Thursday, August 14, 2008

what a wonderful world



Langit kosong tanpa awan. Bahang panas meraup walaupun penipis ozon sedang menjalankan tugas dengan amanah. Tren merangkak-rangkak sarat muatan para pelakon pelbagai watak.

Seorang perempuan busana serba putih, berwajah mendung tapi ulas bibirnya tak berhenti buka-tutup-tutup-buka.

Seorang lelaki berwajah Mat Salleh, sekitarnya semua bisu kerana cuping telinganya hanya Muse punya upaya untuk bicara.

Keduanya berdiri bagai kembar siam tak seiras tapi berkongsi tulang belakang. Tidak bertemu pandangan.

Tren berhenti. Berpusu-pusu tiba destinasi di tuju. Si perempuan dan sang lelaki masih tak sampai arah tuju. Teman bicara si perempuan juga sudah keluar sambil mengheret muka binggung, garu-garu kepala hingga dari celah rambut minyak panasnya, keluar tujuh lapan butir putih-putih yang juga dipanggil kelumumur.

Ada kerusi kosong di hadapan. Mereka yang tadinya melekat satu sama lain saling balas merenung. Tapi, si perempuan licin bak belut terus meletak punggung. Pembedahan berjaya!

Wajah mendung si perempuan terbit senyum angkuh ribut-taufan-tsunami.

+Nenenene~tak dapat duduk! Bluwekk!

Sang lelaki juga ada senyum pada anak mata hijaunya. Sinis.

-(alihbahasa) Elehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Macam aku heran! Si lumpuh!

Si perempuan asyik mengeluh walaupun selepas menang kerusi itu.

Pufffhh…

Dan mengeluh lagi.

Pufffhhh…

Dagunya di tongkatkan pada tangan tanpa cincin pada jari manis. Bungkusan dari plastik sampah membentuk empat segi, tinggi dari tingginya yang memang tak tinggi itu dirapatkan ke dada.

Puffhhh…

Dia pandang kiri kanan dan…

Puffhhh….

Pandangannya mati pada sisi sebelah kirinya.

Sejak si perempuan ini melangkah masuk dalam tren, hinggalah keluarnya perempuan-minyak panas-tapi-ada-kelemumur itu, sebelumnya sudah empat orang lain yang menerima; huruf menjadi perkataan menjadi ayat yang kisahnya bertajuk yang sama.

“Kucing saya mati, Ah Soo…Saya keluar sambut hari lahir saya awal sehari. Mana tau hari lahir saya, dia mau mati?”

Mangsa nombor lima. Ah Soo bermuka penyek pandang muka si perempuan yang selamba macam katak pisang.

“Patutlah dia duduk atas kasut saya masa saya nak keluar. Rupanya, dia tak kasi saya pergi sebab dia suda mau pergi. Ni, kasut ini la yang dia duduk..”

Perempuan itu mengangkat kasutnya tinggi-tinggi. Nasib dia pakai skirt paras lutut. Kalau tak percuma kata orang Melayu. Ah Soo, bermuka penyek itu semakin penyek muka dek emosi meluat. Dia mengibas-ngibas tangannya dalam gerakan lebar-lebar seolah kuman dari kasut kumal, warna putih jadi tak bewarna putih itu dapat di lenyapkan.

“Lepas tu, dia tidur atas beg saya..Beg nilah” Si perempuan cepat menarik pula beg kait benang kasar yang melilit di pinggangnya.

“Sampai saya keluar guna beg lain hari tu.”

Si perempuan itu terangguk-angguk sendiri. Tak malu-malu mengaku kebenaran cerita sendiri. Entah siapa pula bertanya padanya, ‘betul ke ni?’ sambil bulat-bulat mata tak percaya.

Tren berhenti.

Ah Soo keluar laju-laju macam lari dari hantu. Kejap-kejap dia menoleh belakang dan menambah kelajuan dalam gerakan.

Chindia bergaun kuning masuk. Ada manusia kecil sedang makan melalui tali pusat dalam perutnya. Si perempuan bangun mempelawa si bunting duduk. Sungguh, perempuan Melayu terakhir.

Si perempuan mengambil semula tempat berdiri di sisi Mat Salleh tak bertelinga itu. Mereka saling berhadapan pula kini. Tapi, cepat si perempuan mengalih arah.

Penumpang kian men’sardin’kan tren. Tubuh ringan si perempuan bergoyang-goyang perlahan lawan kelajuan tren. Tubuh 78kg itu bergoyang-goyang, jua perlahan ikut dodoian muzik.

Si perempuan memandang sebelah kirinya itu dan mula membuka mulut kembali.

“Saya tak sangka kucing saya tu nak mati masa hari lahir saya, kak! Mula-mula abang saya bawak balik rumah, saya tak peduli pun dengan dia. Tapi, lama-lama kesian pulak. Kesian tu walaupun jualbeli paling murah, tapi jalan dekat menuju cinta. Tak kenal maka tak cinta. Dah cinta, mati pulak dia.”

Mengeluh.

Boys with Girlfriends berkumandang. “Hello!” Aduh, moden sekali gadis Melayu.

“Orang kata, patah tumbuh hilang berganti, tapi walaupun baru, berganda sekali pun tapi takkan sama dengan yang lama.”

Punya telefon bernada Boys with Girlfriends itu berhenti berbual dengan teman halimunannya. Dia menghadap si perempuan dengan muka tanpa gula.

“Boleh tak Cik berhenti bercakap? Saya on call ni. Atau Cik boleh cakap dengan orang sebelah Cik tu kalau nak cakap sangat!”

Si perempuan menoleh. Pada Mat Salleh tu. Dan berpaling balik cepat.

“Eh, saya tak suka omputih! Diaorang ni tak tahu malu. Datang Negara orang, kita kena cakap bahasa dia. Cuba datang Negara dia, kena cakap bahasa dorang jugak! Tak adil kan, kak? Hehe..Saya budak Bahasa, kak. Ibnu Khaldun sendir-”

Tren berhenti. Dan, si Boys with Girlfriends cepat-cepat menonong keluar walaupun sendiri tak pasti itu destinasi sebenarnya.

Puffffhhh…

Menoleh pada sang lelaki dan cepat pusing kembali. Rambut ikalnya menampar pipi lelaki dan meninggalkan aroma asli perempuan remaja.

“Eh, you tak malu ke cakap dengan orang yang you tak kenal?”

Kareena Kapoor tiba-tiba muncul. Ini betul bukan adik Karisma Kapoor sebab minachi tu kan sombong dan tak mahu peduli sama orang lain.

“Sebab tak kenallah saya tak malu. Eh, apa kata awak dengar cerita saya pulak?”

“Oh, thank but no thanks.”

Ala, awak bukan buat apa-apa pun. Saya pun tak suruh awak buat apa-apa. Kucing je mati. Tapi, hati saya sedih sangat! Tapi saya tak tahu nak cerita dekat siapa? Kucing je mati siapa nak dengar kan?”

“Betul-betul!”

Kareena Kapoor itu senyum sumbing dan cepat menuju kekasihnya yang memang tak sama langsung dengan Saif Ali Khan. Mereka tertawa-tawa sambil menunjuk-nunjuk si perempuan itu. Tiada etika mengumpat langsung!

Tren berhenti dan penumpang masuk-keluar silih berganti.

Si perempuan masih berwajah mendung, masih bibirnya tak berhenti buka-tutup-tutup-buka lagi. Sang lelaki memanglah masih berwajah Mat Salleh, dan ya masih cuping telinganya hak mutlak Muse.

“Bukan pertama kali saya bela kucing tapi kali ni saya sedih sangat! Mungkin sebab saya bela dia dari kecik. Mak dia mati kena langgar. Mungkin sebab dia mati masa hari lahir saya…”

My life
You electrify my life
Let's conspire to ignite
All the souls that would die just to feel alive

“Sebab saya kongsi hari lahir dengan hari mati dia!”

You're such a mess and I don’t care
Simply because I can’t
Wake and find it in me
I´m in a coma

“Dia dah lama sakit. Kadang-kadang saya memang harap dia mati je. Tapi, kucing kan banyak nyawa? Kadang-kadang dia sakit, lepas tu baik lepas tu sakit balik. Dia habis stok nyawa masa hari lahir saya.”

yeah it's holding me, morphing me
and forcing me to strive
to be endlessly cold within
and dreaming I'm alive

“Semua perempuan pun tunggu hari lahir 21 dorang. Nak kunci kebebasan. Tapi, saya nak kucing saya! Kucing bukan kunci!”

don't kid yourself
and don't fool yourself

“Saya dah baik sesunggut tapi dia tak baik-baik lagi. Kata dia sakit sebab saya sakit, tapi kenapa saya dah sembuh, dia sakit lagi? Lepas tu mati masa hari lahir saya pulak tu…”

And I've seen your loving
And mine is gone
And I've been in trouble

“Dah tiga hari dia mati. Tapi saya masih sedih lagi. Semua mengingatkan saya pada dia. Tragedikan mati di hari lahir sendiri? Keluarga saya tak faham kesedihan saya, dorang akan gelakkan saya sebab sedih sebab kucing mati…”

Please, please, please let me get what I want

“Saya ni macam Ibu dia. Saya buat susu, bangun dua tiga pagi. Suap dia makan sebab dia tak pandai makan sendiri. Basuh kencing berak dia.. tiba-tiba dia mati masa hari lahir saya…patut saya sedih, kan?”

I wanted freedom,
Bound and restricted,

“Saya nak bagi makan dia telur. Tapi, asyik lupa. Kempunan dia! Kalaulah saya tak lupa, mesti dia kucing saya tu dapat rasa enaknya makan telur terutama yang kuning tu.”

Too long trying to resist it,
You’ve just gone and missed it,
It's escaped your world.

“Patutlah masa nak keluar tu, saya rasa macam nak sangat cium dia! Tapi, saya tak cium pun. Dia kan tengah sakit, tunggu dia sihat barulah saya cium. Kalau saya tau dia nak mati masa hari lahir saya, saya cium dia!”

Lips are turning blue
A kiss that can't renew
I only dream of you
My beautiful

“Saya tak patut keluar rumah hari tu! Saya yang beria-ia rancang. Nak sangat hadiah hari lahir. Ni hari lahir paling sedih pernah saya sambut! Tengok, ni semua hadiah hari lahir saya. Semua buku yang saya nak, saya dah dapat! Semua, sumpah! Tapi, kucing saya dah mati. Buku pun tak mampu buat saya gembira lagi.”

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love

Si perempuan menekup mulutnya tiba-tiba.

Diam.

Bisik.

Si perempuan diam dan watak penumpang berbisik-bisik.

Owh! Akhirnya reti pun diam!

Terdengar isak.

Bisik-bisikan menjadi diam sama.

Si perempuan mulai hujan.

“Saya rindu dia.”

Suasana membeku.

Seorang berkopiah bangun. Menarik tangan si perempuan ke tempat duduknya, terlepas dosa sentuhan bukan muhrim sebab dia berumur kanak-kanak.

Tren berhenti lagi.

Kanak-kanak berkopiah dan watak penumpang sepakat turun- lari dengan alasan, 'Eh, bukan aku yang buat dia menangis!'. Atau mungkin mereka tak mahu terpaksa memujuknya. Manusia mana yang sanggup padam air mata perempuan?

Tren kosong tanpa watak penumpang.

Isakan terapung-apung.

Bau air mata.

Sang lelaki berpendengaran Muse duduk di sebelahnya.

Si perempuan mematung dan mulutnya kembali ditaup dengan tangan. Bahunya terhinjut-hinjut.

Ada bau oren.

Si perempuan menoleh.

“Happy belated Birthday.”

Oren tahun baru cina tanpa kulit di sua.

“Warna kucing saya oren.”

Buruk siku, sang lelaki menarik balik oren. Pisahkan oren kepada dua. Bertukar tangan dari tangan putih kepada tangan nusantara.

“Dia selalu mengingatkan saya pada buah oren.” Seulas di masuk mulut. Pedih.

“Siapa nama kucing awak?”

Si perempuan menoleh. Keningnya bertaut. Ada tercetak aneh di dahinya. Tapi dia, masih bisu.

“Siapa nama awak?”

Bisu.

“Nama.”

“Awak dah tak boleh cakap dah?”

Si perempuan bisu-bisu saja. Semakin tenggelam rasa aneh.

“Saya Sunny.”

Aneh. Tapi, Mat Salleh ni comel pulak. Si perempuan jadi tolol berbicara.

“Lupa. Assalamualaikum. Saya Sunny.”

Sang lelaki ulang namanya dan si perempuan semakin teresak.

“Sun..Sunny…nama kucing saya Sunny. Dia matahari saya..tapi sekarang dia dah tak ada”

Ketawa. “Itu je awak tak cerita dari tadi. Act….erm, sebenarnya Suria. Suria Sore. Tapi, sebab saya belajar over- er..luar Negara, kawan-kawan ramai susah nak sebut so..err, jadi tukar jadi Sunny. Saya Indonesia Belanda.”

Terdengar basah. “Awak dengar cerita saya?”

“Semua. Nak saya ulang ?"

Geleng. Tawa pecah.

Langit mula penuh dek awan, melukis sebuah cerita baru.

Wednesday, August 13, 2008

karya pop~

cerpen yang terpost di blog ini - aku akui - adalah karya pop.
sampai sekarang buat aku terfikir bila aku termasuk dalam blog seorang atau tiga orang yang juga aktif mem-blogging-kan diri. ya. penulisan mereka intelektual. membawa kepada perkembangan akademik.
karya-karya di sini adalah karya pop.
"ah, peduli apa aku!"
satu hari. isnin. biru langit. tak hujan. tak kelabu dinding awan.
Nor Awatif dengan selamba mengetuk-ngetuk pen di atas meja, dalam kelas yang sunyi-sepi-cengekrik-pun-senyap itu. semua memandang dia. tak seorang pun berani melawan kata-kata yang terbit dari bibir pensyarah muda ini.
"Awatif, kamu ada masalah dengan saya ke?"
Awatif berhenti mengetuk meja dengan pen. Keletak-keletuknya menemui titik.
"Ya, saya?"
"Saya kata, kamu ada masalah dengan saya ke?"
dalam hati, Awatif menyumpah pensyarah muda ini. sudahlah mengutuk karyanya tergolong dalam karya pop, ada hati nak menengking-marah kelas yang masih zero dan tak tahu sebidang apa pun.
"Tak ada."
Pensyarah muda tersenyum sinis-puas-ego-menang.
"Celaka kau Shahri."
"Apa awak cakap?!"
Awatif tersenyap. Pensyarah muda membulat mata, empatsegi cermin mata. tiga segi batang hidungnya juga tercungap-cangip menahan nafas marah. baru sekejap tadi egonya nampak seperti dah menang, kan?
"Pop pun, pop lah! Aku suka Pop Art!"
semua manusia dalam kelas yang senayp itu tersengih kecil, kalau tak pun, tergelak bahak sebabkan ayat yang muncul dari bibir Awatif ini.
"Inilah dia! Inilah yang saya maksudkan. Tak mau mengaku karya sendiri tak bagus. tak mengembangkan minda. tak nak membaca. kurang menelaah. banyak mengkritik. tapi tak berhala tuju."
"Macam encik la?"
Shahri, nama pensyarah muda itu terdiam. Panas sebentar hatinya melihat muka Awatif yang poyo-sepoyo-poyo manusia melawan cakap guru itu.
"Lecturer yang kondem student. inilah yang aku maksudkan! Seni itu universal. pop atau tidak, terpulang pada penciptanya!"
mulai bingit ruang empat segi putih.
"dan pembacanya!"
Awatif senyum, dengan kemerahan yang timbul di muka Shahri. reaksi Shahri?
haha. ending yang klise. yang selalu ada di tempat sinopsis Alaf 21 di bahagian paling hujung.
kan karya pop~?