! Hujan tu kau, kan?! Aku benci hujanlah, bodoh!!”
Aku ternganga. Rintik air dari rambut Abu yang memanjang jatuh ke muka aku, yang mendongak pandang dia. Rintik air dari mata aku pulak mula turun, panas. Kontra dengan hujan yang sejuk ni.

Abu menendang bola dengan kuat. Marah. Benci. Teramat.

Aku menangis sendiri. Sangka aku, nak ajak dia main layang-layang sebelum aku betul-betul berpindah. Tapi ini yang jadi.
“Abu, aku takkan lupakan kau, walaupun kau dah ben - ”
Kilat menyabung. Guruh berdentum. Setiap perkataan aku lepas tu terlalu lemah, sampaikan wajah Abu berkerut, cuba mendengar. Tapi aku tak mampu ulang tayang lagi kata-kata aku tu. Biar ia lari dengan kilat dan guruh ni. Aku pulak berlari balik.

Fantasi aku titiknya di situ. Keinginan untuk lihat Abu bawa sekuntum ros merah untuk aku, aku seorang. Cium dahi aku dan cintakan aku sampai bila-bila pun. Haha. Fantasi, kan. Mana mungkin jadi realiti.

Hujan yang nak mencintai bintang. Tapi setiapkali hujan turun, bintang tak ada. Pernah ke korang tengok hujan turun, ada bintang sekali kat langit? Takkan ada.

Tiga belas tahun lepas tu, di kala umur aku mencecah dua sembilan, aku masih lagi terbayang-bayang kan pandangan kosong aku ke jalan bila aku mula memijak lantai lori pindah. Abu tak datang. Abu macam tak pernah ada.
Dia macam tak wujud dalam hidup aku.

Aku mengaku, stetoskop yang tergantung di leher aku ni bukan untuk dengar degupan jantung isi hati Abu. Walaupun kadang-kadang aku berharap begitu. Di mana Abu sekarang ya? Sihat ke dia?

TIT!TIT!TIT!

Kelui aku berbunyi nyaring, sedarkan aku dari anganan di meja sendiri.

911. ER.”

Yang tertera di atas kelui aku perlu aku patuhi, ada pesakit di wad kecemasan. Perempuan, terlantar sejuk berlumur darah di perut. Aku cepat-cepat ke tengah bilik, jalankan tugas sebagai doktor. Perempuan pesakit ni ditembak di bahagian abdomen. Adeh~

“Surgery scheduled in 1 hour!” jerit aku tiba-tiba, bila semua alatan elektrik telah digunakan untuk beri nafas pada wanita ini. Semua, kecuali namanya yang aku tak tahu.

“Siapa nama dia?”
“Data pesakit ada kat nurse station, doktor.”
Berlari aku ke nurse station dan jumpa satu fail coklat yang sedia terletak atas kaunter. Yang perlu korang tau pasal pesakit ni adalah, namanya Fiza. Berumur 28 tahun. Kerja sebagai suri rumah. Status berkahwin. Nama suami -

“Doktor! Isteri saya!”
Aku mendongak. Seorang lelaki umur dua puluh sembilan, baya aku, datang dengan berlari anak. Jantung aku meloncat.
“Isteri saya doktor! Macam mana dia??”
Suaranya separuh menjerit di telinga aku, yang sekaligus membuat aku terpejam dan terimbas memori.
“Sabar encik. Isteri encik dah dijadualkan untuk pembedahan, lagi 45 minit.”
“45 minit?? Kenapa bukan sekarang??”
Aku terpejam lagi. Betapa lelaki ini tidak mengenali aku.
“Kami sedang usahakan untuk diagnos di mana letaknya peluru yang tertimbus tu, encik Abu.”
Abu tertunduk.
“Farhah,” perlahan dia membalas.
“Excuse me?”
“Farhah, nama saya. Tak ada orang panggil saya Abu lagi.”

Jantung aku yang sejak dari tadi terpejam - celik, berdegup - degap lihatkan wajah Abu, kini semakin laju. Salah aku kah dia tak nak pakai lagi nama Abu tu?

“Maaf, encik Farhah. Seperti yang saya kata tadi, kami sedang diagnos di mana letaknya...”
“Saya tak sangka akan jadi macam ni.”
Aku terdiam. Abu masih tunduk, masih tak kenali aku.
“Maksud encik Farhah?”
Abu mendongak memandang aku. Matanya berlinang, tapi enggan turun. Sama dengan hati aku, yang bergoncang, tapi enggan menangis.

Abu mengambil tempat duduk. Wajahnya berkerut, resah. Tapi masih kacak seperti dulu. Cuma kelihatan matang sedikit. Rambutnya yang panjang mencecah leher membuatkan dia kelihatan masih seperti dulu.
Aku ingin saja jerit di mukanya tatkala ini; ABU, AKU RINDUKAN KAU!

“Semuanya salah saya. Saya terlalu banyak berdosa dengan dia. Saya..”
Aku tergumam. Abu dan isteri. Abu sayangkan isterinya -
“Saya tak pernah layan dia dengan baik.”
Setelah ayat itu diungkap, Abu menekup muka. Diam sehingga tiba waktu aku untuk beredar.

*****************************************************************
Bilik bedah yang semakin mengosong. Tinggalkan aku, dan sekujur tubuh Fiza, isteri Abu di atas pelantar besi nan sejuk. Fiza tak mati. Selamat, sebab peluru berjaya dikeluarkan. Keadaannya stabil. Stabil dan kejam terhadap aku.

“Aku inginkan Abu dari dulu lagi. Kenapa orang lain yang selalu dapat?”
Tanpa aku sedar, suara aku sepatah demi sepatah meniti udara. Fiza masih terkujur.
“Aku cintakan Abu dari umur tujuh.”

“Abu! Layang-layang aku putus!”
Aku melutut, gulungan benang di tangan terlepas kerana layang-layang biru milik aku putus di udara. Abu yang di hujung padang menoleh ke arah aku.
“Beli lain la!”
Mata aku bergenang air. Kecewa lihat Abu seronok melayangkan kertas, sedangkan aku dari tadi tak berjaya. Malahan putus pula. Genangan air perlahan mula turun ke pipi. Bukanlah besar pun masalah yang aku hadapi ketika itu, cuma putus layang-layang saja. Tapi entah kenapa aku kecewa dengan diri aku, sebab tak mampu ikut Abu buat apa yang dia mahu. Aku ingin membuntuti Abu ke mana saja. Dia ke padang dengan layang-layang, aku juga buat layang-layang sendiri untuk bermain dengannya. Dia ke padang bola waktu hujan, aku akan bekalkan dua kaki payung. Satu untuk aku, satu untuk dia.
“Nah, jangan nangis lagi.”
Aku mendongak. Abu menghulurkan gulungan benang dari layang-layangnya kepada aku. Saat itu, aku jatuh cinta.

Fiza masih lagi kaku. Kadangkala aku terfikir, siapa Fiza ni? Mana Lisa?
“Abu cinta pertama aku. Sebab dia aku tak berkahwin sampai sekarang, kau tau?!”
Aku tau Fiza tak mampu membalas. Tapi aku jeritkan juga.
“Dia sahabat baik aku, aku tak mampu untuk kehilangan dia. Lepaskanlah dia, Fiza. Aku dah selamatkan nyawa kau..”
Ya Allah. Ampunkan dosaku. Ampunkan niat ku yang terpesong dari akidah seorang doktor Islam ini.
“Aku mungkin bertepuk sebelah tangan, tapi - ”
Aku tak mampu teruskan kata-kata. Sebab aku sendiri tak tahu apa ayat yang patut terbit dari situ. Aku bertepuk sebelah tangan. TITIK. Abu dah berkahwin. Mungkin dah punya anak.

Saat aku berpaling untuk keluar dari bilik bedah, Abu di situ. Berkerut wajah, berlinang air mata.

*****************************************************************

Aku dan cinta pertamaku, diam. Senyap. Aku tak berani lihat mata Abu. Aku juga tak berani bersuara lagi. Abu berdiri di depan aku sejak tadi. Tak berganjak dari bilik bedah yang kelam ini.

“A..Athirah..?”
Serentak suara dan airmatanya turun. Aku mengangguk.
“Ya Allah.” Abu meraup muka. Bercekak pinggang.
“Athirah? Betul ni?”
Aku mengangguk lagi. Air mata kami berjujuran.
Abu melangkah maju setapak. Tangan di depa, seperti ingin peluk, tapi bantut menjadi genggaman erat di bahu aku saja.
“Sejak bila bertudung?”
Aku senyum, dalam menahan tangis.
“Se..sejak..kita..”
“Athirah..Athirah..”
Lemah jantung, longgar lutut aku dengarkan dia sebut nama aku sebegitu.
“Athirah, maafkan...aku.”
Aku menyeka air mata. Masih mendongak untuk tatap wajahnya, dan dia masih menunduk untuk tatap wajah aku. Rambutnya yang panjang masih terurai menutupi muka setiapkali dia menunduk.
“Aku tipu bila aku katakan yang aku boleh hidup tanpa kau.”
Dia bersuara lagi. Aku cuma mendengar.
“Hati aku, pada kau.”
Aku terkaku. Anak mata mencari-cari maksud ayat itu.
“Hati aku, selalu ada pada kau, Tirah. Mana kau menghilang?”
Aku terpejam. Terpejam sekali dengan hujan mata.
“Aku selalu cintakan kau, Abu.”
“Athirah,”

Kali ni, Abu tak teragak-agak mencapai tangan aku dan genggam erat. Biar betul, depan tubuh kaku isteri sendiri.
“Tapi kau dah berkahwin.”
“Tidak. Jangan hukum aku dulu, Tirah. Jangan suruh aku lupakan kau.”
Aku terlongo.
“Tapi, Abu..”
“Fiza dia...dia bukan cinta hati aku. Aku kahwin dengan dia sebab...terpaksa.”
Longoku berubah menjadi beliak mata.
“Aku hanya simpan tempat untuk kau Tirah.”
“Abu, kalau keadaan benarkan, dah lama aku nak beritahu kau isi hati aku ni.”
“Kenapa tak dari dulu, waktu hujan selalu turun? Tentu aku dah cium kau kat situ jugak.”
“Astaghfirullah.”
Abu tertawa kecil, dan menyambung;
“Cium dahi. Sarungkan cincin. Lafazkan akad.”
Aku pula tertawa. Sempat lagi dia bergurau!
“Jadi, Fiza macam mana?”
Abu mengeluh berat memandang tubuh Fiza yang masih terbalut kain biru.
“Dia ditembak ketika aku tak ada,”
“Maksud?”
“Aku ‘hilang’, Athirah. 13 tahun aku ‘hilang’. Sampaikan rumah dirompak pun aku masih lagi ‘hilang’.”
Ya Allah! Genggaman tangan aku terlepas kerana aku menekup mulut.
“Athirah, don’t get me wrong. Aku ‘hilang’ sebab kau tak ada. Aku terpaksa kahwin dengan dia sebab bapak dia yang bantu aku bina syarikat.” Dia mencari kembali tangan aku, tapi tatkala aku rela, mesin denyutan nadi berbunyi nyaring.

Kritikal, dan mencemaskan bilik itu tiba-tiba. Secara refleks, aku menekan butang di kepala katil yang menyebabkan lampu di bilik menjadi merah. Siren membingit. Para doktor dan nurse melaut masuk. Tolak Abu makin kebelakang.

Abu, kau sanggup jual maruah dan cinta hanya kerana nak berjaya?

Athirah, jangan anggap aku macam tu. Aku kehilangan. Aku tak tau pada siapa aku nak bergantung -

Alasan.

Athirah, percayalah. Belum pernah satu saat pun aku lupakan kau.

.....

Kenapa diam, Tirah?

Aku..aku..

Kau Athirahku, aku Abu mu. Jangan lepaskan aku..

“Doktor! Blood pressure menurun!”
Tempikan dari doktor Darwina di muka ku menghentikan dialog fikiran antara aku dan Abu tadi. Walaupun tangan aku pantas membelah memotong, fikiran aku masih pada Abu yang sudah berada di luar bilik.

“It’s liver damage, doktor. We have to find a donor. ASAP.”

Membangunkan aku dari terperanjat, sekaligus doktor Darwina buatkan aku terperanjat lagi. Liver damage..??

“Sana..kat..luar...husband..”
Meluru laju doktor Darwina keluar dari bilik bedah. Yang aku yakin untuk bertemu Abu. Abu, kau dah pilih aku. Jangan ketepikan aku sekarang. Jangan, Abu. Tiga belas tahun kita menunggu.

“Encik, kami perlukan persetujuan dari encik. Isteri encik - ”

Ya Allah, ampunkan lagi niat jahat aku ni. Jauhkan aku dari mengharapkan isterinya tak selamat. Jauhkan aku dari mengharapkan Abu takkan setuju dengan pembedahan ni. Tanpa sedar aku berdiri jarak 2 meter dari doktor Darwina yang sedang bercakap dengan Abu. Tanpa sedar juga, air mata aku berlinang lagi. Kepala aku juga tergeleng-geleng suruh Abu jangan setuju. Mata redup Abu melihat aku, tapi dahinya berkerut.

Tak sanggup menatap mata Abu, sebab buatkan mata aku hujan, aku beredar dari situ. Menangis sepuas hati dalam tandas. Doaku, jangan Abu selamatkan wanita itu. Tapi itu dah menjadikan aku sekejam-kejam manusia. Bila aku dah sedia, aku basuh muka dan melangkah keluar.

“Athirah,”
Terkejut jantung aku bila tiba-tiba haba tubuh Abu mengepung aku. Di depan orang seperti doktor Darwina, Abu mendakap aku.
“Tunggu aku Tirah, aku perlu balas jasa Fiza. Tunggu, aku cintakan kau.”
Aku yang terkaku kerana pelukan erat pertama yang aku terima dari Abu hanya mampu memandang dia masuk ke bilik persediaan pembedahan.

ABU, JANGAN!

Aku mesti, Tirah. Walaupun cinta aku bukan untuk dia, tapi aku mesti balas jasa dia pada aku selama ni. Aku perlu tebus dosa aku.

Esak aku makin kuat bila dialog fikiran antara aku dan Abu memutar lagi. Walaupun Abu sedang dibius dan aku sedang berdiri tegak di luarnya, kami bercakap.

“Tirah, ingat tak dulu-dulu kita panjat pokok rambutan Pak Ali lepas tu dia kejar kita dengan batang kayu?”
“Ingat. Aku jatuh, lepas tu kau tunggu..”
“Mestilah aku tunggu, cinta hati aku.”

“Kau tetap akan tunggu aku kan, Tirah?”
“Sampai bila-bila.”

“Sejak bila kau jatuh cinta kat aku ni, Abu?”
“Sejak dari kali pertama aku lihat kau tunggu aku, dengan payung, setiap hujan.”
“Kenapa kau tak suka hujan?”
“Sebab kau suka.”

“Macam mana kau teruskan hidup tanpa aku, Tirah?”
“Aku tak boleh. Setiap hari aku teringatkan kau.”
“Aku pun.”
“Tapi kau dah berkahwin.”
“Dengan orang yang aku tak cinta.”

“Kau dah ada anak?”
“Tak mungkin. Tapi, kalau dengan kau, aku tak teragak-agak dah.”

“Macam mana, Abu? Sakit tak?”
“Aku kan kena bius. Mana rasa apa-apa.”
“Kalau aku dah sihat nanti, aku nak kau jadi isteri aku, Tirah.”
“Abu,”
“Hm?”
“Macam mana kalau kau tak dapat diselamatkan?”

Dialog ni bukannya aku mereka-reka. Aku betul dapat dengar suara Abu dalam hati aku. Atau itu mungkin cuma delusi. Tapi ya Allah, tolonglah Kau selamatkan Abu.

Aku dah tunggu tiga belas tahun, tunggu lagi 3 jam tidak menyeksakan aku.

Kelui berbunyi.

911. ER.”

Aku bergegas menolak daun pintu ER. Sesuatu terjadi pada Abukah? Selesai cuci lengan, aku masuk ke bilik bedah. Fiza kritikal, aku diminta jahit open-cut di abdomen Abu. Dengan mata yang masih bengkak, aku akur. Wajah Abu yang terlindung dengan banyak wayar dan topeng oksigen nampak biru. Lesu. Sejuk kulitnya.

Tiba-tiba mesin denyutan nadi dari Abu berbunyi nyaring, dan pantas. Aku panik. Semua orang orang pun panik, tapi Fiza masih belum selesai dibedah. Terlalu sikit orang, terlalu suntuk masa.

Abu, jangan pergi. Aku tunggu kau di sini. Jangan pergi!

“350. Clear!”
Tubuh Abu terhentak kuat dek kerana cardiac pump yang aku baru saja tekan di dadanya.
“400. Clear!”
Terhentak lagi. Tapi bunyi nadinya masih nyaring. Garisan lurus muncul di skrin.
“Abu, come on. Stay with me. Jangan tinggalkan aku sekarang.”
Tanpa sedar, dua telapak tangan aku menekan-nekan pusar jantungnya.
“Doktor,”
“Abu, stay with me!”
“Doktor Athirah,”
“Jangan buat aku macam ni Abu. Aku tak sanggup.”
“Doktor!!”
“What?!”
“Announce time of death,”
Aku ternganga. Time of death? Death? Air mata sudah kering aku tangiskan sejak tadi. Abu belum mati! Abu, kau belum mati lagi kan?

“Time of death, 4.15 pm.”
Suara doktor Darwina menampar muka aku. Aku menoleh perlahan sekujur wajah Abu yang biru. Satu demi satu selirat wayar ditanggalkan dari tubuhnya. Satu demi satu juga cinta aku pergi dengannya. ABU, KAU SURUH AKU TUNGGU, TAPI KAU PERGI?!

Dan di wad sebelah, ada bayi lelaki baru lahir.

Thursday, August 14, 2008

what a wonderful world



Langit kosong tanpa awan. Bahang panas meraup walaupun penipis ozon sedang menjalankan tugas dengan amanah. Tren merangkak-rangkak sarat muatan para pelakon pelbagai watak.

Seorang perempuan busana serba putih, berwajah mendung tapi ulas bibirnya tak berhenti buka-tutup-tutup-buka.

Seorang lelaki berwajah Mat Salleh, sekitarnya semua bisu kerana cuping telinganya hanya Muse punya upaya untuk bicara.

Keduanya berdiri bagai kembar siam tak seiras tapi berkongsi tulang belakang. Tidak bertemu pandangan.

Tren berhenti. Berpusu-pusu tiba destinasi di tuju. Si perempuan dan sang lelaki masih tak sampai arah tuju. Teman bicara si perempuan juga sudah keluar sambil mengheret muka binggung, garu-garu kepala hingga dari celah rambut minyak panasnya, keluar tujuh lapan butir putih-putih yang juga dipanggil kelumumur.

Ada kerusi kosong di hadapan. Mereka yang tadinya melekat satu sama lain saling balas merenung. Tapi, si perempuan licin bak belut terus meletak punggung. Pembedahan berjaya!

Wajah mendung si perempuan terbit senyum angkuh ribut-taufan-tsunami.

+Nenenene~tak dapat duduk! Bluwekk!

Sang lelaki juga ada senyum pada anak mata hijaunya. Sinis.

-(alihbahasa) Elehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Macam aku heran! Si lumpuh!

Si perempuan asyik mengeluh walaupun selepas menang kerusi itu.

Pufffhh…

Dan mengeluh lagi.

Pufffhhh…

Dagunya di tongkatkan pada tangan tanpa cincin pada jari manis. Bungkusan dari plastik sampah membentuk empat segi, tinggi dari tingginya yang memang tak tinggi itu dirapatkan ke dada.

Puffhhh…

Dia pandang kiri kanan dan…

Puffhhh….

Pandangannya mati pada sisi sebelah kirinya.

Sejak si perempuan ini melangkah masuk dalam tren, hinggalah keluarnya perempuan-minyak panas-tapi-ada-kelemumur itu, sebelumnya sudah empat orang lain yang menerima; huruf menjadi perkataan menjadi ayat yang kisahnya bertajuk yang sama.

“Kucing saya mati, Ah Soo…Saya keluar sambut hari lahir saya awal sehari. Mana tau hari lahir saya, dia mau mati?”

Mangsa nombor lima. Ah Soo bermuka penyek pandang muka si perempuan yang selamba macam katak pisang.

“Patutlah dia duduk atas kasut saya masa saya nak keluar. Rupanya, dia tak kasi saya pergi sebab dia suda mau pergi. Ni, kasut ini la yang dia duduk..”

Perempuan itu mengangkat kasutnya tinggi-tinggi. Nasib dia pakai skirt paras lutut. Kalau tak percuma kata orang Melayu. Ah Soo, bermuka penyek itu semakin penyek muka dek emosi meluat. Dia mengibas-ngibas tangannya dalam gerakan lebar-lebar seolah kuman dari kasut kumal, warna putih jadi tak bewarna putih itu dapat di lenyapkan.

“Lepas tu, dia tidur atas beg saya..Beg nilah” Si perempuan cepat menarik pula beg kait benang kasar yang melilit di pinggangnya.

“Sampai saya keluar guna beg lain hari tu.”

Si perempuan itu terangguk-angguk sendiri. Tak malu-malu mengaku kebenaran cerita sendiri. Entah siapa pula bertanya padanya, ‘betul ke ni?’ sambil bulat-bulat mata tak percaya.

Tren berhenti.

Ah Soo keluar laju-laju macam lari dari hantu. Kejap-kejap dia menoleh belakang dan menambah kelajuan dalam gerakan.

Chindia bergaun kuning masuk. Ada manusia kecil sedang makan melalui tali pusat dalam perutnya. Si perempuan bangun mempelawa si bunting duduk. Sungguh, perempuan Melayu terakhir.

Si perempuan mengambil semula tempat berdiri di sisi Mat Salleh tak bertelinga itu. Mereka saling berhadapan pula kini. Tapi, cepat si perempuan mengalih arah.

Penumpang kian men’sardin’kan tren. Tubuh ringan si perempuan bergoyang-goyang perlahan lawan kelajuan tren. Tubuh 78kg itu bergoyang-goyang, jua perlahan ikut dodoian muzik.

Si perempuan memandang sebelah kirinya itu dan mula membuka mulut kembali.

“Saya tak sangka kucing saya tu nak mati masa hari lahir saya, kak! Mula-mula abang saya bawak balik rumah, saya tak peduli pun dengan dia. Tapi, lama-lama kesian pulak. Kesian tu walaupun jualbeli paling murah, tapi jalan dekat menuju cinta. Tak kenal maka tak cinta. Dah cinta, mati pulak dia.”

Mengeluh.

Boys with Girlfriends berkumandang. “Hello!” Aduh, moden sekali gadis Melayu.

“Orang kata, patah tumbuh hilang berganti, tapi walaupun baru, berganda sekali pun tapi takkan sama dengan yang lama.”

Punya telefon bernada Boys with Girlfriends itu berhenti berbual dengan teman halimunannya. Dia menghadap si perempuan dengan muka tanpa gula.

“Boleh tak Cik berhenti bercakap? Saya on call ni. Atau Cik boleh cakap dengan orang sebelah Cik tu kalau nak cakap sangat!”

Si perempuan menoleh. Pada Mat Salleh tu. Dan berpaling balik cepat.

“Eh, saya tak suka omputih! Diaorang ni tak tahu malu. Datang Negara orang, kita kena cakap bahasa dia. Cuba datang Negara dia, kena cakap bahasa dorang jugak! Tak adil kan, kak? Hehe..Saya budak Bahasa, kak. Ibnu Khaldun sendir-”

Tren berhenti. Dan, si Boys with Girlfriends cepat-cepat menonong keluar walaupun sendiri tak pasti itu destinasi sebenarnya.

Puffffhhh…

Menoleh pada sang lelaki dan cepat pusing kembali. Rambut ikalnya menampar pipi lelaki dan meninggalkan aroma asli perempuan remaja.

“Eh, you tak malu ke cakap dengan orang yang you tak kenal?”

Kareena Kapoor tiba-tiba muncul. Ini betul bukan adik Karisma Kapoor sebab minachi tu kan sombong dan tak mahu peduli sama orang lain.

“Sebab tak kenallah saya tak malu. Eh, apa kata awak dengar cerita saya pulak?”

“Oh, thank but no thanks.”

Ala, awak bukan buat apa-apa pun. Saya pun tak suruh awak buat apa-apa. Kucing je mati. Tapi, hati saya sedih sangat! Tapi saya tak tahu nak cerita dekat siapa? Kucing je mati siapa nak dengar kan?”

“Betul-betul!”

Kareena Kapoor itu senyum sumbing dan cepat menuju kekasihnya yang memang tak sama langsung dengan Saif Ali Khan. Mereka tertawa-tawa sambil menunjuk-nunjuk si perempuan itu. Tiada etika mengumpat langsung!

Tren berhenti dan penumpang masuk-keluar silih berganti.

Si perempuan masih berwajah mendung, masih bibirnya tak berhenti buka-tutup-tutup-buka lagi. Sang lelaki memanglah masih berwajah Mat Salleh, dan ya masih cuping telinganya hak mutlak Muse.

“Bukan pertama kali saya bela kucing tapi kali ni saya sedih sangat! Mungkin sebab saya bela dia dari kecik. Mak dia mati kena langgar. Mungkin sebab dia mati masa hari lahir saya…”

My life
You electrify my life
Let's conspire to ignite
All the souls that would die just to feel alive

“Sebab saya kongsi hari lahir dengan hari mati dia!”

You're such a mess and I don’t care
Simply because I can’t
Wake and find it in me
I´m in a coma

“Dia dah lama sakit. Kadang-kadang saya memang harap dia mati je. Tapi, kucing kan banyak nyawa? Kadang-kadang dia sakit, lepas tu baik lepas tu sakit balik. Dia habis stok nyawa masa hari lahir saya.”

yeah it's holding me, morphing me
and forcing me to strive
to be endlessly cold within
and dreaming I'm alive

“Semua perempuan pun tunggu hari lahir 21 dorang. Nak kunci kebebasan. Tapi, saya nak kucing saya! Kucing bukan kunci!”

don't kid yourself
and don't fool yourself

“Saya dah baik sesunggut tapi dia tak baik-baik lagi. Kata dia sakit sebab saya sakit, tapi kenapa saya dah sembuh, dia sakit lagi? Lepas tu mati masa hari lahir saya pulak tu…”

And I've seen your loving
And mine is gone
And I've been in trouble

“Dah tiga hari dia mati. Tapi saya masih sedih lagi. Semua mengingatkan saya pada dia. Tragedikan mati di hari lahir sendiri? Keluarga saya tak faham kesedihan saya, dorang akan gelakkan saya sebab sedih sebab kucing mati…”

Please, please, please let me get what I want

“Saya ni macam Ibu dia. Saya buat susu, bangun dua tiga pagi. Suap dia makan sebab dia tak pandai makan sendiri. Basuh kencing berak dia.. tiba-tiba dia mati masa hari lahir saya…patut saya sedih, kan?”

I wanted freedom,
Bound and restricted,

“Saya nak bagi makan dia telur. Tapi, asyik lupa. Kempunan dia! Kalaulah saya tak lupa, mesti dia kucing saya tu dapat rasa enaknya makan telur terutama yang kuning tu.”

Too long trying to resist it,
You’ve just gone and missed it,
It's escaped your world.

“Patutlah masa nak keluar tu, saya rasa macam nak sangat cium dia! Tapi, saya tak cium pun. Dia kan tengah sakit, tunggu dia sihat barulah saya cium. Kalau saya tau dia nak mati masa hari lahir saya, saya cium dia!”

Lips are turning blue
A kiss that can't renew
I only dream of you
My beautiful

“Saya tak patut keluar rumah hari tu! Saya yang beria-ia rancang. Nak sangat hadiah hari lahir. Ni hari lahir paling sedih pernah saya sambut! Tengok, ni semua hadiah hari lahir saya. Semua buku yang saya nak, saya dah dapat! Semua, sumpah! Tapi, kucing saya dah mati. Buku pun tak mampu buat saya gembira lagi.”

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love

Si perempuan menekup mulutnya tiba-tiba.

Diam.

Bisik.

Si perempuan diam dan watak penumpang berbisik-bisik.

Owh! Akhirnya reti pun diam!

Terdengar isak.

Bisik-bisikan menjadi diam sama.

Si perempuan mulai hujan.

“Saya rindu dia.”

Suasana membeku.

Seorang berkopiah bangun. Menarik tangan si perempuan ke tempat duduknya, terlepas dosa sentuhan bukan muhrim sebab dia berumur kanak-kanak.

Tren berhenti lagi.

Kanak-kanak berkopiah dan watak penumpang sepakat turun- lari dengan alasan, 'Eh, bukan aku yang buat dia menangis!'. Atau mungkin mereka tak mahu terpaksa memujuknya. Manusia mana yang sanggup padam air mata perempuan?

Tren kosong tanpa watak penumpang.

Isakan terapung-apung.

Bau air mata.

Sang lelaki berpendengaran Muse duduk di sebelahnya.

Si perempuan mematung dan mulutnya kembali ditaup dengan tangan. Bahunya terhinjut-hinjut.

Ada bau oren.

Si perempuan menoleh.

“Happy belated Birthday.”

Oren tahun baru cina tanpa kulit di sua.

“Warna kucing saya oren.”

Buruk siku, sang lelaki menarik balik oren. Pisahkan oren kepada dua. Bertukar tangan dari tangan putih kepada tangan nusantara.

“Dia selalu mengingatkan saya pada buah oren.” Seulas di masuk mulut. Pedih.

“Siapa nama kucing awak?”

Si perempuan menoleh. Keningnya bertaut. Ada tercetak aneh di dahinya. Tapi dia, masih bisu.

“Siapa nama awak?”

Bisu.

“Nama.”

“Awak dah tak boleh cakap dah?”

Si perempuan bisu-bisu saja. Semakin tenggelam rasa aneh.

“Saya Sunny.”

Aneh. Tapi, Mat Salleh ni comel pulak. Si perempuan jadi tolol berbicara.

“Lupa. Assalamualaikum. Saya Sunny.”

Sang lelaki ulang namanya dan si perempuan semakin teresak.

“Sun..Sunny…nama kucing saya Sunny. Dia matahari saya..tapi sekarang dia dah tak ada”

Ketawa. “Itu je awak tak cerita dari tadi. Act….erm, sebenarnya Suria. Suria Sore. Tapi, sebab saya belajar over- er..luar Negara, kawan-kawan ramai susah nak sebut so..err, jadi tukar jadi Sunny. Saya Indonesia Belanda.”

Terdengar basah. “Awak dengar cerita saya?”

“Semua. Nak saya ulang ?"

Geleng. Tawa pecah.

Langit mula penuh dek awan, melukis sebuah cerita baru.