Ini Rain. Nama penuhnya Rainbow Armstrong. Di sekolah, semua orang pelik dengar namanya. Semua ejek dia.
“I think the ‘rain’ is falling..down!”
Lebih kurang macam tu lah. Tapi itu bila hari pertama dia di sekolah St. Barney High School. Sekarang, orang tak heran pun.
Rain seorang pemuisi. Selama 3 tahun dia di sekolah ni, subjek English Literature adalah subjek kegemaran dia. Pemuisi kegemaran dia pulak adalah Shakespeare, dan dia paling suka Romeo and Juliet. Standard lah tu.
Tapi bagi penghuni St Barney High School, kegemaran Rain ini satu kepelikan. Rain jadi terasing kerana dia seorang pemuisi. Rain tak ada seorang pun kawan baik kat sekolah tu.
Ini pulak Chad. Dia dikelilingi kawan. Semua orang sukakan dia. Semua orang nak berada dekat dengan dia. Mungkin kerana good looks dia ataupun dia seorang atlit sekolah. Di St Barney High School, atlit setaraf dengan superstar. Chad berbakat dalam semua bidang sukan. Football, soccer, even tennis.
Chad sangat benci belajar. Bagi dia, setakat pandai bersukan dah cukup untuk dia masuk kolej nanti. Memang betul pun, sebab tawaran masuk kolej dah beratur pun untuk dia walaupun dia belum lagi habis belajar.
Chad ada seorang girlfriend. Actually bukan seorang. Agak ramai jugak yang mengaku sebagai girl dia. Tapi yang betul-betul rasmi dan semua orang dah tau ialah Donna. Pelajar perempuan paling popular kat St Barney High School. Standard lah tu.
Tapi bagi Rain, perilaku Chad dan Donna adalah satu kepelikan. Bukannya Rain ambil kisah pun, tapi dia pergi mana-mana mesti ada nama Chad dan Donna.
Kerana bagi Rain, cinta tak harus dijaja-jaja sepanjang jalan. Macam tak tau malu. Love supposed to be private, and secretive. Itu pandangan Rain.
“Berapa banyak sangat orang dalam dunia ni yang bahagia macam kita, kan Chad?”
Chad senyum pada Donna. Hari-hari Donna kelihatan cantik.
Selalu ayat yang sama Rain dengar setiapkali dia melintas depan pasangan tu di kafeteria. Selalu dia makan sendirian. Dah 3 tahun. Kadang-kadang dia makan di bilik guru sebab hanya Miss Teri yang faham keadaan dia. Tapi hari ni Rain makan di kafeteria.
“Hey, kalau pakai sweater hijau hodoh macam tu, jangan melintas depan kitorang!”
Rain terkaku sekejap. Dulang berisi susu kotak, sandwic telur dan jeli strawberi di genggam perlahan.
“Merosakkan environment aje!”
Disebabkan suara Donna kuat, maka semua orang kat kafe ni pandang Rain. Chad tersenyum. Rain memang meluat, tapi apa yang boleh dia lakukan?
“Like I care.”
Itu aje yang mampu Rain ucap sebelum bawa dulang makanan tu ke bilik guru lagi.
“Hey! Kau kata apa?!”
“Donna, duduk. Semua orang pandang ni.”
“Chad, sampai hati you tak backing I.”
“Alah, pedulikanlah dia. She’s not even worth it.”
Memang Rain rasa nak campak dulang tu ke muka diorang. Tapi dia cuma pemuisi. Bukan pemarah. Lagipun, kalau dia buat macam tu, dia akan dikecam seumur hidup oleh penghuni St Barney yang lain. Chad dan Donna, macam raja dan permaisuri. Mana mungkin dia dapat lawan.
Rain ada rasa selesa di satu tempat. Di kelas Sastera Inggeris. Waktu Miss Teri membacakan puisi-puisi dari Roald Dahl. Dari Shakespeare. Kelas yang semua orang lain tidur, Rain terjaga.
Rain bencikan kelas jasmani. Kelas yang memerlukan dia berkomunikasi dengan orang. Kelas yang semua orang puji kehebatan Chad. Tapi hari ni, Rain kena kutip bola yang orang lain semua main. Semua orang berlari, berdiri, melompat di ruang gym class ni, manakala Rain duduk di bangku putih panjang, menulis.
“Oi, budak nerd! Kalau nak menulis jangan dalam gym, buat sakit mata aje!”
Rain mendongak. Chad sedang memandang ke arah dia, di tangannya ada bola. Rain buat tak peduli, tapi bola tu enggan menjauhi dia. Chad enggan. Laju aje tangan dia campak basketball tu ke arah Rain.
“Sakitlah bodoh!”
“Tau rasa sakit? Ingatkan kau ni robot!”
Rain geram. Dia bangun dari bangku putih dan berjalan mendekati Chad. Yang rupanya lebih tinggi dari dia. Rain cuma di paras dada Chad aje.
“Lainkali, kalau tengah pegang bola, bukak mata. Nanti terpegang tiang pulak.”
Chad membeliakkan matanya – tanda mengejek Rain. Tapi lama-lama baru dia faham ayat sarkastik Rain tu.
“Oh, maksud kau kalau aku tengah pegang ‘bola’ aku?”
“Lembap.”
Rain malas lagi nak cari gaduh dengan lelaki tak guna ni. Ayat simple macam tu pun dia tak faham. Dia tinggalkan Chad yang tergaru-garu kepala.
Rain tak suka balik rumah. Tak suka menghadap muka orang yang paling dia benci. Jadi Rain selalu balik lewat malam, supaya tak bertembung dengan loser tu. Cukuplah kat sekolah dah jumpa muka dia banyak kali. Janganlah kat rumah. Kalau keluar ke sekolah pun, keluar awal pagi, sebelum loser tu bangun. Tapi hari ni Rain dengar dia dan Donna nak pergi camping 3 hari. Aman dunia. Bolehlah Rain balik awal sikit.
“I’m home!”
Ayat biasa kalau dia pulang.
“Rain, sini kejap. Ayah nak cakap sikit.”
“What’s up?”
Di ruang tamu ada ayah Rain - Robert, kekasih ayah Rain - Samantha dan anak lelaki Samantha yang Rain benci - Chad. Ah, kata nak pergi camping?!
“Rain, duduk dulu.”
Rain akur. Beg galasnya dilurutkan ke bawah.
“Ayah dan Sam dah buat keputusan,”
Robert memandang Samantha yang tersenyum.
“Kami nak buat perkahwinan dekat Hawaii.”
“What?!” Rain nak cakap itu, tapi Chad dah bersuara dulu.
“Yep. Tapi kami belum survey tempatnya lagi. Jadi, mulai esok, kami nak ke sana untuk survey tempat.”
“That’s bullshit, mom. Kenapa tak buat kat sini aje??”
“Chad, mind your language.”
“Lagipun mak kamu dengan uncle tak pernah pergi Hawaii. Boleh kami honeymoon sekali kat situ.”
“Kat sini kan lagi murah? Kenapa nak pergi jauh-jauh?”
Rober dan Samantha memandang Chad yang sedang berdiri mencekak pinggang.
Chad pula memandang Rain.
“Rain, kau setuju dengan aku kan?!”
Rain memandang ayahnya. Betul, ayahnya tak pernah pergi jauh untuk bulan madu. Apa salahnya sekali sekala bagi peluang.
“It’s your life, dad. Rain tak boleh campur tangan.”
Chad melopong. Samnatha dan Robert dan tersenyum suka.
“Okey, seminggu dari esok, kamu jaga Rain baik-baik ya Chad. Rain jaga rumah ni. Boleh?” pinta Samantha.
“What? What do you mean by that, Sam??”
“Ayah dan Sam akan ke Hawaii esok, selama seminggu.”
Chad dan Rain berpandangan, dengan muka mencuka.
Rain tak tau bila masanya Chad pulang dari sekolah. Tak tau bila masanya dia akan keluar balik untuk latihan tennis. Bila masanya dia akan keluar berparti. Dan balik dengan mabuk. Mulai esok mereka akan tinggal berdua saja. Rain perlu buat sesuatu.
“Chad.”
Pintu bilik Chad yang jauh sebatu dari biliknya tu diketuk.
“Yo!”
“Aku ni.”
Chad memulas tombol.
“Nak apa?”
“Nak cakap sikit. Keluar kejap.”
“Cakap kat sini sudah.”
Dengan pintu yang suku terbuka dan hanya mata Chad yang kelihatan?
“Aku nak tau jadual kau.”
Chad mengerutkan kening.
“Jadual aku? Kenapa?”
“Bagi jelah.”
Chad meluaskan bukaan pintu. Patutlah, tak berbaju.
“Kau nak intip aktiviti aku ke?”
Rain menunduk, sebab tak mau lihat tubuh Chad.
“Kau suka kat aku ek, Rain..”
Rain berani mengangkat muka.
“Bullshit. Supaya senang aku tak bertembung dengan kau bila balik rumah.”
Chad terdiam.
“Kejap.”
Bilik Chad penuh dengan poster-poster band, poster-poster atlit, poster-poster perempuan seksi, dan macam-macam lagi. Bunyi bising muzik rock jugak melata dalam bilik tu.
“Nah. Pukul 3 tennis tu tukar pukul 5.”
Rain berpaling untuk pergi.
“Rain,”
“Yep?”
“Make sure time aku ada kat rumah, kau tak ada, ok?”
“Sebab tulah aku mintak jadual kau, bodoh.”
Sibuk betul mereka mengangkat barang. Banyak pulak tu. Macam nak pindah aje. Baju Robert dan Samantha dah sama tema dengan Hawaii.
“Jaga rumah ya, Rain.”
“Ok dad.”
“Chad, jaga Rain tau.”
“Oh..kay mom.”
Sebaik teksi yang bawa mereka ke airport meluncur pergi, Chad memandang Rain.
“Rain, aku tak jadi pergi camping. Malam ni aku nak buat parti. Untuk kawan-kawan aku. So, unless kau rasa layak untuk join parti aku tu...”
“Yea, yea. Aku taulah.”
“Look Rain, bukan salah aku bapak kau nak kahwin dengan mak aku.”
“Bukan salah bapak aku jugak mak kau lahirkan orang macam kau.”
Chad terbungkam, terbeliak. Begitu pedas mulut Rain sekarang. Tak macam waktu mereka mula-mula jumpa dulu. Rain tak bercakap sepatah pun.
“So, kau nak tidur mana malam ni?”
Rain yang sedang mengemas baju ke dalam beg galasnya terkejut bila Chad betul-betul ada kat belakang.
“Tolong stay out of my room!”
Chad mengangkat kedua belah tangan dan keluar. Tapi masih menunggu di muka pintu.
“Rain, aku tanya tadi,”
“I believe that’s none of your business.”
“Okay, as long as kau tak muncul tiba-tiba kat parti aku tu, and halau semua orang keluar.”
“Jangan risau, aku tak buat benda tak berfaedah.”
Chad ketawa.
“Just ingat satu benda je Chad.”
“Apa?”
“Ini rumah orang. Rumah bapak aku. Kau menumpang aje.”
Pintu tertutup di muka Chad. Selepas ayat bisa memanah jantung Chad itu.
Malam dah larut. Orang semakin ramai. Dan mabuk. Belumpun cukup umur, tapi semua dah rasa. Donna sangat seksi malam ni. Buat Chad tak mau bangun dari sisi dia. Tapi Chad lebih resahkan rumah tu. Samantha beri amanah pada Rain, suruh jaga rumah. Kalau ada barang pecah, Rain akan kena.
“Hey, guys. Guys! Jangan main pasu tu!”
“Benji! Jangan masuk bilik hujung tu, please!”
“Eric, tolong jangan pecahkan botol tu!”
“Dave, jangan panjat tangga tu!”
Hampir semua nama dia dah sebut. Hampir semua barang kaca dia dah simpan tempat tersorok.
“Chad, relaxlah..macam mak orang lah you ni.”
“Donna, you tengoklah diorang ni. Nak parti ke nak rosakkan rumah orang?”
“Honey, macamlah you tak pernah pergi parti..kan parti memang macam ni..?”
“Masalahnya ni bukan rumah I!”
Donna terdiam. Chad terlepas cakap.
“What, Chad?”
“Erm, nothing. Nothing.”
“Oh, I ingat you ada cakap yang rumah ni bukan rumah you tadi. Terkejut I kalau macam tu. You ditakdirkan untuk jadi mewah, Chad..”
Chad teringatkan Rain. Dia yang mewah. Chad sanggup bagi apa saja untuk jadi mewah seperti ni. Untuk tak berpindah randah lagi. Ini rumah Rain. Dia cuma menumpang.
“Chad, take me to your bedroom..”
Chad tersengih. Tanduknya mendua.
Tapi sebaik dia bangun dan mengangkat tubuh Donna yang mabuk tu, Chad teringat lagi.
“Just ingat satu benda je Chad.”
“Ini rumah orang. Rumah bapak aku. Kau menumpang aje.”
Muka Rain yang dingin tu datang tiba-tiba.
“Guys, party’s over.”
“What?! Come on Chad...belum pagi lagi!!”
“Tolong tinggalkan rumah aku ni sekarang.”
Orang lain tak ada pilihan selain ikut aje arahan Chad. Semua berduyun keluar. Termasuklah Donna yang dah sangat mabuk.
Cuti musim panas dah mula. Mulai hari ni. Semalam, Chad sorang-sorang kemas sisa-sisa parti tu. Itu pun tak habis. Dia sendiri tertidur atas sofa. Tapi bila dia bangun, rumah dah kemas. Seperti biasa. Siapa yang kemas?
“Ra..Rain..?”
Tentulah dia tak ada. Kan Chad dah warning dia supaya jangan balik kalau dia ada di rumah.
Tiba-tiba Rain turun dari tingkat atas.
“Rain, kau dah balik?”
“Yes. Dan nak keluar balik. Jangan risau, aku tak kacau kau.”
Rain dah hampir sampai ke pintu bila Chad tahan.
“Aku..dah cuba jaga rumah ni,”
“I know. Thanks.”
“Rain, nanti. Em, kau tidur kat mana semalam?”
Rain pandang muka Chad.
“Kau tak payah tau, Chad. Kau boleh buat parti lagi malam ni. Sampai esok aku tak ada. Tapi make sure hari Isnin kau ikut jadual kau tu.”
Rain keluar macam tu aje. Dia tak risaukan keadaan rumah ni ke?
Hari Sabtu dan Ahad milik Chad jadi bosan. Sebab dia hanya duduk di rumah. Kalau keluar pun, pergi 7 Eleven. Atau ke rumah Donna, yang marahkan dia. Bila Isnin datang, Chad terpaksa ikut jadual yang dia bagi pada Rain, walaupun latihan tennis dibatalkan. Walaupun football dah habis season. Tapi Rain tak tau tu.
“Chad, kenapa kau datang? Kan latihan batal?”
Chad menoleh, ada kawan baiknya, Luke di situ.
“Saja. Aku nak keluarkan peluh.”
“Banyak cara lain lagi boleh keluarkan peluh, Chad.”
Chad ketawa.
“Sehari tak lucah tak boleh ke, Luke? Jom lawan aku.”
“Padahal kau nak lari dari Rain, kan?”
Luke tahu, Rain serumah dengannya.
“Taklah. Dia yang suruh aku ikut jadual. Sebab dia nak ada kat rumah.”
“Come on, takkan kau nak bagi dia control hidup kau? Kau punya sukalah nak balik bila.”
“Dia dah bertolak ansur dengan aku last weekend. Turn akulah pulak.”
“Sejak bila kau jadi lembut ni, Chad?”
Chad ketawa.
“Hah, kau buat apa kat sini Luke?”
“Aku ada date ngan Sara. Tu yang aku halau kau ni. Pegi balik rumah.”
“Dating kat tennis court?”
“Dia ajak main tennis. Aku ajak dia main lain.”
“Ish. Baik aku blah. Tak nak aku tengok korang ‘main’.”
Chad berfikir dua tiga kali sebelum masuk ke rumah. Selama ni, Chad tak pernah berfikir pun, tapi Rain banyak buatkan dia berfikir kebelakangan ni.
“Macam mana kalau dia bawak balik boyfriend dia? Takkan dia nak bangga duduk serumah dengan aku pulak? Eh, kenapa pulak dia tak bangga. Aku yang tak bangga duduk serumah dengan dia! Tapi mana ada orang nak kat dia. Tak mungkin dia ada boyfriend!”
Semua tanggapan Chad salah. Rain cuma ada di dapur seorangan – memasak. Tapi dengan hanya – pakaian dalam! Terbeliak mata dan terlopong mulut Chad melihat belakang tubuh Rain yang hanya menampakkan pakaian dalam.
Rain pusing ke belakang. Serta merta kuali panas di tangannya tercampak. Sudip di dalamnya terlambung. Dan spaghetti menggelegak jatuh di kakinya.
“Aduh!! Panas!!”
“Rain, kau ok?”
Tubuh depan Rain terbalut dengan apron, nasib baik.
“Chad?!! Kau balik kenapa?!!”
Rain menjerit. Kerana sakit dan marah.
“Rain, kaki kau melecur ni. Kejap aku ambikkan ubat, dan seluar maybe.”
Chad bergegas ke tingkat atas, menuju bilik Rain. Yang harum sebaik dibuka. Tak macam bilik dia. Bilik Rain lebih tersusun, tapi puisinya tertampal di seluruh dinding. Chad leka sekejap membaca puisi-puisi Rain. Tapi teringatkan Rain yang sakit dan separuh bogel di dapur, Chad menyelongkar laci, mencari seluar jeans milik Rain, dan peti kecemasan.
“Rain, jangan bergerak, aku nak sapu ubat ni.”
“Tak payah. Bak sini seluar aku.”
Rain rampas seluar jeans di tangan kiri Chad.
“Blah boleh tak? Aku nak pakai seluar.”
Chad beredar ke ruang tamu. 10 saat kemudian barulah terjingkit-jingkit Rain datang padanya. Dengan hanya berapron biru gelap dan seluar jeans.
“Kenapa kau balik?”
Rain tanya lagi.
“Latihan batal.”
“Dah tu, lepaklah kat mana-mana dulu.”
“Bosan. Aku nak balik rumah.”
Rain mengeluh.
“Ish, sekarang aku pulak yang kena keluar.”
Terjingkit-jingkit lagi Rain mendaki tangga. Chad mengaku, air liurnya meleleh sedikit bila tengok Rain yang hanya dengan bra, apron dan seluar jeans. Seksi jugak Rain ni.
“Rain, kau tak payah keluar. Aku duduk dalam bilik aje. Aku janji tak keluar.”
Rain berhenti mendaki.
“Tapi bagi aku sapu ubat kat kaki kau dulu.”
Rain diam lama di atas anak tangga. Chad yang bangun dulu dan mendekati dia.
“Meh, sini aku papah kau.”
Rain menjeling.
“Aku boleh jalan sendiri.”
“Sakit tu, jangan. Meh sini.”
Chad meggantungkan lengan kanan Rain di bahunya, dan bawanya ke ruang tamu.
“At least bagilah aku pakai baju dulu, Chad.”
Chad tersenyum. Mana boleh. Dia pun nak cuci mata! Haha.
“Apron dah ada. Oklah tu.”
Rain mengetuk kepala Chad yang botak itu.
“Hotak kau!”
“Adeh, sakitlah bodoh!”
“Ohh..tau sakit? Aku ingat kau ni robot.”
Chad ketawa. Sebab dia macam pernah dengar ayat tu.
“Jangan gerak, aku nak sapu antiseptik dulu.”
“Kenapa latihan kau batal?”
Chad tersenyum.
“Kenapa kau memasak dalam keadaan macam tu?”
Pipi Rain memerah. Kepala Chad yang jadi mangsa ketukannya.
“Adeh, sakitlah!”
“Kenapa kau banyak tanya?”
“Yelah, mana ada orang masak pakai underwear aje!”
“Aku sorang je! Sebab tu aku tak suka masak depan orang!”
Kening Chad terangkat sebelah.
“Really? Bolehlah kau selalu masak depan aku. Coz it really turns me on.”
Ketukan singgah lagi.
“Wei, janganlah!”
“Quit being so lucah ok.”
Chad teruskan menyapu ubat di kaki Rain.
“Habislah, Sam mesti marahkan kau bila dia tengok kaki aku melecur ni.”
Chad tersentak.
“Entah kau ni! Jagalah diri tu elok-elok! Nanti aku yang kena marah kau tau!”
“Siapa suruh kau balik tiba-tiba macam tu??”
“Siapa suruh kau pakai underwear aje kat rumah??”
“Siapa suruh kau tengok??”
“Sebab aku...aku...”
Chad tak mampu habiskan. Sebab dia - apa? Tiba-tiba Chad bingkas berdiri. Lepas tu terus keluar dari rumah.
Rain mundar mandir di ruang tamu malam tu. Mundar mandir yang terjingkit-jingkit. Macam mana dia boleh leka, tak sedar Chad dah balik rumah tadi? Dan macam mana dia boleh benarkan Chad sentuh kakinya, benarkan Chad sapu ubat kat situ? Dan sekarang Chad tak balik-balik. Tapi peduli apa pun Rain dekat dia.
Rain teliti lagi sekali jadual yang Chad beri pada dia. Esok, pagi sampai malam Chad akan ada kat rumah. Maknanya dia perlu keluar. Tapi nak kemana? Takkan nak tidur kat sekolah lagi, macam minggu lepas? Penjaga bangunan sekolah dah bising dah.
Dah pukul 3 pagi. Chad buka tombol pintu akhirnya. Penat dia cuba tenangkan jantung yang sejak petang tadi berdetak laju. Pukul 3 pagi baru jantungnya tenang. Singgah di rumah Donna, biarkan Donna melayani dia. Tapi sekarang jantungnya melompat lagi. Seakan nak keluar dari dada.
“Shit, diamlah jantung!”
Suara Chad perlahan berbisik, tapi buat Rain terkejut. Rain yang sedang di dapur, membuka pintu peti sejuk. Berpakaian lengkap.
“Kau nak kemana Rain?”
“Keluarlah.”
“Pagi-pagi buta macam ni?”
“Yelah, esok kan hari kau kat rumah ni.”
“Tapi kau tak perlu tidur kat luar.”
“Ya, aku perlu. Kau pun tahu tu.”
Chad diam. Selesai Rain minum air dari peti sejuk, dia galas beg dan menuju ke pintu.
“Rain, tunggu. Aku nak cakap sikit.”
Jantung Chad tak berhenti menggoncang. Tiba-tiba dia rasa tertarik pada Rain. Walaupun Rain tak pernah seyum pada dia, tapi dia rasa senyuman Rain mesti akan maniskan lagi wajahnya.
“Apa?”
“Aku rasa nak bubarkan peraturan ni.”
“Peraturan apa?”
“Jadual ni.”
“Oh, turn duduk kat rumah?”
“Yes,”
Chad menghela nafas, cuba bagi udara pada jantung yang kelemasan.
“Kenapa?”
“Sebab aku tak boleh tahan dah.”
“Tak boleh tahan..?”
Chad mendekati Rain yang berdiri mendongak – pandang dia. Tanpa sedar, Chad menarik wajah Rain ke mukanya. Dia terpaksa menunduk untuk mencapai bibir Rain. Lama dia di posisi itu. Lama dia dapat rasa nafas Rain di pipinya.
Tiba-tiba Rain menolak mukanya. Pipi Rain dah basah, dengan airmata. Yang pertama kali dia nampak. Dia tergamam, Rain menangis.
“Rain, aku..aku..”
“Hanya sebab kau nampak aku separuh bogel, kau buat macam ni?! Kau memang binatang, Chad!”
Rain meluru keluar dari rumah. Pagi-pagi buta yang sunyi itu, hanya dengar suara tangisan Rain.
Tapi Chad tak lakukan dengan kasar. Dia cium gadis itu selembut mungkin. Mengikut kata hati. Bukan nafsu. Mungkin ada sikit terbayang betapa comel dan seksinya Rain dalam hanya apron dan jeans. Tapi tindakannya tadi bukan sebab nafsu. Dia pasti. Yang dia tak pasti sekarang, kenapa dia lakukan itu. Perlu ke dia mengejar Rain sekarang? Yang di sekolah hanya jadi musuh semata?
Chad buntu. Kusut kepalanya di genggam, walaupun berambut sedikit. Binatang. Terma yang sangat kejam dan sangat menghiris jantung bagi Chad. Salah ke dia buat begitu? Kalau Donna, asyik minta, malahan sampai tak cukup. Kenapa Rain tak mau?
Nak kata Rain gadis luar biasa, dia biasa saja. Mungkin dia pelik sikit berbanding dengan gadis lain. Yelah, tulis puisi, memasak dengan separuh bogel, suka ketuk kepala orang, tak punya kawan, dan menolak ciuman Chad yang gadis lain idamkan.
Chad biarkan Rain tenang dulu. Dia biarkan rumah kosong, kalau-kalau Rain nak balik, dan rasa kekok kalau dia ada. Chad seringkali bermalam di rumah-rumah kawan, rumah Luke selalunya. Dah jarang dia ke rumah Donna. Sebab bila dia dengan Donna, dia risau Rain akan nampak. Padahal satu dunia dah tau pasal dia dan Donna.
Hari kelima Rain marah, iaitu hari terakhir percutian Samantha dan Robert, Chad pulang ke rumah. Rumah masih kosong. Tak ada tanda-tanda Rain pernah balik. Chad memanjat anak tangga menuju bilik Rain.
“Rain? Rain?”
Ketukan tak berjawab, tapi tombol tak berkunci. Chad melangkah masuk. Haruman itu terhidu lagi. Bau tubuh Rain, sebab Chad dapat hidunya ketika dia cium gadis itu. Tak ada sebarang tanda yang Rain balik ke sini. Puisi-puisi di dinding masih ada. Salah satunya terjatuh betul-betul di kaki Chad.
A Kiss for Me
Fly away gentle kisses
For I want to be kissed
When the time is right
When my soul alight
When I fell in love
A kiss for me
Is a kiss from you
Which I cannot deny again
When I fall in love.
Macam tau-tau aje. Takdir menemukan Chad dengan puisi itu. Puisi yang dia faham.
“Aku dapat first kiss dia ke?”
Chad tersenyum.
“Rain tak pernah kiss before?”
Ketawa pula dia kali ni.
“I’m her first kiss?? Geez,”
Chad tak dapat bohong, hatinya berbunga suka. Seakan dia ingin melompat. Tapi dia tak tau kenapa.
Dia perlu cari Rain. Perlu beritahu Rain perasaan dia sekarang.
Pintu garaj di buka, Alfa Romeo milik Robert dibawa keluar, dalam pencarian Rain. Seluruh pelusuk Denver sudah dibawa pusing. Demi nak mendengarkan suara Rain yang dah lima hari tak ada, demi nak melihat dia senyum. Walaupun sekali. Chad sanggup, sampai ke malam.
“Chad, where were you?”
Chad menutup pintu di belakangnya.
“Oh, hi mom. How was your trip?”
“Okay. Kau pergi mana?”
“Cari..em..orang.”
Dia tak boleh biar Samantha tau Rain dah hilang, kerananya.
“Dah makan belum?”
“Tak apalah, Chad nak naik bilik dulu.”
Sewaktu memanjat tangga, ada sepasang kaki menuruninya. Chad mendongak.
“Rain..??”
“Yelah, pelik sangat aku tinggal kat sini?”
Chad mengerutkan kening. Sementara Rain terus menuruni anak tangga melepasinya.
“Rain, kejap. Aku nak cakap sikit.”
Chad menarik tangan Rain naik ke atas.
“Kau pergi mana lima hari tak balik rumah?”
“I believe that’s none - ”
“Yes it is my business!”
Rain terbungkam.
“Kau pergi mana?”
“Tak ada manalah. Tidur rumah kawan.”
“Jangan bohong, kau mana ada kawan.”
“Kau tau apa?”
Chad pulak terdiam.
“Ada apa-apa lagi tak?”
Chad memegang dadanya. Sakit. Entah kenapa. Bergoncang dari tadi. Sejak nampak wajah Rain.
“Ada.”
“Apa?”
“I’m your first kiss, right?”
Rain diam. Lepas tu ketawa. Pertama kali Chad tengok. Indah ketawa tu. Walaupun ketawa mengejek.
“Bullshit.”
Ringkas jawapan dari Rain sebelum dia beredar lagi tinggalkan Chad melopong.
Sekolah dah mula kembali. Cuti musim panas dah berakhir. Kehidupan Chad dan Rain kembali seperti biasa. Chad yang dipuja ramai, Rain yang disisih. Rain kembali pada tabiat lamanya – don’t give a damn about anyone else. Chad kembali pada sukannya, football season baru dah bermula. Masing-masing cuba lupakan kejadian malam tu.
Setiapkali bertembung di locker hallway, Chad pura-pura tak pedulikan Rain. Tapi sebenarnya dia peduli. Rain pulak, takkan benarkan hatinya lembut pada Chad lagi.
“Kau ni, hari-hari pakai sweater hijau ni. Tak basuh ke?”
Rain menggenggam perlahan dulang di tangannya.
“Donna, dah lah tu.”
Rain menoleh. Chad membela dirinya. Buat pertama kali. Dengan senyuman pulak tu!
“Like I care.”
Seperti biasa, itu ayat yang keluar dari mulut Rain. Tapi kali ni, buat Chad sakit. Kat dalam.
“Honey! You were supposed to ejek dia sekali! Kenapa you halang I?”
“She’s not even worth it, ok?”
Rain terkaku di muka pintu kafeteria.
“I’m not even worth it?” tanpa sedar, Rain berlari laju-laju menuju kelas kosong dengan dulang yang masih di tangan.
Rain tak tau kenapa dia menangis lagi sekarang. Dia dah lupakan first kiss yang terbagi begitu saja pada orang yang paling dibenci. Jadi apa masalahnya? Sebab orang yang sama tu cakap dia tak berguna?
“Rain?”
“Go away.”
Chad berdegil. Malahan dia tutup pintu di belakangnya.
“Kau..menangis? Kenapa?”
“None of your business.”
Chad menghela nafas.
“Hari-hari aku tengok kau basuh sweater tu. Sweater favorite ke?”
Rain menyeka air mata.
“I have to go.”
Rain sudah bangun, tapi Chad yang baru duduk tu menarik dia supaya duduk semula.
“Let’s talk.”
“Kenapa? Kita bukannya kawan.”
“At least kita akan jadi adik beradik.”
Rain ketawa. Chad tersenyum.
“Sweater ni mak aku punya. But aku nangis bukan sebab tu.”
“Then?”
Lama Rain pandang anak mata coklat milik Chad.
“Tak payah taulah.”
“Rain, I want to. I want to know you, better.”
Rain ketawa lagi. Kali ni sinis.
“Tak payah, kan I’m not even worth it?”
Chad tergamam.
“Jadi sebab aku cakap macam tu kau menangis?”
“Aku dah biasa dipanggil loser Chad. Tambahan pulak dari kau.”
“No, no. I don’t mean it. I mean, not in a bad way.”
“Habis aku tak berguna in a good way?”
“No, aku tak bermaksud nak cakap kau tak berguna. Aku cuma cakap yang kau tak guna di ajak gaduh. Nanti kau yang akan menang. Tengok macam selalu. We argue and then you win, right?”
Rain menunduk.
“Why do you even care? Kenapa kau ambik kisah sangat aku terasa ke tak dengan ucapan kau tu? Selama ni tak pernah pun kau ambik kisah pasal aku?”
Chad tertangkap di situ. Dia meluruskan postur duduknya, dan cuba mencari alasan.
“Because..I’m starting to like you. Bila dengan kau aku tak bosan.”
“Yeah right.”
“No, really. Kau unik. Kau seorang pemuisi, kau memasak dengan cara tersendiri, kau suka ketuk kepala aku, and so on.”
“Kalau ni pasal first kiss aku - ”
“Ahah! Betul kan? Aku dapat first kiss kau?”
Rain menjeling.
“Habis tu kau nak war-warkan kat satu dunia ke?”
Chad tersenyum.
“You know what, aku rasa ya.”
“What? Chad, don’t.”
Tapi dah terlambat. Chad dah menarik tangan Rain, menuju ke kafeteria semula. Semua orang melopong melihat mereka.
“Everybody, aku ada pengumuman nak dibuat.”
Rain terasa nak menangis lagi.
“Jangan, Chad.”
Tapi Chad tak peduli.
“Aku dah dapat first kiss dari Rainbow, and please let me be the owner of your million other kisses.”
Rain mengangkat mukanya yang sedari tadi tunduk. Wajah Chad betul-betul di hadapan mukanya yang mendongak.
“What?! Chad, what the hell are you doing?!!”
Satu kafeteria bersorak. Donna dah menghentak-hentak meja kerana marah.
Rain buntu. Tak reti nak buat apa. Di situ jugak orang yang paling dibenci Rain merampas ciuman dia yang lain. Berbelas kali. Sehingga loceng habis rehat berbunyi.
“I love you, Rain.”
Kafeteria kosong. Rain harap semua orang dapat dengarkan tu, sebab dia juga dah lama tunggu ayat itu dari orang yang paling dia bencikan ini.
Jadi gadis pujaan Chad memang bahagia. Semua orang sudah nampak dia. Semua orang di sekolah dah mula berkawan dengan dia. Semua nak tiru caranya. Semua nak jadi pemuisi macam dia.
“Chad we really need to talk.”
“Come on in.”
“Boleh tak kau pakai baju dulu?”
Chad senyum, tapi laju menarik Rain masuk ke biliknya, dan menutup pintu.
“So what do you think of my room?”
“Bolehlah, hey, we really need to talk about - ”
Chad menutup bibir Rain dengan bibirnya.
“Yes, baby?”
“Chad, tolonglah. Bila aku setuju nak couple dengan kau ni?”
Chad mengangkat kening bila Rain tolak mukanya sekali lagi.
“Well, sejak kau bagi respon baik masa aku kiss kau depan - ”
“Well, that’s not true. Kalau kau tak pegang tangan aku waktu tu aku dah lempang kau dah.”
Chad menarik nafas.
“So, you don’t love me?”
Rain terperangkap. Anak matanya dilarikan dari Chad. Cuba cari jawapan betul dalam hati dia. Tapi hatinya sukakan Chad, sakit kalau tengok Chad dengan orang lain. Benci jugak dalam masa yang sama.
“Rain, aku tanya ni,”
“Er..em..emm..”
Chad tersenyum lagi.
“Why don’t you cook something for me tonight?”
Kepala Chad jadi sasaran. Tapi memang Chad tunggu pun.
“Adui. Sakit.” Chad bersuara manja, buat Rain ketawa.
“See, Rain. Jangan cuba jual mahal dengan aku, I might as well afford it.”
Rain terdiam sekejap.
“Anyway, aku datang sini nak bincang dengan kau. Pasal perkahwinan my dad and your mom.”
“Uh huh.”
Chad merapatkan tubuhnya dengan tubuh Rain.
“Sebab diorang buat kat Hawaii, jadi aku rasa kita yang kena - ”
No comments:
Post a Comment