Wednesday, June 18, 2008

Undiscovered


Aku bangga jadi awek dia. Hey, siapa yang tak bangga. Setiap hari aku bangga. Setiap hari orang cemburu dengan aku. Sejak bila aku pernah rasa macam tu? Tak pernah sekalipun! Sejak aku jadi awek dia, hari-hari aku rasa istimewa.
Aku dapat seat VVIP bila aku tengok konsert dia.
Aku dapat naik tour bus kumpulan diorang.
Aku dapat lepak dengan ahli band dia yang lain. Yang digilai ramai gadis kat luar sana.
Aku yang dapat peluk dia depan ribuan juta penonton, ribuan juta peminat dia.
Aku yang dikejar paparazzi.
Aku yang dapat bagi komen kat majalah tentang dia.
Aku yang dapat segalanya!
Gila lah!

Tiba-tiba aku mintak break up. Kenapa? Aku pun tak faham dengan diri aku. Aku sukakan lime light yang aku dapat sebab dia.
Aku sukakan iri hati orang sebab aku bercinta dengan dia.
Aku sukakan peminat dia yang jugak meminati aku sebab dia.
Aku sukakan semua tu. Sebab dia.

Tapi sebab dia. Semuanya sebab dia. Aku siapa? Tak ada orang pandang aku sebab aku lagi. Aku tercabar dengan kemahsyuran dia. Ye ke?
Yelah. Aku nak jugak orang pandang aku sebab aku. Sebab aku pandai dalam sesuatu. Bukan sebab aku bercinta dengan dia! Cis, tak pandai bersyukur langsung!

“Luna, kenapa awak mintak break tiba-tiba ni?”

Hari ketiga aku break-up dengan dia, dia datang rumah aku lagi. Tanya soalan yang sama. Macamlah tak boleh telefon. Berpuluh-puluh cahaya kamera mengerdip sebaik aku buka pintu.

“Ryan! Apa awak buat kat sini? Kan hari tu dah settle?”
“No, Luna. Awak yang dah settle. Saya belum lagi - ”
Aku cepat-cepat tarik dia masuk dalam rumah sebab paparazzi dah mula kejar dia.
“Dalam ni, lebih selamat.”
“Awak bencikan saya ke, Luna?”
Aku mengeluh.
“Ryan. Saya mana pernah bencikan awak - ”
“Dah tu?”
Aku mengeluh lagi. Ryan mendesak inginkan jawapan. Dia mengikut aje aku kemana. Aku nak bukak peti sejuk pun dia halang.
“Ryan, saya nak ambikkan awak air ni,”
“No thanks. Saya tak perlukan air. Saya perlukan sebab. A really good reason. Satu pun dah cukup, Luna.”
“Ryan, awak ada hidup yang hebat. Awak tak perlukan saya.”
“Salah, Luna. Hidup saya jadi hebat sebab awak..”
“Bukan. Bukan.”
“Luna, jangan tolak saya macam ni. Saya perlukan awak.”
“Tak Ryan. Awak tak perlu - ”
“Well that’s for me to decide, right?”
Aku terdiam.

Bukan aku tak cintakan dia lagi. Aku cinta. Tapi aku tak kenal diri aku. Aku jadi orang lain bila dengan dia. Aku ni cuma orang biasa. Kenapa tiba-tiba aku perlu jadi terkenal sebab dia?

“Sebenarnya, saya tak dapat tahan tekanan. Bila berada dengan awak.”
Dia diam. Berpikir, sebab dia terduduk tiba-tiba.
“Awak..rasa tertekan..?”
Aku mengangkat kening.
“Don’t get me wrong. Bukan salah awak, Ryan. Salah saya sendiri. Saya yang tak dapat control keadaan. Saya tak boleh jadi diri saya sendiri.”
Dia bangun, berjalan mendekati aku.
“Luna, saya tetap cintakan awak. Sampai bila-bila.”

Itu kata-kata terakhir dia pada hari terakhir kami bertemu. Lepas tu, aku tak pernah sekalipun terserempak dengan dia di mana-mana. Kalau kat TV tu, memanglah selalu. Aku pernah jugak pergi tengok konsert dia. Dan aku dapat layanan macam orang biasa. Aku berhimpit-himpit. Aku dapat macam-macam bau, rasa, sentuhan, tekstur kulit, dan macam-macam.

Kalau dulu aku sentiasa dapat tengok dari tepi pentas. Sentiasa dapat berdiri di belakang pentas. Kini tak lagi. kadang-kadang aku menyesal jugak mintak putus. Sebab aku peminat besar band dia. Nama band dia Amadeus. Nama tengah bagi Mozart. Tapi muzik mereka tak langsung macam Mozart. Muzik mereka lebih keras, seiring muzik band-band seperti Muse, Radiohead, Dashboard Confessional, dan lain-lain.

Sewaktu aku masih lagi bercinta dengan Ryan, aku dapat jumpa Matt dari Muse. Dia sangat peramah dan banyak cakap. Aku tiba-tiba rindu semua tu.

Dah tiga bulan berlalu lepas aku tak lagi bergelar kekasih Ryan. Hari pertama nama aku keluar surat khabar dan majalah, aku agak takut nak keluar rumah. Sekarang ni, orang seakan lupa aku siapa. Luna who? Lupa aku pernah jadi milik Ryan. Orang kembali memuja Ryan seorang. Dalam internet, beribu orang cakap yang mereka lega Ryan dah putus dengan aku. Beribu orang cakap aku tak sesuai dengan Ryan. Kan betul, Ryan? Kau tak perlukan aku!

I need to get a life.

Aku perlu basuh diri aku dari nama Ryan. Bukannya orang ramai peduli pun, tapi aku perlu buat tu. Untuk diri aku.

“Habis tu, kau cadang nak buat apa sekarang?”
Satu-satunya orang yang dapat terima aku seadanya, mama.
“Entahlah, ma. Luna rasa nak kerja dulu. Dah cukup duit baru Luna nak sambung belajar.”
“Tak payahlah belajar lagi, Luna.”
“Luna kena, mama. Luna nak jadi someone, supaya orang tak pandang rendah Luna lagi.”
“Itulah dulu mama dah kata. Bercinta dengan orang terkenal ni sakit. Kau tak nak dengar.”
“Mama, please. Not today.”
Mama mengeluh. Kecewa. Dulu aku jugak yang pertahankan sangat cinta aku pada Ryan. Sekarang, tak sampai dua tahun, dah ranap. Dulu mama sangat menentang aku bercinta dengan Ryan. Sakitlah, menderitalah. Aku ketawakan aje.

Sekarang aku yang rasa.

“Mama, Luna ada jumpa kerja kosong ni.”
“Kerja apa?”
“Baby sitter. Satu malam $1000. Wow. Banyaknya. Jaga budak satu malam dah dapat seribu dolar, ma. Bayangkan kalau hari-hari Luna jaga anak dia.”
“Jangan tertipulah Luna.”
“Mama ni..negative thinking tau. Luna try dululah. Mana tau,”

Tapi instict mama selalunya betul. Kalau dibuatnya aku kena tipu dengan sindiket culik baby ke, tak ke naya?

Esoknya tu, aku usung beg sandang yang ada 3 biji pepperspray, in case kalau sangkaan mama betul, ke rumah orang yang perlukan baby sitter tu. Rumahnya sangat jauh dari rumah aku. Aku kena naik 2 bas untuk sampai kesitu. Tapi, what the hell. Nak lupakan hidup aku dengan Ryan punya pasal.

Rumah orang tu sangat besar. Ada air pancut di tengah-tengahnya. Seakan rumah agam dalam The Sound of Music. Jalan dari pintu pagar menuju pintu rumah di tar rata dengan batu kecil berwarna warni.

“Yes?” seorang lelaki tua membuka pintu setelah aku bunyikan doorbellnya.
“Erm, saya datang sebab ada kerja kosong. Perlukan babysitter?”
“Ya, sila masuk.”

Sebaik aku menapak masuk, mulut aku terlopong besar. Sangat besar rumahnya. Tapi masih tak boleh lawan rumah Ryan.

“Tunggu di sini ya.”

Gila lah. Macam The Sound of Music pulak aku rasa.

“Kelayakan as a baby sitter, miss..?”
Aku menoleh. Seorang lelaki, agak muda sedikit dari lelaki yang membuka pintu tadi tiba-tiba datang dekat aku dan bertanya.
“Er, Buttercup.”
“Miss Buttercup?”
“Yes.”
“Hm. Apa kelayakan awak?”
Alamak. Dalam iklan tak sebut apa-apa pasal kelayakan pun?
“Kelayakan..? Saya..saya tak pernah babysit budak before.”
“Oh, no, no, no. Kami bukan mintak awak babysit budak. Babysit anak saya. Umur dua puluh tujuh. Tapi tak terurus.”
Aku berkerut. Betul sangkaan mama. Aku kena tipu.

“Anak saya tinggal di Manhattan Square Avenue. Awak perlu pergi rumah dia, jaga makan pakai dia. Itu saja.”
Biar betul orang tua ni? Nak suruh aku jaga orang dewasa? Yang dah besar panjang??
“I’m sorry. Saya rasa saya dah tersilap. Saya ingatkan - ”
“No, no, no. Awak datang ke tempat yang betul, Miss Buttercup.”


Manhattan Square Avenue. Macam aku pernah datang sini. What the hell. Lupakan Ryan punya pasal.

Aku dengar album baru Amadeus keluar hari ni. Aku perlu dengar. Manalah tau, kalau-kalau ada lagu tentang aku. Kan dia kata dia tetap cintakan aku sampai bila-bila..?

Aku tiba-tiba tersenyum.

Orang tua hari tu namanya Frank. Tak bagitahu nama akhir. Dia cuma bagi kunci rumah anaknya dan suruh aku bersihkan rumah tu. Ya betul. Rumahnya macam sarang tikus, walaupun mewah. Orangnya tak ada dirumah, mungkin merayau-rayau kat jalan kut. Peduli apa aku, orang tu dah besar panjang. Pandailah dia jaga diri.

Banyak barang familiar yang aku jumpa kat rumah tu. CD Amadeus, berlambak-lambak. Mungkin dia peminat no 1 Ryan. T-shirt Amadeus, poster Amadeus, wow. Betul-betul peminat dia ni.

Selesai mengemas, aku berpuas hati. Bolehlah aku dapat gaji aku untuk malam ni. Aku dah uruskan benda remeh ni untuk anak dia yang tak terurus tu. Tiba-tiba tombol pintu berbunyi-bunyi. Macam ada orang nak bukak. Pencuri?

Aku sembunyi di balik dinding dapur dengan sekaki payung di tangan aku dan tutup lampu.

“Honey, I’m home!!”
“Hey, I’m your honey!”
“Oh lupa. Sorry, honey. We are home.”

Bau arak Jack Daniels meremang sekeliling rumah. Ada dua orang pencuri mabuk rupanya. Lelaki dan perempuan.

Lelaki membuka lampu.

“Wow, kemasnya rumah you!”
“Eh..? Em, bila entah I kemas. Honey, jom pegi bilik tidur..?”

Aku kenal suara ni. Suara lelaki mabuk ni.

“Ryan??”
Kedua-dua merpati mabuk memandang aku. Ryan melopong.

“Lu..Lu..Luna??”
“Ni rumah kau?? Rumah baru kau?”
Ryan menggaru-garu kepala.
“Kau buat apa kat sini Luna?”
Suara dia terhoyong hayang tapi tubuh dia tegak tercegat.
“Aku..datang sebab...sorry. Sorry mengganggu.”

Tak sangka aku menangis sekarang. Aku kan dah mintak putus? Kenapa aku menangis lihat dia dan perempuan tu bermesra-mesraan tadi?

Apa jadi pada ‘tetap cintakan aku sampai bila-bila’?

Aku tak patut berpegang pada ayat tu. Aku bukan untuk dia!

Aku dah muak dengar akal dengan hati aku berperang ni. Muak. Rentikanlah! Aku dah get over dia kan? Aku tertekan dengan dia kan? So, lupakan dia terus!

“Mama, mama betul.”
“Betul apa?”
“Babysitting job tu. Luna kena tipu.”
“Hmm. Habis sekarang nak buat apa?”
Bagus mama ni. Tak banyak tanya pasal kerja tu.
“Luna nak pindah.”
“Pindah? Pindah ke mana? Nak tinggalkan mama?”
“Kita berdua la pindah. New Jersey. Rumah nenek.”
“Are you sure, dear?”
“Yes, ma. Secepat mungkin.”

Malam tu jugak aku pack barang. Aku enggan duduk sini lagi. Aku tak boleh tinggal satu kota dengan Ryan. Aku bimbang aku tak boleh lepaskan dia. Sedang dia dah lama lepaskan aku.

Tapi apa yang buat aku fikir sampai sekarang, kenapa bapak Ryan nak cari babysitter untuk dia? Bukan ke Ryan tu sibuk dengan konsert tour dan macam-macam lagi? Apa perlunya baby sitter dalam hidup dia? Dan dia bukan baby lagi!

Pagi-pagi fajar tu jugak aku dan mama siap untuk bertolak. Tapi tiba-tiba Ryan datang. Tanpa paparazzi pulak, sebab dia pakai cap, sunglasses dan overcoat yang nampak macam dia perisik Rusia.
“Ryan?”
“We need to talk.”
“About what?”
“Luna, saya sakit kepala ni. Hangover tak habis lagi. Jangan berdalih.”
“Masuklah. Saya buatkan kopi.”

Baik. Ini betul-betul kali terakhir aku bercakap dengan kau, Ryan. Lepas ni kau takkan nampak muka aku lagi!

Dia hirup kopi perlahan-lahan. Mama bagi peluang aku bercakap dengan dia. Sekejap.

“Apa awak buat kat apartment saya semalam?”
Aku menelan liur. Dia dan perempuan semalam tiba-tiba terimbas masuk dalam otak aku.
“Saya disuruh, kemaskan apartment awak.”
“What?”
“Bapak awak, dia iklankan kat suratkhabar. Nak cari babysitter. Saya pergilah try luck. Tapi dia suruh jaga anak dia. Saya tak tau anak dia tu awak!”
“My dad? Hired you as my babysitter?”
Aku angguk.
“Saya tolak mula-mula. Tapi dia cakap no, no, no - ”
“No tiga kali? That’s definitely him.”
“Dia yang bagi saya kunci umah awak. Sorry, I didn’t know that..”
“Hey, jangan minta maaf.”
Aku mengangkat kening, dan cuba perhatikan wajah dia sementara dia menghirup kopi. Betullah, dia tak terurus. Rambut semakin panjang, misai dan janggut dah tumbuh meliar.

“Macam manalah peminat nak stay kalau awak macam ni..”
“Huh? Apa dia?”
“Em, no, saya cakap...kalau awak berimej macam ni, peminat awak lari nanti.”
Dia tersenyum. Lamanya aku tak tengok senyum tu!
“Awak masih ambil berat kat saya?”
Aku telan liur lagi.
“Er, tak. Saya just..bagi pendapat je.”
“Jangan kekok dengan sayalah. Saya dah lupakan pun awak. Dah lupa semua kenangan kita.”

Masa tu. Sakitnya rasa jantung. Macam dihiris-hiris. Betul kata orang. Macam ada yang menggunting tali arteri jantung aku dengan gunting rumput yang besar. Aku seorang yang masih tergila-gilakan dia. Dia dah lupa aku. Walaupun aku yang mulakan perpisahan.

Aku tersenyum.
“Are you going somewhere?”
“Oh, saya dengan mama nak pergi rumah nenek. Tinggal kat sana.”
Dia diam.
“So suddenly?”
“Taklah, dah lama nenek panggil suruh tinggal dengan dia. Saya dengan mama je yang banyak cari alasan.”
Kami diam. Lama, sampai habis kopinya secawan.
“Ryan, saya pun nak bertolak ni.”
“Oh, ok. Saya pergi dulu.”
Aku iringi dia ke muka pintu.
“Ryan, saya harap awak bahagia, dengan dia.”
“Dia?”
“Semalam tu..ah, sapa-apa lah!”
Pertemuan tu berakhir dengan pelukan. Yang mulanya longgar. Tapi aku yang tak dapat mengawal diri, aku yang eratkan pelukan tu.
“Luna..?”
“Oh sorry, saya teringat yang saya takkan boleh jumpa awak lagi, so..”
“Jangan macam tu. Bila-bila awak datang sini, bagitaulah saya. Nanti boleh kita lepak-lepak lagi.”
Betul dia dah lupakan aku. Jambang yang meliar di muka dia hanya satu imej. Yang mengaburi aku. CD baru dia yang mama beli semalam, tak ada satu pun lagu tentang aku. Semuanya lagu-lagu gembira.

Dah tiba masa aku betul-betul lupakan dia.

Perjalanan ke Belleville New Jersey macam biasa saja. Cuma mama asyik ulang-ulang lagu Ashlee Simpson dari CD yang juga baru dibeli semalam.
“Mama sejak bila minat penyanyi muda remaja ni?”
“Mama suka tengok muka dia.”
“Tapi kenapa lagu ni, ma?”
“Best.”

Lagu yang menyentuh hati aku. Undiscovered. Macam hati aku. Yang undiscovered. Yang Ryan tak tahu. Kalaulah lagu berlirik macam ni ada dalam CD terbaru Amadeus.

Don’t walk away.

Suara serak-serak basah Ashlee macam suara aku memanggil Ryan. Setelah sampai di rumah nenek, aku tak dapat pisahkan diri dari cover CD Ashlee Simpson Autobiography itu. Aku baca bait demi bait lagu Undiscovered.

Take it back take it all back now
The things I gave
Like the taste of my kiss on your lips
I miss that now

Aku rindu ciuman dia!

I can’t try any harder than I do
The reasons I gave
Excuses I’ve made for you
I’m broken in two.

Tapi aku tak pernah cuba. Untuk menangi dia balik.

Take me back
Cause i’m so in love with what we were
I’m not breathing, I’m suffocating without you
Do you feel it too?

Betul, betul itu yang aku rasa sekarang. Air mata turun tiba-tiba. Laju. Macam hujan.

“Luna, dalam juta-juta peminat saya, saya nampak awak seorang.”
“Luna, kalau saya ditakdirkan mati, permintaan terakhir saya adalah hidup semula dengan awak.”
“Luna, saya sanggup jadi pelakon utama dalam filem awak bila awak dah jadi penulis nanti, free of charge.”
“Luna, awak tak ada tandingannya dengan apa-apa pun dalam dunia ni.”

Makin laju air mata aku membazir. Teringat kata-kata yang dia pernah ucapkan. Sangat manis. Kenapa dia boleh lupakan begitu saja? Setiap ciuman dia, pelukan dia, sentuhan dia, aku susah nak lupa. Kenapa dia boleh?

“Luna.”
Mama panggil.
“Kejap ma!”
Aku mesti habiskan semua ni.
“Luna,”
Aku menoleh ke belakang. Bukan mama yang panggil.

“Awak masih nak tipu saya?”
Ryan. Di situ? Aku betul-betul dah gila. Dia renggut pinggang aku bila aku nak beredar.
“Luna, awak masih nak tipu diri awak?”
“Ryan..? Awak wujud?”
Soalan yang bodoh sangat. Tapi dia senyum.
“Tapi awak dah lupakan saya, kan?”
“Saya tipu. Tak mungkin saya dapat lupakan awak, Luna.”
“Tapi, macam mana awak tau..?”
“Mama awak lebih cepat dari saya.”
Aku berkerut. Ryan melurutkan jari telunjuknya ke hujung lirik lagu Undiscovered itu.

Written by Ryan Williams of Amadeus.

Aku memandang wajah Ryan yang sangat dekat dengan muka aku kini.
“Awak..cipta lagu untuk Ashlee?”
“No, silly. For you. But Ashlee yang nyanyikan.”
Ada lagu untuk aku rupanya! Dia belum lupakan aku lagi!
“Awak masih cintakan saya lagi kan..?”
Nafas Ryan ada di telinga aku. Sedikit geli, tapi indah.
“Yes.”
Aku dapat rasa kembali ciuman dia yang aku rindu.
“Jangan, jangan sekali-kali lagi mintak break up dengan saya.”
Aku setuju. Sebab itu sangat menyakitkan.
“Ryan, I’m sorry.”
“It’s ok. Kalau awak tertekan dengan orang sekeliling lagi, we can work it out. Macam kita mula-mula bercinta dulu.”

Yup, keluar dating senyap-senyap macam dulu lagi!

And by the way, finding babysitters for him means finding a wife for him.

No comments: