Saturday, July 5, 2008

Putus.



Dia sangat indah seperti namanya. Seperti suaranya. Bila dia menari-nari dalam dres hitam itu, aku terpana. Indah, isteriku. Indah, kekasihku. Bila aku teringatkan dia, aku selalu senyum. Sebab semua kenangan aku dengannya indah belaka.

Sejak dia mula-mula memandang aku, aku dah abadikan dia di sini. Di sisi jantung aku. Indah selalu marahkan aku, membebel kalau aku mula nyalakan api rokok.

Aku ingin pertahankan dia selama mungkin. Aku ingin cinta dia sampai bila-bila. Sampai aku sendiri lupa nama aku. Cinta aku pada Indah belum terpadam lagi, macam api rokok di tangan aku kini.

Indah belum pergi lagi. Dari hidup aku. Mungkin dari dunia. Tapi tidak dari aku. Indah masih punya aku, yang selama ini beri dia lampu dengan doa dari aku. Yang beri dia ruang dengan fatihah.

Indah yang nakkan sebegitu. Takkan aku boleh halang? Dia yang tak mahu diselamatkan. Dia yang rela lepaskan aku. Sedang aku masih lagi tak rela.

“Abang, kalau Indah dah tak ada nanti, Indah nak jadi bintang. Biar hari-hari abang boleh tengok langit.”

Bila siang kau di mana sayang? Hanya bila malam kau temani aku. Mana janji-janjimu itu?

“Anak ni takkan putuskan kita, bang. Percayalah cakap Indah.”

Setitik demi setitik air hujan turun. Serentak dengan air dari mata aku. Aku dongak ke langit. Ada banyak bintang di situ. Bintang yang paling cantik itu kau, Indah.

“Papa, buat apa tu?”
Indah kecil.
“Berbual dengan mama.”
“Mana mama In?”
“Tu, kat langit.”

6 comments:

Aina said...

weeeeeeeee.....sweeet nye cite ni..

Letting the time pass me by said...

Nie bukan gambar Natalie Portman yang jadi Princess Amidala aka Padme ke?

Rye said...

mesti lor....
ini cuma gambar hiasan jer...

amer zaman said...

biarlah siang abang curahkan segala rasa kepada tanda cinta kita,
zuriat kita..

jika siang abang itu gelisah dan rencam...

malam ini kita bertemu..

Rye said...

lor..pelik dowh..

aku said...

sweetnyer cerita ni..