Thursday, May 27, 2010

The Sky is Falling. (part 3)

Aku masih mendongak ke langit sejak sejam lalu. Malam ni agak terang, sebab bulan separa. Kejadian petang tadi masih direwind-rewind dalam kepala aku. Aku cuma budak sekolah. Kenapa Ken nak buat macam tu pulak? Kenapa Ken membalas cinta aku?
Ken melepaskan ciuman. Aku hendak terbeliak kerana terkejut, tapi mata aku yang merah tak membenarkan.
“Saya pulangkan hati awak. Sekarang awak pulak dah curi hati saya, Iwaya.”
“Hah?”
“That day, masa awak selamatkan nyawa saya, di airport. Awak dah curi sejak hari tu. Cuma..saya yang tak sedar.”
Aku tergamam. Tak tau nak kata apa.
“No, masa awak sanggup tunduk depan saya, demi ayah awak. Cuma masa tu saya tak pernah benarkan awak masuk dalam hati saya ni. Tapi sekarang, awak dah terkunci.”
Dia ni memang pandai berkata-kata. Memang aku cair. 
“Tapi..tapi..Ayumi?”
Ken mengeluh berat.
“Ayumi. She’s..something else.”
Aku ternganga. WTF?
“No, Ken. Jangan. Jangan buat macam ni pada dia. Please.”
“But Iwaya..”
“Awak dah pulangkan hati saya. Sekarang awak boleh balik.”
Betapa dewasanya aku masa tu. Aku sendiri tak percaya yang aku boleh main cinta dengan orang sedewasa Ken, sedang aku cuma 19 tahun. Orang sedewasa Ken. Orang dewasa memang suka mainkan hati dan perasaan budak sekolah ke? Arghh!!
“Again, Iwaya? Rambut kau kusut betul-betul nanti.”
Aku mendongak. Shouta!
“Shouta! Lama tak jumpa!”
“Ceh, rumah sebelah-sebelah je.”
“Yelah, kau tu asyik hilang je! Duduklah, sembang dengan aku.”
Shouta duduk sebelah aku yang cuma berlapikkan pasir pantai ini. Aku perasan ada sesuatu yang lain dengan Shouta. Dia dah kurus sikit. Dan dia dah semakin kacak. Mungkin sebab lama tak jumpa.
“Hei, kenapa tengok aku macam tu?”
“Saja. Kau makin hensemlah Shouta.”
Shouta ketawa.
“Mungkin sebab aku dah cecah 23 kut.”
Aku ternganga.
“Shouta! Hari jadi kau hari ni kan??”
Shouta mengangguk dan tersenyum.
“Tanjobi no omedetou!! (happy birthday)”
“Arigato..”
“Sorry weh, aku betul-betul lupa!”
“Tak apa, aku pun busy tadi. Tak celebrate pun.”
“Yeke? Em..kau nak celebrate dengan aku tak?”
“Sebab tu lah aku datang sini Iwaya-chan..”
“Ee..dah lama aku tak dengar kau panggil aku macam tu. So kau nak celebrate macam mana?”
“Em...aku nak benda yang manis.”
“Kek? Ala..tak cakap awal-awal. Jap, aku pegi beli.”
Aku bingkas bangun.
“Nanti, Iwaya.” Shouta menarik aku supaya duduk semula.
“Bukan kek yang aku nak.”
“But..apa lagi yang manis?”
Shouta merenung mata aku dalam-dalam. Sampai aku ingat dia nak main lawan mata.
“You.”
Aku terlopong. Sedikit panik timbul dalam perasaan sebab tiba-tiba Shouta mintak macam tu. Jantung pun berdegup lebat macam muzik kuat di corong speaker.
“Iwaya, I want you.”
Aku ketawa besar tiba-tiba. Cuba menutup hati yang berdebar.
“Shouta, aku manis ke? Setahu aku, aku ni masam je. Pahit, kelat, rasa buah sikit, tapi tak pernah man-”
Shouta tiba-tiba mengucup bibir aku. Tanpa amaran, dia terus masuk ke hati aku. Tapi, Shouta, hati aku dah terkunci. Dan Ken terperangkap di dalamnya.
Aku menolak tubuh Shouta. Shouta tergamam.
“Shouta, kau kawan baik aku. So, aku akan buat macam perkara ni tak pernah berlaku.” Aku bingkas bangun.
“Dan, happy birthday.” Aku terus masuk ke dalam rumah dan biarkan Shouta sendirian di atas pasir pantai.



Untuk bertemu Shouta sekarang amat susah bagi aku. Pengalaman dimainkan oleh model terkenal dunia, dan kawan baik sendiri cukup untuk buat aku ke sini. Ke bandar Tokyo. Jauh dari Osaka. Seorang diri. Aku merayau-rayau tanpa arah, dan muka Ken di merata tempat. Di bas, di bangunan, di kerusi, di tiang, di dinding. Di semua tempat.
Aku muak.
Aku nak tinggalkan semua ni. Apa salah aku? Apa salah aku sampai diboikot sekolah, sampai dipermainkan, dan sampai Shouta jadi macam tu? Where did I go wrong?
Aku terhenti di sebuah kedai buku. Ada satu benda yang amat menarik minat aku. Majalah An An. Aku teringat perbualan di kantin tempoh hari.
Model baru yang boleh gantikan Ken. Mungkin aku boleh jadi pembantu dia?
Aku belek muka depan An An. Betapa terkejut terkujat terbisu aku melihat Shouta yang menghiasi muka depan majalah tu! Shouta! Kawan baik aku sendiri! Kenapa??

“SHOUTA! SHOUTA!”
Aku ketuk pintu rumahnya kuat-kuat. Biarpun mak bapaknya mungkin ada di rumah.
“SHOUTA!”
Pintu dibuka.
“Shouta tak ada, Iwaya. Dia ada photoshoot hari ni.”
Airmata aku jatuh. Am I the last person to know?
“Kat mana tu okasan?”
“Kat Tokyo katanya.”
Aku baru balik dari sana. Shouta, sampai hati kau...!

“Iwaya! Kau cari aku ke? Oka-chan aku cakap..”
“Sampai hati kau Shouta.”
“Huh?”
Aku mencampak majalah An An di depannya.
“Iwaya, let me explain.”
“Huh? Explain what? Ini diri sebenar Shouta? Kau jadikan Ken sebagai idola ke? Kalau ye, korang berdua memang pandai permainkan perasaan budak sekolah macam aku ni!”
“Iwaya, it’s not like that..”
“Habis tu apa? Kau jadi model untuk apa? Fame? Money?”
“I DO IT FOR YOU!”
Aku terkaku.
“I do it for you, Iwaya.”
“Apa yang kau cakap ni, Shouta?”
“Kau tau tak betapa sakitnya hati aku bila tengok kau menangis sebab Ken? Kau tau tak dalam ni...hari-hari berperang?” tangan Shouta keras menunjuk dada sendiri. Aku keras di situ. Tegak tak terucap.
“Patut ke tak aku luahkan? Patut ke tak aku biarkan dia cinta Ken? Patut ke tak? Itu yang aku fikirkan hari hari, Iwaya!”
Shouta mendekati aku.
“Aku jadi model bukan sebab duit, atau nama. Dan aku tak jadikan Ken idola pun. Aku jadikan dia musuh utama aku. Aku jadi model sebab kau jatuh cinta pada seorang model. Aku nak kau, jatuh cinta pada aku juga.”
Akhirnya aku boleh bersuara.
“Tapi Shouta, aku jatuh cinta pada Ken bukan sebab dia model.”
“Aku dah bersama kau berapa tahun?”
Aku mengira dalam hati.
“Forever.”
Shouta menarik aku dalam pelukan. Dan aku, menangis di situ.

Shouta dan aku dah bercinta secara rasmi. Dia dan aku tak pernah berpisah. Aku percayakan dia. Aku percaya dia takkan mainkan aku macam Ken. Argh, ingat nama dia pun sakit hati rasanya. Hari ni, hari graduation day aku. Mulai esok, aku bukan lagi budak sekolah. Aku tak perlu risau diboikot lagi dan bila Shouta datang bawa bunga untuk aku, budak lain cuma boleh ternganga.
“Macam mana Iwaya boleh dapat dua-dua model terhebat ni ha??”
Aku tersenyum. Dalam masa 3 bulan selepas aku dipermainkan Ken, aku cuba lupakan dia. Shouta selalu bawa aku ke photoshootnya. Yang membawa jelingan perempuan lain, sebab Shouta layan aku mesra! Dan akhirnya aku tiba di sini. Hari aku tamat jadi remaja.
“Omedetou musume-chan!” (congratulations, daughter)
Aku peluk ayah. Rambutnya hitam pekat diwarnakan. Middle life crisis, memang begitu.
“Otousan, kenapa tak kaler blonde je?”
Shouta ketawa lihat rambut ayah aku yang kembali muda. Aku patut terima Shouta kan? Dia lebih rapat dengan ayah, dan dia kawan baik aku!
“Iwaya, aku ada photoshoot esok. Nak ikut?”
“Kalau kau kasi..”
“Mestilah aku kasi, sayang.”
Aku senyum. Tapi kenapa aku tak bahagia..?

Photoshoot Shouta esoknya – kenapa aku tak terkejut- dengan Ken Kanata. Shouta sangat risaukan aku, jadi dia suruh aku duduk hanya di bilik persalinan saja. Yeah right. Menghadap senpai-senpai lama aku? Tak nak! Menjeling macam nak juling. Aku duduk di ruang studio perhatikan Shouta bekerja. Dia dan Ken sama hebatnya dalam modelling. Ken seolah tak kenal aku. Sakit jugak hati aku bila dia berlagak tak kenal aku. Mukanya dingin seperti selalu.
“Shouta, ganbatte ne.” (do your best ok?)
Shouta tersenyum dan mengucup dahi aku tiba-tiba.
Aku senyum pahit, dan kemudian tertangkap mata Ken yang merenung aku tajam.Renungan tu masih buat aku berdebar. Aku menumbuk-numbuk dada sendiri, suruh jantung berhenti berdebar. Shouta seorang di depan kamera kini, Ken di belakang kamera, tunggu giliran. Aku sesak nafas melawan renungannya. Dia berdiri menghadap aku walaupun pusat tumpuan kamera di belakangnya. Aku tak tau nak buat apa, aku terpaksa lari ke bilik persalinan. Seperti yang aku jangka dua orang senpai aku ada di situ sebab Shouta dan Ken berkongsi bilik persalinan yang sama.
“Iwaya?”
Aku mengangkat tangan tanda ‘hi’.
“Lamanya tak jumpa!”
Eh, baik pulak diorang?
“Iwaya, kitorang dengar kau ni girlfriend Shouta, ye ke?”
Tak habis-habis bergosip rupanya. Aku mengangguk.
“Tapi kan, sejak kau berhenti ni kan aku rasa elok untuk Ken.”
Aku ternganga.
“Dia dah berhenti merokok. Dah tak dingin macam dulu.”
“Tapi memang tak boleh lupalah, Iwaya. Ada satu masa tu dia marah kitorang cukup-cukup sebab buli kau. Kitorang dah serik nak buli junior lagi.”
Aku masih ternganga.
“Dia..dah baik..?”
“Eh, kau tak tau ke? Dia nak dapat baby. Dengar cerita Ayumi mengandung. Dah lama rasanya.”
Aku makin terkejut. Hati aku tak dapat terima kejutan banyak macam ni sekaligus. Aku duduk sebentar di kerusi solek.
“Tapi, kau tau tak kenapa dia dengan Ayumi putus?”
Aku mengangkat muka.
“Hah?”
“Ha’ah diorang dah putus. Sayang kan? Dah nak dapat baby pun boleh putus.”
“Maybe Ken ade perempuan simpanan kut?”
Aku bingkas bangun. Biarkan dua orang senpai aku ni terus bergosip dan beredar dari studio. Aku balik sendiri. Tak mampu terima informasi yang terlalu banyak.
“Ayumi. She’s something else...”
Akukah perempuan simpanan Ken tu? Kusut kepala aku, kusut lagi rambut aku. Aku tak tenang di samping Shouta. Hati aku masih ada Ken. Dia masih bernafas di situ. Shouta, maafkan aku!
“Kat sini awak menyorok.”
Aku menoleh. Gelap. Tapi aku kenal suara tu. Aku bingkas bangun.
“Shouta panik awak hilang. Takan dia tak tau tempat rahsia awak ni?”
Aku berkerut. Shouta panik? Inikan tempat rahsia aku dan dia?
“Nampaknya saya lebih faham awak dari Shouta.”
“Cukup Ken. Awak nak apa?”
Ken perlahan-lahan keluar dari gelap. Dia masih bersut modelling tadi, walaupun sudah kotor sedikit dimakan pasir pantai.
“Saya nak awak.”
“Dah lah Ken. Saya dah tau semuanya.”
Semakin Ken menghampiri, semakin aku berundur. Tapi bila dia dengarkan ayat ni, dia terhenti.
“Apa yang awak tau?”
“Ayumi mengandung, kan? Kenapa awak tinggalkan dia? Demi saya ke? Tolong jangan buat macam ni, Ken. Dia mengandung tu. Tolong pergi pada dia balik.”
Ken tersenyum sinis. Dia menghampiri. Aku berundur lagi.
“Apa yang buat awak fikir saya tinggalkan dia sebab awak?”
“Well, you’re here aren’t you!”
Ken ketawa.
“Iwaya. Do you know how cute your innocence is?”
“Huh?”
“Saya tak tinggalkan dia demi awak.” Dia menghampiri lagi. Aku jadi takut. Kaki aku sudah berada betul-betul di hujung tebing. Dan aku tak yakin untuk terjun malam-malam macam ni.
“Saya tinggalkan dia demi saya.”
“Huh..?”
“Iwaya.”
“Jangan dekat, Ken. Nanti saya terjun..”
Ken ketawa lagi.
“Well kan awak pandai berenang?”
“Ken, I mean it. Saya tak berani berenang malam-malam.”
Ken terhenti.
“Really?”
Dia mencabar aku. Aku betul-betul berundur. Dan sebaik aku berundur setapak, aku tergelincir.
“AAAAARRGHH!!”
“IWAYA!!!”
Ken mencapai tangan aku, aku pulak melihat kebawah. Lebih banyak batu dari air.
“Ken, saya tak mau terhutang budi dengan awak lagi! Lepaskan saya!”
“No Iwaya! Saya NAK awak terhutang budi dengan saya!”
“What?”
Aku tergantung di pinggir tebing, dengan tangan Ken yang kuat menarik tangan aku.
“Ken, awak akan dapat anak. Tolonglah lepaskan saya!”
“No, Iwaya! Ayumi tak pernah mengandung! Dia tak pernah mengandung pun! Saya pun tak pernah beri dia hati saya! Hati saya pada awak, Iwaya!”
Aku ternganga kejap. Nyawa di hujung tanduk pun boleh ternganga-nganga lagi??
“Saya nak awak....terhutang..budi..dengan saya....lagi!!” Ken berusaha menarik aku ke atas tebing. Dan bila aku dah sampai ke atas tebing, dia menyambung;
“Biar saya dapat miliki awak sampai bila-bila.”
Airmata aku jatuh dengan mudah. Degupan jantung bertukar jadi debaran ketika Ken marik wajah aku dekat dengan bibirnya. Aku temui bibir itu lagi. Yang selalu minta dicintai. Aku, tak mampu menipu diri sendiri.

 “Ah, Shouta!”
Shouta menoleh perlahan.
“Aku...minta maaf..sangat-sangat.”
Shouta memandang aku. Kemudian merenung tajam Ken di belakang aku.
“Kalau dia menangis lagi sebab kau, taulah kau aku kerjakan.”
Kemudian Shouta kembali berjalan, melambai, menandatangani autograf pada peminat. Ken tersenyum dan mencapai tangan aku. Di MTV Movie Awards ini, aku, Ken dan Shouta berjalan di red carpet yang sama. Aku berjalan beriringan, berpimpin tangan dengan Ken. Dan kadangkala dia mengucup dahi aku di khalayak ramai. Sekarang aku betul-betul bahagia!
“The Sexiest Male is...Ken Kanata!!”
Semua tumpuan pada Ken kini. Dan Ken sempat berbisik pada aku;
“My sexiness is only for you, Iwaya.” Ah, pipi aku merah!




writer's note; this story is a lil bit 'drama korea'. 



The Sky is Falling. (part 2)

Aku mundar mandir di bilik penginapan aku. Bilik 1236, betul-betul sebelah bilik Ken. Aku mundar mandir sebab aku mula tertanya, adakah aku dah balas budi dia? Aku dah selamatkan nyawa dia kan? So, this is it la kan?
TOK TOK TOK!
Aku ketuk pintu bilik dia. Dia buka, wajahnya mamai, sebab baru pukul 5 pagi. Tapi dia tak berbaju. Aku tertunduk, walaupun aku pernah tengok dia tak berbaju waktu photoshoot.
“Ha..Iwaya...nak apa..?” dia menguap.
“Er..saya nak berhenti kerja.”
Dia berhenti menguap tiba-tiba. Dan tajam merenung aku.
“Saya..saya dah fikir masak-masak. Saya dah balas budi encik. Saya dah selamatkan encik. Jadi-”
“Benci sangat ke kau dengan aku?”
Aku tersentak, terus mengangkat muka.
“Tak. Saya tak pernah benci encik. Tapi saya kerja untuk balas budi encik. Jadi, saya rasa-”
“Kita cakap esok.”
BAMM! Dia tutup pintu. Aku termangu-mangu di depan pintunya. Patut ke aku mintak berhenti sekarang? Tapi kan dia dah banyak pembantu, dan aku di sini cuma nak balas budi dia kan? Tapi di Korea, aku sorang je pembantu dia sekarang! Aduh, macam mana ni..

Pukul 8, di restoran hotel, aku duduk depan dia yang sedang bersarapan. Mukanya serius habis. Aku tak berani nak angkat gelas untuk minum pun. Dia pun, sikit tak pandang aku.
Aku akhirnya beranikan diri untuk minum.
“Lepas balik dari Korea. Kau berhentilah.”
Dia bersuara, buat aku tersedak kecil.
“B..be..betul ke ni?”
Aku mengaku, aku gembira dengar keputusan dia. Tapi dia, macam marah. Em, sape tak marah kan? Aku sorang je pembantu dia kat sini.
Pagi tu, Ken ada photoshoot lagi, macam semalam. Tapi dengar kata dengan artis perempuan. Oleh kerana aku sorang je pembantu dia, maka rambut dan mekap dia buat sendiri. Gomen(maaf), Ken!
Tapi aku respek dialah. Sebab dia pandai urus style sendiri walaupun tak ada stylist dan mekap artis di sisi dia. Aku pulak, asyik rasa nak tersenyum je hari ni, sebab dia benarkan aku berhenti!
“Eh..encik pandai mekap sendiri??” tiba-tiba...aku peramah pulak dengan dia. Entah apa baik mood aku time tu.
Dia terhenti menyapu compact di pipi. Mungkin sedikit malu, sebab dia lelaki.
“Aku tak tau lah. Kau buat.”
“Ehh??”
“Kau kan pembantu aku. Kau buat. Buat rambut aku sekali.”
Aik? Tadi kan dia elok je boleh buat sendiri??
Aku tak pandai sangat..macam mana ni..
Walaupun tak pandai aku gagahkan jugak menyapu bahan kosmetik pada kulit licin Ken, dengan mata Ken tajam memerhatikan aku.
“Er..nak guna warna ni ke warna ni?” Aku menunjukkan bekas eyeshadow yang berwarna-warni pada Ken. Ken menjungkit bahu. Aku dapat rasakan, dia sengaja nak seksa aku. Hilang habis mood baik aku tadi.
Aku garu kepala. “Erm, warna ni lah.” Aku tak pandai mekap, sebab aku sendiri tak pakai mekap, jadi aku pakai letak je warna kat muka Ken. Aku terbawa-bawa, sampai muka Ken jadi macam perempuan!
Ken tak pandang cermin masa aku mekap dia. Dia pandang cuma aku.
“Encik...saya tak pandai ni..saya rasa muka encik dah jadi lain ni..”
Ken menjungkit bahu lagi. Matanya tak lepas dari aku yang terpaksa menunduk untuk mekapkan dia.
“What in the name!!! Hey! Stop that!”
Tiba-tiba seorang perempuan meluru masuk. Dia menolak aku sehingga aku terlanggar meja solek, pegh..memang sakit...
“What are you doing to Ken?! Look at his face now!”
Ken memandang wajahnya sendiri di cermin. Dia menahan ketawa. Tapi selepas tu ketawanya pecah. Tergelak besar dia. Perempuan mat saleh itu jadi pelik. Ken membelek muka sendiri di cermin sambil ketawa.
“Maaf, saya tak pandai. I’m really sorry.”
“You should be fired right now!”
Ken terhenti ketawa.
“No. She won’t be fired. I think this is pretty ok.” Selepas itu ketawanya pecah lagi.
Sumpah aku tak pernah lihat dia ketawa. Ini pertama kali. Yelah walaupun baru cuma seminggu aku jadi pembantu dia, tapi selama ini dia cuma dingin terhadap orang lain. Aku ambil keputusan untuk keluar dari bilik itu. Malu satu hal, geram pun ada dekat Ken ni. Macam balas dendam je mamat ni. Dia tak nak aku berhenti ke? Tapi kenapa? Takkan sebab rahsia dia ada hubungan dengan Ayumi tu?
“Hello, Shouta.” Di luar studio, aku call Shouta.
“Iwaya. Kat mana ni?”
“Seoul.”
“Kau ok ke?”
Aku mengeluh. “Aku..aku buat salah lagi.”
“Iwaya, Iwaya. Kali ni apa?”
“Aku..mekap dia buruk sangat..”
Shouta ketawa besar.
“Janganlah ketawa!”
“Adoi..macam manalah muka dia tu eh?”
“Buruk. Macam pondan.”
“Wahahahaha!!”
Aku pun ikut ketawa.
“Iwaya, kau tau tak. Kau sorang je yang setakat ni dah jatuhkan air muka dia.”
Aku tersentak. “Ye..ye ke?”
“Yelah. Mestilah dia malu orang lain tengok dia dengan muka macam tu!”
Aku jadi pelik tiba-tiba. Eh, tapi tadi dia ketawa?
“Shouta, aku kena pergi ni. Bye.”

Aku masuk semula ke dalam studio. Ken sedang photoshoot. Mukanya...masih buruk seperti tadi? Apa maksud dia ni?
“You’re lucky you know that?”
Aku terkujat bila perempuan mat saleh tadi menegur aku dari belakang.
“Huh?”
“You’re lucky the theme today is drag queen.”
Aku terlongo.
“Yea. My director loves it.”
Aku hampir tersenyum, tapi bila ternampakkan renungan tajam Ken, tak jadi.
Tapi Ken ok ke dengan theme tu?

“Encik..betul ke tema photoshoot tadi drag queen..?”
Ken tak menjawab. Cuma tenang mencuci mukanya di depan meja solek.
“Saya minta maaf banyak-banyak! Saya dah memalukan encik!” Aku menunduk, seperti pertama kali aku bertemu Ken dulu.
“Iwaya.”
Aku mengangkat muka.
“Kenapa kau nak berhenti?”
Aku terdiam. Tercari-cari jawapan dalam kepala.
“Er..sebab..ha, saya kan sekolah lagi.”
“Bukan tu alasannya kan? Kau mula kerja pukul 2.”
“Emm..sebab...ha, ayah saya tak tau.”
“So, bagitaulah dia.”
“Tak boleh, saya tak nak dia risau. Dia banyak penyakit.”
Ken menyambung mencuci muka.
“Saya berterima kasih sangat dekat encik sebab selamatkan ayah saya masa tu. Kalau encik tak ada, saya yatim piatu sekarang ni.”
Ken memandang aku. Dia tersenyum. Ikhlas. Buat jantung aku melompat balik. Dan muka aku jadi merah.
“Kalau macam tu kau kena belanja aku. Sempena kau nak berhenti kerja ni.”
“B..belanja?”
Tapi aku...miskin..


Hah? K..kenapa dia bawak aku datang sini..?
“Mesti kau tak pernah datang sini kan? Ini theme park paling famous kat Asia.”
Aku ternganga tengok theme park besar gila macam ni. Macam-macam permainan ada. Ken pakai cap lagi, so orang memang tak cam dia.
“Jom naik roller coaster.”
Kebelakangan ni dia banyak kali pegang tangan aku. Adakah aku patut biarkan je? Atau rentap tangan aku laju-laju?
Aku akur setiap permintaan dia di theme park tu. Dia macam kanak-kanak. Hilang semua sifat dingin dia. Hampir semua permainan aku try. Walaupun dia yang bayar most of it, dia masih suruh aku belanja dia. So, aku cari permainan yang paling murah kat situ. Yang paling murah cuma satu, photo booth.
“Er...ini yang paling murah, encik. Tapi..”
Ken memandang photo booth dihadapannya ini.
“Jom.” Dia mendahului aku, masuk ke dalam photo booth. Ehh? Tapi?? Dia kan selebriti?? Takkan nak bergambar dengan aku??
“So? Nak masuk ke tak?”
Aku cepat-cepat masuk, takut dia marah. Dia macam tak tau guna, so aku yang handle semua butang. Dia pulak, walaupun dah biasa posing depan kamera, dia cuma buat mimik muka kelakar, lari habis dari imej sebenar dia sebagai seorang model. Dia di depan aku kini macam manusia biasa, yang cute.
Aku tiba-tiba rasa lain. Bila tengok gelagatnya, aku rasa nak tersenyum. Bila tengok dia senyum aku rasa terharu. Dia buatkan jantung aku bagai nak pecah. Aku rasa aku faham perasaan ni apa. Pertama kali aku rasa macam ni.
“Yosh aa...dah siap!”
Dia mengambil kepingan gambar yang keluar dari slot photo booth itu.
“Comelnya!” dia ketawa lagi. Aku ingin terus lihat ketawanya.
“Aku nak yang ni, ok?” dia menunjukkan gambar aku dan dia sedang senyum dan membuat bentuk hati dengan tangan kami. Aku tergamam. Adakah dia juga rasa yang sama seperti aku?
“K..Ken?”
Ken menoleh.
“Ayumi??”
Ayumi Hasazaki di sini?! Walaupun dia cuba tutup identiti dengan berkaca mata, dia masih nampak cantik, masih nampak seperti selebriti.
“Ken..you buat apa kat sini?”
“Kau tanya aku, kau tu??”
Ayumi memejamkan mata. Aku cuma jadi pemerhati.
“Ken please, don’t be so harsh. I’m heartbroken right now.”
“Heh. Please. Heartbroken tapi kau layan jugak VIP tu kan?”
PANGG! Ayumi menampar pipi Ken tiba-tiba.
“Enough. I’ve had enough!”
Ayumi berlari pergi tinggalkan aku dan Ken. Ken terluka, aku tau. Mukanya ketika ini tak dapat sembunyi di balik mekap atau karakter. Tiba-tiba Ken berjalan laju. Aku terpaksa catch up dengan langkahnya. Tapi sampai di penghujung theme park, satu tempat yang lengang, dia berhenti. Tercangkung dia memegang kepala. Capnya ditanggalkan, rambut diramas kasar. Aku tiba-tiba rasa bersalah. Walaupun bukan salah aku, tapi, aku dah jatuh cinta pdanya!
Aku jatuh cinta pada Ken Kanata? Ya. Yes. Hati aku sakit lihat dia menangis di jeti jalan mati theme park itu. Hari hampir malam, dia masih lagi duduk mencangkung memegang kepalanya.
“I give her up so easily. So easily.”
Tiba-tiba Ken bersuara. Aku terdiam seketika. Ah! Baru aku teringat! Mesej yang Ayumi suruh sampaikan pada Ken! Tapi..kalau aku beritahu mesej tu sekarang, Ken mesti akan kembali pada Ayumi. Aku?
“Encik..S..Saya baru teringat sesuatu.”
Ken mengangkat muka.
“Mesej yang cik Ayumi suruh sampaikan.”
“Dia cakap...she’s..giving up on you.”
Ken menyeka mata. “What?”
Aku terpejam. Pedih. Tapi Ken bukan milik aku.
“She’s giving up on you. Dia..tak curang, encik.”
Ken bingkas bangun.
“Kau...kenapa..kau tak beritahu awal-awal??”
“Saya..lupa encik. Maaf!” Aku menundukkan tubuh. Maaf tersangat-sangat Ken. Bila aku tegak kembali, Ken dah berlari pergi. Airmata aku pulak dah meluru turun.

Aku mengambil flight pertama ke Jepun pagi tu. Ken tak balik ke bilik hotel sejak malam tadi. Aku pasti dia dan Ayumi dah berbaik. Schedule dia pun dah selesai di Seoul, dan bila dia ada shooting di Jeju, ada pembantu lain yang akan membantu dia. Dengan ini, tugas aku dah selesai. Tapi kenapa hati aku berat? Sakit yang teramat. Sampaikan aku menangis di seat flight, dan stewardess tanya samada aku ok ke tak.
Of course I am not okay!

I just fell in love and got brokenhearted at the same damn time!
Aku meneliti kepingan gambar hasil photo booth yang masih ada di tangan aku. Ken nampak happy, tapi mungkin pura-pura je sebab aku dah nak berhenti. Untuk itu, air mata aku turun lagi. Dah bengkak mata. Dah la tu, Iwaya!
Hari selepas aku balik dari Korea, sangat meletihkan. Sebabnya aku asyik diserbu budak-budak kat sekolah, tanya pasal Ken. Aku terpaksa menipu. Aku cakap, aku dan Ken dah tak jadi adik-beradik angkat lagi. Terus diorang boikot aku. Ada ke patut?
Cuma Shouta yang setia temankan aku.
“Gloomy je hari ni? Jangan, nanti customer lari.”
Aku tersenyum lemah sambil tangan aku perlahan menggosok papan luncur air.
“Shouta, aku dah berhenti kerja.”
Shouta yang sedang minum tersedak.
“Ye ke? Kenapa?
“Aku buat silap lagi.”
Shouta menggeleng-geleng.
“Iwaya, Iwaya. Apa lagi silap kau kali ni, ha?”
Aku mendongak merenung wajah Shouta. Mencari-cari kelibat Ken di dalam kepala. Bertaburan. Semua tentang Ken tertanam dalam memori aku. Untuk itu, air mata aku jatuh lagi.
“Aku..jatuh cinta pada dia, Shouta.”
Tangis aku terhambur. Shouta ternganga.
“Aku..aku tak tau sejak bila, Shouta. Hati aku sakit tengok dia sedih. Jantung aku, macam nak pecah bila dengan dia. Shouta, aku..cinta dia!”
Shouta terdiam.
“Tapi dia bukan milik aku. Dia bukan milik aku kan? Aku..terpaksa..”
“Iwaya.”
Aku memandang wajah Shouta. Dia mendekati dan memeluk aku erat. Aku menangis di bahunya.
Sudah 2 bulan aku tak menjadi pembantu Ken. Ken pun dah selamat pulang ke Jepun. Hubungannya dengan Ayumi masih lagi rahsia. Mungkin sebab tu kut Ayumi tak tahan. Long distance relationship kan. Aku? Aku rilek je. Aku boleh teruskan hidup tanpa Ken. Walaupun di sekolah, aku diboikot. Cikgu pun boikot aku.
“Iwaya! Jawab semua soalan kat papan hitam tu.”
Kenapa? Kenapa aku yang kena?
“Eh, nak tau tak, ada model baru tau kat majalah semalam. Hensem gila..boleh lawan Ken!”
Aku tercuri dengar perbualan budak-budak kelas aku semasa rehat di kantin.
“Ha’ah kan, sekarang Ken tak banyak endorsement. Gerenti model baru ni lah yang sapu.”
“Eh, mana? Mana? Nak tengok muka dia!”
“Hensemnyaaaaa!!!!”
Aku memegang sebelah telinga sebab kuat sangat diorang jerit. Kalau ye pun minat orang sebab rupa, keep it cool la kan.
“Eh, eh, bukan kat majalah ni je kan dia ada?”
“Ha’ah. Majalah An An paling latest gambar dia.”
“An An?! Serius?? Majalah paling famous tu?”
An An. Majalah paling famous kat Jepun. Even Ken pun tak pernah muncul dalam majalah tu. Gila hebat model baru ni.
“Sapa nama dia eh?”
KRIIINGGGGGG!!!! Loceng berbunyi. Aku pun tak berminat nak tau sapa nama model baru yang diorang gila-gilakan tu. Lega sikit pun ada sebab diorang macam dah beralih arah, dari Ken ke model baru tu.


Petang, macam biasa aku tolong Shouta bukak kedai. Tapi Shouta sekarang tak selalu ada. Selalu suruh aku jaga sorang-sorang. Maybe dia dah bercinta kut, orang dah ada makwe, kan.
“Surfboard, Quicksilver.”
Aku mengangkat muka. Ternganga. Tergamam. Terkujat. Semua ada.
“Hey, surfboard please?”
Aku menggeleng, untuk sedarkan aku dari fantasi.
“Erm, berapa jam encik?”
“Erm....normally about 4 hours.”
Aku menulis di buku rekod. Setelah memilih surfboard yang dia kehendaki, Ken tersenyum pada aku.
“Apa khabar, Iwaya?”
“B..Baik, encik.”
“Hey, kan awak tak kerja dengan saya dah. Panggil saya Ken cukup.”
Aku ternganga. Sopannya bahasa dia?
“Er...semua sekali, ¥20,000.”
Dia membuka wallet dan hulurkan ¥20,000 pada aku. Setelah menurunkan tanda tangan pada resit, dia senyum lagi. Dia tengah bahagia ke? Aduh, tiba-tiba hati aku pedih balik.
“Ken!”
Aku memandang ke arah suara tersebut. Ken juga begitu. Ayumi, yang cuma berbikini 2 piece melambai-lambai pada Ken.
“So, you guys dah berbaik?” Sekadar berbasa basi aku bertanya. Tusukan pisau dalam hati, Tuhan aje yang tahu.
“Thanks to you.”
“Saya? Saya tak buat apa-apa pun encik.”
“Encik? Ha..kan saya-”
“Ken.”
Ken tergamam bila aku sebut namanya. Entah kenapa. Dia tegak berdiri di depan kedai, merenung aku.
“Ken?”
“Sorry. Em. Ok Iwaya..., Iwaya.”
“Ya?”
“Iwaya.”
Aku senyum. Walaupun pahit, tapi aku maniskan juga.
“Saya..pergi dulu.” Dia berlari pergi dengan surfboard yang dia baru sewa tadi. Aku tiba-tiba rasa nak menangis. Luka dulu berdarah balik. Aku dan Shouta akan selalu ke satu tempat rahsia bila rasa sedih. Bila rasa nak menangis. Tapi yang selalu kerap ke sana, aku lah. Pemergian ibu, keadaan ayah, sekolah, masalah duit, dan semenjak dua bulan ni, aku makin kerap ke situ. Demi Ken. Di situ ada satu tebing tinggi. Bila dah puas menangis aku akan terjun ke dalam laut. Rasa betul-betul lega.
Hari itu, setelah dua bulan tak lihat wajahnya depan mata, aku jumpa dia lagi. Dia yang rampas hati aku. Tapi tak pernah pulangkan. Macam mana aku nak hidup tanpa hati? Aku meraung macam mana pun dia bukan miik aku, kan?
Aku sedia untuk terjun.
“Iwaya, nanti.”
Aku terhenti.
“A..awak nak bunuh diri ke?”
Aku menoleh laju. Tempat ni hanya aku dan Shouta yang tau. Macam mana-?
“Awak..ikut saya?”
Ken mengangguk.
“A..Ayumi?”
“Dia tengah berjemur. Kenapa awak ke sini, Iwaya?”
Aku tertunduk. Sedikit malu dengan dres putih jarang yang menampakkan bikini aku yang kebudak-budakan. Tak seseksi Ayumi.
“Ini..tempat rahsia saya dan kawan baik saya. Kalau sedih, kami akan selalu ke sini.”
“Awak sedih ke?”
Aku tak menjawab.
“Kenapa, Iwaya?”
Aku memandang tajam dia.
“Kelakar. Dulu, awak dingin. Sekarang kenapa awak dah jadi peramah?”
Ken tak menjawab.
“Awak bahagia kan Ken. Omedetou.(tahniah) Jangan ganggu orang sedih macam saya ni.”
“What? Apa maksud awak Iwaya? Saya-”
“AWAK DAH CURI HATI SAYA!”
Ken terbeliak dengar pengakuan dari aku. Aku sendiri tergamam.
“Awak..dah curi hati saya, Ken.” Aku ulang semula ayat itu tanpa sedar.
“Sekarang, kalau awak tak boleh pulangkan, awak buang jelah hati saya tu.”
Lepas aku habis cakap, aku terjun ke laut. Paniknya Ken bukan main. Aku boleh dengar dalam air suaranya sayup sayup menjerit panggil aku. Dia ingat aku nak bunuh diri ke? Aku pandai berenanglah. Bila aku timbul di permukaan, Ken juga ikut timbul. Dia terjun jugak ke???
“Iwaya!!”
Aku terkujat.
“Don’t scare me like that!!”
Aku menyapu muka.
“AWAK NAK TERHUTANG BUDI DENGAN SAYA LAGI KE?!”
Aku berkerut. Tak berapa faham dengan soalannya. Tapi lepas tu, dia tarik aku dalam pelukan dia. Agak sukar untuk aku lari, sebab kami dalam air. Jarinya mencari jari aku, dan genggam erat. Kepalanya tiba-tiba menyerong sedikit, dan mendekati bibir aku secara lembut. Tak seperti di airport dulu, yang hanya merupakan langkah keselamatan. Lama dia menyapa bibir aku, meronta supaya aku juga menyapanya. Aku tak dapat tahan air mata, dan bibir aku juga tak dapat menipu yang aku cintakan dia.