Friday, July 11, 2008

Creep.

Aku tak pernah lihat dia sedekat ini. Terlalu dekat hingga aku mampu mencium harum dari rambut ikalnya. Hingga aku mampu lihat anak matanya yang hijau, mengecil bila dia tersenyum. Hingga aku boleh lihat bibirnya mengulum senyum tiba-tiba, tatkala ada yang melucukan hatinya.

Aku seolah parasit, hidup sekeliling dia. Tapi tak pernah boleh menyentuhnya. Tak mungkin boleh memilikinya. Wangi sabun di tubuhnya mencucuk hidung aku setiapkali aku hela nafas. Gadis yang aku cinta sejak dulu, tapi tak pernah ketahuan. Cinta aku pada dia hanya dalam ini, jantung aku. Tak mungkin di sini, bibir aku. Erika milik dunia, tapi tidak aku. Nama Erika itu pun sudah jadi lambang kecantikan dia. Kalaulah aku boleh jerit namanya sekarang, dan beri dia dengar semua lagu yang pernah aku tulis untuknya. Semua mimpi yang pernah aku tidur untuk dia, dan semua langit yang pernah aku jejak demi dia.

Orang kata cinta itu tak ada mata. Cinta aku sejelas ini, tentulah lengkap dengan kanta sentuh sekali. Buat apa aku simpan 5 tahun hidup dan sekarang hanya untuk cinta yang tak bermata?

Erika selalu duduk di sisi tingkap itu, merenung ke luar bila dia lapang. Aku pula, sentiasa duduk di hadapannya, bercakap bagai orang gila. Kerana dia tak pernah nampak aku, atau dengarkan suara aku. Atau kenali aku sewaktu aku masih bernafas.

“Erika, ada kat rumah tak? Open up.”
Erika bangun dari sisi tingkap dan menuju pintu. Aku mengikutnya dari belakang. Sebaik dia buka pintu, seorang perempuan masuk dengan membawa sebeban baju di dalam plastik yang tergantung. Aku kenal perempuan itu. Sudah kerapkali dia ke sini. Namanya –
“Miko, how nice of you to stop by..”
“Ha-ha. Ni baju untuk shoot esok. Kau try dulu, tengok sesuai tak.”
“Ni aje ke?”
“Untuk scene esok la. Tapi basically diorang nak suruh aku tengok kau muat ke tak dengan saiz ni.”
“Wait, Miko. Ini kan semua baju dres? Watak aku kan tomboy - ”
“ – in Victorian era. Mana ada perempuan pakai seluar waktu tu.”
Erika terketawa, indahnya.
“Aku tau, saja je nak test kau.”
“Eleh..aku dah research habis dah watak kau ni. More research than you do.”
“Really? So tell me Miss Know-it-all, kenapa Victorian woman like me wants to kill herself?”
“Hey! Tu ada dalam skrip! Tak adil. Aku tak baca lagi.”
Erika ketawa lagi.
“Maknanya kau tak habis buat research lagilah. Tapi, well done. Lagi dua tiga movie kau ikut aku, dah boleh dah jadi pelakon.”

Miko dan Erika. Duo yang tak mustahil boleh menawan dunia satu hari nanti. Cuma Erika lebih dulu melaksanakannya. Aku dah lama perhatikan mereka berdua ni. Dulu aku cuma tau Erika, sekarang aku dah tau dia punya kawan rapat bernama Miko. Dulu juga –

“Dalam satu hari berapa kali kau nak masuk bilik ni, Ryu?”
Aku mengangkat kepingan kadbod putih yang mula mewarna dalam cairan asid asetic di bekas empat segi ini. Belum habis proses lagi.
“Ryu.”
Aku menoleh.
“Oh, kau.”
Hiro menggeleng lihat aku.
“Aku tanya tadi kau buat tak tau je ek.”
“Sorry, kau tanya apa tadi?”
Hiro mendekati. Tapi dia diam tak menjawab. Dia lilaukan matanya ke sekeliling bilik bercahaya merah ini. Bilik proses foto. Yang banyak tergantung foto Erika.
“Enough with this obsession lah, Ryu.”
Aku terketawa kecil. Hiro tak pernah faham cinta aku pada Erika. Walaupun dia kawan baik aku, tapi aneh, dia tak mengerti.
“Obsession? Ini cinta.”
Dia pula ketawakan aku.
“Ini cinta sebelah tangan.”
“Whatever you wanna call it.”
“Ryu, stop this. Erika tu takkan dapat jadi milik kau. Kau cuma seksa diri je kalau kau terus macam ni.”
Muka Hiro jadi merah. Mungkin kerana aku tiba-tiba rasa macam nak tumbuk dia, ataupun mungkin juga kerana cahaya lampu di bilik itu.
“Apa yang kau tau, Hiro?”
“Yang aku tau, Erika tu jadi pujaan dunia. Tambah-tambah bila dia dah berlakon movie Hollywood ni. Kau tu apa? Cuma peminat biasa aje. Dia takkan pandang.”
Aku mengetap bibir. Gigi berlaga. Urat di dahi timbul.
“Leave me alone.”
“Mungkin bila kau dah mati nanti baru Erika akan ‘nampak’ kau.”
Begitu ujar Hiro sebelum dia beredar. Tinggalkan aku di bilik dengan angan-angan. Dengan kerutan.

Pernah dulu aku pegang kamera DSLR ini untuk tangkap yang lain selain dia. Tangkap burung bebas, kapal berlepas, apa saja yang berseni. Apa saja yang ketawa. Hinggalah aku terpicitkan butang shutter tika sedang lihat dia ketawa. Seorang yang masih lagi asing ketika itu. Masih lagi belum dikenal, seperti sekarang. Sejak dari momen itu, aku jatuh.

“Aku seorang yang tak pernah percayakan cinta.”
Kimura berhenti menulis di papan kecil di ribanya itu, dan mengangkat keningnya.
“Really?”
“Ya. Not once I believed in it.”
“Jadi kau tak pernah bercinta?”
Aku menggeleng.
“Boleh aku tau kenapa?”
Aku berpeluk tubuh dan mengerling sebentar sampul kuning bersaiz A4 di sebelahku.
“Mak aku. Dia tak setia.”
“Kau salahkan mak kau?”
Aku angguk lagi. Kimura menulis sesuatu.
“Hey Kimura, itu kira normal lah. Mak bapak kan jadi role model dalam hidup anak-anak? Kalau mereka sendiri pun terkontang, macam mana aku nak percaya?”
“Waktu tu umur kau berapa?”
“Tujuh. Aku cuma boleh lihat dari jauh, mak aku pergi dengan lelaki lain. Tinggalkan aku, tinggalkan ayah.”
“Sekarang kau dah dewasa, Ryu. Takkan kau tak faham masalah mereka waktu tu?”
Aku tersengih.
“Tak. Langsung tak faham. Kalau dari dulu dah tahu that it won’t work out, why get married in the first place?”
Kimura menulis lagi. Dia menghela nafas panjang.
“Jadi apa masalahnya sekarang? Kau nak mula percayakan cinta?”
“Itulah. Sebab itu aku datang sini. Aku nak kau bagitau apa masalah aku.”
Kimura mengerut wajah. Pelik dengan tujuan aku ke sini agaknya.
“Ryu, kau bayar 1500 yen semata-mata sebab nak jatuh cinta?”
“No.”
“Habis tu?”
Aku mengaut fail kuning di sisi dan menghulurkannya pada Kimura.
“Apa ni?”
“Tengoklah. Aku pun tak faham dengan diri aku.”
Kimura melihat sekeping demi sekeping isi sampul itu.
“Cantik.” Komennya.
Aku rasa tak keruan. Jantung aku berdebar-debar setiapkali memandang keping-keping itu. Yang cuma lima belas keping. Tapi buat hati aku meronta nak hidupkannya.
“Ini normal, Ryu. Jatuh cinta tu normal.”
“Tapi tidak bagi aku, Kimura.”
“Gadis ni memang cantik. Sesiapa pun boleh jatuh cinta pada dia.”

Aku merenung gambar yang ditunjuk Kimura. Gadis yang tak sengaja terpandang lensa dari kamera aku. Ketidak-sengajaan itulah yang buat aku ketagih sekarang.
“Tapi dia orang asing, Kimura.”
“Really? Kau jumpa dia kat mana?”
“Somewhere. Aku pun tak ingat. Kimura, masalah aku ni serius. Aku dah sampai ke tahap stalker.”
Kimura ketawa besar. Terhambur.
“Kau betul-betul dah angau lah, Ryu.”
“Kimura, please. Ubatkan aku.”
Akhirnya Kimura berhenti ketawa. Itupun sikit demi sikit.
“Ryu, Ryu. Aku ni pakar psikologi. Bukan doktor sakit jiwa.”
“Bukan sama je ke?”
“Aku tak boleh suka-suka nak bagi kau ubat. Lagipun apa yang kau alami ni normal.”
“Tak, Kimura. Tak normal..”
“Ryu, listen to me. Jatuh cinta is normal. Disebabkan pekerjaan kau dekat dengan kamera, jadi ini mungkin cara terbaik yang boleh kau buat untuk mengingati dia. Tak salah ambik gambar dia.”
“Tapi itu buat aku jadi stalker, Kimura.”
“Pasal hal stalker tu, kau kena atasi sendiri. Minta izin dia. Berkenalan dengan dia. Atau apa saja yang orang buat bila bercinta.”
Itulah yang aku risaukan.

Sayangnya Kimura bukan doktor cinta. Yang boleh beri aku cara-cara bagaimana mengatasi rasa sebu dalam perut, setiapkali berhadapan dengan gadis ini. Kimura cuma pakar psikologi. Aku sangkakan dia dapat bantu aku, tapi buat bazir 1500 yen aku aje.

Kimura kata aku normal. Dia nampak ke keadaan diri aku setahun kemudian? Dia nampak ke studio foto aku yang tak ada foto lain selain gadis ini? Dah setahun aku jadi seorang obsesi. Aku obses matanya, obses senyumnya, obses rambutnya, obses semua tentang dia. Ketagih nak lihat tawanya. Normal ke tu?

Aku hampir. Hampir bunuh lelaki yang dekat dengannya. Hampir.

Petang Selasa itu, hujan renyai-renyai. Bakal menjadi lebat. Aku tidak berbaju hujan. Aku tak berkamera. Aku cuma menjadi diri aku di jalan-jalan kelabu Osaka. Rokok di bibir aku hampir malap. Berbasah lencun dimakan hujan. Aku menyumpah diri sebab tak punya yen lagi untuk beli rokok. Sumber pendapatan aku dah berkurangan. Sebab ianya tak lagi seni. Hanya cinta. Tapi cinta itu kan seni?

Ah, cuma aku yang tak jual foto-foto gadis itu.

Aku punya sebilah pisau lipat ketika itu. Entah kenapa, aku rasa perlu bawanya hari ini. Lampu jadi hijau. Aku jalan terus, tanpa menoleh belakang, menuju kedai foto tempat kerja aku. Berderau tiba-tiba darah aku ketika itu, lihat gadis cinta aku berteduh di situ. Tersenyum. Aku tegak, tercegat. Bagai halimunan, kereta yang lalu lalang menempuh kiri dan kanan aku. Dia senyum lagi.

Tapi bukan pada aku.

Sayangnya pada lelaki lain. Sayang. Lelaki itu dapat memeluk dia, yang langsung membuat adrenalinku melompat. Aku laju menuju mereka, pisau lipat telah keluar dari kocek. Kereta kiri kanan aku tak peduli lagi. Hujan turun aku tak perasan lagi. Hujung mata pisau aku betul-betul di leher lelaki itu, yang ketakutan.
“Tolong..Tolong..aku tak ada duit..” lelaki itu merayu aku.
Cinta hatiku menangis. Aku pun bagai menangis lihat dia.
“Jangan, jangan apa-apakan dia.”
Suaranya, buat pertama kali aku dengar. Air matanya sewarna dengan hujan. Aku tiba-tiba lari. Pisau lipat jatuh menimpa tanah, dan aku pula lari. Tangan terketar-ketar, lutut menggigil-gigil, cemburu membuak-buak. Aku hampir jadi pembunuh. Apa yang normalnya aku ketika itu?

5 tahun aku masih lagi begitu. Masih lagi menghabiskan reel negatif untuk gadis itu. Yang sekelumit pun dia tak tahu aku sedang intip gerak gerinya. Intip. Perkataan yang agak merimaskan. Aku lebih suka menggelar kerja aku ni sebagai ‘mencinta’ dari ‘mengintip’. Hiro, kawan serumah aku, dan juga sekerja, kata yang aku ni menyedihkan. Muka semakin serabut. Setapak langkah pun aku tak pernah nak ambil untuk kenali gadis itu. Yang kini aku tau namanya Erika Natsumi. Kali pertama aku tahu namanya dari majalah perempuan yang jadikan dia sebagai muka depan. Orang lain juga mengkagumi keindahan dia rupanya. Tapi orang lain ada ke yang seperti aku? Yang punya 30 ribu keping gambar Erika hanya di studio senyap bercahaya merah ini? Aku juga dah tau apa hobinya, makanan kegemarannya, musik kesukaannya, kecintaannya iaitu berlakon, dan banyak lagi tentangnya. Pengintip kan aku?

“Tolong aku sekali lagi, Kimura. Aku tak sanggup lagi. Sakit.”
“Sakit kerana apa? Tak dapat memiliki atau takut nak memiliki?”
“You’re not helping.”
Kimura senyum. Dia juga makin berisi setelah lima tahun.
“Kau nak aku buat apa?”
“Well, hipnosis aku ke, bagi aku lupakan dia.”
“Kan aku suruh kau berkenalan dengan dia?”
“Tak mungkin. Aku tak mungkin dapat buat macam tu.”
“Apa yang kau alami sekarang adalah fear of rejection. Kalau kau tak cuba, kau tak tahu.”
“Kenapa aku mesti cuba? Aku bukannya nak memiliki dia.”
“Ahah. Tapi kau cemburu bila dia dengan lelaki lain kan?”
Betul.
“Tandanya kau nak memiliki dialah tu.”
“I’m not sure about this, Kimura.”
“Satu-satunya jalan terbaik, kau luahkan perasaan pada dia. Cuba dulu.”
“Kalau dia reject?”
“Itu belakang cerita, Ryu. Kalau dia reject, barulah kau boleh teruskan hidup. Maybe jatuh cinta pada perempuan lain pulak ke?”

Cuba. Cuba. Perbuatan yang penuh risiko. Kimura sarankan supaya aku cuba. Aku terlalu takut. Tapi aku tak takut pulak memanjat tempat tinggi, berenang tempat dalam, berpanas, membeku, atau apa saja untuk dapatkan shot yang cantik. Dengan Erika yang selalu tersenyum ni, aku takut.
Beribu ayat-ayat cinta dah aku rangkakan dalam fikiran. Yang mana satu aku nak guna dulu? Aku yang tak reti bercinta, tiba-tiba jadi semangat nak luahkan cinta yang aku simpan selama 5 tahun pada Erika.

Aku dalam perjalanan ke rumahnya, yang aku selalu tahu di mana, ketika pagi Ahad yang hujan. Seperti petang Selasa yang hampir membuat aku jadi pembunuh tu. Aku masih lagi tak berbaju hujan, tak berkamera, cuma berlari anak dari kedai foto ke rumah Erika.

Aku cakap berulangkali pada diri aku. Aku perlu lepas dari sakit ini. Perlu beritahu Erika perkara benar. Perlu minta maaf sebab mengganggu privasinya. Perlu mengaku aku mencintainya. Aku perlu cuba.


Terasa jauh pula rumah Erika kali ini. Jauh dan kepenatan. Hujan mengangkut semua oksigen aku. Tapi aku masih lagi lari. Takkan berhenti. Biarpun lampu dah jadi merah.

Bila lampu merah itu jadi penghalang cinta aku, aku hilang.

Hilang sehingga sekarang. Tak ada esoknya untuk aku bilang pada dia yang aku mencintai. Masih lagi. Tak ada semalamnya. Aku tiba-tiba hilang.

Dalam gelap itu, aku dapat rasa seseorang menggoncang badan aku. Bukan gelap kerana aku tutup mata, gelap kerana – gelaplah.
“Ryu,”
“Aku kat mana ni??”
“Kau di rumah.”
“Kau siapa?”
“Ayah.”

Tiba-tiba semua jadi terang. Aku tak hilang lagi. Aku duduk di bangku kayu, dan di sebelah aku, ayah yang dah tujuh tahun pergi.
“Ayah?”
Ayah tersenyum.
“Kenapa ayah hidup lagi?”
Lama dia diam, barulah berkata-kata. Tapi tak menjawab soalan pun.
“Ryu, jangan tak percayakan cinta kerana mak dan ayah berpisah. Bukan salah kau, bukan jugak salah cinta. Ayah manusia biasa. Mak kau jugak manusia biasa.”
Aku berkerut.
“Mana ayah tau Ryu tak percayakan cinta?”
“Ayah cuma mati, bukannya buta, Ryu.”
Lagi bertambah kerut di muka aku.
“Erika, nampaknya macam gadis yang baik. Memang selayaknya kau jatuh cinta dengan dia.”
Aku teringat sesuatu. Erika! Aku sepatutnya –
“Ryu, keputusan di tangan kau. Macam mana kau mencintai dia, terpulang pada kau. Tapi jangan anggap semua cinta sama macam mak dan ayah.”
Aku memang betul terkaku di situ. Ayah lebih bagus dari Kimura. Nasihat ayah free aje, tak payah bayar pun.

Tiba-tiba aku hilang lagi. Terang jadi gelap semula. Gelap jadi terang balik. Aku lihat aku, terlantar atas katil. 6 orang mengerumuni aku. Keenam-enamnya berkot putih. Semua keluarkan alatan canggih. Elektrik. Pisau tajam. Selirat wayar. Air. Darah. Sia-sia. Aku tak berjaya diselamatkan. Oksigen tak perlu lagi buat aku.

Aku dah mati.

“Ready, Erika?!”
Pekikan suara dari bawah bangunan tinggi ni membangunkan aku dari cerita panjang. Erika bergaun putih era Victorian, di belebas yang tinggi, mengangkat ibu jarinya tanda sedia.
“Camera ready?!”
Aku dekati Erika yang sedia untuk terjun. Babak bunuh diri.
“Erika, jangan lakukan. Bahaya.”
Erika menghela nafas. Seolah tak dengar kata-kata aku. Tapi memang dia tak dengar pun.
“Erika, aku belum cakap apa yang aku sepatutnya cakap, jangan bunuh diri Erika.”
Walaupun di bawah sana ada satu belon atau pelampung besar yang bakal selamatkan dia, aku tetap risau. Apa-apa pun boleh berlaku. Yang peliknya, tak ada seorang pun krew bersama dia di atas belebas ni. Hanya aku, yang halimunan.
“Jangan Erika.”
Erika tak peduli. Dia menunduk ke bawah. Aku tau dia takut, kerana ibu jari kakinya membengkok ke dalam. Sebelum dia betul-betul ambil risiko mati, seperti aku, aku perlu ucapkannya hari ini. Sekarang. Tak perlu tunggu lagi.
“Aku nak beritahu kau sesuatu Erika.” Telinganya dekat dengan bibir aku. Sia-sia, kerana dia tak dengar.
“Biarpun kau tak nampak aku. Tapi aku ada.”
Erika menarik nafas lagi.
“Erika aku cintakan kau”
Buat kali pertamanya aku ucap ayat itu. Tanpa koma, tanpa titik, tanpa tanda seru.
“Ya, aku cintakan kau. Cinta. Terlalu cinta. Sampai aku dah percayakan cinta. Sampai aku ada 30 ribu keping gambar kau di studio. Sampai aku terbunuh. Sampai aku mati, sampai - ”
“AAAARRGGGHHH!!!”
Erika dah terjun ke? Aku terpinga. Erika terpinga. Matanya terbuntang – besar dan bulat. Mulutnya melopong. Wajahnya ketakutan, yang amat sangat.

Tapi dia memandang aku.

“Er..Erika..?”
“Siapa kau?! Siapa kau ni?! Kau buat apa kat atas ni?! Tolong!!! TOLONG!!”
Aku berkerut. Berpinar-pinar mata aku sebentar.
“Erika..?”
“Jangan! Jangan apa-apakan aku! Tolong pergi! TOLONG!!”
“Erika, aku..aku..”
Jeritan Erika membuas. Buatkan krew filemnya naik ke belebas untuk membantu.
“Kenapa ni Erika?”
“Tu..tu! Siapa tu?!”
Aku tercegat. Erika boleh nampak aku? Tapi macam mana? Macam mana? Ayah, tolong! Kimura!

Tapi krew yang lain tak nampak aku. Ah, aku benci bila penamatnya begini. Erika akan dianggap gila, sebab dia nampak aku. Tapi separuh diri aku gembira. Sebab mulai hari itu, dia terusan dapat melihat aku. Cuma takutnya pada aku berganda.

“Erika, aku tak ada niat nak sakitkan kau atau apa.”
“Pergi!”
“Aku bukan orang jahat, Erika.”
Erika buka pintu biliknya.
“Maksud kau, hantu jahat?!”
“Aku tak tahu kenapa kau boleh nampak aku sekarang. Tapi aku memang dah mati.”
“Diamlah!!!”
Erika menghempas pintu biliknya kembali. Aku boleh tembusi dinding, cuma tak berani. Takut Erika mengamuk lagi.

Dah tiga hari dia begitu. Tak keluar dari bilik. Tak makan. Akulah yang salah. Tak pautut aku berkeliaran kat sini sedangkan aku sepatutnya dah ke tempat yang orang-orang mati pergi.
“Erika, aku takkan kacau kau lagi. Aku akan pergi dari sini.”
Diam, tak terjawab. Pintu bilik masih terkunci.
“Aku janji.” Betul ke janji aku tu?
Tapi lama aku tunggu jawapan dari dia. Dia tetap diam. Langsung aku beranikan diri menembusi dinding.
Erika tidur rupanya. Tak ada kata-kata yang mampu aku cakap, bila lihat dia tidur nyaman begini. Aku cuma harap aku ada kamera sekarang. Wajahnya lesu, tapi cantik. Rambutnya kusut, tapi harum.

Mulai titik itu, aku tekad tinggalkan dia. Tapi bukan dengan cara mak tinggalkan ayah. Aku masih cinta dia, dan kerana itulah aku perlu tinggalkan dia. Buat kali terakhir, aku hela nafas, biar semua harum dia aku ingat sampai bila-bila.

*******************************************************
"Erika, bangun. Bangun, dah siang.”
Aku buka mata. Terbuntang tiba-tiba.
“Aku tak gila! Aku tak gila!”
“Hey, hey. Relaxlah. Kenapa ni?”
Rontaan aku terhenti. Miko di hadapan aku tertanya-tanya.
“Orang tu..dah pergi ke??”
“Orang mana?”
“Hantu tu..”
Miko ketawa besar tiba-tiba.
“Hantu? Kau ni mimpi buruklah! Jom pergi Tokyo. Ada event.”
“Wait, Miko. Kau tak anggap aku gila?”
Miko menggeleng. Anehnya, tiga hari lepas dia yang menampar muka aku bila aku menjerit-jerit. Bila aku nampak lelaki misteri itu. Hantu itu.
“Bersiap cepat. Hiro suruh kau pergi event ni. Penting kata dia.”
Aku menurut, walaupun pelik. Betul ke hantu tu dah pergi? Tapi aku kesian jugak dekat dia, sebab dia tak nampak menakutkan pun. Aku je yang melebih-lebih.

Galeri pameran fotografi adalah tujuan aku dan Miko disuruh datang hari ini. Memandangkan Hiro boss aku, aku kenalah pergi jugak.
“Erika! Datang pun.”
Hiro menyapa dari jauh.
“Nasib baik hari ni tak ada scene lagi.” Aku menyambut sapaannya itu.
“Tak ada scene? Are you kidding me? Kau tak sain kontrak apa-apa pun lagi. Aku baru nak suruh kau jumpa Miyazaki nanti. Dia ada filem era Victorian untuk kau.”
“Yes, itulah yang tengah shoot sekarang kan?”
Hiro berkerut. Pelik ke? Bukan aku dah jadi gila nampak hantu masa scene bunuh diri tu ke?
“Miko, Erika baru bangun tidur ke?”
“Yep.”
“Patutlah. Mamai-mamai lagi. Erika, movie tu baru nak pre-production. Pelakon pun belum pilih lagi.”
Huh? What?!
“Anyway, please do look around. Ada something special untuk kau, Erika.”
Walaupun aku terpinga-pinga, kepala pusing, tertanya-tanya apa yang terjadi, aku turutkan jugak permintaan Hiro tu. Tapi aku tak tumpukan perhatian pun pada gambar-gambar ni. Cantik memanglah cantik. Tapi semuanya gambar perempuan. Apa yang istimewa sangat –

Semuanya gambar aku???






Ada lebih kurang 25 bingkai besar yang termuatkan wajah aku. Apa maksud semua ni?
“Erika, aku nak kenalkan kau dengan seseorang.”
Aku menoleh. Aku hampir menjerit, tapi tekak tak mampu bergerak. Lelaki di hadapan aku tersenyum dan menghulurkan tangan.
“He’s your biggest fan. Gambar ni semua dari koleksi dia, yang dia capture sendiri.”
Aku bagai tak percaya. Hantu itu – di hadapan aku sekarang. Tapi bukan aku aje yang nampak! Semua orang pun nampak!
“Hi, saya Ryu. Ryu Akanishi.”
Anehnya, aku tertarik dengan senyuman dia. Begitu tertarik hingga tak lepas pandang.
“Hantu?”
Tapi itu yang keluar dari bibir aku sebaik aku sambut salamnya.
“Excuse me?” dia terketawa kecil.
“Err...Er..Erika. Erika Natsumi.”
“I know.”
Dia senyum lagi!

Tapi dia semirip hantu dalam mimpi aku!

Saturday, July 5, 2008

Putus.



Dia sangat indah seperti namanya. Seperti suaranya. Bila dia menari-nari dalam dres hitam itu, aku terpana. Indah, isteriku. Indah, kekasihku. Bila aku teringatkan dia, aku selalu senyum. Sebab semua kenangan aku dengannya indah belaka.

Sejak dia mula-mula memandang aku, aku dah abadikan dia di sini. Di sisi jantung aku. Indah selalu marahkan aku, membebel kalau aku mula nyalakan api rokok.

Aku ingin pertahankan dia selama mungkin. Aku ingin cinta dia sampai bila-bila. Sampai aku sendiri lupa nama aku. Cinta aku pada Indah belum terpadam lagi, macam api rokok di tangan aku kini.

Indah belum pergi lagi. Dari hidup aku. Mungkin dari dunia. Tapi tidak dari aku. Indah masih punya aku, yang selama ini beri dia lampu dengan doa dari aku. Yang beri dia ruang dengan fatihah.

Indah yang nakkan sebegitu. Takkan aku boleh halang? Dia yang tak mahu diselamatkan. Dia yang rela lepaskan aku. Sedang aku masih lagi tak rela.

“Abang, kalau Indah dah tak ada nanti, Indah nak jadi bintang. Biar hari-hari abang boleh tengok langit.”

Bila siang kau di mana sayang? Hanya bila malam kau temani aku. Mana janji-janjimu itu?

“Anak ni takkan putuskan kita, bang. Percayalah cakap Indah.”

Setitik demi setitik air hujan turun. Serentak dengan air dari mata aku. Aku dongak ke langit. Ada banyak bintang di situ. Bintang yang paling cantik itu kau, Indah.

“Papa, buat apa tu?”
Indah kecil.
“Berbual dengan mama.”
“Mana mama In?”
“Tu, kat langit.”

Aku Rindu Kamu.

Tak pernah terlintas pun di fikiran aku yang satu hari nanti aku boleh berjumpa dia. Semula. Kali terakhir pun waktu malam prom di sekolah aku. Lepas tu aku berjanji pada diri aku sendiri yang aku takkan mau lagi mengharapkan dia tunggu aku. Aku sebenarnya suka kalau dia sanggup tunggu. Tapi tak mungkinlah dia nak tunggu sebab aku dah menolak.

Lagipun, waktu kat sekolah dulu, dia siapa? Aku siapa? Dia ketua pasukan bola sepak yang sangat popular kat sekolah. Dipuja ramai orang. Sedangkan aku budak biasa aje. Bersukan pun tak reti. Sebab itu aku menolak bila dia luahkan rasa suka dia pada aku. Suka aje pun. Bukannya perkara besar. Tapi besar bagi aku yang tak pernah punya teman lelaki ni.

Aku pun tak faham macam mana dia boleh suka kat aku. Sedangkan dia tak pernah bercakap dengan aku kat sekolah. Kelas dia dan kelas aku jugak sangat berjauhan. Katanya dia pernah nampak aku melukis mural kat dinding makmal sorang-sorang. Memanglah pernah, tapi takkan sebab itu terus dia sukakan aku? Aku yang tak pernah alami keadaan macam tu jadi sedikit panik bila dia pelawa aku menari pada malam prom tu. Aku terus lari keluar dari dewan bila dengar dia cakap;

“Erin, saya sebenarnya dah lama sukakan awak.”

Masa tu aku ingat dia nak main-main kan aku. Bertaruh dengan kawan agaknya, siapa yang dapat ngorat Erin Matthews akan dapat $100. Aku tuduh dia yang bukan-bukan, dengan harapan aku dapat buat dia mengaku akhirnya. Tapi tak berjaya. Dia serius dengan ayat tu, malahan tarian slow dia tu semakin lama semakin berhenti. Dan akhirnya buat aku lari.

Sehingga sekarang, umur aku dah 25 tahun. Aku yang tunggu dia sebenarnya. Sebab aku masih lagi tak punya teman lelaki. Semua date yang aku cuba, semua tak berjaya. Sebab kenapa entah. Aku tak dapat lupakan dia, walaupun dia tak pernah pun ajak aku keluar dan berpasangan.

“Erin, malam ni kau free tak? Aku nak kenalkan kau dengan seseorang.”
Aku sedikit terloncat dari kerusi bila Susan tiba-tiba masuk dalam pejabat aku.
“No, Susan. I’ve had it with this blind-dating stuff. Jangan cuba nak kenalkan aku dengan sesiapa lagi.”
“Alah, janganlah macam tu. Dah seminggu lebih kau tak keluar berseronok. Malam ni kita pergi bar biasa, nak?”
“No thank you, Susan.”
Susan mendekati meja aku dan duduk di atasnya.
“Erin, kau kena keluar tengok dunia lah. Bukannya duduk aje kat rumah tu mengadap kerja.”
“Aku keluar jugak kadang-kadang apa.”
“Setakat keluar pergi beli barang dapur tu tak payah eh.”
Pandangan aku jatuh pada kasut tumit tinggi hitam milik Susan.
“Please, Erin? Ini kali terakhir, I promise!”
Aku merenung wajah seposen Susan. Nasib baik dia kawan baik aku.
“Ok, I’m doing this for you.”
“Thank you! I know you love me!”
Oh, aku lupa nak cerita. Tentang lelaki yang aku tak dapat lupakan sejak aku tamat high school. Namanya Joshua Garrett, atau lebih popular dipanggil Josh. Paras rupa dan bakat bersukan adalah pakej yang ada pada dia, yang tak ada pada aku. Aku dengar dua tahun lepas dia dapat main untuk team yang masuk EPL. Aku tak tau team yang mana satu sebab aku tak minat bola sepak.

Hah, dah tentu-tentu dia sekarang dikelilingi gadis-gadis cantik. Macam waktu sekolah dulu, cuma kali ni dia dibenarkan tidur dengan gadis-gadis tu sebab dia bukan lagi di bawah umur. Itu membuatkan sebab untuk dia tunggu aku semakin berkurangan. Semakin tak ada. Semakin hilang. Damn it. Kalaulah aku tak lari masa malam prom dulu.

Aku tak pernah terfikir pun untuk simpan perasaan pada dia macam sekarang ni. Betul, dulu aku rasa kagum jugak dengan dia sebab dia mampu buatkan team bola sepak sekolah menang pada setiapkali musim. Dia bintang sekolah. Talent scout berduyun-duyun nak rekrut dia, berduyun-duyun jugak agaknya tawaran untuk dia masuk ke kolej.

Tapi sejak malam prom tulah. Kali pertama dia datang pada aku yang sedang duduk di meja bulat sendirian, memerhati orang lain menari di lantai tari. Kali pertama dia hulurkan tangan kanannya dan pelawa aku menari. Waktu tu, aku toleh kiri kanan depan belakang, takut-takut kalau bukan aku yang dia maksudkan. Tapi memang betul aku keseorangan waktu tu.

Pada permulaan tarian yang perlahan tu, dia kenalkan dirinya.

“Hi, I’m Josh.”
Suaranya berbisik, tapi mampu lawan bunyi muzik yang kuat.
“Saya tau.”
Tangan kanannya yang menggenggam tangan kiri aku jadi erat bila aku seyum dan mengangguk. Bila tangan kanan aku naik ke bahunya, tangan kirinya turun ke pinggang aku.
“Awak tak nak kenalkan diri?”
Aku menangkap anak matanya yang biru, macam biru laut. Dia redupkannya. Aku menggeleng kepala.
“How rude.” Sambil senyum dia bercakap lagi.
“Kenapa awak pelawa saya menari?”
Ya, soalan yang dah lama berpusing dalam kepala otak aku akhirnya keluar bila dah seminit lebih kami menari.
Dia diam. Aku lihat giginya berlaga-laga dalam mulut walaupun dia tutup mulutnya. Matanya yang biru laut tu berkerut memandang mata aku. Lepas tu, dia ucapkan ayat yang buat aku panik.
“Erin, sebenarnya saya dah lama sukakan awak.”
Aku terlopong, tapi tubuh masih lagi terayun seiring muzik.
“Ok, awak menang.”
“Excuse me?”
“Ya, awak dah berjaya kenakan saya. Sekarang bolehlah awak claim hadiah taruhan awak tu dekat kawan-kawan awak.”
Betul, aku memang dah syakwasangka. Sebab kawan-kawan dia yang sedang duduk di meja bulat asyik pandang kami menari. Termasuklah Anna, gadis yang selalu digosipkan dengan dia.

Dia perlahankan rentak tarian dan lama-lama berhenti. Tapi tangannya belum lagi lepaskan tangan aku.
“What are you talking about?”
Nadanya serius tapi berbisik. Aku hampir tak dengar.
“Oh, come on Josh. Macam lah real kata-kata awak tu. Saya takkan tertipu. Tapi awak dah sampai sejauh ni, awak boleh dikira menanglah.”
Dia mula lepaskan genggaman tangan, dan bercekak pinggang.
“You don’t believe me?”
Aku diam tak balas pertanyaannya tu.
“Saya betul-betul sukakan awak, Erin. Sejak kali pertama saya nampak awak lukis mural kat makmal, sejak kali pertama saya tengok awak ketawa dengan kawan-kawan awak, sejak kali pertama saya nampak awak datang ke perlawanan game saya.”
Terlalu banyak kali pertama. Macam mana aku nak percaya? Disebabkan panik, aku lari keluar tinggalkan dewan tu. Percaya atau tak, aku menangis. Apalah kena dengan aku ni. Orang suka kat aku pun aku menangis. Kalau orang benci, aku meraung agaknya!

Berbalik pada usia aku sekarang. 25 tahun. Boleh dikira anak dara tualah kan? Sebab aku masih tak ada calon lagi! Susan tak habis-habis nak temukan aku dengan orang. Aku faham, dia buat macam tu sebab aku kawan baik dia. Dan aku sayang dia untuk itu. Tapi masuk kali ni dah 23 kali blind date aku tak berjaya. Kadang-kadang aku berharap supaya orang yang Susan pilih tu adalah Josh. Tapi tak mungkinlah, sebab dia kat England sekarang. Tengah berlatih untuk EPL yang bakal datang ni agaknya.
“Susan, betul ke ada orang kau nak kenalkan dengan aku ni?”
“Betul Erin...aku yakin orang ni boleh buat kau lupakan Josh Garrett yang sombong tu.”
“Dia tak sombonglah,”
“Ok, ok. Dia tak sombong. Josh Garrett yang kejam tu. Dia kejam kan? Sebab dia nak kenakan kau?”
Aku tak menjawab. Susan tau peristiwa tu, sebab dia pun ada pada malam prom tu. Dialah orangnya yang kejar aku setelah aku lari keluar dari dewan. Tapi aku sebenarnya pun tak pasti samada patut atau tak aku gelarkan Josh seorang yang kejam.
“Ha, itu pun dia datang.”
Aku mengangkat muka. Di muka pintu, ada seorang lelaki yang very good-looking, bertubuh tinggi, berambut perang pendek dan mempunyai senyuman yang manis. Lelaki itu mendekati aku dan Susan, sambil tangannya bersalam dengan Susan dulu.
“Sorry I’m late.” Katanya.
“Tak apa. Anyway, Alex, kenalkan ini Erin. Erin, inilah Alex.”
Aku menyambut jabat tangannya.
“Hello, Erin.”
“Hi.”
“Ok, so you guys have met. Aku nak mintak diri dululah. Aku ada kerja ni.”
“Eh, but Susan..”
“Don’t worry Erin. Alex ni tak makan oranglah. Kan Alex?”
Alex tersenyum, nampakkan lesung pipit di pipi kanannya.

Selepas Susan beredar, aku dan Alex senyap tak berkata apa-apa. Walaupun aku dah biasa pergi blind date, tapi ini rasanya macam kali pertama.
“So, awak pernah blind date before?”
“Termasuk awak, 23 times.”
“Really? Wow. Saya tak pernah dengar orang blind date sebanyak tu.”
Aku menjungkit bahu.
“Awak tak pernah ke?”
“Em, ini pertama kali.”
Patutlah senyap aje, tak ada topik. First time rupanya.
“So, awak nak minum apa Alex?”
“Beer would be nice.”
Setelah aku order pada bar tender tu 2 gelas beer, Alex bertanya;
“Kenapa awak masih single lagi?”
“Well, tak ada orang nakkan saya.”
Alex ketawa kecil.
“Tak mungkinlah. Awak cantik, terutamanya mata awak.”
Aku terlopong.
“Wow, nobody has ever said that to me before.”
“Really?”
“Yes, awak orang pertama. Thanks anyway.”
Alex mengangkat gelas beer yang baru sampai dan lagakan dengan gelas beer aku.
“Cheers.”
“How bout you, Alex? Kenapa awak masih single?”
Alex tersenyum, tapi menundukkan kepalanya.
“Saya belum sedia lagi.”
“Untuk apa?”
“Cinta baru.”
Aku mengangkat kening. Cinta ‘baru’? Maknanya ada cinta ‘lama’ lah?
“Saya tak sedia lagi nak cari pengganti dia.” Tiba-tiba Alex bercerita. Aku cuma meneguk minuman dan mendengar ajelah.
“You mean, awak baru broke up dengan girlfriend awak?”
Dia senyum lagi.
“My wife. Bukan broke up. Broke apart.”
Aku kerutkan dahi. Bukan sama ke?
“She died last year of pneumonia. Saya masih tak dapat lupakan dia.”
Gosh, kes dia lebih teruk dari aku.
“I’m sorry, Alex.”
“Hey, apa ni? Ada ke cakap pasal benda depressing ni! Ini first date kita, let’s enjoy it.”
Aku senyum pahit.

Aku dan Alex. Sama-sama tak boleh lupakan seseorang dalam hidup. Senasib. Tapi Alex lebih terseksa, sebab dia tak mungkin dapat jumpa lagi seseorang tu. Aku mundar mandir di ruang tamu sambil menunggu Susan habis mandi. Selain kawan baik, rakan sekerja dan pencari jodoh aku, Susan jugak merupakan housemate aku. Kebelakangan ni, lepas blind date aku dengan Alex tempoh hari, aku banyak berfikir. Aku dan Alex ditakdirkan bersama ke? Alex ni ke orangnya yang dapat gantikan tempat Josh dalam hati aku? Tapi aku boleh ke gantikan tempat isterinya?

“Erin, kau ni kenapa? Mundar-mandir macam tunggu orang beranak.”
Aku menoleh, Susan dah pun bertuala di sebelah aku.
“Keluar pun kau. Aku nak mandi pulak.”

Selesai mandi, Susan ketuk pintu bilik aku dengan kuat dan bertalu-talu.
“Apanya?!”
“Erin, Erin! Tengok ni!!”
Aku sambut sekeping kad di tangan Susan. Invitation to a Reunion Party Class of ‘99 in Denver High School. Aku pandang muka Susan. Dia berwajah excited.
“Kau tau apa maksudnya ni, Erin?”
Aku menggeleng.
“Kau dapat jumpa Josh balik!!”
Kepala aku pusing-pusing. Pening. Biar betul. Aku berpeluang jumpa Josh balik??
“Eh, dia kan kat England?”
“Manalah tau, dia balik nanti! Aku tak sabar nak beli baju, nak bawak Eric jadi date aku nanti!”
“Wait Susan, kau nak bawak Eric jadi pasangan kau? Aku macam mana?”
“Kau ajaklah...em..Alex ke?”
“Alex?”
Susan mengangguk, aku berkerut dahi. Nak ke dia?

Alex merenung anak mata aku dengan mata dia yang biru, sebiru mata Josh.
“Awak nak saya temankan awak pergi reunion sekolah awak?”
Aku angguk lagi. Ini kali kedua aku dan Alex berjumpa lepas blind date hari itu.
“Tapi kita baru berjumpa sekali.”
“Yes, but we had a great time, kan? Kita open up to everything. Awak tau saya tak dapat lupakan seseorang, saya pun tau yang awak seorang duda, and all.”
Alex tersenyum dan bersandar.
“Saya tak nak ikut, kalau awak nak jadikan saya objek untuk jealouskan orang yang awak tak dapat lupakan tu.”
Aku ternganga. Macam mana dia dapat baca niat aku?
“Tapi Alex, orang tu mungkin takkan datang. Sebab dia kat England sekarang.”
“Jauhnya.”
“Kan saya cerita hari tu..”
“Yes, he’s a soccer player. I get it.”
Aku mengangguk dan senyum. Alex pula mengeluh panjang.
“Please, Alex? Awak satu-satunya lelaki yang saya rasa selesa sekarang. Saya kena jelaskan sesuatu pada dia dan saya perlukan sokongan. Dari orang macam awak.”
“Orang macam saya?”
“Yelah, orang macam awak yang lebih kuat dari saya.”
“Lebih kuat...”
“Maksud saya, bila saya dengar yang awak kehilangan isteri, saya rasa diri saya beruntung. Saya cuma tunggukan orang yang tak pasti mahukan saya ataupun tak. Tak guna saya tunggu dia, sedangkan ada orang yang lebih baik dari dia kat luar sana.”
Alex diam, tapi matanya masih di mata aku.
“Alex?”
“Yes?”
“So, awak nak tak?”
Dia tersenyum, dan mengangguk. Yeay!

Hari tu tiba. Alex dah janji nak ambik aku kat rumah pukul 3. Disebabkan perjalanan dari New York ke Denver makan masa 2 jam, so aku suruh dia ambik aku awal sikit. Susan dah bertolak semalam, sebab dia dan Eric, tunangnya nak bermalam kat sana. Aku tak berpakaian cantik pun, cuma keluarkan dres warna kuning air lama yang tak terpakai dalam almari baju tu. Rambut jugak aku hanya sanggul saja, tak usaha apa-apa.

Bila loceng pintu berbunyi, aku terus capai kunci rumah dan tutup semua lampu. Sedia nak keluar. Alex di depan pintu aku dengan berkemeja putih, jaket hitam dan seluar jeans. Aku tergamam sekejap. Very good-looking!
“Hey, you look amazing!” tegurnya dulu.
“Thank you. You too.”
“Tapi kenapa ikat rambut macam tu?”
Aku meraba-raba sanggul di belakang kepala.
“Oh, ni? Saya rasa sesuai dengan - ”
Tiba-tiba Alex mendekati dan menghulurkan tangannya di belakang kepala aku. Aku tergamam lagi. Muka aku betul-betul di depan dadanya.
“Macam ni, lagi cantik.”

Alex dah lepaskan ikatan sanggul aku, yang membuatkan rambut panjang aku jatuh menimpa bahu. Aku termalu sendiri, bila Alex tersenyum perhatikan aku. Tak sedar pun dia dah berjalan menuju kereta dulu.

Selama 2 jam perjalanan ke Denver, muka aku asyik merah aje. Teringatkan peristiwa tadi. Sampai Alex pun perasan.
“Kenapa diam aje awak ni? Selalunya macam bertih jagung.”
Aku menjelingnya.
“Termasuk ini, kita baru jumpa 3 kali. Mana awak tau saya macam bertih jagung?”
Alex ketawa kecil.
“Hah, dah balik ke sifat normal dah..”
Aku pulak yang ketawa sendiri.
“Alex, terima kasih sebab temankan saya hari ni.”
“Tak ada masalah.”
“Oh, I hope awak tak ada perancangan apa-apa hari ni.”
“Kenapa?”
“Sebab, majlis tu maybe sampai malam.”
“Alamak..”
“Awak ada apa-apa plan ke?”
“Ada. Saya ada date dengan sorang perempuan ni. Saya dah lama tertarik dengan dia.”
Adeh. Dia dah ada calon buah hati pulak. Tapi aku macam lega sikit sebab Alex boleh bersikap terbuka dengan aku sekarang, walaupun baru 3 kali jumpa.
“Ye ke? I’m so sorry Alex. Takpe, kita cuba balik awal. Saya pun bukannya nak stay lama-lama kat sana.”
Alex senyum.
“Tak apa, nanti saya suruh perempuan tu datang sana. Dia pun tak kisah kut.”
“Betul ke ni?”
“Betul..”
“Thanks Alex! I really appreciate it.”
Alex senyum lagi, tapi matanya tetap di atas jalan.
“So, Alex..tell about this girl.”
Alex memandang aku dan ketawa.
“Nak cerita apa?”
“Apa-apalah. Bila korang jumpa?”
“Em, not too long ago.”
“Is she pretty?”
“The most beautiful woman I’ve ever seen.”
“Oh, really?”
Alex angguk. Kalaulah aku secantik tu di mata Alex. Atau Josh. Atau siapa-siapa pun.
“Lagi?”
Aku tersedar bila Alex tanya macam tu.
“Em..how old is she?”
“I don’t know. Dia tak pernah cakap.”
“Dia kerja dengan awak ke?”
“Bolehlah dikatakan macam tu.”
Aku mengangguk. Tak ada soalan yang aku dapat keluarkan lagi walaupun ada banyak dalam kepala. Nanti dia kata aku menyibuk pulak. Aku bukannya kenal rapat dengan dia. Bila dia tengok aku diam, dia pun terus diam jugak.

Akhirnya sampai jugak kat perkarangan sekolah aku. Ada banner besar yang tertulis: “Welcome Ex-Denvers!”.
“Wow, sekolah awak ni besar.”
Aku asyik angguk-angguk aje bila Alex cakap macam tu. Aku pun dah lama tak tengok sekolah ni. Yelah dah 10 tahun aku tinggalkan sekolah. Di perkarangan tu jugak, aku nampak Susan dan terus meluru ke arah dia.
“Sampai jugak korang. Ingatkan singgah kat mana-mana.”
Aku berkerut dengar teguran Susan.
“Kitorang nak singgah mana?”
“Manalah tau, Alex ni kadang-kadang boleh jadi unpredictable jugak tau!”
Aku memandang Alex di belakang aku. Dia menjungkit bahu.
“Hey, Susan. Kau rasa Josh akan datang tak?”
“Tak taulah, tapi yang aku pasti semua orang kat prom night tu tak boleh lupa yang kau reject dia depan-depan public!”
Jari telunjuk dan ibu aku ringan mencubit lengan Susan.
“Aw! Sakit la!”
“Tau pun. Stop joking around.”

Sebaik kami berempat melangkah masuk dalam dewan sekolah yang membawa seribu memori pada aku, Eric dan Susan berpecah dengan aku dan Alex. Alex tarik tangan aku perlahan menuju meja terdekat.
“Duduk sini, ok?”
Macam mana Alex tau ni? Ini tempat duduk aku waktu prom dulu. Tempat paling belakang sekali, supaya orang tak nampak aku. Tapi Josh nampak jugak. Aku mengangguk aje atas pilihan Alex ni.
“Kalau awak tak selesa, kita boleh duduk tempat lain.”
“Tak apa Alex. Sini pun ok.”
Alex senyum dan duduk. Begitu jugak aku. Dewan semakin meramai dengan orang. Muzik yang dipasang jugak agak rancak. Semua bertemu macam tak pernah bertemu selama ni. Ramai yang dah berubah muka. Ada yang sarat mengandung, ada yang berjambang, ada yang dah bertambah isi pun.

“Erin? Erin Matthews?”
Aku mendongak. Seorang wanita berambut blonde yang sedang mengandung di depan aku.
“Yes. Ini..”
“Anna lah! Anna ‘Madonna’!”
Oh, of course lah. Orang secantik ni tentulah Anna.
“Hi Anna! Lama tak jumpa.”
“Yeah, totally. Like 15 years kan?”
“Actually 10 years.”
“Itu tak termasuk masa sekolah dulu.”
Kena balik aku. Ya betul, kat sekolah selama 5 tahun, mana pernah Anna bercakap dengan aku. Dia kan gadis paling popular kat sekolah. Aku cuma orang biasa je.
“Well, Erin. You look different!”
Aku senyum.
“You makeover diri untuk Josh ke?”
Aku ternganga. Makeover? Bila pulak aku makeover kan diri ni?
“Anyway, I rasa Josh takkan datang malam ni. You know, dia kan main untuk MU sekarang. Mestilah banyak latihan.”
Aku mengangguk saja.
“Why are you telling me this, Anna?”
“Saja. Tak nak bagi you tertunggu-tunggu. Ok, see ya!”
Selepas Anna pergi, aku pandang Alex. Dia memang di situ sebagai kekuatan aku. Dia memang faham keadaan aku, jadi dia bawa aku ke lantai tari.

“Pedulikan dia. I bet all she knows is cheerleading.”
Alex berbisik di telinga aku. Aku ketawa dengar ayat dia tu.
“How do you know?’
“Boleh baca orang macam tu. Blonde, rude, pregnant at 25. Mesti the most popular girl in school kan?”
Aku ketawa lagi dan mengangguk. Di pentas, ada sebuah band sedang buat persembahan. Lagunya merdu, dan buat aku leka pada ayunan tarian Alex.
“It’s not so bad, you’re only the best I ever had.”
Alex mula menyanyi di telinga aku, mengikut suara vokalis band itu. Aku mengangkat muka, memandang mata birunya.
“Excuse me?”
“Vertical Horizon. Best I Ever Had.”
“Oh, yeah, they’re really good.”
Aku menoleh sebentar pada band Vertical Horizon di atas pentas itu. Bila aku alih pandangan pada Alex semula, wajahnya jadi sangat dekat dengan aku. Jantung aku berdenyut laju, macam tak sabar-sabar nak keluar. Nafas Alex di pipi aku terasa hangat. Bibir aku dan dia hampir bertemu, dan aku tak percaya yang aku merelakannya. Hampir. Sikit lagi. Tiba-tiba;

“Erin, is that you?”
Aku tersentak. Wajah aku dan Alex segera berjauhan. Aku menoleh kebelakang. Ada ramai orang di belakang aku. Tapi yang menonjol adalah Josh. Dia tersenyum. Josh masih kacak seperti dulu, cuma kali ni dia nampak lebih tegap sebab dia dah jadi atlit ternama.
“Josh?”
“Yes, how are you?”
Josh memeluk aku dan buat tangan aku terlepas dari genggaman Alex.
“Great.”
Aku rindu dia. Ingin lihat wajahnya lagi. Lutut aku pun jadi longgar bila dia memeluk aku. Tapi kenapa jantung aku tak berdenyut selaju tadi?
“So, how are you Josh?”
Dia senyum lagi, dan tarik tangan aku keluar dari lantai tari.

Sebaik Josh bawa aku keluar dari dewan, aku jadi panik.
“Josh, awak nak bawak saya pergi mana ni?”
“I have to talk to you, Erin.”
Ya, aku pun! Aku nak cakap yang aku rindukan kau! Aku dah sukakan kau! Aku gembira sebenarnya bila tau kau masih tunggu aku. Josh berhenti tiba-tiba. Dia bawa aku duduk di atas bangku batu berhadapan dengan padang sekolah.
“Erin, saya nak pastikan sesuatu.”
Aku mengangguk. Hati mula melonjak suka, sebab Josh belum lupakan aku lagi.
“Masa awak lari keluar dari dewan hari tu, awak fikirkan apa?”
Aku mengangkat kening. Fikirkan apa?
“Em, embarassment. Humiliation.”
“Kenapa? Awak ingat saya tak serius ke?”
“Siapa yang nak percaya kalau awak kata awak sukakan orang macam saya?”
Josh terdiam.
“Look, Erin. I was serious. Saya betul-betul sukakan awak. Awak buat saya separuh gila tau tak?”
“Woa, kenapa pulak?”
“Awak reject saya depan-depan orang. Saya pulak dah fikir banyak kali sebelum luah kat awak hari tu. Benda yang saya takutkan akhirnya jadi jugak.”
Aku terdiam. Rasa bersalah membukit pulak sekarang.
“Tapi Josh, saya...panik. Tak pernah ada orang cakap macam tu pada saya. Apatah lagi orang macam awak.”
Josh tangkap aku dengan mata birunya. Lagi. Ah, rindunya aku!
“Jadi awak sukakan saya jugak?”
Siapa yang takkan sukakan dia? Aku mengangguk. Dia tersenyum.
“Siapa..em..lelaki tadi?”
Aku berkerut. Alamak, Alex! Aku tinggalkan dia!
“Em, itu Alex. Kawan saya.” Kawan? Betul ke sekadar kawan je?
“Kawan? Tapi kenapa awak hampir cium dia tadi?”
“Hey, Josh. Kita ni bukannya pasangan bercinta. Kenapa awak nak jealous pulak?”
Josh ketawa kecil.
“Ok, I wanna be that lover, Boleh?”
Tanpa ragu-ragu, aku mengangguk!
“Dan sebelum Alex dapat, saya nak ambik dulu.”
“Apa?”
And we kissed.

Apa khabar Alex agaknya? Lepas majlis reunion yang membuatkan aku dan Josh bercinta sekarang, aku tak nampak dia lagi di mana-mana. Bertembung di bar hari tu pun tak pernah. Lagipun, aku kerap ke England sekarang. Sebab Josh tinggal kat sana. Sekarang pun tengah musim EPL. Jadi aku secara automatik kena jadi peminat bola sepak jugak. Aku rasa bersalah sangat pada Alex, sebab tinggalkan dia dan ikut Josh balik hari tu. Tapi bila teringatkan yang dia dah ada calon buah hati sekarang, aku rasa sikit lega, dan cemburu. Em, entah kenapa aku rasa cemburu sikit. Mungkin sebab perempuan tu berjaya curi hati orang macam Alex yang susah nak lupakan isterinya.

Hari ni aku naik flight ke England lagi. Josh janji nak tunggu aku kat Manchester Airport. Walaupun baru sebulan aku jadi kekasih Josh, aku dah pernah keluar suratkhabar muka depan dan majalah dengan tajuk besar seperti: ‘Josh Garrett and a mysterious woman at a party’ atau ‘Josh Garrett is taken??’ atau ‘Josh and girlfriend at the practice field’. Kadang-kadang tergelak sendiri aku bila baca cerita tentang aku dan Josh. Bila aku tulis nama Josh dekat Yahoo! Image Search pun, akan keluar banyak gambar Josh yang tak berbaju. Sedangkan aku sendiri tak pernah tengok dia tak berbaju depan mata.

Susan tak berapa suka aku bercinta dengan Josh. Dia lebih sukakan Alex. Well, kat sekolah pun Susan tak suka orang-orang dari klik Josh. Tapi aku nak buat macam mana, Susan. Aku dah sukakan Josh! Aku kan tak boleh lupakan dia?

“Hey, baby.”
Josh akan cium aku di bibir tiapkali jumpa di airport. Ramai peminat dia menjeling-jeling aku. Naik takut pulak aku.
“Hari ni ikut saya pergi field sekejap. Ada pep talk dengan coach.”
“Ok.”
Macam tak percaya yang aku kekasih Josh Garrett! Sepasukan dengan Cristiano Ronaldo, sebaris dengan David Beckham, dan semua lah pemain bola sepak yang terkenal. Aku bukannya kenal sangat pun dengan pemain-pemain tu. Itupun nasib baik Josh yang kenalkan aku pada diorang.

Satu keraguan aku yang aku fikir sampai sekarang. Aku cintakan dia ke? Aku cuma jatuh suka pada dia, itupun sebab dia sukakan aku. Kalau tak, aku tak pernah terfikir pun nak ada perasaan pada dia. Tiapkali aku fikirkan benda ni, aku jadi buntu. Jantung aku tak berdenyut-denyut laju bila dengan Josh. Apa yang Josh cakap, semua aku dengarkan. Tak pernah pun aku jadi ‘bertih jagung’ bak kata Alex.
Josh suka kalau aku sanggul rambut, nampak seksi katanya. Tak macam Alex, yang lebih suka kalau aku lepaskan. Josh tak suka bercakap bila dalam kereta, terutama bila dia yang memandu. Alex lain, kalau aku diam dalam kereta, nanti dia pelik.

Aku selalu ada kalau Josh ada perlawanan. Aku selalu datang. Tapi bila majlis pelancaran buku aku dibuat, dia tak pernah datang. Tapi itu aku faham, sebab dia sibuk menendang bola. Bila cerita-cerita buruk tentang dia keluar akhbar, dia kata jangan percaya. Kalau cerita tentang aku bercakap dengan lelaki lain sampai ke telinga dia atau aku bercerita tentang Alex di depan dia, dia naik marah.

Baru cuma sebulan. Semua tu dah terjadi. Aku dah tertanya-tanya, betul ke aku cintakan dia? Betul ke aku maukan dia?
“Eh, lagu ni!”
Lagu di radio kereta berkumandang merdu dengan suara Vertical Horizon. Best I Ever Had. Tiba-tiba aku teringatkan Alex.
“Lagu apa?” Balas Josh lepas dah lama lagu tu bermula.
“Lagu masa kita reunion dulu. Band ni perform - ”
“Erin, please. Don’t talk while I’m driving.”
Aku mengangguk, dan pandang ke luar. Alex nyanyikan lagu ni di telinga aku waktu tu. Teringatkan dia buat aku tersenyum. Buat aku ketawa sendiri. Hubungan 3 kali jumpa yang indah. Kalaulah aku yang dapat memiliki hati Alex, kan bagus.

Alamak! Apa ni? Aku baru tersedar.
“Josh, stop the car.”
Nasib baik belum jauh lagi lapangan terbang Manchester dari kereta Josh ni.
“What? Kenapa?”

“Josh, I’m sorry. Tapi saya rasa kita tak sesuai.”
Josh brek mengejut.
“What?!”
“I’m sorry. I like you, a lot. You’re nice, funny and all. Tapi hati saya pada orang lain.”
Josh ternganga, dahinya berkerut.
“Awak boleh dapat siapa saja yang awak nak, Josh. Jangan pilih saya.”
“But why?!”
“Josh, kita berdua tau yang we can’t work this out.”
“Tapi saya sukakan awak - ”
“There’s a fine line between suka dan cinta, Josh. You don’t love me. You only like me.”
Josh menarik nafas. Tangannya meraup muka.
“I’m sorry Josh. I have to go.”

Aku yakin sekarang, yang aku dah boleh lupakan Josh! Betul kata Susan. Alex memang boleh buat aku lupa pada Josh. Dan sekarang hati aku di tangannya. Flight balik ke New York buat aku rasa excited. Aku tak sabar-sabar nak beritahu Susan yang aku dah jatuh cinta!

“Hello? Susan, boleh bagitahu aku alamat Alex tak?”
“Alex? Kenapa?”
“Please, Susan? I’ll love you for it.”
“Ok, ok.”

Lepas dapatkan alamat Alex dari Susan, aku terus tahan cab dan menuju ke sana. Harap-harap Alex masih single, dan tak ada wanita lain di sisi dia sekarang. Bila sampai depan pintu apartment Alex, aku bunyikan loceng.
“Yes?”
Aku tergamam sekejap. Perempuan yang buka pintu.
“Alex ada?”
“Cik ni siapa?”
“Er..saya...em..”
“Siapa tu, honey?”
Honey? Damn. Dia dah berpunya! Cepatnya dia cari pengganti isteri dia.
Wajah Alex terpacul di balik perempuan ini. Rambut Alex dah panjang sedikit, mata dia semakin biru, tapi senyuman dia masih berlesung pipit.
“Hi,” dia senyum dan menyapa aku.
Perempuan yang buka pintu tadi masuk ke dalam semula, tinggalkan Alex di muka pintu.
“Hi, Alex. Lama tak jumpa kan?”
“Yeah, macam mana awak tau alamat saya?”
“Susan.”
Alex mengangguk-angguk. Shit, jantung aku betul-betul berdenyut laju sekarang. Betul-betul rasa macam nak pecah. Macam penuh. Seakan tak boleh bernafas.
“So, kenapa cari saya?”
Aku tercari-cari alasan dalam kepala. Aku tak boleh cakap yang aku cintakan dia sekarang, sebab dia dah berpunya!
“Saya..just nak minta maaf. Pasal hari tu. Saya tinggalkan awak kat sekolah tu.”
Alex ketawa.
“Erin, kan benda tu dah sebulan lepas? Kenapa, awak ingat saya marah ke?”
Aku jungkit bahu. Tak ada alasan lain lagi.
“Saya rasa bersalah, Alex.”
“It’s okay. Lagipun saya temankan awak aje, hari tu.”
“No, Alex. Awak tak faham. Sejak malam tu, saya asyik terfikirkan awak je - ”
Aku menekup mulut sendiri. Alamak, terlepas cakap pulak.
“What, Erin?”
“Er, tak ada apa-apa. Goodbye.”
Aku cepat-cepat menuju ke lif dan tekan butang ‘turun’ laju-laju. Bila lif dah terbuka, cepat-cepat aku masuk. Tapi tiba-tiba Alex masuk sekali.
“Apa awak cakap tadi Erin? I didn’t catch that.”
Aku menelan liur. Jantung aku semakin laju menolak-nolak isi dan kulit dada aku.
“Saya..cuma nak cakap yang..saya tak boleh lupakan awak.”
Aku terdiam sendiri dengan kata-kata aku. Alex juga macam tu.
“Josh..?” dia bersuara.
Aku pandang dia, yang sedang menunduk. Pelik pulak lif ni tak bergerak dari tadi. Oh, sebab aku tak tekan butang level lagi, patutlah!
“Josh dia..em..well, we broke up.”
Baru dia pandang muka aku.
“Kenapa?”
“Sebab saya tak cintakan dia.”
“Cinta?”
Aku angguk perlahan.
“Jadi awak cintakan siapa?”
Aku nak mengaku, tapi bila teringatkan perempuan yang buka pintu tadi, aku tak jadi.
“Forget about it, Alex.” Laju tangan aku tiba-tiba nak menekan butang level G di papan butang lif ini, tapi Alex menahan. Dia berdiri menghadap aku.
“Jadi awak cintakan siapa, Erin?”
Aku mendongak sebab wajah aku dihalang dadanya.
“A..aa..awak,”
Alex diam, lama. Sampai aku dah buat keputusan nak tekan butang lif tu. Sekali lagi dia halang aku, tapi kali ni aku dalam pelukan dia.
“You don’t know how much it hurts me bila awak dah jumpa Josh balik.”
Muka aku tersembam di dadanya yang berbalut t-shirt putih.
“I love you too, Erin.”
Aku lepaskan pelukan.
“Tapi..perempuan tu??”
“Honey? Itu adik sayalah. Namanya Honey.”
Aku mengangkat kening, dan terketawa sendiri. Aku ingatkan –
“Perempuan yang awak sepatutnya date hari tu - ”
“ – adalah awak. Saya dah sediakan meja candlelight dinner malam tu dengan bantuan Susan of course. Tapi awak dan Josh dah reunited. So tak jadilah.”
“Alex! Kenapa awak tak bagitau saya awal-awal??”
“Saya takut kena reject.”
“Oh, ya. Saya ni suka reject orang kan?”
Alex tersenyum dan bibirnya singgah di dahi aku.

Bahagianya. Dalam lif yang tak bergerak.