Sunday, June 15, 2008

You Got Me On My Knees











Entah berapa banyak kali aku bercinta, aku pun tak ingat. Tapi dia lain. Pertama kali aku bertemu dia pun aku dah agak. Aku takkan boleh bercinta dengan dia. Aku tak pernah faham dengan dia. Penampilan dia taklah menarik mana pun. Hari-hari pakai kasut yang sama, vest hitam yang sama, fingerless glove yang sama – entah basuh entah tak.

Namanya Jenny. Biasa saja. Tak hairan nama tu. Aku pun pernah keluar dating dengan gadis bernama Jenny. Rasanya 3 orang.

Aku perhati penampilan dia lagi. Kasut pallaz jazz dia warna merah, tapi dah agak lusuh, check. Stoking belang hitam-putih paras lutut bersatu dengan seluar pendek paras lututnya yang nampak macam ganas, check. T-shirt kuning terang dan vest hitam biasa, check. Fingerless glove, check. Rambut dirty blonde yang diikat satu belah kiri – nampak macam orang gila – check. Eyeliner hitam yang sangat sarat di kedua-dua mata – menampakkan dia macam rakun – check. Rosak dia ni.
“Apa tengok-tengok?” 
Alamak, dia sedar pulak. Aku bukan tengok sebab aku teringin. Sebab aku pelik tengok penampilan dia.
“Kau suka kat aku eh?”
Entah bila dia ada kat sebelah aku. Buat terkejut aku.
“Sorry?”
“Aku tanya ni. Kau suka kat aku ke?”
Eh, eh dia ni. Straight forward pulak tu.
Aku buka headphone yang masih di kepala – yang menyuakan lagu-lagu The Strokes - dan beredar dari situ. Tapi dia ikut aku!
“Tak kisahlah, yang penting aku tak sukakan kau!”
Tak suka tapi ikut aku dari belakang. Apa kena perempuan ni?
Nasib baik dia kerja kat sini. Kalau tak aku maki-maki dah.

Elok aku tengah minum kopi pagi-pagi macam ni, kawan aku Ben sergah dari belakang.
“Matt, amacam semalam?”
“Amacam apa?”
“Perempuan yang kau keluar dating semalam.”
“Allyssa?”
“Yeah, she’s hot, man.”
“Memanglah dia hot. Tapi macam biasalah. Lepas tengok wayang aku hantar dia balik.”
“What? That’s it?”
Aku menghirup kopi. Sebenarnya faham dengan maksud Ben tu.
“Matt, kau tak pernah macam ni pun? Selalunya lepas dating kau akan...you know.”
“Well, not anymore.”
“Kenapa?”
Aku pun tak tahu kenapa. Biasanya kalau lepas keluar dating dengan perempuan, terumatanya yang hot, aku akan singgah di rumahnya. Berbual lebih panjang. Berbual sampai ke bilik tidur. Heh. Lepas tu aku putuskan hubungan. Sebab tak dapat bagi komitmen.
“Kau playboy besar kat New York ni, man. Kenapa semalam kau lepaskan peluang?”
Aku menjungkit bahu.
“What about a kiss?”
“Not even one.”
“Really?!”
Aku memejam mata rapat-rapat. Itupun sukar untuk aku akui.
“Are you gay now?”
Aku ketawa dengan soalan Ben yang ini. Lepas beberapa saat aku jadi risau. Betul ke aku dah jadi gay? Aku dah tak tertarik pada perempuan lagi?

Keluar dari Coffee Beans, aku jalan terus menuju ke kedai hadapannya. Library of Musicians. Kedai jual CD, DVD dan rekod piring hitam yang gempak namanya. Dari jauh aku dah nampak rambut dirty blonde milik dia yang diikat macam orang gila. Ting Tong! Bunyi pintu masuk kedai tu.
“Welcome!” sapa Jenny pada aku – dengan sangat ramah.
Aku senyum ajelah.
“Nak rent DVD tak? Hari ni ada special offer tau. Filem-filem old school dengan harga 1 dolar je.” Terang dia.
Aku kerutkan dahi. Dia tak ingat ke aku pernah datang sini semalam?
“Well, nak tak?”
Aku menggeleng.
“Tapi keahlian percuma!”
Aku menggeleng lagi.
“Tak nak. Tak nak buat apa datang sini?”
Dia merungut – depan – muka – aku. Ingat aku tak dengar ke? Tapi aku malas nak ambik kisah pasal dia. Aku terus ke headphone station untuk dengar lagu tester. Sebagai sound engineer sebenarnya, tak ada kena mengena pun aku datang kedai ni hari-hari. Aku cuma sukakan kedai ni aje. Banyak pilihan CD dan testernya pun lagu yang penuh.
“Hi, you ni Matthew Drake kan?”
Aku menoleh ke kiri. Seorang perempuan yang sangat cantik dan seksi berdiri di sebelah aku.
“Why, yes I am. How may I help you?”
Perempuan tu senyum. Aku rasa macam pernah jumpa dia, tapi tak ingat kat mana.
“You tak pernah call I pun.”
“Call..?”
“You lupa ke? We met at the bar. Susan.”
Alamak. Susan. Macam mana aku boleh lupa? Aku baru je jumpa dia semalam masa tengah dating dengan Allyssa.
“Susan! Yes, baru I ingat. You did gave me your number. Yes.”
“So, kenapa tak call?”
Aku menjungkit bahu. Gay.
“Well, semalam I baru lepas putus hubungan dengan girlfriend I. So I terlalu frust untuk call you.” Ayat raih simpati.
“Aww..you poor hot thing..”
Aku menjungkit bahu lagi.
“Dah lama ke you bercinta dengan dia?”
“About 6 years..” bohong aku, plus dengan muka seposen aku yang selalu dapat simpati perempuan.
“Bodohnya dia, lepaskan lelaki macam you ni. Such good looking,”
Aku senyum. Tapi entah kenapa mata aku memandang kaunter cashier – yang ada Jenny. Jenny tak pandang aku pun, tapi aku risau kalau-kalau dia datang menyibuk sementara aku tengah nak mengayat balik perempuan ni.
“Macam nilah, you free tak malam ni? How about kita keluar dinner? I cook.”
Aku mengangkat kening. Peluang baik untuk buktikan yang aku tak gay!
“Okay.”
“Call me tonight, nanti I beritahu kat mana ye,”
Lepas dia cium pipi aku, dia berambus. Rasa lega pulak. Eh kenapa ya? Aku mendekati kaunter.
“Can I rent a DVD tonight?”
Jenny mendongak, sebab tadi dia sedang tunduk.
“Yes, please isi borang application ni ye.”
Sementara aku isi borang yang dia bagi ni, tiba-tiba jantung aku sakit. Rasa penuh. Laju-laju dia mengetuk. Macam nak terkeluar. Aku peganglah dada – lajunya heartbeat aku.
“Hi, em – Matthew!” Katanya sambil membaca borang aku.
“Saya Jenny,” Senyumnya sampai ke telinga.
Aku mengerut dahi. ‘Saya’? Semalam dia beraku-kau dengan aku.
“Yes, I can see that.” Sebab aku baca nametagnya.
Dia pandang dada sendiri. Tiba-tiba mukanya berubah.
“Nak pinjam cerita apa?” Eh, dingin pulak nada suara dia, tak macam tadi.
“Love story. Kalau boleh yang ada sex scene.”
Biar dia tau aku nak tengok DVD tu dengan perempuan seksi tadi. Biar terbeliak mata dia bila tahu aku playboy sebenarnya – yang tak ingin pun pandang muka dia.
Tiba-tiba dia keluarkan 3 keping DVD. Playboy Playmate, Daisy Does America dan ugh... aku tak mahu sebut.
“Ini porno. Saya nak movie love story - ”
“ – yang ada sex scene kan? Inilah dia.”
Aku menjeling dia. Macam perli aje.
“Jenny, saya bukan..”
“Don’t call me by my first name!” marah dia tiba-tiba. Minah ni dah shot agaknya. Aku mana tau last name kaulah.
“But saya tak tau last name..”
“Greene.”
“Oh..kay, Ms Greene. Saya nak movie okay? Bukan pornografi.”
“Apa tajuknya?”
“Mana saya tahu. Awaklah kena recommend..”
“Yang ada sex scene saya tak tau. Coz saya tak pernah tengok.”
Aku terdiam sekejap.
“What, are you a virgin?” Aku ketawakan dia. Tapi tu sebelum dia tampar muka aku.

“Merah pipi kau ni, Matt. Macam mana kau nak pergi dating ni?”
Aku mengeluh, sambil sebungkus ais di tangan kanan, menekan-nekan bekas tamparan Jenny tadi. Seumur hidup aku, tak pernah seorang pun perempuan berani buat aku macam tu. Paling kuat pun lawan cakap pakai mulut. Tak pernah naik tangan. Tapi Jenny ni –
“Hati-hatilah sikit bila bercakap tu. Respek sikit perasaan seorang perempuan.”
Aku menjeling Ben. Dia pun belajar mengayat dari aku.
“Jenny ni lain. Dia tak macam perempuan lain. Tak macam Kate yang aku baru putus semalam, tak macam Hannah yang ajak aku keluar malam ni.
Ben mengangkat kening kat aku.
“What?”
“Kau ingat nama dia, sedangkan nama dua perempuan seksi tu kau tak ingat?”
“Huh?”
“Yang kau baru break up semalam tu namanya Allyssa, yang ajak kau keluar malam ni tu namanya Susan. Tak ingat ke? Kau baru beritahu aku tadi.”
Aku tersedar. Erm, aku salah sebut ke? Ah, lantaklah. Orang pertama tampar aku, mestilah aku ingat.
“Aku kena buat sesuatu. Suruh dia ganti rugi date aku malam ni.”
“Kau nak buat apa, Matt? Nak suruh dia bayar?”
“Tak kiralah macam mana pun.”

Aku bulat. Jam dah tunjuk pukul 8, tapi aku bukan dalam perjalanan ke rumah Susan. Aku laju meluru ke arah Jenny yang sedang menutup kedai.
“Ms Greene,”
Dia menoleh memandang aku.
“Oh hi Matthew!”
Erm, kenapa dia sunshine-sunshine pulak ni? Bukan petang tadi dia baru bagi pemerah pipi kat aku ke?
“Wow, kenapa dengan pipi awak tu?”
Aku berkerut. Perempuan ni ada masalah mental ke?
“Anyway, saya tak ada masa ni. Bye.”
Dia berpaling pergi.
“Tunggu! Ms Greene!”
Dia menoleh lagi.
“Yes?”
Aku dah ada di hadapan dia. Tapi aku kaku. Kerana sikap ignorance dia terhadap aku ke? Atau sikap mental dia tu? Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Sedangkan aku dah mengagak-agak dari rumah tadi – yang aku akan menampar dia balik. Sebagai bayaran aku tak dapat keluar date malam ni.
“Ya, Matthew? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?”
“Saya..saya..saya nak...”
CUPP!!
Tiba-tiba bibir dia dah ada atas bibir aku. Aku yang terbeliak. Aku yang terbungkam walaupun bibir dia paling lembut dan manis pernah aku rasa.
Lepas dia cium aku, dia senyum. Senyum aje – tak berkata apa-apa. Terus berlari pergi. Terus dibawa angin. Terus aku berdiri di tepi kedai yang sudah pun ditutup ni, kesorangan. Bingung.

Aku mundar mandir dalam Coffee Beans ni. Sampai ada waitress menegur aku. Waitress tu cantik, tapi aku tak tertarik. Argh! Kenapa dengan aku ni?? Aku kena buat sesuatu. Tapi apa? Aku tak boleh mintak tolong Ben. Malulah aku. Diakan anak murid aku. Aku yang ajar dia cara memikat perempuan, takkan tiba-tiba aku kalah sekarang?
Dalam tak sedar, aku dah pun keluar dari Coffee Beans dan sedang menuju ke arah kedai CD tempat Jenny kerja.
Ting Tong!
“Welcome! Oh, hi Matt!”
Oh, berani pulak dia panggil nickname aku.
“Nak rent DVD lagi ke?”
Dia ingat aku. Tapi kenapa semalam dia buat-buat lupa dan – cium aku? Ambik kesempatan? Aku taulah aku kacak, tapi kalau ye pun nak ambik kesempatan, mengorat lah aku dulu. Dan sekarang kenapa aku tenung bibir dia?!!!
Aku telan liur tengok bibir warna pink tu. Tak pernah ada bahan kimia atas tu. Tak pernah pakai lipstick. Patutlah tak berseri muka. Patutlah manis rasanya...
Arghh!!! Kenapa dengan aku???
“Matt? Are you okay?”
Aku tersedar. Rambut dia hari ni...dilepaskan. Dah tak diikat macam orang gila lagi. Rambut dia beralun, warna pucat seakan kulit dia tapi keemasan. Nampak macam benang rambut anak patung yang kusut tapi bila pegang, rasa halus. Bila – pegang??
“Kenapa kau pegang rambut aku ni?”
Aku tersedar lagi. Lamunan dalam lamunan. Tangan aku sedang memegang rambut dia. Cepat-cepat aku lepaskan tangan.
“Er, aku..aku nak rent DVD.”
Eh, sejak bila aku beraku-aku dengan dia? Selama ni kan aku gelarkan diri aku ‘saya’? dan dia dah beraku-kau dengan aku balik.
“Baik, cerita apa?”
“Jenny.”
“Huh?”
“I mean, erm, Jumanji.”
Biar betul! Dalam kepala aku sedang ada nama dia! Tiba-tiba terkeluar! Jenny! Kepala aku jerit lagi.
“Nah, 5 dolar please.”
“Tapi semalam kata 1 dolar?”
“Semalam tu semalam punya hal la. Hari ni harga lain.”
Aku berkerut. Pelik sungguh perempuan ni. Dah ambik kesempatan kat bibir aku, nak ambik kesempatan kat duit aku pulak!
“Ada apa-apa lagi tak? Kalau tak ada bolehlah keluar.”
Setelah aku bayar harga DVD rent yang aku tak mungkin akan tengok tu, dia halau aku. Mukanya macam tak ambik kisah langsung pasal hati aku yang dah menggeliat-geliat resah ni. Pasal jantung aku yang dah mulai laju dari dalam Coffee Beans tadi. Tapi serius aku cakap, aku sikit terluka bila dia halau aku tadi. Pasal apa entah.
Aku merenung DVD Jumanji kat tangan aku. Aku bukan datang sini nak rent DVD. Aku nak bercakap dengan dia.
Ting Tong! Aku masuk balik.
“Welcome! Oh, Matt. Kenapa? DVD rosak ke?”
Setiap reaksi dia. Setiap reaksi dia bila nampak aku, buat aku gila. Sekejap ramah, sekejap buat tak peduli. Sekejap manis, sekejap masam. What the hell is going on??
“Kenapa dengan awak ni Matt? Keluar masuk kedai ni. Awak cari apa?”
See? Saya-awak pulak!
“Jenny, saya nak cakap dengan awak sekejap.”
“Oh, ye ke? Sekejap.” Lepas tu dia menghilang. Tinggalkan aku keseorangan lagi. Tergantung lama. Hampir setengah jam. Di saat aku nak berputus asa, dia keluar dari bilik belakang.
“Jom.”
“A..Awak ke mana tadi??”
“Saya pergi bilik boss. Mintak izin balik awal. Dia tak kasi, tapi saya cakap saya ada date, dengan awaklah.”
Aku ternganga. Betul-betul mental perempuan ni. Aku nak cakap sekejap aje, langsung dia bawak aku keluar.

Tempat budak-budak. Tempat tak biasa aku. Tempat aku hilang kuasa playboy – fun fair! Jenny nampak macam terhibur. Semua permainan dia cuba. Sampai aku tak berpeluang nak cakap. Setiapkali aku buka mulut, dia tarik aku ke tempat lain.
“Jom masuk rumah hantu ni nak tak?”
Aku mendongak tengok papan tanda “Ghost House” yang agak menyeramkan tu. Aku tak nak ambik risiko, kalau terjadi apa-apa kat dalam tu. Maka aku tolak.
“Ala, jomlah. Awak tak pernah masuk rumah hantu kan?”
Er, mana dia tau?
Puas aku geleng, tapi dia berjaya jugak bawak aku masuk ke dalam.
“Eleh, tak seram pun?”
Walaupun berpuluh hantu muncul depan mata dia, dia ketawa aje. Aku bagai nak luruh jantung kena sergah, dia boleh ketawa.
“Awak dah biasa datang sini ke, Jenny?’
“Taklah, ni pertama kali.”
“Tapi macam dah tau-tau je hantu nak keluar dari mana.. WOOAA!!”
Aku tiba-tiba terjerit sebab ada tengkorak jatuh depan muka aku. Jenny ketawa. Ketawa menekan-nekan perut. Kelakar ke aku terkejut?
“Awak ni cutelah! Dekat tengkorak palsu pun boleh terkejut.”
Aku terlopong lagi. Dia kata aku cute~! Dalam hati dah start berbunga. Senyum aku pun tiba-tiba datang, secara tak sedar. Eh, tapi kenapa?

Sampai di hujung terowong, ada cahaya masuk. Tapi Jenny tak nak keluar lagi. Aku perlu cepat keluar. Tak mau berdua-duaan lagi dengan Jenny dalam tempat gelap. Apa-apa pun boleh medorong aku sekarang.
“Kenapa tak nak keluar?”
“One more time, please?”
“Jenny, saya nak bercakap dengan awak, bukan nak main.”
“Please, Matt?”
Dia merayu. Yang peliknya, aku menurut. Macam patung robot. Aku yang bayar tiket pulak tu!
Jenny masih tak takut. Tapi dia asyik pandang-pandang muka aku. Walaupun dalam gelap, tapi aku nampak. Sebab rambutnya keemasan. Jadi aku nampak pergerakan dia.
“Kenapa awak tak jerit tadi?”
Di hujung terowong sekali lagi – dia bertanya.
“Jerit? Kenapa?”
“Kenapa awak tak menjerit macam tadi, masa awak nampak tengkorak palsu tu?”
“Kenapa awak nak saya menjerit?”
“Sebab saya suka tengok muka awak. Cute. Adorable.”
Bunga dah makin kembang dalam hati aku. Bukan selalu perempuan macam Jenny ni puji aku.
“Jenny,” 

Aku mendekati tubuh dia di luar sedar.
“Hm?”
Perlahan dia balas. Seakan berbisik.
“Jenny..”
Dia tersenyum.
Aku tangkap senyumannya. Dengan bibir aku. Ingin rasa lagi lembut dan manis bibir merah jambu dia. Naik gila dari tadi aku tengok bibir tu. Jenny memberi respon yang baik. Dalam hati aku – aku dah menang! Aku dah takluki hati Jenny yang mental! Lepas ni aku boleh tidur lena.
Tiba-tiba dia tolak aku. Tolak dan – PANGG!! Tamparan kedua singgah di pipi yang sama. Lepas tu dia beredar begitu saja. Tergantung lagi aku. Apa ni?! Baru tadi dia balas ciuman aku. Baru tadi dia kata aku cute, adorable. Sekarang?

Aku tak boleh tidur. Dah tiga hari. Kerja semakin banyak, tapi aku abaikan. Aku dah jadikan Coffee Beans ni sebagai markas aku. Agaknya sebab tu lah kut aku tak boleh tidur. Asyik minum kopi. Satu hari 5 cawan besar. Aku belum berani nak pergi kedai CD seberang jalan. Takut-takut dia tampar aku lagi, ataupun takut aku yang hilang kawalan nanti. 5 perempuan bagi aku nombor telefon diorang hari ni. Semua aku buang dalam tong sampah. Jenny punya pasal. Aku malu nak mengaku ni. Aku malu sebab dari awal aku dah menafikan. Aku malu nak mengaku yang aku mungkin – dah jatuh cinta pada Jenny!
Aku selalu bercinta. Tapi aku tak pernah lagi jatuh cinta. Sakit juga rupanya ya. Kalau nak bunuh diri, maka jatuhlah cinta pada perempuan macam Jenny. Memang sakit. Aku harap musuh-musuh aku akan dapat sakit yang sama macam ni. Biar diorang mati. Tapi aku sekarang sedang mengalaminya! Kalau aku mati tiba-tiba macam mana dengan Ben? Boleh ke dia hidup tanpa tok gurunya ni? Macam mana reputasi aku sebagai playboy? Tragis sungguh kalau tiba-tiba keluar headline berita: “New York’s biggest playboy died in a most embarassing way; alone.” Ish, tak nak aku!! Aku perlu bercakap dengan Jenny. Tapi tanpa dia boleh kawal perasaan aku. Biar aku yang kawal dia, macam aku buat pada perempuan-perempuan lain. Tapi macam mana?

“Kau jatuh cinta, Matt?”
Aku angguk. Terpaksa beritahu Ben. Dia satu-satunya harapan aku.
“Dan kau ditampar dua kali dengan dia??”
Aku angguk lagi.
“Wow. Ini bukan calang-calang perempuan ni. Mesti paling hot diantara yang hot.”
Aku mengangkat kening. Jenny – hot? Kelakar. Dia biasa-biasa aje. Dressing pun macam budak punk mana entah. Takkan boleh dipanggil hot.
“Kau tengah teringatkan dia ke ni?”
“Huh?”
“Meleleh air liur kau tu,”
What?! Aku betul-betul sakit. Dalam kepala otak fikir lain, organ badan aku respon lain! Aku dah jadi macam dia! Macam Jenny! Arghh!!!
“Ben kau kena tolong aku. Aku tak nak jatuh cinta dengan dia. Kau tolong suruh dia...pindah or..bunuh diri ke.”
“Gila kau!!”
“No, no. Jangan. Tak sampai hati aku. Akulah bunuh diri!”
“Matt! Kau ni betul-betul gila ni!”
“Memang aku gila! Aku dah gilakan dia! Aku pun tak tau kenapa aku boleh terjebak dalam cinta gila dia ni.”
“Macam nilah Matt. Aku cadangkan, kau enjoy aje perasaan kau sekarang ni. Berpasangan ajelah dengan dia. Manjakan dia, macam kau pernah cakap dulu. Kau akan manjakan orang yang kau cinta. Sekarang kau dah jatuh cinta, manjakanlah dia.”
Aku terlopong dengar nasihat Ben. Aku manjakan Jenny? Kalau tak kena tampar, nanti dia halau aku.
“Tak boleh, Ben. Aku tak boleh...”
“Habis tu kau nak aku buat apa?”
“Bantu aku lupakan dia.”

Yes, misi bermula. Misi melupakan Jenny. Perkara pertama Ben suruh aku buat ialah jauhi kopi. Mula-mula aku tak faham. Tapi akhirnya aku dapat tangkap. Ben suruh aku jauhi Coffee Beans. Supaya aku tak laju-laju meluru ke kedai CD tu. Kedua, Ben kenalkan aku dengan perempuan lain. Perempuan yang cantik-cantik. Kerjaya model, pramugari, designer dan macam-macam lagilah. Aku berdating sakan. Kadang-kadang keluar sampai 4 perempuan sekali date. Tapi aku tak rasa berjaya pun. Walaupun aku dah kurangkan fikir pasal Jenny, tapi aku masih lagi tak boleh bermesraan dengan perempuan lain. Ciuman aku hanya untuk Jenny sekarang. Ada di antara model-model cantik ni cuba cium aku, tapi aku suakan pipi. Aku masih lagi tak dapat lupakan Jenny.

Tapi satu malam, sedang aku keluar dengan model cantik yang bernama – aku lupa. Tak kisahlah. Aku tengah makan malam dengan dia di restoran 5 bintang. Aku nampak seorang yang aku sangat kenal. Yang tiba-tiba membuatkan pipi aku sakit.
“Jenny!” terpacul nama tu di bibir aku.
Jenny menoleh pandang aku – yang berpegangan tangan dengan model tu. Er, Jenny nampak lain hari ni. Bajunya dah berganti. Bukan vest hitam dan fingerless glove lagi. Dia pakai dress tali halus paras lutut berwarna ungu. Rambutnya pun dilepaskan. Matanya tak serupa rakun lagi. Malah bibirnya yang pink itu dah berkilauan. Tapi – kasutnya masih sama.
“Siapa tu Matt?” tanya model di sebelah aku.
“Erm, one moment ya.”
Aku lepaskan pegangan tangan perempuan itu untuk menuju ke arah Jenny. Hati aku berbunga-bunga dapat lihat wajah Jenny yang dah seminggu lebih aku tak nampak.
“Hi, Jenny.”
Jenny nampak terkejut. Matanya bulat pandang aku.
“Comelnya kasut,” aku puji, sekadar berbasa-basi.
“Er..”
“Jenny, dah ada meja kosong, jom masuk?”
Ada – seorang – lelaki – menarik – tangan – dia.
Jenny menurut. Jantung aku, tiba-tiba mengetuk kuat. Aku mengikut mereka dari belakang. Jenny dilayan dengan begitu – gentleman sekali. Jenny dimanjakan? Semakin kuat ketukan jantung aku.
“You nampak cantik hari ni, Jenny.”
Aku memejam mata. Aku yang nak cakap begitu pada Jenny!
“Ye ke? Kasut lama.”
Eh? Lelaki tu bukan puji kasut dia.
“So, you nak order apa?”
“Orderlah apa-apa. Saya nak pergi tandas.”
Peluang baik buat aku. Dia lalu betul-betul di hadapan aku dalam perjalanannya ke wash room. Aku rentap tangannya dan bawa dia pergi dari situ.
“Eh, apa ni? Matt!”
Aku berhenti. Aku betul-betul dah hilang kawalan.
“Awak ingat nama saya?”
Jenny diam. Tapi memulas-mulas tangannya minta dilepaskan. Car jockey berkerut muka pandang aku. Terpaksa aku bawa dia ke tempat yang lebih tersembunyi dari mata orang.
Sebaik aku lepaskan tangannya – PANGG!! Kali ketiga dia lempang aku. Tapi aku tak benarkan dia pergi kali ni.
“Kenapa awak suka tampar saya hah?!”
Jenny diam, tak boleh bergerak sebab bahunya di tangkap kedua belah tangan aku.
“Siapa lelaki tu?”
Jenny tak menjawab, cuma melawan genggaman aku. Semakin dia lawan, semakin kuatlah aku genggam.
“SIAPA LELAKI TU, JENNY?!!” Aku menjerit di mukanya. Jantung aku tika itu, macam nak pecah rasanya.
“Aku tak kenal lah!”
“Habis kenapa kau keluar dengan dia?!”
“A...A..Ayah aku suruh..”
Aku terlopong. Genggaman mulai lurut. Merah lengannya berbekas jari jemari aku. Maaf, Jenny!
“Aw..Awak buat apa kat sini..?” dia pulak bertanya sambil tangannya mengusap bekas genggaman aku tadi.
“Saya..aku...keluar - ”
“- date ye?”
Aku pandang tepat wajahnya. Betul kata lelaki celaka tu tadi, dia memang nampak cantik.
“Dah tu, kau buat apa kat sini dengan aku?”
Aku dah tak peduli dengan ganti nama diri yang asyik berubah-ubah. Dalam kepala aku, cuma mahukan Jenny. Sampai bila-bila.
“Aku masuk dulu,”
Aku tangkap tangannya.
“Jenny, aku nak beritahu kau sesuatu.”
Jenny merapatkan tubuhnya. Bukannya aku nak berbisik. Tapi, what the hell.
“Aku dah jatuh cinta dengan kau.”
Jenny tak bergerak. Matanya jatuh ke lantai. Lama jugak dia tak bagi respon.
“Jenny?”
Dia mengangkat tangan. Kerana dah biasa, aku dapat tangkap – sebelum dia lempang aku lagi.
“Jangan balas cinta aku dengan tamparan kau,”
Jenny diam. Mata dia tepat memandang mata aku.

Jenny yang penuh dengan kejutan. Tiba-tiba aku dapat rasa bibir manis itu lagi. Tapi kali ni aku takkan lepaskan dia. Bibir dia yang lembut menegur bibir aku. Menyatakan jawapan dia – yang dia juga cinta pada aku! Ben, aku dilamun cinta!


Aku dah ada ganti diri yang tetap untuk aku dan Jenny. Aku panggil dia ‘honey’ dan aku gelarkan diri aku ‘baby’. Kolot kan? Tapi bahagia. Jenny pulak?
Ting Tong!
“Welcome! Oh, Matt. Nak apa lagi? Dalam satu hari 2,3,4 kali awak masuk dalam kedai ni.”
Aku kaut bibirnya, tapi dia mengelak. Takpelah, janji dapat jugak sikit.
“Baby nak jumpa honey lah. Tak boleh ke?”
“Eh, tolonglah. Geli.”
“Honey, malam ni datang rumah baby boleh? Baby cook dinner.”
“Tak bolehlah.”
“Ala, kenapa honey? Semalam honey janji nak datang kan?”
Dia menjeling aku.
“Semalam tu semalam punya cerita lah. Hari ni cerita lain.”
Macam kenal aje ayat ni.
“Ok, baby datang jemput honey pukul 8 eh?”

Aku tau aku pernah berjanji nak manjakan dia, tapi akhirnya aku yang jadi manja dan miang dengan dia. Dia buat aku tak pandang orang lain. Dia buat aku melutut sekarang – malam ni.
“Jenny, will u marry me?”
Jenny diam. Cincin di kotak biru dia tak pandang langsung. Dia tenung cuma mata aku. Aku takut dia tak terima, tapi aku tak boleh tunggu lagi. Aku mesti miliki dia sebelum orang lain. Sebelum ayahnya suruh dia date orang lain.
“Jen - ”
BUKK!!
Strategi baru dia – menendang kaki aku! Sakitnya, aku aje yang tau. Lepas dia tendang kaki aku, dia ambil cincin tu dan beredar keluar. Maksudnya apa? Dia terima atau tak? Jenny!! Jangan tinggalkan aku tergantung macam ni!! Jenny..!!

Aku takkan berputus asa Jenny!

No comments: