Seorang tu, namanya Rupawan. Atau dipanggil Wan. Wan kawan dengan aku dari kecil. Setiap rahsia dia ada dalam poket aku. Setiap kekasih dia, dia akan kenalkan pada aku dulu. Tapi lain pulak dengan kekasihnya yang satu ni, Indah. Memang indah rupanya secocok dengan nama. Secocok dengan Wan yang rupawan.
Aku kenal Indah di hari pertama aku menjejak tingkatan satu. Indah duduk sebelah aku masa orientasi pelajar baru. Dia suruh panggil dirinya In. Indah seorang yang sangat peramah, selain dia adalah gadis paling cantik pernah aku jumpa.
Pernah aku berharap supaya dia tak jumpa dengan Wan. Supaya aku tak kenalkan dia dengan Wan.
“Wan, ini In. Budak group aku.”
Aku tengok Wan tak berkerdip pandang Indah.
“Hai, saya Wan.”
“Saya In.”
Sejak dari saat itu. Wan dan Indah jadi pasangan. Pergi mana-mana mesti berdua. Jarang sekali bertiga dengan aku. Wan dan In jugak dapat gelaran Prom King and Queen masa parti akhir tahun tingkatan 5 kat sekolah aku. Standardlah jugak, sebab mereka memang sama cantik sama padan. Tak macam aku.
Aku yang tak pernah bercinta. Sebab aku tak hensem macam Wan. Dan jugak aku takkan jatuh cinta lagi pada orang lain. Selain Indah.
Ya, ya. Aku tau apa korang fikir. Sahabat jenis apa aku ni. Sanggup jatuh cinta pada girlfriend kawan baik sendiri. Hati dan perasaan aku, siapa yang dapat kawal? Sebab tulah aku tak suka ada di sekeliling mereka kalau mereka sedang berasmaradana ke, sedang bergelak tawa ke. Tapi disebabkan Wan kawan baik aku, akulah yang kena pujuk Indah kalau mereka gaduh.
Indah selalu kesiankan aku, sebab aku yang kena jadi ‘robot pujuk’ untuk Wan. Aku mengaku, aku agak suka kalau mereka gaduh. Sebab aku akan dapat jumpa Indah malam-malam, berbual tentang banyak benda. Yang aku tak dapat buat kalau Wan ada. Betapa jahatnya niat aku.
Nama aku dalam I/C ialah Kamil Fazli b Ariffin. Biasa aje nama aku. Tak macam Rupawan, yang bapaknya berasal dari Indonesia. Tak macam Indah yang emaknya pandai memilih nama.
Ah, dah nasib. Aku tak sekacak Wan. Tak layak untuk In.
Aku, In dan Wan belajar dalam kos yang sama kat kolej ni iaitu Art and Design. Cuma kami berpecah dari segi major. Aku lebih kepada seni halus, In dalam bidang fesyen, dan Wan dalam grafik.
Tapi kalau waktu lunch, kami akan jumpa kat kafe. Borak-borak tentang masa lampau. Yang kebanyakannya aku tertinggal di belakang. Yang kebanyakkannya cerita tentang mereka berdua aje. Tapi disebabkan Wan kawan aku, dan aku sentiasa nak berada hampir dengan In, maka aku bertahan hingga sekarang.
“Kamil, jomlah malam ni ikut kitorang pegi clubbing.”
Aku menggeleng.
“Come on man. Dah sampai masanya kau cari awek, bro.”
“Wan, kau tau kan clubbing is not my thing.”
Wan menarik nafas, dan menyilang tangan ke bahu aku.
“Sampai bila ni, beb? Sampai bila kau nak stay single ni? Takkan nak berkepit aje dengan kitorang. Kau pun ada life kau, bro.”
Aku mendongak memandang Indah di hadapan Wan yang sedang menyedut minuman.
“Perlu ke cari awek kat club? Kat sini-sini tak boleh? Kat masjid ke?”
Wan ketawa terbahak.
Aku tak mampu beritahu Wan yang hati aku ada pada Indah. Sedang Indah pun tak tau tu.
“Jomlah, Kamil. Kali ni je.”
Aku masih lagi menggeleng. Aku tak mampu keep up dengan lifestyle Wan yang begitu.
“Kamil, please?”
“Tak naklah, Wan.”
“Kita pergi cari awek je, bukan minum-minum pun.”
Aku menjeling Wan yang sedang tersengih.
“Please..?”
Aku bingkas bangun, kutip buku aku yang bertabur atas meja dan beredar.
“Wei! Takkan marah kut, bro?”
“Bro, bro! Tunggulah aku kejap!”
“Kau nak apa lagi, Wan?”
“Ok, ok. Aku tak paksa kau pergi. Kau marah ke?”
Aku tak menjawab.
“Aku bukan apa, Kamil. In yang iya-iya sangat nak suruh aku ajak kau ikut sekali.”
Aku tersentak. Bercahaya mata aku tiba-tiba. In yang nak aku ikut?
“Mana dia?”
“Aku tinggalkan kat kafe. Kelas dia lambat lagi start.”
Aku memandang muka seposen Wan. Hati aku dah mula berkira-kira.
“So, kau nak pergi tak Mil?”
“Tengoklah macam mana.”
Menyesal pulak aku ikut Wan ke tempat setan berkumpul ni. Kata tak nak minum, tapi order jugak air setan tu. Indah rasa kekok, walaupun aku rasa dia dah selalu ikut Wan ke sini. Pakaian Indah tak seindah selalu. Dia memakai dres warna metalik yang menampakkan sepasang kaki panjang halus milik dia. Secara jujurnya, aku lebih suka lihat dia berbaju kurung. Panggil lah aku kolot atau apa. Dia nampak lebih Indah kalau tubuhnya tak terdedah macam ni.
Suasana dalam Ruff Club memang bising. Lampu yang laju menyilau mata aku, buat aku susah nak lihat muka Indah.
“Baby, nak menari tak?”
Aku dengar Wan mempelawa Indah, dalam kebisingan itu.
Anehnya, Indah menggeleng.
“Tak naklah. In nak duduk aje.”
Wan menjungkit bahu dan bangun menuju lantai tarian. Macam dirasuk apa dia kat situ.
“In, aku keluar kejap.”
Aku beritahu In itu, dan bingkas bangun keluar. Nampaknya kalau aku keluar, aku tak boleh masuk semula. Sebab bouncer yang jaga pintu tu dah koyakkan tag di tangan aku.
Ah, peduli apa! Itu bukan hidup aku. Aku sesak nafas dalam sana. Sesak kerana Indah terlalu seksi, dan jugak kerana Wan, kawan baik aku seakan menjadi orang lain.
Aku nyalakan sebatang rokok dan hanya duduk di ruang parking motor berhadapan Ruff Club.
“Kamil!”
Aku menoleh. Indah jugak keluar dari situ.
“Kenapa keluar?”
“Kamil kenapa keluar?”
Aku tersenyum, dan menyedut rokok dalam-dalam.
“Wan macam mana?”
In pulak yang tersenyum.
“Kita tinggalkan dia kejap. Jom pergi McD ke? In laparlah.”
“In, kejap. Pakai ni.”
Aku sarungkan jaket aku di tubuhnya. Sekurang-kurangnya dapat menutup bahagian atas tubuhnya. Walaupun sepasang kaki panjang halus miliknya tu masih terdedah.
“Thanks, Kamil.”
“You’re welcome.”
Perasaan bahagia sekali sekala tak ada Wan di sisi ni buat aku rasa bersalah. Aku dan In hanya dua orang dalam McD yang hampir tutup tu. Berbual seperti tak ada orang lain yang mampu ganggu kami. Dalam hati aku, janganlah Wan tiba-tiba datang dan merampas saat ni dari aku.
“So, Kamil. Tell me kenapa awak tak ada girlfriend lagi.”
Aku tersedak ketika sedang meneguk air coke dalam cawan kertas.
“Hey, be careful.”
Indah tersenyum lagi. Matanya jadi kecil bila berbuat begitu.
“Kenapa aku tak ada girlfriend?”
Indah mengangguk-angguk.
“Sebab aku...sedang tunggu seseorang.”
Dia mengangkat kening.
“Really?”
“Yep.”
“Wow, that girl is one lucky person. Dah berapa lama dah tunggu ni?”
“8 tahun.”
Indah membeliakkan mata pula.
“Biar betul, Kamil? Lama tu..”
“I know.”
“So, In kenal tak girl tu?”
Aku meneguk air, cuba cari jawapan yang tepat.
“Doubt it.”
Bohong aku. Padahal Indah sangat kenal gadis pujaan aku tu. Sangat kenal, sampai dia ada dalam dirinya.
“Well, satu masa nanti Kamil kena kenalkan girl tu dekat In ok?”
Aku menjungkit bahu.
Ganti nama diri aku pada In tak selembut ganti nama dirinya pada aku. Aku tak boleh bersaya-awak dengannya, tambah-tambah depan Wan. Indah seorang yang lembut hati, jadi dia yang bersaya-awak dengan aku.
Em, let me tell you something about Indah. Anak matanya selalu bercerita walaupun dia tak bersuara. Rambutnya yang lurus panjang mengurai ke pinggang membuatkan aku atau mungkin Wan sendiri – berdebar-debar. Indah sentiasa bebas, tak takut mencuba benda baru. Sebab tu hampir kesemua baju yang dia pakai ke kelas merupakan rekaannya sendiri.
Indah tak sukakan grafik design, sebab katanya grafik design hanya untuk orang-orang hipokrit. Yang nak mengubah benda asli menjadi benda palsu. Dia lebih sukakan bidang major aku, seni halus. Kerana design fesyennya juga dihasil dari pensel, seperti lukisan-lukisan aku.
Bila Indah ketawa, aku turut ketawa. Sedang Wan tak suka. Wan selalu suruh Indah buat muka sombong sebab baginya nampak seksi. Aku lebih suka Indah ketawa sebab tawanya indah. Kalau Indah bergaduh dengan Wan, dia akan mengadu pada aku. Dan malam itu mesti Wan akan suruh aku pujuk dia. Aku bagaikan bola. Melantun-lantun antara sahabat dan cinta.
Topik perbualan antara aku dan dia tak terbatas. Sentiasa ada pertanyaan keluar dari mulutnya. Tentang hidup aku, pelajaran aku, diri aku, diri Wan, diri orang lain, seni, filem, muzik dan macam-macam lagi.
“Hey, mengelamun ke?”
Dia akan cakap macam tu, kalau aku leka merenung wajahnya. Kalaulah aku dapat miliki dia, aku sendiri yang akan pujuk dia kalau bergaduh. Aku takkan bawa dia ke tempat-tempat macam Ruff Club. Aku akan selalu sayangi dia. Dan cinta dia.
Tengok, aku dah bandingkan diri aku dengan Wan. Wan kawan baik aku. Selalu ada kala aku susah. Tak mungkin aku dapat khianati dia. Walaupun aku tau aku boleh jadi lebih baik dari dia untuk Indah.
“Semalam korang tinggalkan aku ek?”
Aku dan Indah sedang melukis dalam library, tiba-tiba Wan datang. Beberapa orang di sekeliling kami membuat isyarat menyuruh dia diam.
“You yang tak ingat kat kitorang. So kitorang pun blah la, kan Kamil?”
Aku senyum.
“Rilek la, Wan. Aku tengok kau macam tengah sedap menari-nari. Aku tak nak lah kacau.”
Wan menarik kerusi dan duduk di sebelah Indah. Mereka berbisik sebentar. Aku jadi rasa terasing di situ. Lama mereka berbicara dalam bisik. Tiba-tiba Indah bangun, mengutip bukunya dan beredar pergi. Tanpa cakap apa-apa.
“Dude, kau kena tolong aku.”
Aku mengangkat muka.
“Apsal?”
“In marah kat aku ni.”
“Kenapa?”
“Kali ni serius beb.”
“Yelah, kenapa?”
“Aku..aku..terlanjur dengan perempuan mana ntah semalam.”
Tiba-tiba urat kat kepala aku jadi tegang. Rasa nak marah menjerit-jerit kat Wan ni. Yang tak berguna ni.
“Kau bagitau In ke??”
“Aku..aku tak sengaja. Aku tak nak In tau dari mulut orang lain.”
Aku bangun tiba-tiba. Aku tak tau kenapa In boleh kawal diri dan terus beredar macam tu. Aku tak boleh.
Ringan penumbuk aku, ringan lagi penendang aku singgah kat tubuh Wan. Library kecoh, ramai orang mengerumuni kami. Suasana senyap dah jadi hingar bingar, macam pasar.
“Kamil! Aku tak sengaja!!”
“Tak sengaja kepala hotak kau!! Kau tau tak In tu sayangkan kau?! KAU TAU TAK?!!”
Bertubi-tubi aku tumbuk muka kacak dia tu sampai berdarah.
“Kamil!! Kenapa kau yang tumbuk aku?!”
“Sebab aku kawan kaulah, bodoh!! Sekarang aku malu nak mengaku kau kawan aku!”
Ya Allah, aku bertindak mengikut emosi. Aku sepatutnya nasihatkan Wan, bukan tumbuk sampai muka dia cedera parah. Sampai aku kena dismiss dari belajar. Tak sempat graduate nampaknya aku ni. Tapi setiapkali aku nampak muka Wan yang meneguk air setan berkali-kali tu, aku jadi marah. Dia tak layak untuk Indah.
Kadang-kadang bila aku kurungkan diri dalam bilik aku yang gelap ni, aku tertanya-tanya. Macam mana keadaan In? Mampu ke In terima Wan balik? Sebulan dah berlalu. Entah macam mana muka Wan sekarang.
“Kamil! Telefon!”
Mak aku panggil dari tingkat bawah. Aku menyahut dari tingkat atas.
“Hello?”
“Hello? Kamil,”
Aku terdiam. Suara Wan memanggil di hujung talian.
“Aku nak jumpa kau. Boleh kau keluar?”
“Tak ada sebab kenapa aku patut jumpa kau, Wan.”
“Aku nak cakap sikit. Starbucks, pukul 1 esok.”
Lepas tu dia letak gagang. Aku jadi marah semula. Boleh lagi nak ajak aku jumpa sedangkan aku dah belasah muka dia cukup-cukup?
Mak aku buat acuh tak acuh dengan aku. Yelah, siapa yang suka anaknya kena dismiss, sebab bergaduh pulak tu. Mak asyik cakap dia tak kesampaian nak tengok aku konvo. Ah, nasib dapat anak loser macam ni.
Aku sampai di Starbucks pukul 1.15. Aku tak mau tepati waktu untuk si setan tu. Dari jauh, aku nampak Wan sedang duduk di meja outdoor. Di saat aku nak berjalan dekati dia, Indah datang. Indah ketawa, senyum bahagia. Macam tak ada apa-apa berlaku. Betul ke apa yang aku nampak ni? Indah dah maafkan Wan ke? Semudah tu? 5 saat lepas tu, Indah bangun dan pergi lagi. Barangkali masuk ke dalam premis Starbucks.
“Wan.”
“Ha, Kamil. Aku ingat kau tak nak datang.”
Wajah Wan dah jadi hensem seperti sediakala. Cuma hidungnya masih tertampal plaster.
“Kau nak cakap apa?”
“Duduklah dulu.”
“Aku tak ada masa ni.”
“Duduk dulu, Mil.”
Terpaksa aku tarik kerusi dan duduk berhadapan dengan dia. Tapi tak mau memandang mukanya. Takut rasa bersalah dan geram tu datang balik.
“Apa khabar kau?”
Aku mengerling Wan. Perlu ke aku jawab soalan dia tu?
“Anyway, aku nak cakap kat sini yang aku dah gugurkan kes hari tu. Kau boleh daftar balik kat kolej untuk semester akhir.”
Aku berkerut.
“Kau kawan aku Mil. Dari kecik. Takkan aku tak tau diri kau.”
Aku menarik nafas.
“Terima kasih banyak-banyak.”
“Sama-sama, Kamil.”
Wan senyum, rilek aje. Muka nampak baik gila. Aku keliru lah.
“Aku jugak bukan bodoh untuk nampak yang kau cintakan Indah kan?”
Aku terbungkam, terbuntang mata, berkerut dahi dan terangkat kening dengar andaian Wan yang sangat tepat itu.
“Come on Mil. Kau ingat lagi tak Regina? Awek aku sebelum Indah? Masa aku curang dengan Regina dulu kau tak buat apa-apa pun. Kau siap ketawakan aku lagi.”
Aku tertunduk. Sialan, dia dah tahu?
“Tapi tu tak bermakna kau boleh curang pada Indah, Wan.”
Wan senyum penuh makna.
“Indah dah maafkan kau?”
“Well, let’s say dia dah lupa pun perkara tu.”
Aku tak percaya. Gadis berpendirian dan bebas melata seperti In takkan boleh lupakan perkara besar seperti itu senang-senang aje.
Aku cuba cari-cari kelibat Indah dalam Starbucks dengan mata. Tapi dia tak kelihatan.
“Kau cari Indah ke?”
Aku memandang muka Wan.
“Kamil, aku nak kau jangan dekati Indah lagi. Jangan fikir yang kau boleh rampas dia dari aku. Kalau tak, kau takkan dapat sambung belajar lagi.”
Aku rasa nak tumbuk balik muka Wan ni tapi aku tahankan..
“Come on Kamil. Takkan kau nak biarkan mak kau kempunan tengok kau konvo?”
Betul, betul tangan aku dah genggam erat ni. Aku bingkas bangun
“Itu aje kau nak cakapkan? Kalau itu aje, aku blah dulu.”
“Nanti, Kamil. Kau tak nak jumpa Indah ke? Cakap kat dia yang kau cintakan dia?”
Wan ketawa sinis. Bukan Wan yang aku kenal lagi. Hanya kerana perempuan, jadikan persahabatan aku dan Wan putus macam ni.
“Kau bukan kawan aku lagi Wan. Berambus kau dengan tawaran kau tu.”
Yang aku sukar percaya, Indah yang aku cinta dah maafkan lelaki jahat macam Wan ni. Wan mampu jadi apa saja hanya kerana dia kaya dan hensem ke?
****************************************************
Pertama kali aku pakai sut Armani. Sut sponsor. Aryanna kata aku nampak kacak. Ye ke? Tak pernah perempuan puji aku kacak sebelum ni. Mak aku sibuk melayan tetamu yang datang. Nampak gembira dia. Kalaulah aku boleh jemput Indah sekali.
Dah tiga tahun aku tinggalkan peristiwa kelabu tu dan teruskan hidup. Aku tak perlukan konvokesyen, aku cuma perlu habis belajar semua ilmu melukis dan nah – aku ada galeri sendiri.
Pembukaan galeri aku hari ni bertemakan Indah. Betul. Merata potretnya di pamerkan. Hasil lukisan aku dari hari pertama aku jatuh cinta dengannya. Aku betul harap Indah dapat datang dan saksi sendiri cinta aku pada dia yang aku simpan selama sebelas tahun.
Ah, dah nasib. Indah lebih cintakan Wan. Dia lebih maafkan kejahatan Wan dari mengambil berat tentang aku. Aryanna sangat cemburu dengan Indah, sebab dia juga mahu wajahnya dipotretkan orang suatu hari nanti. Suatu hari nanti.
Bilalah agaknya hari sebegitu tiba untuk aku?
“Kamil, itu kawan sekolah kau kan?”
Mak mendekati aku yang sedang melayan tetamu VIP di sisi potret Indah yang sedang berdiri di jelapang padi.
Aku menoleh ke arah telunjuknya.
“Wan?”
“Hey, Kamil! Tak sangka kau berjaya akhirnya!”
Wan selamba memeluk aku.
“Tapi aku tak jemput kau?”
“Jangan macam tu. Aku dapat invitation dari isteri aku.”
Wan dah kahwin? Tentulah dengan Indah kan? Aku tiba-tiba rasa sakit di dada. Aku sedang mempamerkan wajah isteri orang di galeri ni. Betapa dayusnya aku.
“Cantik lukisan ni, Mil.”
Dia tunjukkan lukisan wajah Indah yang sedang tertawa. Aku senyum sinis.
“Kan kau tak suka tengok dia ketawa.”
“Betul, tapi kau suka kan?”
Urat di kepala aku tegang. Beraninya aku mencintai isteri orang, dan mengumumkan pada dunia pula. Tapi kenapa Wan nampak tenang?
“Apa khabar Indah?” akhirnya keluar juga pertanyaan itu dari mulut aku. Saat Wan nak menjawab, ada seorang budak berlari dapatkan dia.
“Papa!”
“Hey, Kamila!”
Aku berkerut. Berani dia namakan anaknya dekat dengan nama aku??
“Kamil, ini anak aku. Kamila. Comel tak?”
Aku angguk.
“Comel, macam mak dia.”
Wan ketawa.
“Mana kau pernah jumpa mak dia?”
Aku terbungkam. Berkerut hebat dahi aku memandang muka Wan. Apa ni? Kan mak budak ni Indah?
“Abang, susahlah cari parking kat luar tu.”
Seorang wanita yang sarat membusung menegur Wan tiba-tiba.
Eh, wanita ni bukan Indah!
“Wan, kau..??”
“Kenalkan, ini isteri aku. Suraya. Su, ni kawan abang yang abang cerita tu.”
“Hi, you must be Kamil.”
Aku menyambut salamnya.
“Abang tak cakap pun yang kawan abang ni hensem!”
“Dah, jangan nak menggatal. Abang lagi hensem dari dia!”
“Wait, Wan. Kalau Suraya ni isteri kau, jadi Indah..?”
Wan menarik aku jauh sedikit dari isteri dan anaknya.
“Kau ingat tak perempuan yang aku cakap aku terlanjur tu? Inilah dia. Aku kena kahwin paksa dengan dia. Tapi bahagia. Sebab dia cute. kau tengoklah dia tu - ”
“Habis, Indah??”
“Entah. Last aku jumpa dia, seminggu lepas aku last jumpa kau. Dia dapat tau Suraya pregnant anak aku, terus dia mintak putus. Tapi dia tak marah pulak.”
Aku rasa marah dengan Wan. Tapi rasa gembira aku lagi melonjak tinggi dari rasa marah tu. Indah dah single! Aku ada peluang!
“Kenapa dia tak marah?”
“Mana aku tau. Dia just cakap, ‘Really? Kita putus jelah’.”
Aku keliru sikit, tapi tak dapat tahan rasa excited nak jumpa Indah lagi. Nak pikat dia semula, sebelum orang lain pikat dulu.
“Isteri kau mengandung macam tu, kau biarkan dia park kereta?”
“Well, aku nak jumpa kau dulu.”
“You’re a jerk, Wan. You still are.”
Wan tersenyum.
“Welcome back, my friend.”
Semua tetamu dah keluar. Majlis pun dah tamat. Kritikan pun dah diberi, press conference pun dah dibuat, macam-macam lagilah. Aryanna dan mak terlalu penat, so aku suruh mereka balik dulu.
Setiap potret Indah ni mengingatkan aku pada setiap peristiwa yang aku alami dengan dia. Potret terbaik kat sini, menurut kata pengkritik, adalah lukisan ketika Indah sedang ketawa. Yang menjadi favorite aku jugak. Ketika ni, aku sedang berbual dengan Indah tentang zaman kanak-kanak aku.
“In, kau tau tak. Masa aku kecik-kecik dulu, aku tinggal dengan nenek. Nenek aku punyalah rock. Dia pusing kampung naik motor Harley Davidson dia tu. Aku yang malu bila aku pergi kedai kopi, semua tanya aku: ‘Kamil, mana nenek rock kau tu?’.”
Indah ketawa.
“Ye ke? Kenapa nenek awak macam tu?”
“Entahlah, dia berjiwa muda.”
“Seronoknya keluarga awak.”
“Seronok, kalau dia masih ada. Dialah penghibur keluarga aku, In.”
In tersenyum.
Potret In sedang menangis. Ketika ni dia menangis bukan kerana Wan, tapi kerana kucingnya mati dilanggar bas. Teruk dia menangis. Wan tak ada kala itu, jadi aku yang pujuk dia.
“Kamil, Panda dah mati..”
“What?”
“Panda kena langgar petang tadi..”
Aku tak sempat berkata apa, In tiba-tiba berlari dalam pelukan aku. Teresak dia di situ, menyebabkan baju aku basah.
Potret In sedang membaca, sambil cermin mata bingkai hitamnya dilurut ke hidung dan pensel tercucuk di sanggul rambutnya. Buat dia nampak sangat comel.
“Pensel di rambut samalah macam rokok di bibir. Tempat yang ‘betul’.”
Aku teringat In pernah cakap begitu bila aku komen tentang pensel yang dia cucukkan di rambutnya.
Tiba-tiba pintu galeri dibuka. Aku tersedar sebentar. Lamanya aku mengelamun.
“Maaf, kami dah tutu - ”
Aku tercegat, terkebil. Tapi mata aku tak mahu mengerdip lihat Indah di depan mata. Dia tersenyum.
“Maaf, lambat.”
Dia mendekati aku yang masih tercegat macam patung.
“Indah..? Macam mana..kenapa...apa..” Semua soalan aku nak keluarkan serentak. Indah tertawa, sebijik macam dalam potret yang aku lukis.
“Saya datang nak berkenalan dengan gadis bertuah yang awak tunggukan tu,”
Aku tersengih. Dan terus tarik tangannya menuju ke sebuah cermin panjang yang terletak di antara potret Indah dan gambar aku sebagai pelukisnya.
“In, I want you to meet the love of my life. Dah sebelas tahun aku tunggu dia. Tapi dia tak tau. Aku nak beritahu dia, tapi tak berani. I know i’m such a fool. Sebab tu aku terlepas dari memiliki dia.”
Indah memandang imejnya sendiri di cermin. Kemudian dia perlahan-lahan pusing, menghadap aku.
“Kenapa tak bagitahu awal-awal?”
“Tak ada peluang,”
“Banyak peluang. Bila awak pujuk saya tiapkali saya gaduh dengan Wan. Malam tu, bila kita kat McD, bila Panda mati...banyak, Kamil.”
Aku terdiam.
“Tapi kan kau dah dengan Wan?”
“No, I’m falling for you, fool. Not Wan. Sejak hari pertama kita jumpa. Saya ingat awak anggap saya macam kawan sebab tu saya tak mengharap - ”
Tiba-tiba aku menarik dia dalam pelukan aku. Di luar kawalan. Aku tak bertepuk sebelah. She’s falling in love with me!!
“And I’m falling for you all over again, Indah.”
2 comments:
waaa sweetnya cerpen nih..
hehe
haha
thanks.
cerpen ni is my favourite!
Post a Comment