William datang ke sekolah dengan menaiki sebuah kereta sport yang menjadi idaman semua remaja lelaki di sekolah itu. Setiap kali dia sampai di sekolah, semua orang bersorak untuknya. Dia juga digelar sebagai ‘American Prince William’.
Walaupun berasal dari England, William tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. Lidahnya juga sudah biasa berbahasa seperti orang Amerika. William tidak tinggal dengan kedua ibubapanya, tapi dia hanya tinggal seorang diri di rumah banglo 13 bilik. Kadang-kadang William membawa balik beberapa orang kawan untuk menemani dia di rumah. Tapi di antara mereka, tak seorang pun yang boleh menghilangkan sunyi di hati William. Sehinggalah William jatuh cinta. Betul, walaupun dia dah banyak kali bercinta, tapi kali ini William benar-benar rasa sakit dalam hati. Betul-betul rasa terseksa kalau tak jumpanya sehari.
Seorang lagi pelajar lelaki di sekolah yang sama adalah Adrian Thompson. Adrian adalah lelaki yang paling rendah taraf status sosialnya di sekolah itu. Dia seorang penyendiri, selalu ke sana-ke sini dengan gitar yang tersandang di bahu. Adrian ada satu bakat yang orang lain tak nampak. Dia pandai menulis. Menulis lagu, sajak, lirik, cerita, dan macam-macam lagi.
Adrian tak punya ramai kawan, kerana dia penyendiri. Adrian cuma berkawan dengan gitarnya saja. Adrian juga seperti William, tak pernah jatuh cinta. Tapi ada seorang gadis yang selalu dekat di hatinya.
Adrian tak harap untuk jatuh cinta dengan gadis itu, kerana dia tahu gadis itu punya ramai lagi lelaki di sisi. Gadis itu tercantik di sekolah. Tak mungkin akan pandang dirinya yang cuma berkawan dengan gitar. Hinggalah satu hari, Adrian sedar yang dia sebenarnya sudah jatuh cinta pun.
William dan Adrian tak kenal antara satu sama lain. Tapi mereka bersekolah di tempat yang sama. Mereka tak berkongsi kelas, atau status sosial ataupun kumpulan kawanan. Tapi mereka bercinta dengan orang yang sama.
Dah tiba masanya mereka bertemu, dan selesaikan semuanya. Ya, semuanya bermula dengan persahabatan dua orang gadis...
“Vio, bosan lah hari ni. Nak buat apa?”
“Hm? Kau bosan?”
“Bosanlah. Takkan satu hari suntuk nak warna kuku je. Hey, let’s hit the mall!”
“Sekejap Vel. Tumpah warna kat kuku aku nanti.”
“Ala, jomlah. Dah lama tak pergi shopping kan?”
“Sekarang ke?”
“Yup, sekarang!”
“Erm, kejap aku call Adrian. Dia suruh aku datang tengok band dia jamming hari ni.”
“Eww...Adrian? Kau still couple dengan dia lagi ke?”
“As a matter of fact, yes.”
“Kenapa? Dia tu...dorky lah! Ke hulu kehilir usung gitar aje. Macam tak de life.”
“Excuse me, Vel. I happen to love that boy yang takde life tu.”
“Vio, dengar sini. Kalau kau best friend aku, jangan couple dengan dia. Carilah orang yang decent sikit. Macam - ”
“ – William? Tolong sikit, William is not my taste. Dia tu yang tak ada life. Tidur atas duit agaknya, sampai otak pun dah tepu.”
Violet dan Velvet. Sahabat baik sejak kecil. Semua benda mereka gaduhkan, semua benda mereka tawakan, semua benda mereka nangiskan. Telingkah kecil macam ni dah biasa dalam pertalian mereka. Ya, betul tekaan anda. Violet dan Velvetlah yang mencuri hati kedua-dua William dan Adrian yang kita bincangkan tadi.
Velvet mempunyai status sosial yang agak setaraf dengan William, teman lelakinya. Velvet memang ditakdirkan untuk William, kata orang. Dia berasal dari Hollywood, kota utama di Los Angeles. Kota yang penuh dengan bintang. Bapa Velvet merupakan seorang pengarah terkemuka di Hollywood. Oleh itu, Velvet teramatlah popular di Belleville Sr High School.
Velvet yang memilih untuk bersekolah di sini. Di New Jersey - bandar yang penuh jenayah – kerana mahu dekat dengan Violet. Violet adalah segalanya bagi dia. Kawan, lawan, semua. Mereka seakan kembar di sekolah itu.
Velvet punya personaliti yang agak manja berbanding Violet. Velvet suka dirinya dipuja ramai, selain ramai lelaki yang ingin berdamping dengannya. Velvet bertemu Violet ketika mereka sama-sama menyertai kem musim panas pada tahun 1999. Ketika itu umur mereka baru mencecah 7 tahun.
Betapa eratnya hubungan mereka. Seperti adik beradik. Pun begitu, Violet berlainan sikap dengan Velvet. Berlainan citarasa. Violet lebih suka bersikap rendah diri, berbanding Velvet yang suka dikelilingi orang. Lebih kurang sikapnya dengan Adrian.
Adrian dah jadi teman lelakinya sejak sebulan yang lalu. Waktu yang sama William menjadi teman lelaki Velvet. Violet sukakan sifat Adrian yang misterius, dan berbakat dalam muzik. Violet sangat bencikan William, teman lelaki Velvet, kerana baginya William serang yang bongkak dan berlagak.
Orang seperti William sepatutnya dibiarkan tinggal di negara berperang, kata Violet. Velvet pula, bencikan Adrian, teman lelaki Violet kerana Adrian tidak pandai bergaul dengan perempuan, tidak pandai menjadi lelaki pujaan ramai dan seorang penyendiri. Orang seperti Adrian sepatutnya duduk dalam zoo dan tak perlu bergaul dengan manusia, kata Velvet.
Kelakar kan pendapat mereka?
Apa yang mereka tak tahu, mereka bakal membuat satu perjanjian yang membuatkan mereka terkejut sendiri.
“Ok, kalau William bagus sangat, why not kita tukar boyfriend? Kita tengok, siapa yang termakan cakap sendiri.”
Nanti dulu – cadangan Violet ini memang nampak macam bernas, tapi saya harap anda maafkan mereka, sebab mereka masih muda remaja lagi. Bertukar pasangan adalah perkara yang tak patut diamalkan oleh remaja seperti mereka.
“Ok, aku setuju.”
Bila Velvet dah menyambut jabat tangan dari Violet, maka perjanjian mereka pun bermula.
Ada beberapa peraturan yang ditetapkan mereka dalam perjanjian ini. Antaranya, masing-masing perlu buktikan teman lelaki masing-masing lebih baik. Perlu menukar pasangan dalam masa 30 hari. Tidak dibenarkan memberitahu pasangan lelaki tentang perjanjian ini. Jika berlaku pergaduhan atau apa-apa yang tak diingini, itu adalah atas tanggung jawab sendiri.
Jadi, bermulalah hari pertama.
William sedang menunggu teman wanitanya, Velvet yang sudah berjanji untuk menemani dia menghadiri makan malam di rumah agamnya. Di England. Yang William tak tahu, bukan Velvet yang akan datang.
“Sorry, Velvet tak dapat datang. So dia hantar aku untuk ganti tempat dia.”
William kenal Violet. Sahabat baik Velvet. Tapi kenapa William tak rasa marah pun pada Velvet kerana tak tepati janji?
“You are..Violet, kan?”
“Yep.”
“Nak ikut saya tapi pakai macam ni?”
Apa yang tak kena dengan pakaian Violet? Hm. Velvet sepatutnya beritahu Violet yang makan malam tersebut bertemakan formal. Violet sekarang ada di depan mata William dengan hanya pakaian kasual.
Violet fikir, satu markah untuknya, sebab William takkan boleh duduk semeja dengan orang biasa sepertinya.
“Kalau macam tu, saya pun kena pakai kasual macam awak. Barulah nampak sepadan.”
Bila William mula membuka jaket dan vest yang tersarung di tubuhnya, Violet hanya boleh ternganga. William juga melonggarkan tali leher, yang tiba-tiba menjadikan dia nampak seperti orang normal biasa.
“Macam ni okey?”
Violet menconteng-conteng satu markah yang diberikan tadi untuknya.
“Kita pergi naik jet ni tau.”
Violet memandang telunjuk William pada jet di hadapannya. Sekarang, Violet tersenyum. Akhirnya William menunjuk-nunjuk kekayaannya. Satu markah tadi kembali muncul di fikiran Violet.
“Jet kau ke ni?”
William menggaru-garu kepalanya.
“Bukan, malulah nak cakap. Ni sebenarnya jet sewa. Sebab saya mana ada jet persendirian. Lagi pun ni pertama kali saya nak pergi rumah bapak saya.”
“Pertama kali nak pergi sana, diorang tak sediakan jet?”
William menggeleng dan tersengih.
Satu markah tadi hilang semula.
Apa berlaku pula pada Velvet yang bencikan orang seperti Adrian? Adrian kan tak pandai memanjakan perempuan, macam William?
“Mana Vio?”
“Dia tak dapat datang. Suruh I ganti.”
“Suruh awak ganti? Awak ingat ni game bola sepak ke?”
“Kenapa pulak?”
“Yelah, boleh main ganti-ganti pulak.”
“You nak perform aje kan? So, tak kisahlah siapa yang datang pun.”
“Tak kisah?”
Lepas dengarkan Adrian mengeluh berat, Velvet dah menanda papan markah di kepalanya dengan satu markah, untuk dia.
Adrian dan William tak tahu langsung perancangan mereka untuk bertukar tempat selama sebulan. Oleh kerana jangkamasa perhubungan masing-masing pun taklah begitu lama, jadi William tak begitu keberatan. Cuma Adrian saja.
Hari kesepuluh perjanjian.
“William, kau kena bawak aku keluar hari ni.”
“What happen to Vel?”
“Dia busy, dan aku bosan.”
“So..awak nak pergi mana? Tengok orkestra?”
Violet cuma boleh tersenyum membayangkan air muka mahal William itu bila tiba di tempat yang dia fikirkan.
“Er, tapi ni kan konsert rock? Saya tak tahu pulak awak enjoy benda-benda macam ni.”
“Well, time to be normal, William.”
“Normal? Maksud awak?”
“Maksud aku, remaja macam kita ni sepatutnya spend time di tempat-tempat macam ni. Bukan tempat boring macam orkestra kau tu.”
“Tapi dalam bising-bising macam ni, macam mana saya nak dengar suara awak, Violet?”
Ketika ini, Violet terdiam sendiri. Dia tak pernah terfikir pun adakah William seorang pendengar yang baik.
“Kau dengar diorang nyanyi ajelah.”
William tak biasa di tempat-tempat begini. Suasana bising menjadi satu impak besar dalam hidupnya. Sesuatu yang dia tak pernah cuba, dia cuba hari ini.
Sementara itu.
Adrian menunggu di kedai buku. Dia tak lagi menunggu Violet yang hanya beri alasan kalau di ajak keluar. Dia menunggu Velvet.
“Ada apahal awak ajak saya jumpa ni?”
“Relax, Adrian. I nak bawak you ke satu tempat yang you mesti suka.”
“Ke mana?”
“Jom.”
Sewaktu Velvet selamba menyentuh tangan Adrian, Adrian berdebar-debar. Tak seperti debaran yang dia rasa bila dengan Violet. Debaran yang lain. Walaupun Violet teman wanitanya, tetapi Adrian hanya anggapnya sebagai kawan dan jadikan dia sebagai tempat untuk kelihatan hebat. Tentulah, kan. Kalau anda punyai teman wanita secantik Violet atau Velvet, tentu anda juga berbangga.
“Sorry, Velvet. Saya bukan orang yang suka berparti.”
“Come on, I nak kenalkan you dekat kawan-kawan I.”
“No, thanks.”
“Ala, jomlah. Janganlah anti sosial sangat.”
Adrian tak dapat melawan bila Velvet menarik tangannya untuk masuk kedalam rumah asing itu. Penuh dengan manusia, ya. Tapi seorang pun Adrian tak kenal. Velvet sangat popular di kalangan mereka. Tapi tidak Adrian. Inilah yang Adrian bencikan.
“Buat apa awak berkawan dengan orang macam ni? Yang sebenarnya seorang pun awak tak nak ambik tahu. Semuanya hipokrit dengan awak. Just because you’re beautiful, and smart, and popular, semua orang nak berkawan dengan awak. Not because of who you are inside.”
Kata-kata yang keluar dari mulut Adrian tu buatkan Velvet tercengang. Satu markah yang diperoleh tempoh hari terpaksa dipadamkan.
“I hate people like this. Jom.”
Bila Adrian pula yang menarik tangan Velvet keluar dari parti itu, Velvet terasa bedebar-debar. Jantungnya semacam nak pecah. Saya pun tak tahu macam mana rasanya tu.
Keadaan yang sama berlaku pada Violet. Bila lihatkan William dijemput ke atas pentas, malahan tujukan lagu buatnya, buat Violet jadi terkedu. Di mana agaknya kelemahan lelaki ini yang dia nampak dulu?
Walaupun baru cuma sepuluh hari Violet dan Velvet menjalani perjanjian, mereka tak dapat teruskan lagi. Takut-takut hati mereka terpaut pada orang yang tak sepatutnya pula.
Tapi betulkah tindakan mereka ni? Hentikan permainan dan perjanjian? Macam mana pula dengan Adrian dan William?
Satu pagi Ahad yang cerah. William tak seperti dirinya. Dia berani bangun lambat sekarang, tak keluar berjogging seperti selalu dan minum kopi yang dulunya tak pernah disentuh.
“You have to experience everything, William. Kalau tak kau miss semuanya.”
Gadis comel itu berkata-kata bila dia takutkan kopi yang terhidang depan mata. William tak pernah ambil tahu pun tentang gadis ini, sehinggalah dia dibawa ke tempat-tempat yang luar biasa. Yang tak normal baginya. Yang kemungkinan tidak disediakan layanan kelas pertama ataupun orang suruhan.
“William ingat, kat sini tak ada orang suruhan nak buat kerja kau. Just you and me. Aku boleh ajar kau snowboard jugak apa!”
William tak sangka yang gadis normal seperti Violet boleh menyedarkan dia tentang benda-benda yang lebih menyeronokkan. Pagi Ahad yang cerah begini pun William tidak lagi di padang golf seperti selalu. Violet selalu buat William tersenyum.
Telefon berbunyi.
“Hello?”
“Hello, William. Boleh kita jumpa? Aku nak cakap sesuatu.”
“Sure.”
Lain pula dengan Adrian. Sekarang hatinya berdebar-debar setiapkali memandang wajah Velvet. Mata birunya macam lautan. Selalu lemaskan dia. Tak pernah semudah ni dia jatuh cinta. Kenapa dia ditemukan dengan Violet dahulu, bukan Velvet? Adrian berharap sebaliknya.
“Don’t you know how to treat a girl right?”
Soalan yang diaju dari Velvet buat dia berfikir-fikir sampai sekarang. Betul, dia tak pernah melayan Violet seperti teman wanita. Bila Velvet bertanya baru dia tersedar.
“You selalu cakap I hipokrit. You pun hipokrit jugak!”
Pergaduhan mereka nampak seperti pasangan bercinta, padahal tidak. Dia betul bersikap hipokrit sekarang. Jatuh cinta tapi tak mengakuinya.
“Adrian, I nak jumpa you sekarang. I ada kat luar rumah you.”
Adrian menjenguk dari balkoni rumahnya sebaik terima mesej pesanan ringkas dari Velvet.
“Hi, Violet. Ada apa?”
“William, hi. Aku ajak jumpa ni untuk...say goodbye.”
“What do you mean, goodbye?”
“Aku takkan jumpa kau lagi. Hopefully tu tindakan yang betul.”
“Hey, hey, kenapa ni? Kenapa tiba-tiba?”
“You don’t care about me, William. Kalau aku pindah pun, kau boleh sambung balik dengan Velvet. So, just goodbye okay?”
“Hi.”
“Hi Adrian. I’m leaving.”
“Baru sampai dah nak blah?”
“No, I’m leaving, for good.”
“Ke..kenapa?”
“I takkan kacau you lagi. I harap you dan Violet bahagia. Okey?”
“Velvet?”
“Itu aje I nak cakap. So goodbye.”
Itulah yang meletakkan Adrian dan William di titik keliru. Apa permainan mereka berdua ni? Buat lelaki jatuh cinta dan kemudian tinggalkan mereka?
2 bulan kemudian, Violet mengikut Velvet pindah ke LA semula. Kedua-duanya meninggalkan teman lelaki masing-masing. Kedua-duanya mengaku kalah. Kedua-duanya menyambung sekolah di LA. Harap-harap tak ada lelaki lain di LA yang bakal jadi permainan mereka berdua lagi.
Yang Violet tak tahu, Velvet jatuh cinta pada Adrian semenjak Adrian menarik dia keluar dari parti hipokrit. Yang Velvet tak tahu pula, Violet jatuh cinta pada William sejak William sanggup membuka pakaian formalnya dan menjadi kasual semata-mata untuk kelihatan sepadan dengan dia.
Yang Violet dan Velvet tak tahu, Adrian dan William dah terperangkap dalam cinta mereka. Cinta remaja, begitulah.
Yang anda perlu tahu, Violet dan Velvet teruskan hidup sebagai remaja. Adrian dan William tetap tak pernah mengenali satu sama lain. Sehingga sekarang.