Sunday, June 15, 2008

Jangan peduli aku.


Aku ada seorang kawan. Namanya Lia. Aku dan dia sangat rapat. Macam belangkas. Macam pokok deduit. Macam parasit. Aku dan dia punya minat yang sama. Setiapkali berjumpa mesti bicara tentang minat kami. Musik kesukaan, makanan kesukaan dan ketidaksukaan. Ciri-ciri boyfriend idaman, hairstyle, dan macam-macam lagilah.

Hai, nama aku Mika. Bunyi pelik ke? Macam Mika Hakkinen. Apa-apalah. Dalam I/C and surat beranak aku memang tulis Mika. Andria Mika bt Amirsham. Yes, Melayu and damn proud of it! Cuma nama aje yang ketidak-melayu-an. Tak kisahlah. Bukan salah aku. Lia dan aku memang kongsi minat besar yang sama iaitu MUSE dan MUSIC. Lia sangat handal menyanyi – setiapkali dia menyanyi, aku main gitar untuk dia. Tapi dia menyanyi untuk orang. Jadi aku susah nak keep up. Aku terpaksa cari kord-kord lagu dari Datuk Siti, lagu-lagu dari Rossa, Acha Septriasa, Fauziah Latif, Elyana, Erma Fatima, Umie Aida, Fasha Sandha..dan..err….wait~ Those aren’t even singers!

Dia tak pernah menyanyi untuk diri dia. Aku selalu ajak dia jamming lagu-lagu Muse, tapi dia enggan. Katanya tak sesuai dengan suaranya. Who cares! Last-last aku jamming sendiri dengan suara katak milik aku ni. Kenapa aku cerita pasal dia aje? Lantaklah, blog aku. Jangan peduli aku.
Cuma satu minat dia yang tak sama dengan aku. Going to live shows. Lia sangat suka pergi ke live shows. Tak kiralah gig indie band yang kecik mahupun konsert MCR kat Stadium Putra Bukit Jalil. Aku refuse untuk ikut setiapkali dia ajak. Biarlah dia dapat seat VVIP sekalipun. Aku takkan pergi. Kenapa? Sebab aku alah, alergik dengan lautan orang yang ramai.
“Rugi tau,” kata dia.
“Apa yang aku rugi?”
“Everything! The satisfaction of watching them in front of your eyes!”
“Kau tak geli ke? Dengan bau-bauan peluh, dengan ramai orang tak pakai baju, dengan terlompat-lompat dengan...”
“You’ll miss the best part kalau kau kisahkan semua tu.”
“Which is?”
“The music, babe!”
Aku geli. Kalau aku nak berhimpit-himpit dengan orang ramai, biarlah tika aku mengelilingi kaabah di Mekah. Bukan semata-mata memuja artis yang takkan boleh nampak aku – yang kecil di tengah-tengah ramai.
“Come on, man. Just this one! Bukan selalu tau MUSE datang Malaysia! Kali pertama tu kau dah terlepas eventhough aku dapat box seat.”
Aku tetap menggeleng.
“Mika, kau kan best friend aku! Kalau kau tak mau pergi, kita putus kawan!”

****************************************************

Aku tak percaya Lia boleh pujuk aku ke sini. Tak percaya yang aku boleh termakan dengan blackmail palsu dia tu.
“Come on, janganlah masam aje. Mahal tau tiket ni. Kalau tak pergi, membazir aje.”
Aku jeling wajah Lia. Begitu dress up sekali dia malam konsert ni. Nak jumpa MUSE lah katakan! Tapi dapat ke jumpa? Lia pakai tank top kuning, jaket kulit hitam dan skirt pendek jeans biru.
Aku~? Jangan peduli aku. Bila masanya aku pernah dress up? Hari raya pun aku pakai t-shirt, inikan pulak nak ke konsert semata-mata. Anyway, aku pakai t-shirt putih dan seluar jeans aje. Yang penting aku tak tempek muka aku macam Lia. Entah dari mana dia belajar tempek muka dengan mekap tu agaknya. Tak pernah pulak aku nampak dia pakai mekap ke kelas.
“Babe, are you wearing make-up?”
Lia mengangguk.
“Why?”
“Why not?”
“Bukannya kita dapat jumpa pun MUSE tu..”
Lia senyum. Aku perlu mengaku, blushernya agak keterlaluan.
Sampai je depan pintu masuk stadium, ada sorang dude mintak tiket dari kitorang. Orang English aku rasa.
“Tickets please.”
Lia menghulurkan 2 tiket.
“Congratulations, you’re in the box seat. Please stay after the concert because we have a lucky draw tonight.”
“Chance of winning what?”
“Well, you’d get to have dinner with the MUSE themselves.”
“OMG!!!”
Pekak pulak telinga aku dengar Lia menjerit dalam bahasa IM.
“Lia, kontrol macho sikit..orang ramai ni.”
“Oh, come on Mika. Macam kau tak happy dengar peluang tu. Kita ada peluang jumpa diorang la!! Mesti kau rasa rugi tak dress up dan mekap macam aku.”
Yeah, right. Macam lah berpeluang sangat. Konsert tu dibuka dengan persembahan dari beberapa band indie Malaysia yang aku tak pernah dengar pun namanya. Hujan lah, apalah. Whatever.
Ya, betul. Tempat duduk aku sekarang agak kosong dan tinggi berbanding crowd kat bawah sana yang dah mula meremut. Macam ulat najis!
“Aku boleh baring kat atas ni.”
“See, i told you. Tak semestinya kita kena duduk kat bawah sana. Tapi you have to believe me. Kat bawah sana lagi syok! Boleh bertentang mata dengan Matt tau!”
Aku pejam mata. Crowd mula bising. Sepatah haram nyanyian atas pentas tu aku tak faham. Tapi penonton dalam box ni dapat tengok melalui TV plasma yang paling besar pernah aku jumpa dalam hidup.
“MUSE!!! MATT!! MATT!!”
Lia menjerit. Sambil terlompat-lompat. Macam tak percaya. Lia yang aku kawan selama 3 tahun tu, dah jadi macam orang lain kat sini. Lia yang tak mahu menyanyi untuk diri sendiri. Lia yang cool – dah macam monyet pulak~
Aku tak dapat tangkap sangat lagu apa yang diorang tengah nyanyi, sebab aku tak nampak pun dari anjung box ni. Aku tengok MUSE macam semut. Kecil sangat. Sebab box ni tinggi gila. Alamak~gayat dah datang.
“Aww, babe. Kau bawak buku datang sini?!”
Kantoi. Lia nampak aku keluarkan buku Harry Potter 7 dari beg.
“Sorrylah, Lia. Kau layanlah, aku bukannya dengar pun dia nyanyi apa.”
“Come on, babe. Plug In Baby! Your favourite! Takkan kau tak dengar?”
Aku cuba pasang telinga. Nope. Tak dengar apa. Cuma suara orang menjerit dan maybe bunyi gitar sikit-sikit.
“PA system yang poor.”
Aku teruskan baca buku – dalam gelap.
“Mika, kau minat MUSE ke tak?”
“Minat, Lia. But not their live shows.”
“Kenapa?”
Aku tak mampu jawab yang itu. Kenapa entah.
“Jangan peduli aku. Aku nak habiskan membaca.”
Lia disappointed. Aku tau. Aku nampak melalui matanya. Walaupun dia terus melayan persembahan tu. Mungkin aku perlu attend more live shows untuk biasakan telinga aku, untuk menapis bunyi-bunyian yang tak payah. Aku cuba ni. Aku tutup buku tu dan cuba dengar lagi.
“Map of the Problematique ke?” aku tanya Lia.
“Nope. Exo-Politics.” Jawabnya. Nada disappointed.
Untuk tak mengecewakan Lia yang dah bayar segalanya untuk aku kesitu, aku sertai dia di anjung box. Tengok ajelah MUSE tu dari jauh. Aku pun tak faham kenapa dengan diri aku ni.
Aku minat gila diorang. Sanggup belajar baca tabs walaupun tak reti. Sanggup belajar riff Plug In Baby hanya kerana minat. Tapi bila MUSE dah ada depan mata, semua passion tu seakan hilang. Macam aku tak heran. Padahal kalau muka diorang keluar TV ke, majalah ke, bukan main menjerit aku, bukan main semangat aku. Sekarang diorang depan mata beb! Aku - hilang.
Aku pernah anggap diri aku klaustrophobia. Takut pada ruang sempit. Sebab aku sangat takut naik lif, sangat takut pergi pasar, sangat takut pergi ke tempat yang ramai.
“Aku tak dengar Matt nyanyi apa.”
Lia diam lagi. Belum maafkan aku agaknya.
“Aku nak dengar Sing For Absolution. Kau suruh dia nyanyi lagu tu.”
Dia ketawa. Rupanya dia ada dengan aku selama ini. Tak pernah ada peminat macam aku. Berdiri menopang dagu di besi anjung sambil memandang ke bawah. Sementara yang lain ikut nyanyi sama.
“Keciknya Matt. Macam aku boleh picit-picit dia dari atas ni. Dom pun sama. Chris lagilah. Macam ulat je bergerak-gerak. Heehehe~”
Aku menoleh pandang Lia, dan dia sedang terseyum tengok aku.
“I’m glad you’re enjoying yourself.”
Aku ada rasa sikit terharu, tapi untuk tutupinya aku mintak diri untuk beli air. Macam tak percaya aku ada di Stadium Putra Bukit Jalil untuk tengok konsert. Yang selama ni aku elak-elak. Bukannya aku beli air pun, aku hanya di sisi vending machine tu dan baca buku. Aku tak sanggup nak masuk dalam tu. Takut Lia terluka dan aku sendiri bosan.
“Who bring books to a concert like this?”
Aku mengangkat muka. Aku tak tau nak taip macam mana perasaan aku ketika tu. Macam mana ya~ ada Matthew Bellamy depan mata aku. Kantoi lagi! Tapi sekejap aje. Lepas tu dia ditarik oleh beberapa orang lain. Ramai lalu depan aku. Termasuklah Dominic, drummer MUSE dan Chris, bassistnya. Yang lain semua muka English semata. Aku kerutkan kening. Aku berangan ke ni? Sambil-sambil baca buku, manalah tau~
Kenapa ada semua ni? Kalau diorang kat luar ni, performance macam mana?
“Hey, do you have the all-access pass?!”
Aku terkejut. Seorang lelaki English baru saja menjerit depan muka aku. Aku menggeleng laju-laju.
“Then get out of here! This is the backstage, dammit. Where’s the security?!”
Aku cepat-cepat keluar dari situ. Macam mana aku boleh terlepas ke backstage..sedangkan aku berdiri sebelah vending machine tadi..? Dan kenapa tak ada orang larang aku masuk kesitu pun?
Aku lari laju-laju balik ke box. Lia sedang makan keropok, yang di bawa dari rumah.
“Lia! Mana Muse??”
“Erm diorang break kejap. Ganti dengan Hujan ni balik. Macam haram.”
Rehat. Patutlah selamba aje diorang keluar dari stage. Aku nak beritahu Lia peristiwa tu, tapi aku kaku~ The rest of the performance, buat pertama kalinya aku rasa aku hadir kat situ. Aku ada. Aku boleh dengar~!

****************************************************

Crowd dah mula susut. Tak guna diorang stay pun. Sebab lucky draw hanya untuk VIP box seat yakni aku dan Lia. Aku ingin ketemu Matt lagi. Beritahu dia yang aku dah boleh dengar~! Tapi aku kena compete dengan seribu juta orang lagi. Untuk tarik perhatian Matt. Takkan dia perasan aku, takkan dia ingat muka aku. Satu dunia meminati dia. SATU DUNIA. Berapa bilion zillion orang tu? Perlahan-lahan aku rasa peluang kitorang terbakar sedikit demi sedikit. Peluang aku untuk membalas pertanyaan Matt pada aku tadi. I bring books to a concert, Matt. Me.
“Lia, give up jelah. Kau dengan aku sekarang. Aku ni orangnya malang.”
“Syhh..”
Aku dapat tu dari jari telunjuknya. Nak balik sekarang bukanlah idea yang baik. Sebab nanti aku terpaksa berhimpit-himpit jugak. Sedang ramai orang dekat pintu keluar sekarang. Menunggu untuk melambai pada limousin MUSE. Mungkin naik Perodua Kembara je kut. Hehe~

****************************************************

Aku tak percaya Lia boleh pujuk aku ke sini. Aku tak percaya yang aku sekarang duduk semeja dengan tiga manusia paling berbakat pernah aku jumpa. Lia dah histerical. Gulp. Aku telan liur. Aku ingin tolong dia kontrol cool tapi aku pun kaku. Walaupun tak terlopong~ aku sedar yang Lia menjerit-jerit sekarang ni, macam meroyan.
Matt berkali-kali peluk dia, cuba menenangkan. Tapi aku tak dapat membantu. Cuma mampu mengerutkan kening. Ketiga-tiga mereka cuba tolong Lia yang macam dah hilang akal. Terkadang aku nampak Dom mengerut dahi pada aku kerna duduk diam.
“OMG MATT! I LOVE YOU, YOU KNOW THAT?! I LOVE YOU GUYS!! REALLY!! I LOVE YOU!!”
“Yes, yes, you’ve told us a thousand times already.”
Lia terusan menjerit. Di bilik itu tak ada security. Mereka di pintu luar barangkali. Seingat akulah~ Tiba-tiba aku tersedar. Otot-otot dah boleh gerak semula. Aku berjalan menuju ke arah Lia yang masih menjerit-jerit. Ya, jarak tempat duduk dia dan aku agak jauh.
PANGG!!!
Lepas aku lempang mukanya, tak ada sebarang bunyi pun dalam bilik tu. Semua mata memandang aku.
“Lia, bawak mengucap Lia!!”
Aku pulak yang menjerit. Lia menyapu pipi, perlahan-lahan dia menarik nafas, dan sebut kalimah suci itu. Ketiga-tiga MUSE pelik memandang kitorang. Lepas Lia dah tenang, barulah kitorang boleh kenalkan diri.
“Hey, you’re that girl...bring books to our concert right?”
Dia – ingat – aku-?
“My name is Mika, and yes. I brought a book to your concert.”
Diorang ketawa.
“Are we that boring?”
Aku senyum saja. Tapi Lia bersuara.
“I’m sorry for behaving like that.”
“Hey, it’s okay, are you okay now?” Lia mengangguk.
Pipinya masih merah akibat penampar sulung aku. Aku sayang kau Lia, sebab tu aku buat begitu!
“Wow. Are you guys in a fight or something?”
Aku dan Lia berpandangan.
“No.” Balas kami serentak.
“We’re best friends. Since high school.”
“Lia, sorry aku tampar kau. Tindakan refleks la.”
“Takpe. Nasib baik kau buat macam tu. Kalau tak mesti aku dah kena rasuk agaknya.”
Kami berdua ketawa dengan gembiranya, lupa yang MUSE masih di situ.
“Wow. This is the first time ever, fans ignoring on us.” Kemudian diorang pulak ketawa.

Berbual dengan MUSE sangat hebat rasanya. Mostly aku berbual dengan diorang pasal gitar. Teknologi gitar yang Matt guna dan sebagainya. Diorang tak pernah penat agaknya. Sebab kitorang berborak sampai pukul 8 pagi. Diorang siap bawak kitoang pergi tour bus diorang, tunjuk alat muzik, tempat tidur diorang, main PS2 dengan diorang. Aku lawan Matt dalam Counter Strike. Tapi kenangan tu biarlah aku aje yang simpan~aku teringin nak pergi konsert lagi!

No comments: