Aku masih mendongak ke langit sejak sejam lalu. Malam ni agak terang, sebab bulan separa. Kejadian petang tadi masih direwind-rewind dalam kepala aku. Aku cuma budak sekolah. Kenapa Ken nak buat macam tu pulak? Kenapa Ken membalas cinta aku?
Ken melepaskan ciuman. Aku hendak terbeliak kerana terkejut, tapi mata aku yang merah tak membenarkan.
“Saya pulangkan hati awak. Sekarang awak pulak dah curi hati saya, Iwaya.”
“Hah?”
“That day, masa awak selamatkan nyawa saya, di airport. Awak dah curi sejak hari tu. Cuma..saya yang tak sedar.”
Aku tergamam. Tak tau nak kata apa.
“No, masa awak sanggup tunduk depan saya, demi ayah awak. Cuma masa tu saya tak pernah benarkan awak masuk dalam hati saya ni. Tapi sekarang, awak dah terkunci.”
Dia ni memang pandai berkata-kata. Memang aku cair.
“Tapi..tapi..Ayumi?”
Ken mengeluh berat.
“Ayumi. She’s..something else.”
Aku ternganga. WTF?
“No, Ken. Jangan. Jangan buat macam ni pada dia. Please.”
“But Iwaya..”
“Awak dah pulangkan hati saya. Sekarang awak boleh balik.”
Betapa dewasanya aku masa tu. Aku sendiri tak percaya yang aku boleh main cinta dengan orang sedewasa Ken, sedang aku cuma 19 tahun. Orang sedewasa Ken. Orang dewasa memang suka mainkan hati dan perasaan budak sekolah ke? Arghh!!
“Again, Iwaya? Rambut kau kusut betul-betul nanti.”
Aku mendongak. Shouta!
“Shouta! Lama tak jumpa!”
“Ceh, rumah sebelah-sebelah je.”
“Yelah, kau tu asyik hilang je! Duduklah, sembang dengan aku.”
Shouta duduk sebelah aku yang cuma berlapikkan pasir pantai ini. Aku perasan ada sesuatu yang lain dengan Shouta. Dia dah kurus sikit. Dan dia dah semakin kacak. Mungkin sebab lama tak jumpa.
“Hei, kenapa tengok aku macam tu?”
“Saja. Kau makin hensemlah Shouta.”
Shouta ketawa.
“Mungkin sebab aku dah cecah 23 kut.”
Aku ternganga.
“Shouta! Hari jadi kau hari ni kan??”
Shouta mengangguk dan tersenyum.
“Tanjobi no omedetou!! (happy birthday)”
“Arigato..”
“Sorry weh, aku betul-betul lupa!”
“Tak apa, aku pun busy tadi. Tak celebrate pun.”
“Yeke? Em..kau nak celebrate dengan aku tak?”
“Sebab tu lah aku datang sini Iwaya-chan..”
“Ee..dah lama aku tak dengar kau panggil aku macam tu. So kau nak celebrate macam mana?”
“Em...aku nak benda yang manis.”
“Kek? Ala..tak cakap awal-awal. Jap, aku pegi beli.”
Aku bingkas bangun.
“Nanti, Iwaya.” Shouta menarik aku supaya duduk semula.
“Bukan kek yang aku nak.”
“But..apa lagi yang manis?”
Shouta merenung mata aku dalam-dalam. Sampai aku ingat dia nak main lawan mata.
“You.”
Aku terlopong. Sedikit panik timbul dalam perasaan sebab tiba-tiba Shouta mintak macam tu. Jantung pun berdegup lebat macam muzik kuat di corong speaker.
“Iwaya, I want you.”
Aku ketawa besar tiba-tiba. Cuba menutup hati yang berdebar.
“Shouta, aku manis ke? Setahu aku, aku ni masam je. Pahit, kelat, rasa buah sikit, tapi tak pernah man-”
Shouta tiba-tiba mengucup bibir aku. Tanpa amaran, dia terus masuk ke hati aku. Tapi, Shouta, hati aku dah terkunci. Dan Ken terperangkap di dalamnya.
Aku menolak tubuh Shouta. Shouta tergamam.
“Shouta, kau kawan baik aku. So, aku akan buat macam perkara ni tak pernah berlaku.” Aku bingkas bangun.
“Dan, happy birthday.” Aku terus masuk ke dalam rumah dan biarkan Shouta sendirian di atas pasir pantai.
Untuk bertemu Shouta sekarang amat susah bagi aku. Pengalaman dimainkan oleh model terkenal dunia, dan kawan baik sendiri cukup untuk buat aku ke sini. Ke bandar Tokyo. Jauh dari Osaka. Seorang diri. Aku merayau-rayau tanpa arah, dan muka Ken di merata tempat. Di bas, di bangunan, di kerusi, di tiang, di dinding. Di semua tempat.
Aku muak.
Aku nak tinggalkan semua ni. Apa salah aku? Apa salah aku sampai diboikot sekolah, sampai dipermainkan, dan sampai Shouta jadi macam tu? Where did I go wrong?
Aku terhenti di sebuah kedai buku. Ada satu benda yang amat menarik minat aku. Majalah An An. Aku teringat perbualan di kantin tempoh hari.
Model baru yang boleh gantikan Ken. Mungkin aku boleh jadi pembantu dia?
Aku belek muka depan An An. Betapa terkejut terkujat terbisu aku melihat Shouta yang menghiasi muka depan majalah tu! Shouta! Kawan baik aku sendiri! Kenapa??
“SHOUTA! SHOUTA!”
Aku ketuk pintu rumahnya kuat-kuat. Biarpun mak bapaknya mungkin ada di rumah.
“SHOUTA!”
Pintu dibuka.
“Shouta tak ada, Iwaya. Dia ada photoshoot hari ni.”
Airmata aku jatuh. Am I the last person to know?
“Kat mana tu okasan?”
“Kat Tokyo katanya.”
Aku baru balik dari sana. Shouta, sampai hati kau...!
“Iwaya! Kau cari aku ke? Oka-chan aku cakap..”
“Sampai hati kau Shouta.”
“Huh?”
Aku mencampak majalah An An di depannya.
“Iwaya, let me explain.”
“Huh? Explain what? Ini diri sebenar Shouta? Kau jadikan Ken sebagai idola ke? Kalau ye, korang berdua memang pandai permainkan perasaan budak sekolah macam aku ni!”
“Iwaya, it’s not like that..”
“Habis tu apa? Kau jadi model untuk apa? Fame? Money?”
“I DO IT FOR YOU!”
Aku terkaku.
“I do it for you, Iwaya.”
“Apa yang kau cakap ni, Shouta?”
“Kau tau tak betapa sakitnya hati aku bila tengok kau menangis sebab Ken? Kau tau tak dalam ni...hari-hari berperang?” tangan Shouta keras menunjuk dada sendiri. Aku keras di situ. Tegak tak terucap.
“Patut ke tak aku luahkan? Patut ke tak aku biarkan dia cinta Ken? Patut ke tak? Itu yang aku fikirkan hari hari, Iwaya!”
Shouta mendekati aku.
“Aku jadi model bukan sebab duit, atau nama. Dan aku tak jadikan Ken idola pun. Aku jadikan dia musuh utama aku. Aku jadi model sebab kau jatuh cinta pada seorang model. Aku nak kau, jatuh cinta pada aku juga.”
Akhirnya aku boleh bersuara.
“Tapi Shouta, aku jatuh cinta pada Ken bukan sebab dia model.”
“Aku dah bersama kau berapa tahun?”
Aku mengira dalam hati.
“Forever.”
Shouta menarik aku dalam pelukan. Dan aku, menangis di situ.
Shouta dan aku dah bercinta secara rasmi. Dia dan aku tak pernah berpisah. Aku percayakan dia. Aku percaya dia takkan mainkan aku macam Ken. Argh, ingat nama dia pun sakit hati rasanya. Hari ni, hari graduation day aku. Mulai esok, aku bukan lagi budak sekolah. Aku tak perlu risau diboikot lagi dan bila Shouta datang bawa bunga untuk aku, budak lain cuma boleh ternganga.
“Macam mana Iwaya boleh dapat dua-dua model terhebat ni ha??”
Aku tersenyum. Dalam masa 3 bulan selepas aku dipermainkan Ken, aku cuba lupakan dia. Shouta selalu bawa aku ke photoshootnya. Yang membawa jelingan perempuan lain, sebab Shouta layan aku mesra! Dan akhirnya aku tiba di sini. Hari aku tamat jadi remaja.
“Omedetou musume-chan!” (congratulations, daughter)
Aku peluk ayah. Rambutnya hitam pekat diwarnakan. Middle life crisis, memang begitu.
“Otousan, kenapa tak kaler blonde je?”
Shouta ketawa lihat rambut ayah aku yang kembali muda. Aku patut terima Shouta kan? Dia lebih rapat dengan ayah, dan dia kawan baik aku!
“Iwaya, aku ada photoshoot esok. Nak ikut?”
“Kalau kau kasi..”
“Mestilah aku kasi, sayang.”
Aku senyum. Tapi kenapa aku tak bahagia..?
Photoshoot Shouta esoknya – kenapa aku tak terkejut- dengan Ken Kanata. Shouta sangat risaukan aku, jadi dia suruh aku duduk hanya di bilik persalinan saja. Yeah right. Menghadap senpai-senpai lama aku? Tak nak! Menjeling macam nak juling. Aku duduk di ruang studio perhatikan Shouta bekerja. Dia dan Ken sama hebatnya dalam modelling. Ken seolah tak kenal aku. Sakit jugak hati aku bila dia berlagak tak kenal aku. Mukanya dingin seperti selalu.
“Shouta, ganbatte ne.” (do your best ok?)
Shouta tersenyum dan mengucup dahi aku tiba-tiba.
Aku senyum pahit, dan kemudian tertangkap mata Ken yang merenung aku tajam.Renungan tu masih buat aku berdebar. Aku menumbuk-numbuk dada sendiri, suruh jantung berhenti berdebar. Shouta seorang di depan kamera kini, Ken di belakang kamera, tunggu giliran. Aku sesak nafas melawan renungannya. Dia berdiri menghadap aku walaupun pusat tumpuan kamera di belakangnya. Aku tak tau nak buat apa, aku terpaksa lari ke bilik persalinan. Seperti yang aku jangka dua orang senpai aku ada di situ sebab Shouta dan Ken berkongsi bilik persalinan yang sama.
“Iwaya?”
Aku mengangkat tangan tanda ‘hi’.
“Lamanya tak jumpa!”
Eh, baik pulak diorang?
“Iwaya, kitorang dengar kau ni girlfriend Shouta, ye ke?”
Tak habis-habis bergosip rupanya. Aku mengangguk.
“Tapi kan, sejak kau berhenti ni kan aku rasa elok untuk Ken.”
Aku ternganga.
“Dia dah berhenti merokok. Dah tak dingin macam dulu.”
“Tapi memang tak boleh lupalah, Iwaya. Ada satu masa tu dia marah kitorang cukup-cukup sebab buli kau. Kitorang dah serik nak buli junior lagi.”
Aku masih ternganga.
“Dia..dah baik..?”
“Eh, kau tak tau ke? Dia nak dapat baby. Dengar cerita Ayumi mengandung. Dah lama rasanya.”
Aku makin terkejut. Hati aku tak dapat terima kejutan banyak macam ni sekaligus. Aku duduk sebentar di kerusi solek.
“Tapi, kau tau tak kenapa dia dengan Ayumi putus?”
Aku mengangkat muka.
“Hah?”
“Ha’ah diorang dah putus. Sayang kan? Dah nak dapat baby pun boleh putus.”
“Maybe Ken ade perempuan simpanan kut?”
Aku bingkas bangun. Biarkan dua orang senpai aku ni terus bergosip dan beredar dari studio. Aku balik sendiri. Tak mampu terima informasi yang terlalu banyak.
“Ayumi. She’s something else...”
Akukah perempuan simpanan Ken tu? Kusut kepala aku, kusut lagi rambut aku. Aku tak tenang di samping Shouta. Hati aku masih ada Ken. Dia masih bernafas di situ. Shouta, maafkan aku!
“Kat sini awak menyorok.”
Aku menoleh. Gelap. Tapi aku kenal suara tu. Aku bingkas bangun.
“Shouta panik awak hilang. Takan dia tak tau tempat rahsia awak ni?”
Aku berkerut. Shouta panik? Inikan tempat rahsia aku dan dia?
“Nampaknya saya lebih faham awak dari Shouta.”
“Cukup Ken. Awak nak apa?”
Ken perlahan-lahan keluar dari gelap. Dia masih bersut modelling tadi, walaupun sudah kotor sedikit dimakan pasir pantai.
“Saya nak awak.”
“Dah lah Ken. Saya dah tau semuanya.”
Semakin Ken menghampiri, semakin aku berundur. Tapi bila dia dengarkan ayat ni, dia terhenti.
“Apa yang awak tau?”
“Ayumi mengandung, kan? Kenapa awak tinggalkan dia? Demi saya ke? Tolong jangan buat macam ni, Ken. Dia mengandung tu. Tolong pergi pada dia balik.”
Ken tersenyum sinis. Dia menghampiri. Aku berundur lagi.
“Apa yang buat awak fikir saya tinggalkan dia sebab awak?”
“Well, you’re here aren’t you!”
Ken ketawa.
“Iwaya. Do you know how cute your innocence is?”
“Huh?”
“Saya tak tinggalkan dia demi awak.” Dia menghampiri lagi. Aku jadi takut. Kaki aku sudah berada betul-betul di hujung tebing. Dan aku tak yakin untuk terjun malam-malam macam ni.
“Saya tinggalkan dia demi saya.”
“Huh..?”
“Iwaya.”
“Jangan dekat, Ken. Nanti saya terjun..”
Ken ketawa lagi.
“Well kan awak pandai berenang?”
“Ken, I mean it. Saya tak berani berenang malam-malam.”
Ken terhenti.
“Really?”
Dia mencabar aku. Aku betul-betul berundur. Dan sebaik aku berundur setapak, aku tergelincir.
“AAAAARRGHH!!”
“IWAYA!!!”
Ken mencapai tangan aku, aku pulak melihat kebawah. Lebih banyak batu dari air.
“Ken, saya tak mau terhutang budi dengan awak lagi! Lepaskan saya!”
“No Iwaya! Saya NAK awak terhutang budi dengan saya!”
“What?”
Aku tergantung di pinggir tebing, dengan tangan Ken yang kuat menarik tangan aku.
“Ken, awak akan dapat anak. Tolonglah lepaskan saya!”
“No, Iwaya! Ayumi tak pernah mengandung! Dia tak pernah mengandung pun! Saya pun tak pernah beri dia hati saya! Hati saya pada awak, Iwaya!”
Aku ternganga kejap. Nyawa di hujung tanduk pun boleh ternganga-nganga lagi??
“Saya nak awak....terhutang..budi..dengan saya....lagi!!” Ken berusaha menarik aku ke atas tebing. Dan bila aku dah sampai ke atas tebing, dia menyambung;
“Biar saya dapat miliki awak sampai bila-bila.”
Airmata aku jatuh dengan mudah. Degupan jantung bertukar jadi debaran ketika Ken marik wajah aku dekat dengan bibirnya. Aku temui bibir itu lagi. Yang selalu minta dicintai. Aku, tak mampu menipu diri sendiri.
“Ah, Shouta!”
Shouta menoleh perlahan.
“Aku...minta maaf..sangat-sangat.”
Shouta memandang aku. Kemudian merenung tajam Ken di belakang aku.
“Kalau dia menangis lagi sebab kau, taulah kau aku kerjakan.”
Kemudian Shouta kembali berjalan, melambai, menandatangani autograf pada peminat. Ken tersenyum dan mencapai tangan aku. Di MTV Movie Awards ini, aku, Ken dan Shouta berjalan di red carpet yang sama. Aku berjalan beriringan, berpimpin tangan dengan Ken. Dan kadangkala dia mengucup dahi aku di khalayak ramai. Sekarang aku betul-betul bahagia!
“The Sexiest Male is...Ken Kanata!!”
Semua tumpuan pada Ken kini. Dan Ken sempat berbisik pada aku;
“My sexiness is only for you, Iwaya.” Ah, pipi aku merah!
writer's note; this story is a lil bit 'drama korea'.
writer's note; this story is a lil bit 'drama korea'.
No comments:
Post a Comment