“Patutla pun dia jadi model..eh kau tau sekarang ni dia official model untuk CK?”
“Serius?! CK is my favourite line!”
Kambing. Kalau hari-hari aku dengar jeritan diorang ni, agak boleh pekak jugaklah telinga aku. Masalahnya, memang hari-hari pun aku dengar diorang terjerit macam ni! Adeh.
TRIT! TRIT! TRIT! TRIT!
Aku terkebil. Telefon bimbit bunyi. Tapi siapa punya?
Dua orang perempuan yang terjerit-jerit tadi memandang aku dengan tajam. Aku pulak, duduk terkebil-kebil.
“Hoi, budak baru. Kau tak tau ke rules kat sini? Jangan on handphone! Kau nak kena cekik dengan Mr Freddy ke?!”
Aku bingkas bangun, membuat isyarat tangan tanda maaf dan segera mencari telefon bimbit aku dalam beg.
Eh, tak bunyi pun? Bukan telefon aku yang bunyi?
TRIT! TRIT! TRIT! TRIT!
Bunyi telefon masih kedengaran. Dua senpai aku sudah bercekak pinggang. Aku garu kepala. Telefon Ken ke? Aku menyelongkar beg galas hitam milik Ken di atas sofa merah itu, Memang betul, telefon dia yang bunyi. Cepat-cepat aku angkat.
“Hello?”
“Ken..” Suara perempuan.
“Er, Ken tengah busy sekarang. Boleh call later?”
“Em..bagitau Ken..I’m giving up on him..”
Hah? Aku ternganga kejap. Lepas tu perempuan tu matikan talian.
“Siapa pulak tu?”
Ini pertama kali aku angkat call untuk Ken. Selalu aku hanya jadi tukang angkat barang or even worse, jadi hamba abdi dia. Yelah, aku baru je mula kerja kat sini. Dia pulak ada ramai pembantu. Aku cuma di sini sebab aku pernah terhutang budi dengan Ken.
Oh, maaf. Lupa nak perkenalkan diri. Mesti korang tertanya-tanya siapa aku ni dan aku buat apa kat sini, kan? Heh.
Hai, nama aku Hatayama Iwaya. Aku masih student, masih belajar di sekolah tinggi di Osaka. Tapi sambil belajar, aku bekerja. Walaupun gaji tak tinggi mana, aku perlu kerja. Sebabnya;
“Onegaishimasu! (Please, I beg you)”
Aku menundukkan kepala pada lelaki asing ini. Walaupun dia masih basah kuyup dengan tuala yang tersangkut di bahu, aku tak peduli.
“Tak payahla. Aku bukannya buat apa-apa pun!”
“Encik! Tolonglah. Biar saya balas budi encik! Saya tak kisah encik nak suruh saya buat apa-apa pun! Saya sanggup!”
“Eh..tolonglah. Sekuriti! Tolong halau keluar budak ni!”
“Encik! Selagi encik tak suruh saya buat apa-apa, saya takkan keluar dari sini!”
Lelaki itu tergamam seketika. Aku menyambung;
“Saya tak nak ayah saya terhutang budi dengan sesiapa. Saya pun tak nak.”
Dia diam lagi.
“Biarlah saya balas budi encik yang dah selamatkan ayah saya dari lemas hari ni. Onegai!!”
Aku tertunduk lagi.
Sampai kini, dah seminggu aku disini. Diupah jadi pembantu dia. Aku tak kisah kerja apa pun, asalkan aku dapat balas budinya. Aku tau, budi dia tersangatlah besar, sebab dia dah selamatkan ayah aku dari lemas tempoh hari. Ayah yang mengada-ngada nak ke tengah laut. Aku waktu itu sibuk di pantai, menjual peralatan menyelam dengan kawan baik aku. Ayah yang sudah lama tak ke laut, hari itu dia buru-buru meminjam kayak milik Shouta dan mendayung ke tengah laut seorang diri. Ayah tak pandai berenang, walaupun sudah bertahun tinggal di tepi laut. Nasib baik Ken ada berhampiran, dan dia sangat pandai berenang, jadi ayah aku dapat diselamatkan. Mungkin sampai bila pun aku takkan habis bayar hutang dia.
“Hoi, hoi, berani kau angkat call dia..??”
Aku menoleh. Dua senpai aku ni adalah stylist dan mekap artis Ken. Diorang sangat obses dengan Ken sampaikan hari-hari berbual topik pasal Ken.
“Er..saya...tadi...”
“Ada aku suruh kau angkat call dia?!”
Aku telan liur.
Ken Kanata. Selepas aku datang ke sini barulah aku tau yang dia seorang model ternama. Worldwide. Dia memang berbakat. Sekejap saja dah boleh jadi in-character. Peminat dia, macam laut! Pernah sekali dia cuma keluar nak beli rokok, dia diserbu macam ada orang nak merusuh. Sejak tu, menjadi tugas aku, keluar beli barang untuk dia.
Ken seorang yang dingin. Kalau korang perasan, masa aku flashback tadi, dia siap suruh sekuriti halaukan aku. Yang aku perasan selama seminggu aku jadi pembantu dia, dia suka menyendiri. Tak seorang pun antara kami yang pernah bercakap secara direct dengan dia, kecuali aku.
Aku pun kadang-kadang rasa pelik. Masa dia dimekap, atau rambut dia didandan, dia cuma diam membisu. Walaupun senpai cuba keluarkan topik yang boleh menarik minat dia, dia diam tak membalas.Tapi lepas habis dandan dia akan pandang aku dan cakap;
“Hoi, rokok.”
Aku pun cepat-cepat hulurkan dia sebatang dan nyalakan lighter untuk dia.
Senarai kerja aku?
Tiap-tiap hari Ken ada program. Kalau tak photoshoot, dia dijemput ke TV show, ataupun dia terlibat dengan shooting. Kebelakangan ni dia kerap diambik sebagai model videoklip. Aku tamat sekolah pukul 1. Jadi tiap-tiap hari lepas sekolah aku tak sempat nak pergi kelas tuisyen ke, kelas tambahan ke, sebab aku akan terus ke studio dia.
Ayah tak tau aku kerja dengan Ken sekarang. Aku tak nak dia tau pun. Aku buat semua ni untuk dia jugak. Sementara ayah sedang dalam middle life crisis – berminat dengan benda-benda muda – aku biarkan dia di jaga oleh Shouta, kawan baik aku.
“IT’S A WRAP!!” teriak suara dari luar bilik persalinan ni. Senpai bertepuk tangan. Yelah, kalau wrap tu means Ken akan kembali ke bilik.
“Ken! Otsukare! (you’ve worked hard) You were amazing!”
“Ken! I dengar you join CK, ye ke?”
Ken terhenti dari berjalan menuju aku. Dia memandang sebentar stylistnya, dan terus berjalan ke arah aku. Senpai bertepuk gembira. Hanya kerana Ken pandang sekejap. WTF??
“Hoi.” Ken menegur aku yang leka melihat gelagat senpai.
“Er..nah.” Rokok dan lighter dah tersedia.
“Bukan tu.”
“Er..habis tu?”
“Tu.” Mulutnya memuncung ke dada aku. Aku memandang ke bawah.
“Hah?!” Agak kuat jugak suara aku ketika itu, terkejut beruk sebab Ken memandang dada aku.
“Telefon aku.”
Eh? Baru aku sedar. Aku sedang genggam telefonnya dan tangan aku sedang rilek atas dada aku sendiri. Adeh, malu dowh.
“Eh, oh. Erm..sorry. Nah. Tadi ada orang call.”
Ken mencapai telefonnya dan memeriksa. Mukanya pucat seketika, tiba-tiba dia tanya;
“Dia cakap apa??”
“Dia cakap..erm...” alamak! Aku dah lupa!
Ken merenung aku tajam, macam nak terkam bila-bila masa.
“Er..sorry encik! Saya terlupa!”
“Kau tau tak apa kau dah buat?!”
Herdikan Ken buatkan aku terpejam, rasa macam nak menangis. Penting sangat ke call tu? Tergesa-gesa Ken beredar dari bilik tu, sedangkan dia sepatutnya kena balik bersama team.
“Kan aku dah kata..tulah..siapa suruh kau angkat call dia?”
Aku cuma boleh menarik muka dengar kata-kata senpai. Lepas kemas-kemas barang Ken, aku pun balik sendiri.
Aku rasa bersalahlah. Sepatutnya aku boleh ingat apa yang perempuan tu cakap tapi...argh!!
“Apa salah rambut kau tu, Iwaya?”
Aku berhenti dari mengusutkan rambut dan menoleh. Matsuda Shouta, kawan baik aku setia tersenyum. Aku memuncung. Walaupun dia ni lebih tua dari aku, tapi aku tak anggap dia tua langsung. Macam sebaya.
“Shouta, aku dah buat salah lagi hari ni.”
“Laa..kau buat apa pulak kali ni?”
Aku memeluk lutut. Angin laut hari ni tenang sangat. Bintang pun tak banyak kat langit.
“Iwaya?”
Aku tersedar. Shouta dah duduk di sebelah aku.
“Aku..aku lupa mesej yang sepatutnya aku bagitau dia.”
Shouta ketawa kecil.
“Kau kan pelupa. Adatla tu.”
“Hei! Tapi kali ni aku memang betul-betul lupa. Argghh!! Apa yang dia suruh pesan ekh..”
“Siapa yang suruh tu?”
Aku memandang muka Shouta yang kelam disuluh cahaya bintang.
“Perempuan. Aku pun tak tau.”
“Fuh, gosip ni.”
“Takde, kau jangan nak mengada. Aku tau ada masuk paper esok pasal ni, siap kau!”
“Iwaya, takkan kau baru kenal aku. Akulah penyimpan rahsia terbesar kau.”
Aku ketawa. Shouta juga ikut ketawa. Aku dan dia, kenal sejak kecik. Sejak aku kehilangan ibu. Shouta dan keluarga yang jaga aku bila ayah sibuk jadi cari duit. Kerana nak besarkan aku seorang, ayah buat 2,3 kerja. Kadang-kadang aku rasa kesian, jadi aku dan Shouta bukak kedai kecil untuk pelancong. Kami tinggal di tepi pantai, yang 15 minit dari Osaka. Dari menjual gula-gula, bertukar ke aiskrim, sehingga kini aku dan Shouta menjual peralatan menyelam dan peralatan surfing. Semua tu sebenarnya perniagaan keluarga Shouta, aku cuma tolong sikit-sikit je.
“Cakap pasal rahsia, sampai bila kau tak nak bagitau ayah kau pasal kerja part-time ni?”
Aku mengeluh.
“Aku tak nak dia tau, Shouta. Nanti dia susah hati.”
“Kenapa kau baik sangat ni? Nak balas budi mamat tu?”
Aku tersenyum memandang langit.
“Siapa yang boleh lupakan CPR dia tu, Shouta. Dia nampak....betul-betul ikhlas masa selamatkan ayah. Dia tekan dada ayah..., selagi ayah tak bagi respon...selagi tu dia cuba.”
Shouta diam mendengar.
“Dia...kalau dia tak ada, aku dah tak ada ayah, Shouta!”
Mata aku berkolam. Tak sanggup tunjukkan air mata depan Shouta, aku berlari masuk ke rumah.
Pagi tu, aku ke sekolah macam biasa. Di sekolah, aku tak popular langsung. Oleh kerana hanya aku pelajar sekolah yang tinggal di tepi laut, diorang ejek aku ikan duyung’. Ada jugak yang ejek aku ‘budak pantai’ (beachboy) sebab perwatakan aku macam lelaki, dan aku duduk tepi pantai. Cilanat. Tapi aku rilek je. Pedulikanlah. Tinggal di tepi pantai memang best!
“Hatayama Iwaya!”
Aku terlompat. Cikgu di depan mata, tiba-tiba menyedarkan aku dari berangan dalam kelas.
“Er..ya cikgu?”
“Pegi jawab soalan nombor 10 tu!”
Aku menelan liur. Terketar-ketar aku menuju papan hitam yang dah penuh dengan soalan matematik. Terketar-ketar jugak aku mencapai kapur, dan tangan aku berhenti separuh jalan bila aku dengar orang ramai menjerit di luar sekolah dan di koridor kelas.
“Huh?”
“AAA!! AAAA!!! AAAAAA!!”
Cikgu keluar dari kelas sekejap, aku menarik nafas lega.
“Iwaya-san!”
Aku terlompat lagi.
“Ada...orang nak...j..j..jumpa..” Eh, suara cikgu pulak yang terketar-ketar?
Aku menoleh memandang cikgu di muka pintu kelas. Herghk!
“A..aa..apa encik buat kat sini?”
Walaupun aku dan dia berjumpa dalam bilik pengetua, di luar bilik, beratur budak-budak nak tengok dia.
“Hari ni. Aku shoot kat Korea. Ikut.”
Aku ternganga. Aik, semalam bukan main marah?
“Er..tapi..saya sekola-”
“Aku dah mintak MC untuk kau.”
“Er..tapi..”
Dia merenung tajam aku. Renungan itu lagi. Adeh. Macam mana ni?
“Aku tunggu kat parking lot. Sekarang.”
Dia bingkas bangun dan nak beredar keluar. Adoiii....sapa nak jaga ayah? Kalau sekolah tau aku kerja part-time..habis aku! Tapi..dia dah mintak MC pun kan? Maknanya sekolah dah tau?
“Tunggu!”
Dia berhenti di pintu.
“Sekolah tak boleh tau saya kerja, ayah saya pun tak boleh tau.”
Ken menghela nafas. Sebentar kemudian dia buka pintu – menyebabkan semua budak menjerit – dan memanggil masuk pengetua. Loh..pengetua aku pun beratur kat luar ke?
“Saya nak bawak Iwaya ke Korea. Ada masalah?”
“Tak..tak ada encik Ken.”
“Dia ni pe..”
“Bukan!” cepat-cepat aku potong cakap Ken sebelum dia keluarkan perkataan ‘pekerja’ itu,
“Dia..abang angkat saya. Ibu angkat saya sakit di Korea. Boleh saya pergi, cikgu?”
Ken berkerut dahi memandang aku, tapi aku tak peduli.
“Oh..Ken ni abang angkat kamu? Baiklah. Boleh, boleh. Cuma seminggu kan?”
Huh? Seminggu? Aku ingat sehari je! Adoi..mamat ni..
Ken tersengih sinis, dan sempat menyergah aku.
“Sekarang!”
Aku terkejut sikit, dan terus kembali ke kelas untuk kemaskan barang. Semua budak pandang aku lain macam. Ada yang mengutuk, ada jugak yang dah mula macam tegur-tegur baik aku.
“Kitorang tak tau Ken tu abang angkat kau....eh...hensem lah dia..”
Aku tak peduli. Aku cuma diam dan kemas barang je.
“Eh janganlah sombong sangat. Bawaklah aku sekali, boleh?”
“Iwaya...bolehlah..bolehlah..”
Aku terus beredar tak pedulikan diorang lepas dah kemaskan barang. Aku sebenarnya tengah bengkek dengan mamat tu. Suka-suka hati nak datang sekolah aku lepas tu bawak aku pergi Korea!
“Saya kena singgah rumah sekejap.”
Ken mengangguk tanpa memandang aku. Dalam perjalan ke rumah aku dengan kereta sport biru miliknya tu, dia diam membisu. Tapi tu biasalah. Diri dia. Timbul pulak rasa bersalah aku semalam.
“Er..encik, saya minta maaf pasal semalam. Saya betul-betul tak ingat apa pesanan dia. Saya pun tak tau yang encik tak off phone-”
“Kau tau dia siapa?”
Aku terdiam sekejap, menggeleng lepas tu.
“Ayumi Hasazaki.”
Aku terlopong. Penyanyi popular tu?! Aku menelan air liur.
“She’s my girlfriend. Well, ex.”
Huh? Eh, tapi tak pernah keluar gosip pun pasal-?
“Hubungan kitorang memang terlalu rahsia. Tak ada siapa pun tau.”
Aku tergamam. Ok...aku sorang je tau ke?
“Kau sorang je.”
Lepas tu kami diam tak terkata. Aku tak nak masuk campur, dan dia pun tak nak cerita lebih lanjut.
Ken tau rumah aku kat mana, sebab dulu pun masa dia datang surfing kat sini, dia sewa alatan surfing dari Shouta. Ayah aku juga diselamatkan di sini.
“Encik nak masuk?”
Dia geleng. Matanya terlindung di balik Aviator silver, tanpa memandang aku.
Aku perlu cari Shouta. Aku ke rumah Shouta dulu sebelum ke rumah sendiri.
“Shouta! Shouta!”
Shouta buka pintu.
“Iwaya? Kau tak sekolah ke?”
“Weh, dengar ni. Aku kena pegi Korea. Ken ada kerja kat sana. Tapi ayah tak boleh tau. Kau cakap aku pergi school trip ke ape ke, boleh?”
“Hah?! Wei, kejap, kejap. Korea?”
“Ha’ah. Kau coverkan untuk aku eh? Thanks. Sayang kau!”
Aku peluk Shouta sebentar dan menuju ke rumah aku yang cuma bersebelahan dengan rumah Shouta. Selesai kemaskan barang dan tukar baju sekolah, Ken bawak aku ke airport. Yang peliknya, mana pergi semua pembantu-pembantu dia yang ramai tu? Sampaikan nak pakai kasut pun ada pembantu! Mana?
“Takkan saya sorang je ikut?”
Ken menjeling di balik Aviatornya.
“Habis?”
“Er..yang lain?”
Ken mengangkat majalah menutup mukanya. Bukan tak ramai yang perhatikan kitorang kat airport ni. Ramai, siap ada yang nak serbu.
“AAA!! KENN!!!”
Lebih kurang 5 orang perempuan datang menyerbu dia. Aku bangun, dan cepat-cepat halang diorang dari menyerbu Ken. Itu tugas aku. Tapi aku tak mampu buat seorang diri.
“Hei!! Tepilah!! Kitorang nak jumpa Ken! Yang kau sibuk kenapa?!”
Aku sabarkan diri. Aku ni cuma budak sekolah beb, manalah mampu lawan peminat dia yang semakin bertambah ramai nak menyerbu ni?
“Maaf! Maaf! Ken tak senang sekarang!”
“TEPILAH!!”
BUKK!
Aku terjelepuk jatuh, tapi aku mesti bangun. Aku teringat masa aku mula-mula kerja dengan Ken dulu;
“KEN!!KEN!!!KENN I LOVE YOU KENN!!”
Hari tu, Ken di red carpet MTV Music Award. Aku dan beberapa pembantu lain cuba halang peminat dari menyerbu Ken. Tapi kami tak perasan ada sekumpulan peminat yang menyerbu Ken dari belakang, macam lalat. Ken tersepit di tengah-tengah. Aku dan pembantu lain panik. Cuba keluarkan Ken. Satu yang aku nampak ketika itu, Ken sesak nafas. Matanya terbeliak besar, wajahnya pucat, berpeluh-peluh. Dia tak gembira langsung dikelilingi peminat.
“Ken ada asthma. Dia klaustrophobia.” Salah seorang pembantu Ken menerangkan pada aku. Baru aku faham. Sedikit sebanyak aku juga faham kenapa dia selamatkan ayah dulu.
Aku bangun. Sekali lagi aku halang diorang dari menyerbu Ken. Aku tak nak peristiwa tu berulang lagi. Lagipun aku sorang je bertugas hari ni, tanggungjawab di bahu aku.
“Tolong jangan!! Ja..ngan!! Jangan!!”
Sedaya upaya aku cuba halang peminat yang ramai dengan dua tangan kecil aku ni. Tiba-tiba, tangan aku ditarik pergi. Eh? Aku ikut berlari. Ken tarik tangan aku? Aku dan dia berlari dalam airport yang luas, cuba cari tempat yang selamat dari peminat dia. Jantung aku macam terhenti. Dia genggam tangan aku, erat. Macam tak mahu lepas. Tubuhnya tercari-cari tempat selamat. Kadang-kadang menoleh ke belakang, kadang-kadang bawa aku ke depan. Kami berlari tanpa arah tuju. Dan jantung aku, tiba tiba mengetuk laju.
“Hah..hah...hah...hah...” setelah beberapa minit berlari, akhirnya aku dan Ken menyorok di tempat beg-beg disimpan. Gelap. Berdebar.
“Hah...hah..kau ok?”
Aku mengangguk. Tak mampu berkata-kata.
“Ken menyeluk poket. Teraba-raba. Sebentar kemudian, matanya terbeliak. Nafasnya turun naik.
“Encik?”
Dia membuat isyarat tangan.
“Huh?”
Dia tunjuk lagi. Isyarat di mulutnya, ibu jarinya seolah menekan sesuatu.
“Pump!”
Dia mengangguk laju.
“Alamak! Pump! Tinggal dalam beg! Beg kat sana tadi!”
Beliaknya makin besar. Nafasnya makin sesak. Mukanya makin pucat.
“Tunggu sini! Biar saya pergi ambik!”
Aku pusing untuk beredar, tapi dia menarik aku laju-laju. Laju sehingga bibir aku bertemu bibirnya. Nafas aku dia sedut lama, buatkan jantung aku luruh, kaki aku longgar. Mata aku pulak yang terbeliak kali ni.
Dia lepaskan bibirnya dari aku. Menghela nafas sendiri dan menghembus lega. Aku – pucat, tak terkata. Jantung macam nak pecah. Itu ciuman pertama aku.
“Er..” dia bersuara.
“Flight. Flight. Final Call.” Aku, macam orang kena sampuk, terus buka pintu dan keluar. Hati masih terkejut dengan kejadian tadi, walaupun aku sangat-sangat faham itu cuma langkah keselamatan. Macam CPR. Macam dia selamatkan ayah!
Dalam flight, aku masih lagi terkejut. Aku tak berani pandang mukanya. Nanti muka aku sendiri yang merah. Dia juga diam. Memudahkan aku untuk mengelak dari bercakap dengannya.
Sampai di Seoul Airport, aku sengaja jalan laju-laju. Tinggalkan dia di belakang. Dia pun pakai cap, so orang tak cam dia. Aku kutip beg-beg kami, masukkan dalam kereta jemput dan diam membisu di tempat duduk belakang.
“Aku ada photo shoot dua hari kat Seoul. Hari ketiga kat Jeju-”
“Saya tau. Ada dalam schedule.” Aku jawab tanpa pandang mukanya yang duduk di seat hadapan aku. Cilanat. Ini kereta limousin. Jadi aku dan dia kena duduk menghadap muka masing-masing.
“But first, aku nak jumpa Ayumi.”
Aku tersentak. Terus pandang matanya yang terlindung balik Aviator.
“Up..up to you, encik.”
Ken tersenyum sinis, dan teruskan membaca majalah. Tiba-tiba aku rasa ngilu. Ngilu dalam hati, ngilu di lutut. Perlahan aku melipat kaki seluar jeans hingga ke paras lutut. Adeh, berdarah..ni mesti sebab kena tolak dengan peminat-peminat Ken tadi! Cis! Mata Ken masih di balik majalah, jadi cepat-cepat aku turnkan kaki seluar.
Sebaik sampai di hotel tempat Ken menginap, aku perlu cari tempat aku menginap juga sebab takkan aku nak menginap satu hotel dengan dia? Lima bintang pulak tu! So aku mintak tolong driver tu bawakan aku pergi tempat penginapan lain lepas dah check in untuk Ken.
“Cik, boleh tak bawak saya cari penginapan lain?”
“Er..maaf, saya kena standby untuk photoshoot Ken kejap lagi.”
Aku terdiam.
“Ye ke? Em, tak pelah.”
Terpaksalah aku jalan sorang-sorang cari penginapan di kota asing ni. Sumpah, aku tak pernah jejak kaki ke Korea. Sedang aku jalan sorang diri dengan beg galas berat di bahu, aku jumpa 7-11. Teringatkan luka di lutut, aku singgah.
“Cilanat betul la, boleh pulak diorang tolak-tolak. Kalau aku ni besar takpelah.” Aku membebel sorang-sorang depan 7-11, sambil menampal plaster di lutut.
“Iwaya.”
Aku tersentak, dan mendongak. Erk, Ken?!
“Kau cedera?”
Aku cepat-cepat turunkan kaki seluar.
“Tak. Tak. Sikit je ni. Saya yang cuai ni.”
Dia tarik aku bangun.
“Ikut aku.”
Dia tarik aku menuju hotel tadi. Tarik menuju bilik 1237, bilik dia menginap. Dia masih menggenggam erat lengan aku, seperti di airport tadi, sambil tangan kanannya membuka kunci bilik.
“Duduk.”
Aku akur arahannya walaupun rasa macam nak lari.
Dia menyelongkar almari. Menyumpah kecil, sebab tak jumpa benda yang dicari. Bila dah dapat, dia tersenyum. Ikhlas betul senyumnya. Senyum yang aku tak pernah nampak sebelum ini.
First Aid Kit.
Dia keluarkan peralatan mencuci luka dan mula mencuci luka di lutut aku. Teliti betul dia buat kerja. Seolah doktor sebenar.
“Er..encik tak payah-”
“Syhh..” dia menyuruh aku diam. Isk. Sumpah aku tak pernah nampak dia sebaik ni.
“Er..encik kan nak jumpa cik Ayumi? Saya boleh buat sendiri.”
Dia terhenti dari menyapu ubat di luka aku.
“Aku tipu.”
Aku terdiam.
“Aku tipu kau, Iwaya.” Dia memandang mata aku. Tapi bukan dengan tajam. Matanya redup.
“Aku dengan Ayumi dah..tak ada apa-apa. Mungkin semalam tu dia call untuk say goodbye. Dia dah ada lelaki lain, Iwaya.”
Ken ketawa kecil sambil lembut menyapu antiseptik pada lutut aku. Tapi kenapa dia bagitau aku semua ni?
“Aku bagitau kau semua ni sebab kau dah selamatkan nyawa aku tadi.”
Erk! Muka aku naik merah, teringatkan ‘ciuman keselamatan’ tadi. Aku larikan anak mata, tapi bila dengar dia cakap;
“Terima kasih.”
No comments:
Post a Comment